Mekanik kereta: Pasal aircond kereta
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Jul 2, 2009

Pasal aircond kereta


Hari ni dah 2 hari dalam bulan Julai dan kebiasaannya bagi mereka yang makan gaji dan yang berprofession tinggi mungkin dah dapat gaji ataupun dah abis gaji dibelanjakan (he!he!).Tapi kalau bagi orang berniaga tentu pening lak dah masuk bulan baru je nak kena bayar mcm2,supplier berderet mintak utang jadi pokok pangkalnya dalam hidup nie ade saje yang nak kena diselesaikan.

Tapi hari nie bukan ini yang aku nak citer kat korang sumer,hari nie aku rase nak tulis pasal aircond kereta lah pulak.Aku ingat dah lame aku tak tulis pasal kereta ni jadi hari ni aku ambik kesempatan nak beritau pasal AIRCOND kereta ataupun bahasa melayunya PENGHAWA DINGIN.

Kalau citer pasal aircond kereta nie ada 4 komponen utama iaitu compressor,condenser,cooling coil dan gas filter.4 komponen nie pulak ada fungsi masing-masing la pulak dan aku andaikan korang sumer lum tau jadi aku kasi tau le serba sedikit ya!.

Prosesnya berbunyi macam nie ,gas yang ditabung di gas filter (botol aluminium hitam disebelah kiri atau kanan dalam enjin) akan disalurkan ke compressor,yang nie penting sebab gas akan melaluinya dan di 'press' supaya gas tu jadi sejuk terus dilalukan ke condenser untuk melikatkannya, macam susu condensed milk tu le.Selepas sumer kerja "press'dan"condensed' nie selesai gas tu akan disalurkan ke cooling coil untuk kerja terakhir iaitu penyejukan,dan dari situ le kita dapat gas sejuk yang kuar dari corong aircond dalam kereta korang tu.

Begitulah serba sedikit pasal aircond gas nie tapi tujuan aku tulis nie nak beritau selalu pengguna kereta nie akan hadapi masalah aircond tak sejuk dan berwap,jadi untuk kesenangan sumer ade beberapa sebab ia jadi begitu:-

1)compressor tak berfungsi-samada masalah wiring atau compressor dah rosak
2)compressor takde minyak dan bering yang rosak
3)cooling coil bocor
4)condenser bocor
5)terdapat hose penyambungan yang bocor
6)gas filter yang dah lama digunakan.

Kesimpulannya dalam banyak2 sebab tu yang paling banyak sekali ialah compressor jadi compressor nie selalu bawa masalah paling tinggi,so kalau korang pi woksyop pastikan mekanik check minyak compressor ade, supaya ianya tak jam dan bukan korang tak tau harga yang paling mahal dalam komponen aircond ialah compressor jadi pastikan mekanik check compressor disamping sebab yang lain juga!

Pesan yang terakhir aku nak kasi tau ialah kalau tukar compressor pastikan mekanik servis cooling coil dan gas filter kalau boleh ditukar baru le sejuk macam kat Genting HIghland gamaknya dan jadi beku korang duk dalam kereta!

Setakat ini dulu la ya nantiku bawa citer lain pulak!






1.Compressor
2.Filter
3.Expansion valve
4.Fan clutch/Blades
5.Blower
6.Radiator/Condenser/Fan motor
7.Heater control valve
8.Heater core
9.Evaporator core
10.Hose Fitting

wassalam-kerosakan kereta

230 comments:

  1. bagus bro bagi penerangan pasal econ nih..ramai yg tak tahu sistemnya!!
    saya ada cara utk tambah lagi sejuk econ keta kita, sy cadangkan guna voltan stabilizer ori-charge! econ keta makin sejuk, jimat minyak, tambah pickup, lampu terang, bunyi audio power..x perlu pakai power M..
    nak tahu pasai ori-charge ni, sila ke web :

    http://www.ori-charge.webs.com

    ReplyDelete
  2. salam owner blog, saya guna Perodua Viva.. masalah pada air cond saya, sebelum dia rosak kipas kejap on kejap tak on, sepanjang dia jadi mcm tu, bila enjin dalam keadaan idle rpm akan naik turun kadangkala enjin terus mati. Sudah hantar checking, gas banyak lagi, fuse A/C tak putus lagi, cuma dia cakap, current dari computer box pargi ke kaki Relay untuk signal kat compressor tu takda. dia suspect computer box ada problem. betul ke? computer box tu ECU ke?

    ReplyDelete
  3. salam tuan..
    ada cadangan kedai mane utk servis aircond yg bagi harga berpatutan sekitar kl/pj
    tk

    ReplyDelete
  4. susah nak kata tetapi ada baiknya jika saudara pergi ke satu kedai yang buat aircond dgn kualiti terbaik supaya aircond saudara tak rosak selalu.
    Chipo auto aircond,taman maju jaya puchong.

    ReplyDelete
  5. sy nak tanya,aircond keta saya akan jd panas bila keta berhenti,means dlm jammed.tp kata mechanic compressor msh ok,minyak cmprssor pun da tukar,ape mslhnya hah,mechanic pun x tahu sebabnya,blh bntu sy?tq

    ReplyDelete
  6. saudara tak bernama,

    aircond panas walaupun semua komponen berfungsi kebiasaanya kerana kipas kondenser yang kurang kuat berpusing,sila periksa kipas aircond saudara.

    ReplyDelete
  7. SALAM BRO....
    KWN PAKAI KANCIL 660 STANDARD...
    COMPRESSOR BRAND SANDEN....
    BILA ON AIRCOND PICKUP XDA, MINYAK LAJU KWN TRY NAK TUKAR COMPRESSOR BESAR DENSO..MECHANIC ADVICE COMPRESSOR BESAR TU RECON PAKAI TAK LAMA SO KWN BERCADANG NAK CARI YNG ORI..APA NASIHAT BRO PLAK TUK MENINGKATKAN KUALITI ECON, PICKUP KERETA AND PRESTASI ENJIN

    ReplyDelete
  8. saudara kancil 660,

    pickup kereta bergantung hampir keseluruhan kepada enjin dan komponen,dari plug sehingga ke clutchplate

    Memakai kompressor dengan lebih tinggi hanya menyekat kekuatan enjin untuk memusingkan piston kompressor.

    Adalah lebih baik jika saudara gunakan distributor elektronik untuk enjin,guna plug bosch,tukar fuel filter dan adjust tappet dan juga memastikan semua hose kecil yang bersambung ke karburator,FICD dan distributor adalah tidak keras atau bocor.gantikan jika bocor.

    Perhatikan hasilnya.

    ReplyDelete
  9. salam bro...tau x kt area jb kedai mane yg bagus buat air cond ni.huhu.tq bro

    ReplyDelete
  10. saudara kat jb

    Saya pernah diberitahu oleh rakan di Johor Bharu mengenai sebuah kedai baiki aircond AZ auto cool dan aksesori di Johor Bharu,tetapi saya tidak berkesempatan mengunjunginya mungkin saudara boleh cuba baiki aircond saudara di situ.

    ReplyDelete
  11. awk, nak tanye kalau cooling coil bocor, untuk kereta kancil, kos nk tuka yg baru berapa eh?

    ReplyDelete
  12. saudari zee,

    kos tampal atau tukar cooling coil adalah dikira sebagai servis aircond iaitu dianggarkan dibawah rm200

    ReplyDelete
  13. salam tuan..
    knpe ea kipas kejap on kejap off..setiap kali sya bwk g wkshp 2 @ 3 ari pas tu x bgerak balik...tolong encik..sya da fed-up..duit da abis asyik repair tang tu gak..apa maslhnya ye..

    ReplyDelete
  14. salam tuan..
    knpe ea kipas kejap on kejap off..setiap kali sya bwk g wkshp 2 @ 3 ari pas tu x bgerak balik...tolong encik..sya da fed-up..duit da abis asyik repair tang tu gak..apa maslhnya ye..

