Mekanik kereta: Tips periksa kereta tanpa jumpa mekanik sebelum berjalan jauh
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Sep 8, 2009

Tips periksa kereta tanpa jumpa mekanik sebelum berjalan jauh

Rasanya tak lama puasa tup-tup dah nak raya lagi ,mana taknya lebihkurang beberapa hari dan minggu saja lagi.Cerita pasal raya memang seronok dapat balik kampung,kalau kat kampung,macam-macam ada,ketupat,rendang,dodol,wajik,semua itu wajib,yang lebihnya ada ramai sanak saudara boleh jumpa kemudian ada marhaban pulak, tak terkira  aktiviti banyaknya!


Raya-raya juga tapi sebelum sampai kampung tu nak kena periksa  kereta supaya tak tersekat ditengah jalan,bagi yang ramai penumpang dalam kereta tentu banyak hal jadinya,.Jadi di sini aku nak bagi sikit tips sebelum memulakan perjalanan balik kampung ni supaya kereta  tak sangkut di jalan.Sebenanya kita boleh pastikan kereta kita dalam keadaan baik sebelum perjalanan selain daripada servis yang biasa  buat  umpamanya:-

1)Bateri dan alternator-Kita pastikan enjin kereta dihidupkan dan cuba buka penutup air bater dan pastikan ada sedikit gelembung udara keluar dalam bateri tersebut setelah kita tambah airnya.(Ingat bagi bateri yang airnya dibawah kepingan plumbum kena ingat dan berhati2 kerana bila tuang air pun bateri itu akan rosak juga bila-bila masa,cadangan aku lebih baik tukar.)
Alternator pulak,cuba buka salah satu penyambung tak kira panel positif atau negatif semasa enjin hidup,jika enjin masih hidup maknanya alternator masih dalam keadaan baik selain daripada putus belting.



2)Belting alternator,aircond dan power steering

Di sini untuk elak kerosakan kereta kita ditengah jalan,pastikan 3 belting tersebut dalam keadan baik iatu tiada bunyi pelik dan tiada lembaran benang keluar dari tepi belting tersebut ,caranya cuba perhatikan power steering dulu kemudian aircond dan alternator,caranya urut dia pelan-pelan atau raba belting tu pelan2 untuk pastikan tiada lembatran benang ditepi belting.Bunyi pulak bila enjin hidup pada peringkat permulaan tiada bunyi seperti bunyi pelik seperti bunyi kuda kat dalam tv tu,maknanya belting ok.


3)Bearing
Rujuk post sebelum ini cuma satu aku nak tambah bila kereta sedang bergerak,masa  pakai pergi mana2 tu,jika rosak bearing ada bunyi seperti geseran macam bunyi bila kita garu kat seseuatu benda seperti meja dsbnya,itu maknanya bunya bearing dah hampir rosak atau haus(bahasa enjin)

4)Asap kereta
Kita juga boleh pastikan kereta kita boleh jalan jauh atau tidak dengan bau asap kereta,iatu bila bau dia hangit semacam(bau macam getah terbakar)hati-hati kerana kereta itu ada sedikit pembakaran minyak dan angin yang tak sekata maknanya karburator mungkin problem atau fuel injection problem(sumbat atau kotor),perlu di servis.



5)Akhir sekali hose minyak,tak kira minyak apa minyak brek ,minyak power steering,minyak klac pastikan cukup dan yang paling penting segala hose penyambungan tak bocor.

Jika dah pastikan semua itu ok maknanya kita tidak akan berdepan masalah kerosakan kereta di tengah jalan selain dari kemalangan jalanraya.

Hati2 bila bawa kereta dan pastikan nyawa orang tersayang dalam kereta terjamin.


Wassalam


114 comments:

  1. Salam, boleh tak saya bertanya tentang kereta.
    Saya nie memang tak tahu apa pun tentang kereta nie
    Ada hari tu saya, bawak kereta, saya lupa pula nak turunkan hand brake,
    kereta sy jenis auto, tp sy letak kat D, keta tu tetap jalan...
    masa saya nak parking tu, tiba-tiba ada bau terbakar
    saya pun tak tahu,mungkin saya lupakan turunkan handbrake masa dalam perjalanan kot
    mcm mana erk?
    apa yang saya patut buat?

    ReplyDelete
  2. Cik/Encik baiziela-anda tak perlu lakukan apa2 kerana kesilapan yang terlalu kecil tetapi jika setiap kali anda gunakan handbrek pada jalan bukit,handbrek anda tidak berfungsi sila jumpa mekanik berdekatan dananda haruslah menukar brek shoe kepada yang baru.

