Mekanik kereta: Pasal aircond kereta lagi
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Aug 30, 2009

Pasal aircond kereta lagi



Pagi ni dah pukul 312 pagi aku baru je lepas tengok bola Arsenal dan MU,walaupun pasukan kegemaranku Arsenal tumbang tapi puashati kerana gamenya ok gak.Dah lama gak aku tak update blog ni jadi pagi nie aku pun tulih le pasal aircond sekali lagi,tapi tak banyak mane le cuma nak kasi tahu korang pasal gas aircond yang selalu dan sesuai digunakan untuk kereta lama dan model baru.

Ada dua jenis gas aircond kereta yang selalu digunakan iaitu gas R12 dan R134A,R12 nie selalu digunakan pada kereta lama ataupun kereta yang dah lebih umur 5 tahun keatas,bukan tak boleh digunakan pada kereta model baru tapi tak berapa sesuai kerana kandungan dalaman gas tersebut.
>


R12 tu boleh membawa penyakit kepada sistem aircond kereta.Jika digunakan gak akan membawa kepada kerosakan compressor dan cooling coil,tapi yang lebih senang kena penyakit ialah compressor,macam kena H1N1 gamaknya terus demam compressor tu dan terus le kong.Jadi aku nasihatkan kalau ada nampak mekanik tuang gas R12 nie kat kereta korang tolong beritahu dia gas tu tak sesuai.Kadangkala mekanik dan kedai ada yang nak untung lebih tuang gas R12 nie sebab ianya murah dari R134A.

R134A pulak adalah gas yang sesuai digunakan pada kereta model baru zaman sekarang yang umur tak lebih 5 tahun dikeluarkan dan kalau kereta malaysia selalu digunakan pada kereta wira,perdana,waja termasuk kereta perodua dsbnya.

Kandungan gas warna hijau nie memang lebih ringan berbanding R12,jadi hati2 bila memilih gas aircond kereta.Kereta jepun kebanyakannya memang boleh gunakan R12 dan R134A tapi aku nasihatkan tuang R134A jika kereta korang masih baru supaya tak dapat penyakit pada compressor kalau dah dapat nanti bertambah sakit le poket korang sumer.

Sekian untuk kali ini semuga jumpa pada topik lain pulak.Jika nak tanye pasal kereta sila le tinggalkan komen nanti aku jawab bila ade yang tinggalkan komen,jadi selalu le lawat page nie ataupun bookmark je dan tengok ok.sekian wassalam.



wassalam-kerosakan kereta

90 comments:

  1. nak tanya sikit....? bila enjin dihidupkan bacaan voltan diterminal bateri adalah 14vdc. bila tekan pedal minyak bacaan bateri turun kepada 12vdc.apa masalahnya? alternator ke? rectifier ke? atau bateri.? minta tunjuk ajar sy budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan....

    ReplyDelete
  2. anonymous,
    kebiasaannya bila enjin idling pada voltage 13.5 keatas,jika cas bateri turun sehingga 12 bermakna salah satu dari bateri atau alternator mengalami masalah.Untuk memastikannya cuba cabut salah satu kabel bateri dan liht penunjuk meter.ini bermaksud enjin berjalan menggunakan kuasa bateri sahaja,jika voltan masih kekal pada 12 bermaksud bateri tidak berdaya menyalurkan tenaga masuk dari alternator begitu juga sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Nak tanya ckit ni....?nape aircond keta saya kalu jalan ok,tapi kalu stuck kat traffic jem..tiba2 aircond jadi panas?mmg kompressor k ape?keta saya model myvi..

    ReplyDelete
  4. saudara/saudari yg bertanya mengenai keta myvi,

    Memang tidak dinafikan kompressor adalah masalah utama dalam sistem aircond akantetapi ada juga masalah lain yang boleh menyebabkan aircond tidak sejuk.Jika ini kali pertama keta tersebut menjadi demikian apa yang patut dilakukan ialah

    1)Jika belting aircond yang kendur boleh menyebabkan aircond keta tidak sejuk pada waktu enjin perlahan

    2)Tambahan lagi jika gas yang telah kurang.

    Jika kedua ini berkeadaan elok barulah beralih kepada pemeriksaan kompressor aircond.Tetapi pada hemat saya masalah keta myvi saudara/i perlukan penambahan gas dan pengetatan belting aircond sahaja.