    ReplyDelete
  15. saudara kipas

    Jika kipas aircond yang saudara maksudkan sila periksa sensor berada pada cooling coil.

    ReplyDelete
  16. Salam bang,ari 2 saya ad buat service untuk cooling coil,lepas 2,saya dapati air kat radiator b'kurang,sangat pelik,bile check x tau mne air 2 pegi,last2 saya tngok kt carpet bawah basah dah macam kolam,ape yg perlu say buat,buntu dah nie,niat nk anta kedai je sok ni

    ReplyDelete
  17. saudara/i yang bertanya carpet basah,

    2 soalan sebenarnya

    1)Jika carpet sebelah penumpang basah,itu adalah kerana hose yang sepatutnya mengeluarkan air aircon keluar samada tidak dipasang atau tidak disalurkan ke lubang luar

    2)Air radiator berkurang tiada kena mengena dengan aircond,Jika berkurang yang banyak ada kemungkinan radiator bocor atau kipas radiator yang tidak berfungsi.

    ReplyDelete
  18. helo cikgu.. tumpang tanya. saya baru beli kreta kelisa 2hd. masalah dia bila motor fan berpusing atau on air cond rasa bergegar.. apakah masalah ini cikgu.

    ReplyDelete
  19. anak murid son,

    Bila fan dan kompressor beraksi,RPM akan jatuh kira2 100 radius/minute dan menjadikan kereta bergegar sedikit.Untuk baikinya:-

    1.Periksa semua hose kecil berdekatan air filter,enjin dan komponen a/cond pada body kereta.Jika pecah tukarkan,jika tercabut masukan semula.

    2.FICD supply adalah alat untuk menaikan RPM setelah kompressor berfungsi,ianya biasa terletak pada body kereta berdekatan wiper.Tukar alat tersebut jika cara 1. tidak berkesan.

    3.Pastikan juga spark plug dan air filter baru digunakan untuk mencegah kesan2 kecil sampingan dan memburukan lagi gegaran enjin.

    ReplyDelete
  20. ok.. saya akan check semua nya itu. terima kasih cikgu..

    ReplyDelete
  21. helo cikgu.. masalah gegar tu saya dh check.ada kurang 1 bolt n nut pada flame kipas tersebut.so saya dh tambahlah 1 bolt n nut. tapi masih juga gegar. tapi taklah kuat sangat. tak mcm sebelum tu. bahagian hose semua ok. tak ada yang tercabut. FICD saya masih baguh lagi. sbb bila on air cond engine tak drop sangat.
    pasal spark plug aku tak check lagi. tapi kipas saya tu mcm tak balance la bila pusing.. mcm ada bengkok. mmg macam tu ke cikgu.
    kipas ni kalau tak bagus ada effect ke suruh body kereta tu gegar cikgu.
    satu lagi,kalau kipas tu dh pusing,tak pandai nak henti2 la pula. mmg standard kelisa ke cikgu..
    tolong cikgu.. tq..

    ReplyDelete
  22. son,

    kipas bengkok mungkin dah lama pakai ada bengko sikit kot,tapi kalau sebab kipas gegar enjin sehingga RPM jatuh itu tak mungkin kerana RPM jatuh hanya pada masalah tertentu sebab timing yang rendah.

    Kipas tak berhenti pusing mungkin mekanik saudara son dah wiring direct untuk kipas aircond jadi kipas akan terus berpusing tanpa menggunakan relay.

    Kipas aircond ada relay dan kipas radiator juga gunakan relay periksa relay tersebut.

    ReplyDelete
  23. relay tu lekat kat mana cikgu..

    ReplyDelete
  24. anak murid son,

    Relay letak dkt fuse box samada dalam enjin sebelah penumpang atau dibawah kaki pemandu

    ReplyDelete
  25. macam mana kita nak tau, relay tu untuk motor fan ke, utk hon ke, untuk lampu ke.. nanti tersalah cabutla pula. dan macam kita tau sama ada relay tu bagus ke tak cikgu. tq.. jgn marah cikgu..

    ReplyDelete
  26. encik murid son,

    Semua kotak fius ada petunjuk pada penutupnya dan semua komponen adalah menggunakan relay,tiada yang diwiring terus-menerus,jadi apabila salah satu komponen seperti kipas rosak ia samada kipas itu rosak ataupun relay rosak.Begitu juga dengan komponen yang lain.

    ReplyDelete
  27. saya guna kereta wira 1.5.aircorn saye kurang sejok dan bila bukak aircorn nanti mesti akan bau terbakar. knp ye ? agak2 brape anggarannye??

    ReplyDelete
  28. saudari myra hazizi,

    Jumpa mekanik untuk periksa belting dan pulley adjuster aircond.Kos tukar sekitar rm 150.

    ReplyDelete
  29. Kenapa aircond myvi saya bunyi macam ada benda bocor. Bising bunyi macam shhhhhhh. Aircond tak sejuk langsung. Angin je keluar. Hari tu dah tukat filter and top up gas. Ni jadi plak :(

    ReplyDelete
  30. saudari nursakinah bte mohd soleh,

    Jika bunyi macam tu memang tiada gas langsung dan memang bocor ,bocor tersebut mungkin besar sebab tu ia binyi bising ,biasanya cooling coil bocor dan mungkin telah tercabut dari pegangan.Periksa di w/syop.

    ReplyDelete
  31. saudari nursakinah mohd soleh,

    kira2 rm300-350.

    ReplyDelete
  32. Hari tu saya topup gas + tukar filter kena RM100 betol ke? Takut kena tipu je dengan kedai tu

    ReplyDelete
  33. saudari nursakinah bte mohd soleh,

    harga rm100 harga biasa ,paling murah pun mungkin rm80 sahaja.

    ReplyDelete
  34. salam, saya mengunakan viva 850.masalah saya :
    A) apabila menambah kelajuan, mendaki, memotong akan bunyi bising mcm geseran pada enjin@gearbox bila pedal minyak tekan habis terutama bila pasang aircond.lambat pickup.da lama sikit baru ok jalan mcm biasa.
    B) bila berhenti pasang aircond bunyi bergegar kuat sangat kat enjin. tapi bila tekan clutch, bunyi tu hilang.lepas bunyi balik.
    apa msalah saya n bro ada bengkel x?senang anta kat bro untk cek..

    ReplyDelete
  35. saudara viva 850

    Bunyi tersebut adalah bunyi bering clutch,ini adalah masalah biasa terjadi pada kancil dan viva.

    Turun gearbox dan gantikan bering tersebut.

    ReplyDelete
  36. salam,
    saya guna kembara auto 1.3cc, saya nak buat servis radiator enjin & radiator aircond.biasanya utk keberkesanan p& prestasi kenderaan, yang mana perlu diberi keutamaan servis dahulu, radiator enjin @ radiator aircond ?
    TQ atas respon tuan.

    ReplyDelete
  37. saudara kembara auto 1.3cc,

    Saya rasa apa yang saudara maksudkan adalah servis radiator kerana terdapat hanya satu radiator sahaja untuk sebuah kereta,hanya kipas sahaja yang kadangkala terdapat 2 yang berbeza satu enjin dan satu aircond.

    Untuk servis radiator untuk mengembalikan sejuk enjin lebih baik servis radiator saudara dengan bahan kimia dikedai radiator berdekatan selain daripada flush radiator yang boleh dibuat sendiri.

    ReplyDelete
  38. saya menggunakan wira 1.5..sebulan yg lepas,saya telah menukar cooling coil kerana didapati ia telah bocor setelah diperiksa..disebabkan kebocoran pada cooling coil itu,saya kerap menambah gas sebelum ini kerana kurang/tidak sejuk....soalan saya,jika cooling coil dan beberapa kompenen aircond yg lain seperti compressor,condenser dan gas filter berada dlm baik,berapa lamakah lagi gas yg sedia ada boleh bertahan dah bilakah tempoh sewajarnya untuk saya menambah isi semula gas? adakah mungkin memakan masa selama setahun? tolong bantu...

