Mekanik kereta: Mansuh PPSMI
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Jul 13, 2009

Mansuh PPSMI


Oleh kerana blog ini ku reka untuk melontarkan pandangan peribadi serta menyentuh isu semasa disamping topik-topik pasal kerosakan kereta jadi hari ini ku ingat nak conteng sedikit pandangan mengenai PPSMI (Pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)

Memang semua sedia maklum dah 6 tahun PPSMI ni berjalan dan impak yang ketara serta tak ketara dah banyak timbul seterusnya menimbulkan banyak isu kepada sekolah,guru dan murid2.Banyak kebaikan dan keburukan dalam PPSMI ini dan aku sempat mendengar beberapa perbincangan di corong2 radio pasal PPSMI nie.

Walaupun Timbalan menteri kita dah mansuhkan pasal PPSMI ni tapi orang banyak yang tak puashati dan tak kurang gak yang puashati sebab matematik dan sains tak perlu belajar dalam bahasa inggeris.Tapi pada aku tujuan orangramai nak mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa inggeris bukannya nak maju dalam bidang sains dan matematik itu yang kerajaan mansuhkan tu, terus kuar banyak lagi alternatif lain untuk meninggikan penguasaan bahasa inggeris para pelajar.

Keburukan paling ketara ialah ramai pelajar kita setelah ada PPSMI nie jadi teruk keputusan mereka pasal tahap penguasaan bahasa inggeris mereka rendah sangat terutama kat luarbandar ,ada tu yang pandai matematik dan sains bila kena penangan PPSMI nie terus menjunam keputusanya dek bahasa omputih nie.

Yang baiknya pulak ramai pelajar dah berlumba2 kejar bahasa inggeris nie tapi pada akulah mansuhkan ke idak sama saje cuma yang nak kena pikir sekarang nie bagaimana nak ramai kan lagi pelajar lelaki yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading tu yang penting terutamanya kaum melayu makin lama makin kurang kenapa gaknya ya?

Semuga selepas dah mansuh dan ada lak cara-cara yang dikemukakan kerajaan pasal nak kuasa bahasa inggeris di sekolah2 ni aku harap ramai lah saintis dan angkasawan serta ahli genius matematik pada masa akan datang,Insyallah!
Sekian dulu.wassalam(kerosakan kereta)

No comments:

Post a Comment

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>