    ReplyDelete
  5. Salam... saya pakai kancil 850ex. soalan saya:

    1. Ada x komponen Air Cond Filter di kereta saya yang berbentuk segi empat?bukan yang bulat di enjin tu. kalau ada di mana tempatnye ye?

    2. Timing kereta saya akan tinggi sehingga 2 1/2 atau 3 bile mula2@pagi2 dihidupkan. Apabila panas pun kadang2 tetap tinggi, kadang2 rendah mcm biasa.kalau saya buka air cond baru rendah timing nye. saya tengok pemutar skru utk adjust timing kt bawah oil filter yg bulat tu dah paling rendah.xboleh nk adjust dah rasanye. ape masalah nye ye? boleh bgtau ape saya perlu buat?

    Minta tunjuk ajar ye. Terima kasih wsalam...

    ReplyDelete
  6. kepada saudara kancil 850ex,

    1.Apa yang saudara maksudkan mungkin adalah cooling coil,yg memeng brbentuk segiempat,terletak di atas tempat duduk penumpang sebelah pemandu.(bawah dashboard)

    2.Timing terlalu tinggi jika kancil 850ex ,saudara boleh adjustkan sedikit skru dibelakang karburator dan pusinbgkan sedikit arah lawan jam supaya idling(timing) lebih perlahan tapi jgn terlalu rendah kemungkinan kereta susah dihidupkan waktu pagi.

    ReplyDelete
  7. saudara bole ke rebiuilt balik com[ressor jenis denso

    ReplyDelete
  8. saudara spark,

    apa jenis kompressor yang masih ada alatgantinya boleh dibina semula.cuba ke chipo auto aircond di puchong taman maju jaya,bawa kompressor kesana

    ReplyDelete
  9. saya ada kereta saga lame...kereta ni dah lame aircond die dihidupkan...satu hari tangansaya gatal...saya tekan suis aircond dalam keadaan enjin hidup...tibe-tibe meter minyak,meter suhu,lampu signal,lampu depan sume tak hidup...lepas tu saya matikan enjin...kemudian saya hidupkan semula tapi tak boleh start..tanda-tanda yang ditunjukkan sama macam bateri kong...tapi bateri tu saya baru tukar...boleh bagi jawapan tak???

    ReplyDelete
  10. saudara kereta saga lama,

    Periksa alternator saudara,hidupkan enjin jika masih boleh dihidupkan dan cabut salah satu kabel bateri jika enjin masih hidup alternator tidak rosak begitu juga sebaliknya jika enjin mati alternator saudara telah rosak.Olehkerana keadaan serta merta yang dialami oleh alternator akibat pengurangan sumber kuasa setelah suis aircond dimatikan boleh menyebabkan alternator terbakar.dapatkan alternator yang baru untuk semua komponen berfungsi semula dengan baik.

    ReplyDelete
  11. salam nak tanya...berkenaan suis aircond..,
    perlu ke off kan suis aircond bila nak matikan ejin kereta...ataupun biarkan sentiasa on..samada nak matikan enjin kereta atau nak start..tq

    ReplyDelete
  12. assalamualaikom tuan..boleh terangkan mcmana proses memasukan minyak pemampat serta gas ke dlm system penyaman udara kereta..terima kasih.

    ReplyDelete
  13. saudara yang bertanya mengenai gas aircond,

    Gunakan hose gas berwarna biru sementara enjin sedang dihidupkan pastikan buih putih pada gas filter hilang setelah menyalurkan gas aircond.Hos biru hendaklah dipasang pada pengalir gas ke cooling coil yang biasanya berwarna biru juga dan hose warna merah jarang digunakan tetapi jika ingin menggunakannya pastikan ianya dipasang dan dibuka setelah hose tersebut panas.jangan biarkan ia jadi panas.

    ReplyDelete
  14. saudara encik

    sebaik-baiknya suis aircond dimatikan bila enjin dimatikan dan suis tersebut dihidupkan bila enjin telah hidup.Ini kerana penggunaan kuasa yang banyak ketika menghidupkan enjin boleh merosakan alternator saudara dan mungkin juga merosakannya samasekali.

    ReplyDelete
  15. salam saudara,sblm itu saya ingin mengucapkan slmt tahun 2012'saya tnya skit tentang cara penggunaan mesin vacuum dari mula hingga akhir.sekiranya begitu bolehkah penggunaan mesin mesin vacuum ketika ada gas ataupun smasa gas tiada,TERIMA KASIH kerana membantu.

    ReplyDelete
  16. saudara bertanyakan mengenai penggunaan vakum aircond.