    ReplyDelete
  39. saudara joe,

    Jika tiada masalah kebocoran,habuk,pulley,minyak dan clutch pada kompressor serta komponen lain juga baik,gas yang saudara isi mampu bertahan melebihi 2 tahun atau lebih.Ada yang sehingga 5 tahun baru mengisi gas semula.

    ReplyDelete
  40. owh..mcm tu ke..sekarang dah paham..terima kasih ye..

    ReplyDelete
  41. Salam tuan,
    saya guna KEMBARA 1.3 EZ auto, sistem aircond kereta salah satu faktor overheating tak? maaf jika salah, sekadar tambah info. kembara standard saya, ada radiator & kipas radiator.depan radiator ada kondenser aircond. boleh tak kalau saya tambah depan kondenser aircond itu ? ada foremen sarankan..betul ke tak, itu yg saya tanya tuan..tujuan apa erkk ..TQ

    ReplyDelete
  42. saudara KEMBARA 1.3 EZ auto,

    Enjin kembara menggunakan satu kipas dan satu belting,olehsebab itu jika terkurang kekuatan salah satu komponen seperti kipas atau water pump ia cepat mengundang overheating.

    Servis radiator,tukar water pump biasa dilakukan kebanyakan pemilik kembara untuk masalah overheat,jarang sekali yang menambah kipas untuk aircond kerana ia mengundang lebih masalah terutamanya mengurangkan prestasi enjin juga wiring yang tidak tersusun.

    ReplyDelete
  43. Salam tuan blog..
    saya guna KEMBARA 2002 auto 1.3 EZ.
    saya ade tukar radiator baru minggu lepas, bila agaknya nak servis radiator lepas ini ? ikut bulan ke mileage ?
    soalan ke-2, sistem aircond saya juga ade buat servis ; coil, tukar pipe, drier, servis condenser. bila masanya kena buat servis lepas ini ?
    soalan ke-3, kipas saya (belakang radiator) versi kembara ini HC-EJ cuma satu sahaja, ader saranan dari foremen tukar kipas jenis kembara DVVT. mtk pandangan tuan blog..
    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  44. Saudara KEMBARA 2002 auto 1.3 EZ,

    1.Jika enjin tak panas,kipas berjalan elok,air tangki simpan tak kurang ini maknanya sistem penyejukan bekerja dengan baik,servis radiator tidak dikira ikut mileage atau bulan,ada yang tak pernah servis radiator berbelas tahun kerana sistem penyejukan yang tiada masalah seperti yang saya sebutkan.

    2.Begitu juga dengan servis aircond jika tiada masalah udara sejuk,gas bocor,gas kurang saudara tak perlu servis sampai bila2 pun tak apa,ada pengguna yang servis aircond selepas 7 tahun kerana gas kurang,gas kurang boleh dilihat bila filter gas kaca berbuih2.

    3.Kipas hanya berperanan menyejukan radiator secara pengaliran keluar udara panas,jika tiada masalah pada sistem penyejukan,temperature stabil,kereta tersebut tak perlukan kipas berbentuk lain,ada terdapat kipas yang tidak disesuaikan dengan enjin menyebabkan enjin cepat panas.

    ReplyDelete
  45. salam.
    saya menggunakan kereta wira 1.5
    masalah keta tersebut ialah.
    1. apabila aircond di "ON" kan dalam 10-20 minit. terdapat bunyi screeeeeeeeeeeeeeet..........(mcm org brek) dan apabila di "OFF" kan bunyi tersebut akan hilang. pada masa yang sama kuasa kereta terasa seperti terus drop.
    untuk makluman tuan, bunyi tersebut tidak berterusan, tetapi akan berbunyi sekejap-sekejap.
    minta tuan tolong apa masalah tersebut sebelum menghantar ke kedai supaya tidak di tipu.
    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  46. saudari jamila shafei,

    Bunyi ini adalah bunyi bering kompressor,dapatkan bantuan mekanik aircond untuk tukar bering kompressor tersebut.

    ReplyDelete
  47. Assalam Tuan Sord.. sy pakai kancil 660..berapakah suhu (darjah celcius) baru cutoff di cooling coil active..kete sy running lame bru cut..dan adekah disebabkan timing engine yg tinggi jugak..satu lg minyak mcm agak kuat..pening pale??

    tq

    ReplyDelete
  48. Assalam Tuan Sord..sy pakai kancil 660..bru ganti cooling coil..persoalannya compressor lambt nk cut off..berapa suhu sepatutnya dia cut..?

    ReplyDelete
  49. saudara me-myself -i

    Minta mekanik adjust contact point supaya timing rendah,tukar air filter(bersihkan atau basuh kotak air filter),tukar plug.Insyallah penggunaan minyak akan bersesuaian dan rendah.

    Mengenai cut off ia bergantung kepada sensor,suhu terletak pada sensor,kadangkala bila sensor cooling coil tidak diletak betul pada kedudukannya atau terhalang oleh getah pengikat dsbnya ia akan melambatkan cut off,kena periksa semula bagaimana corak pemasangan sensor pada cooling coil.

    ReplyDelete
  50. salam 1malaysia
    ok critanya gni, sya pkai kncil 850, ekon sya skg ni da cam sauna, 2x anta servis tmpt yg sma dlm msa 2 tahun ni, tp ekon guna mmg xsmpai 6 bulan da pns balik, simptom ekon ada bnyak, klu off enjin n ekon, msti ada bunyi hissing 'ssshhhhh' cam isap air guna straw...pastu klu adjust temperature bunyi klik, bnyi mmg bnyk kali...tp kdg2 jak sbb takut da mo adjust hehehe..last servis ari2 mmg suma da cek, cooling coil n kondeser da buka siap rendam lam air, tp xda bocor, filter da tukar, kompresor da tuka minyak, siap kaler ijau lg..piping suma da tuka getah...tp bleh thn smpai 5 bulan jak, so skg mmg xda ekon la keta saya 2..mls mo anta servis, kompresor pun mcm dah mati skg ni...suis a/c idup tp bila on enjin cam biasa jak..xda rasa berat, apa msalah ekon saya ni tuan? tlong email -> x_rateditem@yahoo.com

    ReplyDelete
  51. saudara awang,

    masalah ini masalah cooling coil sensor,tukar sensor dalam cooling coil.

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum Tuan,

    Saya menggunakan kereta Iswara LMST 1.3 Manual. Masalah aircond saya nie suhu sejuknya tak sampai ke tempat duduk penumpang belakang. angin dah kuat tp sejuk tu kurang..dah servis aircond (tambah minyak & gas, tukar tabung)dan sewaktu dengannya tp sejuk tetap tak sampai ke belakang..tolong saya tuan..ada org kata kereta kebal memang mcm nie aircond tak sejuk tapi sy percaya mesti ada penyelesaiannya..

    ReplyDelete
  53. Wksm WBKT,

    servis aircond ada tak tukar valve pada cooling coil,jika tak tukar angin tetap tak sejuk,selain itu pastikan kipas pusing baik dan cut off kipas serta kompressor juga baik iaitu tidak cepat cut off.
    Insyallah jadi sejuk jika dilakukan .

    ReplyDelete
  54. semua tukar tuan, termasuk motor kipas sebab motor kipas tu rosak..kipas ok lagi..berapa lama masa untuk cut off kipas dan kompressor tu yer tuan?

    ReplyDelete
  55. valve tu yang warna tembaga tu kan tuan?

    ReplyDelete
  56. Salam Satu Malaysia..

    Saya ada masalah aircon.

    Tahun ni..
    Bulan 9 saya p bengkel sbb aircon keluar angin panas jer. Bengkel top up gas. ok.

    bulan 10, g bngkel lg, masalah sama. lepas check, pomen ckp top up gas and tukar filter takut filter kotor sgt. ok

    semalam,air con keluar angin panas jer... plak. Kak Seri rasa tertipu.