    ReplyDelete
  3. salam bro, saya nak tanya bekenaan dgn masalah kereta. Kereta saya mengalami masalah seperti minyak tak sampai dan menyebabkan perjalanan tiadak lancar. Keadaan tersebut tidak mematikan enjin tersebut. Selepas membawa berjumpa mekanik, 'fuel filter' telah ditukar. Ternyata seperti masalah berpunca dari fuel filter kerana terlalu kotor. Tetapi, keadaan yg sama berulang selepas setengah jam perjalanan. Apakah masalah lain?

    ReplyDelete
  4. kepada saudara spawi,
    terdapat 2 sistem kerosakan yang akan menyebabkan perjalanan enjin tidak lancar.
    1)sistem minyak
    2)sistem api

    Jika keadaan minyak atau segala komponen yang berkaitan dengan sistem minyak petrol dalam keadaan baik sudah baran g tentu sistem api atau pembakarn enjin terdapat masalah.Masalah seperti:-

    1)plug yang terlalu lama dan telah kotor
    2)karburator yang kotor dan perlu diservis
    3)Distributor yang telah sampai had dan harus diganti
    4)Kabel plug yang rosak dan api tidak sekata
    5)Contact point yang rosak dan salah penyelarasan
    (jika menggunakan contact point sepert kereta kancil)dan,
    6)Minyak hitam yang telah masuk keruang enjin dan perlu top overhaul.

    Sekian muga ini dapat membantu saudara dan kereta saudara.Terimakasih kerana bertanya.

    ReplyDelete
  5. saya nk tanya apa jenis2 kerosakan pada kereta baru yg mungkin boleh berlaku ?

    ReplyDelete
  6. anonymous,

    Kebarangkalian kereta baru mengalami kerosakan memang ada dari kecil hinggalah kepada kerosakan besar.Pengeluar kereta seperti Proton dan Perodua sering terlibat dalam masalah ini,ianya bukanlah bermaksud kereta Malaysia tiada kualiti cuma kadangkala kesilapan terdapat di bahagian kawalan kualiti sesebuahh pengeluar kereta.
    Akantetapi kebanyakan kerosakan adalah di bahagian suspension seperti skru yang kurang ketat,penggunaan alatganti yang kurang sempurna seperti absorber,arm dan drive shaft.Tetapi ini amatlah jarang terjadi,begitu juga dgn enjin kereta,kepanasan melampau boleh juga berlaku kerana sesebuah alatganti yang tidak begitu sempurna.
    Kerosakan demikian amatlah JARANG berlaku dan ianya berkemungkinan 1 dalam berpuluh ribu kereta baru sahaja.Saya pernah mengalaminya cuma ianya memang tidak membahayakan jika saudara terus merujuk terus kepada pengedar jika kerosakan demikian dihadapi.

    ReplyDelete
  7. Salam tuan yg arif, saya ingin bertanya mengenai masalah yang menimpa kereta saya Waja 1.6(A). Seminggu dua ini saya menyedari lantai belakang di sebelah kiri dibasahi air yang tidak diketahui puncanya. Seolah terdapat takungan air di bawah karpet penumpang belakang. Menurut pengalaman tuan, apakah puncanya? TQ!

    ReplyDelete
  8. razy arif,
    kebiasaannya jika tiada kebocoran pada body kereta ,ianya dtg dari kotak cooling coil aircond yang tidak berada pada kedudukan yang betul,periksa dan betulkan dan mungkin juga hose tertanggal dari kotak tersebut dan air aircond yang sepatutnya keluar telah bertakung didalam kereta.

    ReplyDelete
  9. Tuan, setelah diselidiki air telah bertakung dalam ruang tayar spare di dalam bonet, menyebabkan kedua-dua lantai belakang bahagian penumpang basah. Menurut pengalaman tuan
    1- Apakah punca ia terjadi? Adakah kebarangkalian air hujan memasuki ruang-ruang yang bocor?

    2- Workshop manakah yang sesuai dan disyorkan untuk diperbaiki?

    Terima kasih!

    ReplyDelete
  10. razy arif,

    Air yang bertakung pada tayar spare adalah dari getah sekelilking bonet kereta saudara yang telah keras ataupun telah tidak berfungsi dengan baik.Anda boleh tukarkan senbdiri,dapatkan getah tersebut dari kedai aklat ganti dan tukarkan.Muga ini dapat membantu.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih tuan yang arif. InsyaAllah saya akan tukar sikit masa lagi.

    ReplyDelete
  12. asalamualaikum....saya nak tanya adakah altenator rosak sekiranya saya hidupkan enjin dan saya cabut mana-mana teminal positif or negatif ianya tidak mati tetapi jika saya hidupkan suis lampu besar enjin mati...adakah altenator sy rosak....boleh bantu saya tak......tolong sgt2...tq

    ReplyDelete
  13. saudara fazlie,

    Alternator saudara tidak rosak cuma wiring penyambungan yang tidak betul,periksa semula dan betulkan wayar lampu dan bateri.