    Pasangkan semua hose kuning,biru dan merah pada kedudukannya ketika gas masih ada,hidupkan mesin dan biarkan selama 30 minit.Meter akan naik dan tutupkan hose biru dan tutupkan mesin,biarkan selama 30 minit lagi untuk melihat kebocoran.Jika tiada bocor meter tidak turun dan saudara telah selesai proses vakum aircond.

    ReplyDelete
  17. I'm now not certain where you are getting your information, but great topic. I needs to spend some time finding out more or understanding more. Thanks for excellent info I used to be on the lookout for this info for my mission.
    My blog ; Lejla.si

    ReplyDelete
  18. The originality of all the info stand still as it is.It is all from my experience ,anyone may copy and paste this and write a review on this but t do not think anyone who had no experience directly to automotive field can come up with this kind of information.

    You just made a good credit that would be considered as a compliment.TQ

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. thanks for compliment,this is my first time to hear we can repair our credit,i need to digg more on your site!

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. When some one searches for his necessary
    thing, so he/she needs to be available that in detail,
    therefore that thing is maintained over here.
    Take a look at my website - executive coaching test

    ReplyDelete
  24. Ahaa, іtѕ faѕtidiouѕ discuѕsion about thіѕ ρieсe of wгiting at this ρlacе at this blog,
    I haѵe read all that, sο now me аlѕo commenting at
    this plаce.
    My web blog :: Modelling

    ReplyDelete
  25. Great info. Lucky me I ran across your blog by accident (stumbleupon).
    I've book marked it for later!
    Also visit my website ... amazing site

    ReplyDelete
  26. alo..

    nk tanya..
    1) kt mana kedudukan air cond filter kereta waja campro 1.6? saya dh bukak kt dash board tp x nampak plak benda 2..ada org kata kereta waja xde air cond filter, btl k?

    2) ada kesan dkat air cond x kalau kita buang air filter? kesan kt compasor or cooling oil k.or yg berkaitan dengn machine..sbb kalau buang air filter, air cond lg sejuk walaupon udara x bersih..hehe

    tq

    ReplyDelete
  27. saudara hanif,

    1.Kalau tak silap saya hanya waja campro saja ada a/cond filter

    2.Dulu memang tak guna a/cond filter,cuma sekarang pembuatan cooling coil telah dimajiukan dengan menambah a/cond filter,maknanya tak pakai pun tak apa cuma kotor sikit kot.

    ReplyDelete
  28. At this time it appears like Expression
    Engine is the top blogging platform out there right now.
    (from what I've read) Is that what you are using on your blog?
    Also visit my website - cat hairball

    ReplyDelete
  29. Aloha nak tanya ni, saya guna saga blm, kalau air cond on, compressor berterusan on, sampai angin tak boleh keluar, cooling coil penuh ais mungkin, temperature adjust switch palinng minima dah.

    ReplyDelete
  30. saudara aloha.

    maslah ni kena tukar cooling coil sensor yang duduk kat dalam cooling coil.Jika tak tukar begitulah jadinya kompressor takan cut off automatik.

    ReplyDelete
  31. Hi there i am kavin, its my first occasion to commenting anyplace, when i read this paragraph i thought i could
    also create comment due to this good paragraph.
    my web page > hookah lounge in Orlando

    ReplyDelete
  32. I wanted to thank you for this fantastic read!

    ! I absolutely enjoyed every little bit of it.

    I've got you book marked to check out new things you post…
    Here is my web blog :: contractor in Orlando fl

    ReplyDelete
  33. Hi kavin,I open this blog for any question on automotive repair,but your link seems no harm to my posting,I'll make an exception but if this link start ruinning my traffic I have to delete this.

    ReplyDelete
  34. hi there from Orlando

    Even though I open this blog for comment but it doesn't mean I will approve any link especially from same person but as a blogger too I would like to advice ,it is not a traffic healthy to your blog to leave your webpage link at any different language.It may ruin your link and also your visitors trust.

    ReplyDelete
  35. Salam Bro.. Nk tompang tanya la..
    saya pakai keta waja..sekarang ni air cond die jdk pelik r..kalo baru stat keta pas 2 bukak air cond, die akan keluar mcm haba je..pas 2 kalo dh 3-5 minit baru ada rasa sejuk, die kene tgg mcm kene sentap ckit baru kua gas air cond..ape prob die ye, gas dh nk abis atau ad prb lain..tq

    ReplyDelete
  36. saudara muhammad hanif,

    masalah ini adalah masalah sensor cling coil.Tukar sensor tersebut.