    Apa nasihat saudara utk Kak Seri.

    Keta Kak enjin diesel 2.5.

    Terima kasih atas nasihat2 sauadara di blog ni. Banyak memberi panduan kpd. para pemandu wanita.

    ReplyDelete
  57. salam satu malaysia umaira baihaki,

    Masalah ni masalah kompressor,tukar kompressor kereta diesel kak seri.

    ReplyDelete
  58. saudara tanya valve,

    betul valve a/cond berwarna tembaga dan mempunyai pintalan gelung kecil dihujungnya.

    ReplyDelete
  59. saudara tanya angin tak sejuk sampai belakang,

    1.Cut off bergantung pada dimana kita letakan panel penunjuk suhu dalam kereta jika banyak ia jadi lambat cut off,bila sikit ia jadi cepat cut off ,jika panel tersebut berfungsi baik ia akan cut off mengikut arahan dari panel penunjuk suhu.
    Jika cut off terlalu cepat dan laju a/cond tak mungkin sejuk sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Sy juga pengguna iswara lmst masalahnye aircond x sejuk pada cuaca panas terik walaupun sy naikkan panel temperature maksimum. Hanya rasa sejuk dibhgn hadapan tapi x sejuk sampai ke belakang. Bila hari mendung, pagi atau malam memang sejuk betul. Ape masalah ye tuan? Sbelum tu sy dah servis aircond dgn menukar cooling coil, expansion valve, drier, isi gas baru, tukar kompressor lebih besar (pomen kata wira punya), tapi masalah ni tetap berulang. Kondenser dan kipas masih elok kata pomen.. kebocoran pn x ada katanye.. hrp tuan dpt beri penjelasan

      Delete
  60. Salam cikgu,
    sy nak tanyer..sy pki grand livina 1.6AT..bile ON aircond,ader bunyi bising pada enjin..sy hantar g servis kereta n pomen cakap compressor rosak dan kene tukar baru..budget dalam 2k..betul ker cmtu..minta bantuan..huhuhu

    ReplyDelete
  61. salam kembali anak murid,

    Kompressor yang rosak berbunyi ada 3 sebab:-

    1.sebab bering
    2.sebab belting kendur
    3.sebab dalaman kompressor kurang minyak

    Jika terlalu bising ia masalah kompressor,jika bising dicurah air dia hilang masalah belting kendur,jika bising berdesing dan kasar ia masalah bering kompressor.

    Pastikan bunyi tersebut dan jika tukar kompressor kos paling mahal pun sekitar rm700

    ReplyDelete
  62. Salam tuan blog,
    berapa anggaran full servis utk sistem aircond ?? kiranya semua part la yg kena servis.. tak termasuk brg yg rosak/perlu di-ganti baru..
    bgaimana nak jaga agar sistem aircond kereta sentiasa dlm keadaan baik selain full services rutin aircond..
    TQ mr.blogger.

    ReplyDelete
  63. @AnonymousMr.blogger

    Anggaran sekitar rm200 termasuk gas.
    Jaga a/cond mudah saja,jangan letakan temperature switch pada full blast,memadai dinaikan sedikit2 jika kurang sejuk
    2.selalu semburkan air pada kondenser
    3.Jika terdapat kerak hitam pada mana2 komponen a/cond seperti pada penghujung hose kondenser,sekeliling kompressor,elakan dengan segera membaiki.
    4.Tambahkan minyak kompressor pada kompressor setiap kali mengisi gas.

    ReplyDelete
  64. Assalam en Sord.
    kancil saya menggunakan enjin dan sistem aircon mira. telah menukar compressor terpakai dari kedai potong. vakum dan myk comp yg baru. bila on aircon kipas kdg2 pusing dan tak. tanpa on aircon kipas memang pusing berdasarkan kepanasan enjin. bila on aircon rpm akan turun naik tidak idle dan enjin mati sendiri. antara yg telah ditukar comp, drier ndan motor kipas. trmksh

    ReplyDelete
  65. @rizalRpm dikawal oleh stepper motor ketika ada aircon atau tiada,throttle body saudara perlu ditukar ataupun tukar stepper motor

    ReplyDelete
  66. salam tuan.kereta saya proton saga flx manual.masalahny bila on aircond kipas tak pusing bila guna 1-3 dan xon.tapi kalau pakai 4,kipas baru pusing dan on.apa masalahnya ya?dan berapa kos pembaikan.terima kasih.

    ReplyDelete
  67. @alongshah nabeelw/salam,kena tukar a/cond resistor untuk blower baru ok.

    ReplyDelete
  68. Salam tuan..Saya guna myvi auto 1.3 cc..kilometer sudah mencecah 130K++. Aircond saya mengeluarkan angin panas bukan sejuk. Hantar pemerikssan ke bengkel service aircond, diberitahu kompressor telah rosak.
    Berapakah harga untuk tukar compressor termasuk servis? Yang mana bagus, kualiti OK/tahan lama...Tukar yang ori atau re-cond atau kedai potong? Time kasih

    ReplyDelete
  69. @mohd azrulw/salam ,aircond compressor recondition lebih murah berbanding original dan biasanya yang dijual dikedai alatganti adalah recon semuanya.Harga original mencecah rm1000 lebih manakala recon sekitar rm400.Kualiti recon boleh pakai melebihi 2 tahun

    ReplyDelete
  70. Salam tuan .aircon saya ada problem lah bila on aircon ac hidup tp angin tak ada tuan bila turn level 1 hingga 4 pun tak angin .

    ReplyDelete
  71. @Marcel Jubinw/salam saudara marcel,adapon masalah sedara ni adalah masalah blower semata2,sila tukar motor blower dikedai a/cond berdekatan,harap maklum

    ReplyDelete
  72. salam.. bos nak tanya, lokasi relay aircond utk vivia di mana bos..
    di kawasan engin atau dalam area dashbord

    ReplyDelete
  73. @Sham Rahmatw/salam,sebelah kanan dalam engine(dalam kotak hitam)

    ReplyDelete
  74. salam tuan...sy nk tnye ckit...sy baru tukar kompresor skali ngn filter yg botol tuh skali topup gas rm340...aircond sjuk dlm 4 hari..then esok nya tros xsejuk..keluar angin je..then pergi balik kedai tuh dia check ada minyak dekat paip yg bersambung dari kompresor ke kondensor kot...yang ada kipas tuh..so tukar dah yang tuh...so skarang masalah baru nye klu xjalan kurang sejuk cm angin je...tp kalau jalan n cuaca mendung or malam sejuk...lagi satu kadang2 kalau kereta berhenti jap kat trafic ligt or nk singgah g kedai and aircond bukak, tiba2 nak jalan, kereta mati enjin...then ttp air cond, start balik enjin kereta baru boleh gerak...kereta kancil 660 auto...blh bagi pendapat x??

    ReplyDelete
  75. @Atif Arifw/salam,saya rasa saudara perlu dapatkan mekanik tersebut minta mereka tukarkan semula kompressor lain,kompressor tersebut tak berfungsi baik.

    ReplyDelete
  76. salam tuan, nak tanya sikit... pentingkah heater control valve kat kereta? sbb mekanik yg baiki kereta toyota camry saya buat direct piping bila heater control valve kereta saya rosak..

    ReplyDelete
  77. @Barizanifw/salam,tak mengapa tak ada coolant masih bergerak seperti biasa.Heater control ni cuma kawal berapa banyak colant yang perlu masuk bila enjin panas.valve ni pun sebenarnya sesuai untuk kereta di negara yang ada 4 musim

    ReplyDelete
  78. salam bang,


    nak tanya, saya pakai myvi 1.3 thn 2006..apabila drive slow aircond sejuk..apabila drve laju aircond panas..hanya angin sahaja..boleh bgtau x masalah ape..