    ReplyDelete
  14. salam sejahtera,saya ada kancil 660, berusia 8 tahun, masalah yang dihadapi sekarang adalah engin kereta akan mati bila saya lepas minyak dan tekan brek untuk berhenti di simpang dah juga bila menuruni bukit, sebelum itu saya ada menukar filter yang berada dibawah airfilter (perlu buka box plastik airfilter) kepada bentuk filter besi atas rekemen makenik....adakah itu puncanya...

    ReplyDelete
  15. saudara abgkuz,

    Tidak mengapa jika saudara telah tukarkan filter tersebut,bagi kancil 660 terdapat satu filter minyak dibawah kereta berdekatan tangki minyak disebelah kiri pemandu,tukarkan filter minyak tersebut juga supaya perjalanan minyak lebih lancar.
    rujuk post ini http://kerosakankereta.blogspot.com/2010/04/kerosakan-kereta-kereta-kancil-yang.html

    ReplyDelete
  16. salam

    saya ada proton saga flx manual, baru 4hari dapat. then 1st day bawak sy trlupe nak trunkan handbrake. dalam 15km jgk. then sampai ade bau trbakar. mber cakap its ok, tp jgn slalu sbb lame2 boleh rosak.

    mslhnye mlm tu still ade bau lg. cume bau dy xtrlalu kuat. ayh sy cakap tu bau enjin yang tngah panas.

    ade ape2 effect x ye? sy risau :(

    -gadis-

    ReplyDelete
  17. saudari gadis,

    Jangan khuatir,ia tidak akan merosakan apa2,hanya brake shoe saja yang jadi nipis sedikit,bau hangit tersebut akan hilang perlahan-lahan,tiada kena mengena dgn enjin langsung,enjin saudari tak rosak,hanya kenalah beringat jangan jadikan perkara ini amalan ia akan memudaratkan handbrake kereta saudari.

    ReplyDelete
  18. Salam bos,saya ada masalah besar gak nie.Block engin saya pecah..de solution dia x selain tukar block baru??

    ReplyDelete
  19. saudara fikri,

    Saya ada terdengar tetapi tidak pernah mencuba berkenaan bahan kimia seperti gam yang digunakan untuk sedikit pecah pada blok enjin.Ada juga terdapat welding cast iron yang boleh melakukan kimpalan pada enjin blok.Pengimpal tersebut hanya boleh jumpa dikedai-kedai mesin disesetengah tempat,seperti yang saya tahu di taman sungai besi.

    ReplyDelete
  20. Otai =) hehe Saya nak bertanya mengenai masalah yang kereta saya hadapi iaitu :

    Pertama, apabila saya melakukan belokan terutama sekali apabila masuk simpang saya terdengar bunyi seperti ada skru yang tidak ketat. =="

    Kedua, apabila saya ingin ganti gear kadang2 tu terasa keras nak masukkan gear. Contohnya, apabila bergerak saya nak naikkan gear daripada gear 1 ke gear 2. (kereta manual) adakah ini masalah biasa ataupun terdapat kerosakan ? Tetapi perkara ini jarang2 berlaku, mungkin dalam sekali dua. sebab, saya masih baru dalam driving kereta. Yela, kot2 saya tak cukup tekan clutch ke ape ke. haha apapun, apakah pandangan encik mengenai perkara ini ?

    Ketiga, semasa saya start enjin kereta, bunyi tersebut timbul dan apabila saya on air-cond bunyi itu jadi senyap sedikit tetapi apabila saya keluar daripada kereta, saya mendengar bunyi tersebut. adakah ini masalah air-cond ataupun ?


    Kereta : perodua kancil, 850cc. Manual. =)

    ReplyDelete
  21. saudara ray,

    1.Belok ada bunyi biasanya drive shaft yang dah lusuh dan rosak bunyi spt tak,tak,tak begitu.Belok kanan bunyi drve shaft kanan rosak dan begitu juga sebaliknya.

    2.Gear kancil jika keras,susah masuk kerana kabel gear yang dah keras,tukar kabel gear dan pastikan minyak gear cukup.

    3.Bunyi yang datang bila start enjin biasanya hanya pada belting yang longgar dan bering adjuster a/cond yang ketat atau hampir rosak.Periksa bering getah adjuster dan ketatkan belting.

    ReplyDelete
  22. KERETA PROTON WAJA SAYA MEMPUNYAI MASALAH BERIKUT:
    1. APABILA MENGAMBIL SELEKOH, KERETA SAYA BERBUNYI UMPAMA MELANGGAR GARISAN BELANG PADA JALANRAYA. TAK KIRA KE KIRI ATAU PUN KANAN.

    2. KELUAR ASAP PUTIH SETIAP KALI START ENGINE..

    ReplyDelete
  23. saudara waja,

    bila ambil selekoh saja berbunyi,masalah drive shaft luar,jika straight pun berbunyi masalah drive shaft dalam.