    ReplyDelete
  37. adakah compressor tidak berfungsi apabila blower relay rosak???

    ReplyDelete
  38. @Anonymouskompressor tetap berfungsi walaupun blower relay rosak

    ReplyDelete
  39. Kereta waja saya.air cond tak sejuk.
    1-gas aircond dah tambah.kejap je sejuk dalam 2 ke 3 hari je.
    2-filter dah tukar kejap je sejuk.
    »adakah valve rosak atau coling
    coil bermasalah
    »atau compresor kong.
    3-dah check kat kedai tiada kebocoran di kesan.APAKAH MASALAH YANG AIR COND SAYA ALAMI

    ReplyDelete
  40. @Suwardi Baharuddinservis a/cond tersebut,tukar valve dan kesan jika ada bocor pada sambungan pada valve atau cooling coil,jika ia masih tak sejuk tanda2 tersebut lebih menjurus kepada rosak kompressor

    ReplyDelete
  41. salam...klau ada air mnitik mse nga benti kete knapa ye? ada kaitan ngan aircond gak ke?

    ReplyDelete
  42. @shud adaw/salam shud,air akan menitik pada 2 tempat saja iaitu disebelah kiri bawah kereta dan sebelah kanan.
    Kiri adalah air a/cond dan kanan jika water pump dah rosak.

    ReplyDelete
  43. cities you pre-select, depending on your own time zone.

    The G Shock technology has been around since 1983,
    so it can be tried and tested and certainly stands up
    to task. Kikuo Ibe, and the timepiece was intended to absorb
    the shocks and turbulence of any sport or outdoor activity.


    my blog post casio g-shock analog digital Chronograph military mens watch aw591ml 1a

    ReplyDelete
  44. Salam,
    Ada x sape2 yg tgh baca komen ni tau mana specialist air cond utk land rover. Byk kali dah kena tipu. Pomen kata boleh buat tapi rupa2nya xboleh buat. Mohon share lokasi sape yg tau. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  45. @Ibnu Ahamadw/salam saya sarankan saudara Ibnu Ahamad buat di Chipo Auto Taman Maju Jaya Puchong bersebelahan Puchong Perdana,insyaallah ok.

    ReplyDelete
  46. Asalamualaikum.
    Mohon bantuan..
    sa ada 2 masalah a.cond ni..
    Baru2 ni sa repair a.cond 1set smua skli ganti...last2 bila bak test
    1)Wayer supply karen untuk compreser x hidup,bila cek wayer suppy dekat atas botol2 tu ada juga karen...Pomen tu cakap,box hitam yg dekat bawa d.board tu rosak..Bila da ganti pn still sama juga,lepas tu pomen tu bagi direct wayer dri atas botol tu terus ke compreser...
    Xda apa masalah kh bagi direct mcm tu? dan
    D mna sebenarnya masalah karen xda tu?
    Baru ni baru tukar enjin ke JBDET,Ada kaitan ke dgn ni masalah tu?
    2)Bila enjin parking On aircon,enjin pndai mati..Bila kereta bejalan Ok juga x mati,cuma ada terasa mcm sangkut2 masa begerak tu.. D mna masalahnya tu?
    Belting ari tu pkai saiz 2280 masa pasang ketat,2,3 hari da longar belting tu..
    untuk compressr l9 jipun gas apa yg sesuai r12,r13 atau keduanya bole?
    mohon sangat2 bantuan yg berpengalaman atau pernah mengalami mslh mcm ni..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      1,wiring kompressor bermula dari relay ,jika tiada supply perlu tukar relay atau susur wiring pada relay dan menjadikannya aktif semula,wiring terus begitu perlu diletakan fuse kerana kompressor perlukan rintangan yang tinggi kerana ia cepat panas.Api yang hilang boleh dikesan dari relay dalam kotak fuse.ianya tiada kaitan dengan tukar enjin.

      2.enjin sangkut bila aircond masuk adalah sebab wiring yang terus,perlu jumpa pomen wiring untuk aircond supaya wiring terus tersebut dibaiki,gas r12 adalah untuk kereta lama dan kebanyakannya sekarang kereta menggunakan r134A

      Delete
    2. Terima kasih sbb respond dgn cepat...
      Ooo...
      Enjin mati bila on a.cond masa parking N terasa mcm sangkut2 seperti semput berpunca dri waring terus ke compreser lh mksd nya?
      Dri baiki a.con ari tu,belting pkai dlm 3 hari mcm tu da longar..