    ReplyDelete
  79. Salam bang..sy pkai kereta wira SE..dan masalah sy bile pasang aircond dan dibiarkan lame dan 10 minit aircond akan rse pnas dan engin tibe2 mati..kdg kala bile nk kuatkn aircond rse sejuk skjap lepas tu pnas..sy xtaw nk buat ape da...nk 2bile time jln waktu panas..

    ReplyDelete
  80. @ash rafwslm,motor blower dah rosak dan aircond gas mungkin dah terlalu kurang

    ReplyDelete
  81. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
    Saya pemilik kereta myvi 1.3.Aritu,sy ada buat penambahan utk kipas kereta sy.Sebab myvi pakai 1 je.Soalannya,apakah kesan terhadap kereta jika pakai 2 kipas?yg kipas asal x usik,cumanya buat penambahan kipas kat kondesor.

    ReplyDelete
  82. @emmett grungewslm,tambah kipas tak mengapa cuma bateri saja akan cepat kurang dan lusuh kerana tambahan kerja untuk alternator

    ReplyDelete
  83. Salam abg. Saya nk Tanya, dlm dua bulan lepas, saya dah topup gas dan tuka air filter. Okay, dalam minggu lepas, saya menggunakan kereta saya untuk travel Jauh.. Dari kl ke perlis..perlis balik ke kl.. Saya mengunakan kereta kembara dvvt 1.3. Masa balik tu saya ada rasa x brapa sejuk dah air cond tu.. Bila sampai kl, kereta ada bunyi mcm rantai kena seret. Air cond terus x sejuk dah. Dia just blow kan angin panas. Benda ni jadi setiap kali saya start kereta. Air cond memang x sejuk dah. Setiap kali saya start, akan keluar bunyi seakan akan rantai kena seret atas jalan tar walaupun saya tidak buka air cond lagi. Apa masalah kereta saya bang? Compressor ke?

    ReplyDelete
  84. Salam abg. Saya nk Tanya, dlm dua bulan lepas, saya dah topup gas dan tuka air filter. Okay, dalam minggu lepas, saya menggunakan kereta saya untuk travel Jauh.. Dari kl ke perlis..perlis balik ke kl.. Saya mengunakan kereta kembara dvvt 1.3. Masa balik tu saya ada rasa x brapa sejuk dah air cond tu.. Bila sampai kl, kereta ada bunyi mcm rantai kena seret. Air cond terus x sejuk dah. Dia just blow kan angin panas. Benda ni jadi setiap kali saya start kereta. Air cond memang x sejuk dah. Setiap kali saya start, akan keluar bunyi seakan akan rantai kena seret atas jalan tar walaupun saya tidak buka air cond lagi. Apa masalah kereta saya bang? Compressor ke?

    ReplyDelete
  85. Keta myvi 1.3..lps buat major servis..tukar valve..bersih piping..minyak semua . lps dah siap..bwk keta jd cut off...bile keta slow..ada jem skit.. Cut off...angin panas....sebelum servis..tak penah jadi mcm nie..dl penah buat major servis gak .tak penah jadi. Apa masalahnya tuan?...sbb overheat enjin ke?...

    ReplyDelete
  86. @Muhd Faezsalam,dah ganggu idling sensor pada throttle body,perlu diservis idling sensor tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan...Idling sensor tue komponen bg penghawa dingin atau enjin kereta?..lagi 1 pertanyaan..baru saya perasan...air coollant pun jd kering..tak penah mcm nie...adakah sbb tue cut off...?..temp ok jer..tak overheat...

      Delete
  87. @Muhd Faezidling sensor pada throttle body enjin,kalau coolant pun kering enjin panas,dah periksa kipas ke radiator pusing ke tidak?

    ReplyDelete
  88. @Abu Farhan Zakariawslm,kondenser mesti ditukar insyallah ok lepas tu

    ReplyDelete
  89. Brp kos tukar kondenser skali upah? Gas kena isi semula x?

    ReplyDelete
  90. salam...
    saya menggunakan kreta viva 850
    bila mnghidupkan aircond engin begegar truk sgt apa masalnya tok guru

    ReplyDelete
  91. @roxy rosewslm,kalau rpm dibawah 1000 jika masuk aircond jadi semakin rendah dan bergegar ada masalah pada throttle body terutamanya sensor throttle,perlu dibersihkan

    ReplyDelete
  92. Salam Arsad .. Keta saya viva 850, bila saya terlupa off aircond bila matikan enjin, aircond jadi x sejuk, check gas jadi kurang, dah 2 kali top up gas, masalah yg sama mengakibatkan gas kurang dan x sejuk. Apa masalahnya ya? Dan hari ni saya terlanggar batu besar sampai bumper depan terbukak sikit, lepas langgar batu besar ni, ekon jadi x sejuk lepas tu overheat, mintak tolong tuan nasihat kn tkasih

    ReplyDelete
  93. @Email Koiwslm,keta saudara dah bocor gas,samada pada hose,coling coil,kondenser dsbnya,tapi yang pasti bocor ini besar ,sebab itu lah gas cepat habis dan aircond tak sejuk.mungkin juga kondenser dah kemek dan bcor sebab terlanggar batu seperti saudara khabarkan

    ReplyDelete
  94. Terima kasih, kondensor tu yg mna 1, kipas dpn tu ke?

    ReplyDelete
  95. Tkasih Arsad, besar pahala awk tlong org, dri 2009 sampai skg post ni awk x pnh miss reply.. Nak tanya lagi 1 ..kos semua ni agaknya brp ya? Jadinya keta saya jadi overheat mgkin sbb condenser ni? Akibat terlanggar bongkahan batu smlm?

    ReplyDelete
  96. @Email Koikalau kondenser saja yang bocor ,overheat tak akan berlaku,overheat hanya akan berlaku seperti,kipas radiator tak jalan,radiator bocor atau kemek,water pump dah karat,thermostat karat dan hose air bocor.

    Langgar batu kalau tak sebabkan radiator bocor enjin tak overheat,perlu periksa keadaan air samada cukup atau berkurang

    ReplyDelete
  97. @Email Koikalau overheat sebab air bocor kos buat dan tukar kondenser sekitar rm400 sahaja

    ReplyDelete
  98. Assalamualaikum Arsad..sy memiliki kereta wira..masalah yg sy hadapi ialah semasa Aircond kereta sy tak Mau cut OFF..sehinggalah sy control temperature aircond baru dia akan cut off..bila dah cut off..dia xmau ON la pulak..apa masalah yg terjadi pada aircond kereta sy ni..mohon pencerahan..Terima kasih

    ReplyDelete
  99. @ummu satirahwslm,cooling coil sensor dah kurang baik,tukar dan pastikan gas ditambah

    ReplyDelete
  100. Assalam boss. Sya nk tnya. Berapa sukatan minyak compressor untk toyota yaris.

    ReplyDelete
  101. Assalamualaikum tuan....
    Saya menggunakan kembara tahun 2008.
    Masalah saya apabila on aircond ia berfungsi dan selepas 20minit cmtu ia trus x sejuk..ini terjadi selepas saya buat setting timing aircond dan setting tb baru ni..sebelum ni x pernah jadi..apa puncanya..adakah mekanik trsebut salah setting?

    ReplyDelete
  102. @azlan a.bwslm,minyak kompressor sedikit saja tak sampai setengah liter

    ReplyDelete
  103. @salahuddin othmanwslm,terdapat idling sensor pada TB dan bila idling ini terganggu atau rosak atau kotor suis aircond pada kompressor akan cepat mati dan ini akan membuatkan aircond tak sejuk ,perlu periksa semula TB dan jika sensor TB ini rosak ia perlu diganti ,

    ReplyDelete
  104. Kalau buat direct kipas tanpa menggunakan relay ada masalah tak bos?

    ReplyDelete
  105. @Mohd Asrolboleh.letak fuse,tak la terbakar wayar nanti

    ReplyDelete
  106. saya gunakan vios 1st model...since bulan lepas ekon kete xde...dah refill gas 2x tapi sehari jek sejuk....pegi bengkel soh standby rm800...huaarrgghhhh..matilanak...di saat2 ank nk sekolah huhuhuhu...ape masalahnye yeee...sama ade compressor or cooling coil???mohon penerangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sehari saja sejuk bermakna ada bocor yang agak besar biasan ya pada cooling coil atau hose menuju ke cooling coil dengan mengandaikan suis aircond berfungsi dengan baik

      Delete
  107. Assalam...saya punye kete vios 1st model...since last month ekon dh x sejuk...refill gas 2x tapi sehari jek sejuknye...pegi bengkel cina katenye lau x compressor or cooling coil kena sediakan rm700++ mnta kurang pun RM600 lebih ahhh...pegi kedai melayu kena sediakan RM800...huaaarrgghhh...matilanak...di saat2 ank nk sekolah ni...so nk mntak pencerahan sebnarnye compressor ke...cooling coil...mekasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,untuk pengetahuan kos tukar kompressor memang akan mencecah rm800 termasuk upah akantetapi jika cooling coil yang bocor boleh ditampal kosnya hanya sekitar rm300

      Delete
  108. Slm tuan
    Nak tanya aircon/kipas bunyi berdengung bila buka speed no 3 & 4
    Kadang2 pernah mati@xde aircond semasa on
    Dekat bonet depan ada percikan minyak di atas timing belt
    Honda city 1.3 auto (sx8) 97
    Apakah masalahnya ?
    Boleh rekmen kedai servis sekitar johor bahru jika tuan tahu
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,minyak kompressor bocor dan mungkin juga terdapat hose aircon yang bocor

      Delete
  109. Assalamualaikum tuan arsad. Saya pakai saga flx dan baru hari ni,tiba2 aircond saya tidak berfungsi dgn baik. bila sy on je aircond dan bukak kipas aircond, ade bunyi berdengung yg bingit sikit dan hanya angin je kuar, tak sejuk lgsg. kereta baru dalam 2 tahun 4 bulan. Agaknya apa ye masalah aircond sy? Ni kete pertama sy, jadi agak nervous bila mula muncul masalah. dan kalau tuan tahu dan boleh bantu cdg kan kedai svs yg ok di sekitar setapak atau gombak. tq in advance tuan. (Nadia)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,mungkin fuse saja yang putus atau suis aircond yang rosak atau relay,mana2 kedai aircond kereta boleh buat,sedikit masalah sahaja

      Delete
  110. Assalamualaikum Tuan, Saya nak tanye, aircond sy mula tidak berfungsi dgn baik tadi. aircond tak sejuk, dan bila sy on aircond, bukak kipas, tiba2 kuar bunyi bising bingit sikit berterusan. angin kipas ok tp angin saje. apa pndpt tuan? dan jika keberatan,boleh tuan share pd sy antara kedai svs yg mgkin tuan tahu di sekitar setapak atau gombak. Saya guna saga flx

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gas telah habis,tambah gas aircond dan jika ada bocor sehari atau seminggu mungkin habis semula,jika bocor yang besar

      Delete
  111. Assalamualaikum tuan arsad. Saya pakai saga flx dan baru hari ni,tiba2 aircond saya tidak berfungsi dgn baik. bila sy on je aircond dan bukak kipas aircond, ade bunyi berdengung yg bingit sikit dan hanya angin je kuar, tak sejuk lgsg. kereta baru dalam 2 tahun 4 bulan. Agaknya apa ye masalah aircond sy? Ni kete pertama sy, jadi agak nervous bila mula muncul masalah. dan kalau tuan tahu dan boleh bantu cdg kan kedai svs yg ok di sekitar setapak atau gombak. tq in advance tuan. (Nadia)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu ganti cooilng coil sebab sudah bocor!

      Delete
  112. betul la tuan, sy baru balik dr isi gas. mula2 sejuk. tapi xsempat lg sampai rumah, bunyi berdesir tu ade balik. dan aircond mulai makin kurang sejuk. anggaran kalau bab bocor2 ni selalu berapa ya repair dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekitar rm700-1000 jika ganti cooling coil

      Delete
  113. Salam Tuan Asrad. Isteri saya pakai kancil660 utk hantar anak2 sekolah sahaja. Kereta tersebut mmg mempunyai masalah overheat(tidak boleh jalan jauh) yang dh berpuluh2 kali saya hantar repair tp masih overheat. Aircon berfungsi dgn baik Dan sejuk. Bila dh overheat..aircon tidak berfungsi. Adakah masalah tersebut berlaku disebabkan overheat? Masalah overheat tu saya dh malas nk buat dah cuma nak zircon sejuk Je..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,overheating tak kena mengena dengan aircond,aircond tak sejuk mungkin kompressor tak ok

      Delete
  114. Assalam tuan..
    Nak tanya..2-3 bulan lepas saya ada tukar clutch utk compressor sebab sudah rosak (bakar)..lepas tu suruh pomen tu servis minor ekon sistem..tukar valve,isi minyak compressor baru,tukar dryer filter..flush system..
    Masalah skang tiap kali compressor on,ada bunyi mcm 'burppppp' dekat area valve & pada masa sama paip ekon yg bersambung dgn valve tu bergetar kuat..
    Apa mslh tu tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada pengikat yang tak diketatkan kemas ,minta mekanik tersebut periksa semula

      Delete
    2. Alhamdulillah..ekon dh ok tuan

      Bawak kereta ke Denso Glenmarie Shah Alam..detail check valve yg mekanik tu tukar recond punya..
      Blh detect dekat spring & set screw penutup spring valve..
      Bila compare dengan original blh nmpk perbezaan antara valve ori & recond..

      Apapun..tq tuan..

      Delete
  115. Salam tuan,

    Saya pengguna kereta Myvi. Air cond kereta saya baru2 ni rasa kurang sejuk. Jadi saya dah topup gas. Selang 2 3 hari rasa keluar angin sahaja. Lepas check ada paip bocor. Buat piping baru. Alhamdulillah sejuk. Tapi ada masalah baru..bila saya drive lebih kurang setengah jam atau berhenti di traffic light akan ada bunyi mengaum..tak pasti bunyi compressor ke apa tapi RPM naik. Lepas bunyi tu hanya angin yg keluar..sejuk langsung tiada. Drive balik dalam setengah jam kejadian berulang. Ada sekali tu keluar asap pada lubang tempat keluar air cond dan rasa panas.

    Boleh tuan bantu saya apa yg x kena pada air cond kereta saya? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kalau tukar piping dalam enjin selalunya tiada masalah melainkan ada masalah pada kondenser yang tidak boleh memproses gas dan menyebabkan kepanasan akaibat tekanan melampau,perlu servis keseluruhan sistem aircond

      Delete
  116. Assalamualaikum tuan,

    Saya ada masalah air cond kurang sejuk bila dalam keadaan idling, tetapi bila kereta dh bergerak atau rpm dah capai 2500 keatas, baru ada rasa sejuk. Apakah punca masalah tersebut tuan?
    Saya pengguna kereta viva 1.0

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,biasanya masalah begini adalah sebab kompressor yang rosak akantetapi boleh cuba ketatkan belting dan isi gas

      Delete
    2. Saya dah cek di kedai servis aircond, mereka kata mmg kompressor hampir rosak.
      Kalau tukar kompressor, rm450 recond.
      Adakah itu standard harga bagi Kereta viva tuan?