      Delete
    3. belting longgar perlu periksa tensioner atau komponen2 yg bersangkutan dengan belting aircond

      Delete
    4. Menarik..terima kasih..
      Untuk elak enjin mati bila ON a.cond,kena ubah wayaring secara terus tu lh mksd nya kn?

      Delete
    5. Salam tuan...
      Sya sda cek relay,relay ok..Supply dekat atas botol tu ada,cuma yg d compreser tu yg xda?
      Mnta jasa baik tuan,srba sedikit untuk kenal pasti masalah ni..terima kasih

      Delete
    6. wslm,jika ada bermakna wiring tersebut adalah dari drier terus ke kompressor

      Delete
    7. Sya kurang fhm tuan..
      Mksd nya kena tarik wayar dari drier terus ke kompreser lh mksdnya?

      Delete
  47. Sya kurang faham sdkit tuan..
    Mksdnya kena ambil karen dri drier trus ke compreser kh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil karen dari relay,kompressor direct ke relay,drier ada 2 wayar,satu api satu negatif,kompressor pun sama

      Delete
    2. Jika sa ambil karen dri suis AC,tarik 1 wayar dri on/off suis trus ke compreser...
      Ada kh langkh ini baik tuan?

      Delete
    3. kurang baik kerana suis akan panas,litar sebenar adalah dari relay,bateri ke relay kemudian tenaga disalurkan ke cooling fan,receiver drier dan kompressor

      Delete
  48. Ok.
    Atas drier ada 2 wayar...salah 1 wayar,mengikut kawalan dri suis..
    So melalui wayar tu kena buat lop 1 trus ke compreser?
    Atau potong trus wayar dri drier tersembut dan sambung wayar trus ke compreser?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari relay satu wyar terus ke kompressor,relay tersebut ada dalam fuse box dalam enjin

      Delete
  49. Salam tuan...
    kereta sy jenis ford leser taun 1992.
    1. masalah econ sy bila on kadang2 blower jer tp gas x jalan.. bile ketuk kat box area cooling coil bawah dash board baru dia akn berjalan.

    2. Econ sy kejap sejuk dan kejap panas. Dlm perhatian sy cut off econ sy tempoh dia agak lama x seperti normal. Contohnya sejuj 10 saat dan cut off 15 saat.. bukan ke normal sejuj lebih lama dr cut off.? Minta penjelasan tuan.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      1dan 2 masalah ini perlu tukar cooling coil sensor kerana ia tidak berfungsi dengan baik,cut off akan kembali seperti biasa dan akan mengikut seperti pada suis panel

      Delete
  50. Ok..Noted..Terima kasih..
    1)Ada kh dgn cara ni,aircon brfungsi dgn normal juga?
    2)Ada kh Normal piping a.cond,sejuk hingga berwap dan menitis kn air ?
    Hingga ada yg yg menitis ngam2 dekat pully compreser?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pintasan bypass memang akan ada kesan sampingan pada komponen.

      2.kalau sampai berwap itu sehingga ada air menitis bermaksud ada sambungan yang tak sempurna samada pada cooling coil,atau condenser

      Delete
  51. Sambungan x sempurna bermaksud,sambungan dri piping ke kondenser atau cooling coil?
    Seperti liking kh tuan?atau kelongaran pada sambungan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la tu longgar atau leaking

      Delete
    2. 1 Noted
      2.Ada kh dgn pintasan bypass ni,proses cut off maC berfungsi seperti biasa atau x?

      Delete
    3. bypass boleh tapi ada kesan sampingan seperti jika api diambil dari tempat yang tak sepatutnya akan menyebabkan komponen yan g terlibat kurang kuasa oleh itu ia akan menjadikan sedak enjin

      Delete
    4. Salam tuan..
      Baru pagi tdi sya check a.cond sya sbb masalah...1)Paip a.cond b"air,comprser kadang2 berbunyi n
      2)enjin begegar shnga injin mati selepas berenti jalan dalam 100km..
      Pomen tu kata,a.cond semua ok,Cuma compreser x pndai cut smpai cooling coil berais n menyebabkan udara panas...
      N paip yg beair tu tanda compreser bfungsi dgn baik kata pomen tu...
      Pomen ni cadangkan untuk pasang thormastat n mengambil cos dalam rm280..
      Betul kh apa yg pomen ni cakap?
      X berapa faham dgn fungsi thormostat...