      Delete
    3. biasa harga standard sekitar rm450 untuk recond dan rm800 untuk ori

      Delete
  117. Lagi satu masalah compressor cepat cut off, adakah masalah pada relay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika aircond boleh cut off tiada masalh pada relay cuma keadaan aircond yang cepat sejuk dan cepat panas menyebabkan cut off tidak berfungsi baik,perlu tukar kondenser

      Delete
  118. Assalamualaikum, saya guna iswara lmst, kat mana relay untuk compressor? Aircond saya sekejap sejuk sekejap tak dan kurang sejuk. Saya dah buat servis, cooiling coil tak bocor, valve dah tukar, sensor cooling coil pun dah tukar, paip kat compressor sejuk macam ais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,kondenser bermasalah ,berkemungkinan terlalu kotor mungkin juga bocor

      Delete
  119. Assalam tuan masalah kereta saya ialah bila enjin panas kompresor ekon akan berhenti dengan sendiri apakah masalahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu tukar relay aircond ,besar kemungkinan relay jadi cepat panas dan kompressor berhenti serta merta,relay rad radiator juga perlu ditukar

      Delete
  120. Salam en. arsad. sy nak tanye kalau minyak masuk ke ruang karpet sebelah pemandu ape maslahnye?dikhuatiri minyak tu adalah minyak enjin.tiada kebocoron pada lantai.kereta satria 1.3 carburetor.-fikri-

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,minyak yang boleh masuk cuma minyak klac atau minyak brek,periksa bawah kaki pada semua p[edal brek,klac dan pedal minyak

      Delete
  121. Assalam..cikgu,sy bru sahaja servis ekon kreta kancil 850 dlm 2 minggu lepas..seminggu slpas tu sy prasan yang ADA air mnitik d lapik kaki sebelah peñumpang Dan bunyi shuhhh macam bunyi menggelegak lepas sy konar selekoh atau mendaki bukit.pada masa yg sama ada air merecik keluar Dari lubang angiñ ekon.mohon pencerahan cikgu.tma kaseh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ada air pemeluwapan yang banyak dari cooling coil,air tersebut sepatutnya keluar dari kotak tersebut melalui salurannya tetapi tidak malah bertakung,perlu jumpa mekanik untuk betulkan semula kedudukan kotak cooling coil supaya air tersebut mengalir keluar kereta mengikut salurannya

      Delete
  122. salam tuan.. habis sy baca q&a dari 2009 ke 2016.. tahniah atas jawapan yg ikhlas.. sbb baca nak cari masalah yg sama tp ada sikit2 je.. kereta sy myvi 1.3 auto 2007.. kereta lama dah. baru2 ni tiba2 ac jadi tak sejuk.. lepas tu enjin jadi mcm tersedut.. ada bunyi dengung.. kereta jadi x pikap.. sy on the way jalan jauh jadi sy terus drive sampai tiba2 rasa panas dlm kereta tgk temp dah naik merah.. sy sempat stop sblm berasap.. then sy ke kedai ac pomen topap gas dan katanya minyak kering.. next time dia suruh servis valve.. keter mcm ok tp cuma skrg ni kalau jln jauh sikit ac jadi x sejuk, enjin tersedut2 xde pikap dan bunyi berdesing/mengaum.. apa pendapat tuan? tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,sebuah kereta yang pernah temp naik sehingga merah sebenarnya telah mengalami head gasket yang terbakar dan perlu diganti,walaupun kadangkala enjin tak alami kepanasan dan penunjuk tidak menandakan ia panas tetapi pada hakikatnya enjin tersebut mengalami keadaan panas dan bekerja pada kadar 70 peratus sahaja dan itu sebabnya ia tersedu dan semput dan keadaan ini juga menyebabkan aircond panas dan kurang berfungsi kerana enjin yang terganggu.

      Delete
    2. terima kasih atas balasan tuan.. kalau boleh sy nak tanya kalau nak baikpulih kes mcm ni apa yg perlu sy bagitau pada pomen bila ke bengkel? dan berapa anggaran kos nya pada pengalaman tuan? terima kasih lagi sekali.

      Delete
    3. beritahu pomen untuk lakukan top overhaul,kosnya sekitar rm2000

      Delete
  123. Assalamialaikum...guru nak tnye compressor saye die cut awal sngt pastu lmbt nak pusing blk...saye bru je tukar satu set pulley compressor tu..terima kasih

    ReplyDelete
  124. assalam cikgu.. kete sy saga flx. pnh toup gas 6bln lps..sbb ekon xsjuk..pastu ni kli 2 tjd ekon xsjuk lg.pastu g toup gas utk kli ke2..pastu ekon ok sjuk..dh mslh skg ni.. ble on ekon ade bau busuk..mcm bau gas ekon.. tp ekon sjuk je mcm biase.. cume ade bau..bau tu y xthan hidung nk bau dok dlm kete...ape mslh nye ye. try g tnye kdai die kte mslh koi n kne tkr smp rm600..mhl nye.. mslh ekon jd ade bau je.. ekon sjuk je...plzzz... nk rye nk blik rye lg.. duit nk pkai cmne la nk selsaikn nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,biasanya ini memang masalah kondenser yang berbau,jadi ia perlu diganti atau dicuci/servis dan isi gas semula,servis dikedai radiator,kosnya lebih murah sekitar rm100 sahaja dan isi gas semula

      Delete
    2. Salam..tuan nk tanya apa msalah econ sy bile enjin panas aircond akn cutoff cpat..bile sy cbut soket temp sensor econ berfungsi dgn cemerlang..compressor,valve,cooling coil,condessor dan temp sensor sume da tkar..da byk duit abis tp msih sme

      Delete
    3. Salam..tuan sy nk tnya msalah econ sy cpat cut off bile enjin panas..tros tdak sjuk..bile temp soket dicabut aircond sejuk..dah tkar compresor,valve,cooling coil,relay check sume ok..temp sensor pon da tkar tp msih sme..da byk duit repaiir..

      Delete
    4. wsalam,punca compressor tidak cut off adalah sebab cooling sensor yang tidak bekerja dengan baik,kadangkala sebab alat tersebut memang rosak atau boleh juga atas sebab kedudukannya yang diletakan tidak betul pada cooling coil dan tidak dapat menerima isyarat dengan baik untuk suis compressor cut off

      Delete
    5. Assalamualaikom Tuan, Saya nak bertanya tentang masalah air cond.. Sy pengguna kelisa, sejak kebelakangan ni sy perasan kompresor rajin cut off.. Lagi2 kalau dilaras pada speed ketiga.. Bila mula hidop kan air cond pon dia akan bunyi "klik " 2-3 kali, mcm dia on off.. Tp air cond tetap sejuk.. Adakah berpunca dr masalah suis atau power supply x ckop utk menggerakkan kompresor.. Terima kasih..

      Delete
    6. wslm,kebiasaannya akan jadi begini apabila RPM rendahsebaiknya cuci throttle body atau karburator

      Delete
  125. Salam tuan, sy pengguna myvi. ini adalah thn ke-9 penggunaaan. 2thn lps sy ada tukar compressor. Mekanik cadangkan guna Compressor avanza dan costnya dalam rm950. Dan sekarang aircond kereta kembali panas & ada bunyi kuat dibahagian hadapan. Rata2 mekanik kata compressor dah rosak. Ada bengkel yang menawarkan harga 440, 500 & 650. Ori full set katanya. Persoalan sy betul ke harga2 ni? N kebiasaannya berapa lama kompressor ini boleh bertahan? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,bila tukar kompressor haruslah juga tukar kondenser untuk bertahan lebih lama,jika tidak ditukar sekali hayat kompressor adalah pendek kurang dari 2 tahun

      Delete
  126. Assalam encik mekanik..saya pki kancil 660 lampu petak.baru baru saya tukar compressor tp bengkel tu masukkan compressor myvi.sejak guna compressor tu kereta sy selalu mati ms jalan ataupun berhenti ditraffic light.adakah compressor tu terlalu berat utk enjin kancil 660 saya. Dan satu lagi betulker kancil 660 tak boleh campur sparepart lain brand.
    terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,memang benar,kompressor yang terlalu tinggi dari kuasa cc pecutan kancil 660 akan memberatkan enjin untuk bekerja,kompressor myvi adalah untuk kekuatan enjin kuasa 1000 cc.
      Gunakan sparepart juga yang sama dan mempunyai kapasiti yang sama jika lebih enjin akan meragam

      Delete
  127. assalam tuan .... ekon kereta auto cut off terlalu cepat jadi saya dah hantar pergi servis ... lepas diperiksa dalam paip ekon ada cecair yang berwarna kehitaman , jadi mekanik cakap kene tukar satu sistem ekon sebab compressor dah rosak ... lepas tukar semua compressor , condensor cooling coil , cooling sensor pendek kata semua baru lah semua nya total lebih 2k... soalan dia kenapa dalam paip ekon tu boleh ada cecair kehitaman tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,dalam kompressor gas akan dimampatkan dan proses tersebut dijalankan oleh pergerakan piston dalam kompressor,jika kompressor semakin kurang kuasa ia akan lemah dan membentuk gas menjadi cec air hitam dan seterusnya disalurkan ke kondenser,coolin g coil dan valve

      Delete
  128. assalam cik mekanik. saya pakai axia advc baru stahun stgh. baru2 ni ekon sy tibe2 x sjuk,,kluar angin biase je dgn bnyi berdesing kt dashboard. lpas tu, kalau kita bkk ekon, sepatutnye bunyi enjin mcm kuat skit kn,, tp enjin kete saya bunyi mcm biase je,mcm tak bkk ekon. tu masalah ape ye?compressor kne tuka baru ke?atau tmbh gas jek?trime kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,periksa fuse bertanda ACC gantikan jika putus

      Delete
  129. Salam sy ada myvi 2008 bila kereta berhenti aircond akan sejuk bila kita dah start berjalan aircond tak sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ada kemungkinan cooling sensor tidak baik,perlu diganti

      Delete
  130. Asalamualaikum saudara.. Mohon bantuan dr saudara.. Sy guna kete kembara auto.. Masalah kete sy,bila buka ekon,rpm trus drop dr 1k ke 0.5k. Cm enjin nk mati..sejuk brape saat je pastu dh xsejuk.. Kompreser ada bnyi kasar..lg 1,kompreser ni blh repair ke?trma kasih saudara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,tukar FICD kompressor boleh ganti bering pulley untuk hilangkan bunyi kasar,jika RPM stabil kompressor akan berkerja dengan baik

      Delete
  131. Assalam cik mekanik, kereta saya naza suria 2009. 2 bulan lepas kereta saya tukar compressor habis dlm 1.6k. Lepastu semalam kereta sy ni bila on enjin lepastu on aircon sejuk ok je. Lepas drive, dia akan jadi panas. Ada sekali tu sy tunggu dlm kereta mcm bunyi kompressor tu kejap on kejap off. Apa masalah ye? Kalau baiki brp ye harga dia agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,servis cooling coil dan tukar cooling sensor serta stepper motor pada throttle body ,kos kira2 rm 400

      Delete
  132. Assalamualaikum cikgu, saya ade kereta saga lama dlm tahun 90an. Masalah saya, air cond tak sejuk. Apa yg saya dh buat, magnet pada compressor dh tukar baru, gas ok dan takde bocor. Bila saya on Aircond, belt pada compressor ada bunyi bising. Mohon advice tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar bearing pulley kompressor,hilang bunyi dan aircond akan ok insyallah

      Delete
    2. InsyaAllah, terima kasih tuan.
      Semoga tuan terus diberkati dan dirahmati Allah

      Delete
  133. Salam Encik

    Saya menggunakan Perodua Viva Auto 2009, bolehkah saya tahu apakah punca berlaku apabila saya hidupkan sahaja aircond, ada keluar bunyi seakan-akan "krik, krik" apabila sudah berjalan dalam masa lebih kurang 5-10 minit pada kelajuan 60 KM ke atas, bunyi tersebut sudah tidak ada.

    Apakah punca berlakunya bunyi tersebut dan apa perlu saya tukar?

    Mohon bantuan.

    ReplyDelete
  134. Assalamualaikum encik...
    Saya nak tukar compressor kancil ke compressor ekon yang besar...
    Model compressor ekon kereta yang mna lg bagus utk kereta sy adakah kembara atau kelisa... Klu ada y lain lg dlm buah fikiran encik... Sy meminta pendapat encik... Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,kompressor Myvi juga boleh digunakan selain dari kembara atau kelisa

      Delete
  135. Salam,sy guna kelisa..aircond xpernah ada masalah sebelum ni..sejak tukar belting 2016 dec,belting mcm agak keras masa pasang DIy..lepas 2 minggu pakai skrg tiba2 ada bunyi kasar bila on aircond..bunyi mcm trak..tak..tak..tak..mcm piston jln kering xda minyk pun ada..*ada kh ini sebab compresso kurang minyak atau bering rosak akibat ketegangan belting yng melampau..tpi bila off aircond bunyi xda..bunyi keluar 15saat selepas on aircond..sy suspek bering atau minyak aircond..minta tolong bgi pendapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar bering tensioner,inshallah ok

      Delete
  136. Salam tuan.. mengapa keto saya compresornya tak cutoff.. Banyak barang yang telah diganti.. valve,condeser,tabung gas dan kompressor kecuali cooling coil (kerana forman kata ia masih elok).Semuanya baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ada sensor pada cooling coil yang mesti diganti,sensor tersebut dihujungnya terdapat alat berbentuk hitam untuk mengesan suhu sejuk dan panas

      Delete
  137. Assalam
    Sy pkai kembara lama 1.3 manual.. Bila on aircond ada bunyi bising bila kete xjln..masa jln/tekan pedal myk bnyi hilang.. Kdg2 masa berenti pun sy kene tekan myk sbb xnk dia bnyi..masa jln ekon sejuk tp klu x gerak ekon jd panas.. Apa problem agaknya.. Terima ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,boleh tukar belting dulu untuk hilangkan bunyi kompressor akantetapi kompressor ini telah tidak tahan tekanan dan perlu diganti

      Delete
    2. Brape bajet tuka belting & kompressor ye

      Delete
    3. rm800 kompressor siap kira2 rm900

      Delete
  138. Assalamualaikum tuan, tuan nak tanya kereta saya viva auto overheat lepas overheat tu aircond, wiper dgn signal tak hidup, tuan tau apa masalah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fadillah Azman dan seven7 orang yang sama?jawapannya begini ya!

      waalaikumsalam,untuk overheat ,ada komponen2 seperti aircond,wiper,signal dan lain2 akan berhenti jika penunjuk suhu naik sehingga tanda amaran/merah,ia akan kembali pulih setelah enjin kereta sejuk semula juga selepas melakukan top overhaul

      Delete
  139. assalamualaikum tuan, tuan saya nak tanya kereta saya viva auto overheat lepas overheat tu aircond, wiper dgn signal tak hidup, tuan tau apa masalah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,untuk overheat ,ada komponen2 seperti aircond,wiper,signal dan lain2 akan berhenti jika penunjuk suhu naik sehingga tanda amaran/merah,ia akan kembali pulih setelah enjin kereta sejuk semula juga selepas melakukan top overhaul

      Delete
  140. Salam tuan,econ sy keluar angin je..baru lepas top up gas..b4 tu ade bunyi bising..then lps jangka masa seminggu bunyi tu dh xde tp keluar angin panas je..ape masalah ek..kete kancil

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam,gas habis semula akibat bocor,buat servis insyallah tau mana tempat bocor

      Delete
  141. salam mekanik..nak tanya kalau ac skjap sejuk skjap xsejuk,apa masalah dia? masa on suis ac lama nak sejuk lepas 10 minit jalan bru sejuk tp sekejap sja sejuk lepas tu panas balik..timing rpm pun kadang2 buat masalah klau dh on suis ac kreta..nak tanya apa masalah dia ni? sama ada expansion valve or sensor rosak dan minta harga utk kompenan yg rosak..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah kompressor tak ok,perlu ganti,kos rm900

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>