      Delete
    5. wslm,pergi kedai aircond tukar cooling coil sensor,insyallah cut

      Delete
    6. Masalah sa xpndai cut..
      Pomen cadangkan sa pkai timer start,sa pn xtw apa benda tu..Yh d pasang d bahagian cooling coil dan mempunyai supply terus ke compressr untuk membolehkn nya cut kata pomen tu...Betul kh ada brg mcm tu n brfngsi mcm 2?Dan memakan baget rm280 untuk harga brg tersebut...

      Delete
    7. cooling sensor mesti lalu suis baru boleh cut

      Delete
  52. Sa bru tukar cooling coil sensor....
    Cuma wiring sya bypas dri drier...

    ReplyDelete
  53. salam.. sy mgunakan kereta saga lame (ex-teksi), nak tanye, boleh ke kite tukar gas aircond, dgn gas yg dgunakan oleh kereta2 moden skrg?

    lagi 1, aircond kereta saga sy tak sejuk mcm kereta yg ad skrg.. mksud sy, klau on aircond, org depan je yg rase, org belakang tak brape nak rase aircond..raseny blower da ckup kuat.. ad tak care2 ntuk buatkan satu kereta rase aircond tu? or mmg kete lame cmtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,boleh gunakan dari r16 ke r134a tapi sebaiknya tukar kompressor dan kondenser dulu untuk menikmati sejuk lebih baik

      Delete
  54. Salam..sy nak tanya..jika AC yg mengunakan gas r12 di tukar kepada gas r134 tanpa sebarang pengubahsuaian pada AC, boleh kah ia nya dilakukan dan adakah kesan sampingan kepada AC tu? Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,kesannya ialah aircond kurang sejuk melankan tukar compressor yang menggunakan gas134A

      Delete
  55. Assalamualaikum...boleh ke masukkn gas r22 untuk digantikan dengn r12..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,hanya kompressor untuk gas yang sesuai boleh digunakan jika dicampur kompressor akan rosak

      Delete
  56. askm..
    nak tumpang bertanya ni..
    macam mana kita nak tahu ek..
    kereta kita pakai gas jenis apa..
    sebabnya kereta beli second model wira..
    tapi onour lama dah tukar enjin 4g91..
    pada masa yg sama onour lama jugak dah pernah tukar compraser and tabung gas..
    tu kemuskilannya bang..
    ada gak saya risik2 kawan2 dia cakap tengok pada tabung gas..tapi x ada lak tulis apa2..pasal gas kat situ..
    tolong bang bagi idea mcm mana nk cek selain hantar ke kedai..thanks bang.askm

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      Biasanya atas kompressor ada tag tanda untuk guna gas apa samada R12 atau R134A

      Delete
  57. asakm bos..
    tumpang tanya..
    kalau kereta kita pakai gas r12..boleh ker kita nak tukar gas r134a tanpa tukar comprase.sbnya saya x tahulah kereta saya pakai gas apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kalau dah guna R12 teruskan jangan tukar sebab kompressor akan terus rosak dan bocor jika gas dicampur2,isi gas dikedai aircond saja bukan woksyop biasa

      Delete
  58. Assalamualakum tuan.. mintak tuan buat group kat fb boleh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,group apa lagi tu? Page kerosakan kereta juga telah ada ,klik gamba FB di blog saya ini

      Delete
  59. Assalamualaikum tuan.. kalau pomen dah masuk r12.. pastu klo nk tkar balik r134a.. nak kena tukar cmprssr je ke? Atau kne buat flushing kt pipe aircnd semua.. hri tu pomen tu ckp dia masuk r12 sbb r134 prssure tggi.. asl mmg guna r134.. enjin kelisa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,R12 adalah gas yang berat dan mencemarkan sepatutnya teruskan menggunakan R134A jika diganti biasanya kompressor tidak bertahan lama,tukar gas saja tak perlu tukar kompressor

      Delete
  60. Assalamualaikum.. nissan vannette sy guna 2 blower & 2 kondenser sandwich.. sistem gas adalah r12. Skrg nii di maklumkan gas r12 sudah tiada lagi.. jika hendak gunakan gas R134a.. apakah boleh terus masuk gas tersebut atau pun memerlukan pengubahsuaian pada kompreser & kondenser.. atau semua komponen tersebut harus ditukar dgn sistem yg sesuai dgn penggunaan gas R134a. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,tak perlu tukar apa2 boleh terus masukkan gas

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>