    2.Kereta yang mengeluarkan asap putih sekata perlu dioverhaul,tetapi asap putih yang sedikit dan sekejap2 adalah masalah minyak dan angin pada karburator atau fuel injector

    ReplyDelete
  24. Salam Bro,

    Saya nk tanya, smlm sy bwk kereta kancil, tiba2 sy terdengar bunyi sumthing mcm ada besi jatuh dr bawah kereta di bahagian dekat dengan tayar belakang kanan. sy ternampak di cermin sisi kanan, ada besi panjang lebih kurang 20 cm, tengah melantun atas jalan, tp sy x sure sama ada besi tu jatuh dari kereta saya ataupn sy terlanggar besi yg ada atas jalan sbb masa tu jalan tak rata dan tak terasa mcm langgar besi.

    Boleh, sy tahu masalah nya? Terima kasih byk2 :)

    ReplyDelete
  25. Salam Bro,

    Semalam sy bwk kete kancil, then tiba2 ada bunyi sumthing kat bahagian belakang kereta, then sy ternampak dr cermin sisi tu ada besi tengah melantun kat atas jalan, sy x sure sama ada besi tu jatuh dr bwh kereta ataupn sy terlanggar besi yg ada atas jalan, tp masa bwk kereta x rasa mcm langgar besi sbb jalan x rata.

    besi tu lebih kurang 20 cm panjang dan sy nampak besi tu berdekatan tayar belakang bahagian kanan, sebelum besi 2 melantun atas jalan, ada bunyi mcm besi tu terkena pada bumper.

    boleh sy tahu masalah nya dan adakah besi itu memang jatuh dari bawah kereta.

    TQ

    ReplyDelete
  26. saudara blueocean dan kancil besi jatuh

    Tiada terdapat besi panjang berukuran 20 cm pada mana2 bahagian kereta samada di depan atau belakang kereta.

    Mungkin besi dari jalan ataupun ada besi tersangkut pada bahagian belakang bumper kereta saudara.

    .

    ReplyDelete
  27. salam bro..

    1) nak tanye pendapat anda, kereta saya temperature makin naik nak dkat merah, then saya anta kdai, tukar radiator fan motor (rm180), hose complete ( rm180), coolant (20).. total rm380, itu harga standard ke?

    2) aircond saya xsejuk, dah cek gas smua ok, kompressor rosak katenye, agak2 brape kos dan mcm mana nak tau kompressor rosak or problem laen?

    utk mkluman, saya guna perodua kancil ex850

    ReplyDelete
  28. saudara bro shah alam,

    fan motor kancil dan hose=rm320 agak mahal juga,waja fan motor pun sekitar rm150 sahaja dan dua hose atas dan bawah untuk radiator rm180 pun agak mahal,kos sebenar utk hose sahaja kira2 rm100 sahaja.

    2.Jika tiada bocor pada mana2 komponen selain kompressor dan tak sejuk yang amat ketara itu adalah masalah kompressor.Selain dari itu kompressor juga boleh diperiksa melalui alat tekanan gas.Koos kompressor kancil850 adalah kira2 rm300 sahaja.

    ReplyDelete
  29. krool,
    assalam...kipas luar (a/cond) kereta saya (merc 190E)tidak berpusing semasa suiz a/cond dipasang....tapi apabila digerakkan dengan tangan barulah ia berfungsi..

    ReplyDelete
  30. saudara krool,

    maslah begini adalah masalah motor kipas,jika inginkan yang elok gantikan motor tersebut.

    ReplyDelete
  31. Assalam Saudara,

    Ingin saya bertanya, jika masalah dengan fuel injector / throttle body, boleh kah ianya di baiki dan bolehkah juga kedua bahagian ini di servis?

    Terima kasih

    ReplyDelete
  32. saudara shuib,

    throttle body memang boleh dibaiki begitu juga dengan fuel injector.

    ReplyDelete
  33. assalam
    saya ingin bertanya
    kereta kancil sy tiba2 CEL light dia menyala.. so apa problem berkaitan wiring enjin ataupun minyak hitam kurang tolong bantu tq

    ReplyDelete
  34. saudara CEL light menyala,

    Cuba saudara cabutkan kepala bateri negatif kira2 5 minit dan pasangkan semula,jika CEL light itu masih ada bermakna ada komponen yang perlu diperiksa.

    1.Tambahkan minyak minyak hitam jika kurang
    2.Tambahkan minyak brek jika kurang
    3.Pastikan semua kipas aircond dan radiator berpusing elok
    4.Pastikan enjin tidak panas
    5.Pastikan minyak enjin tiada menitik bila parking
    6.Pastikan semua fius berada pada tempatnya dengan kukuh,tekankan jika tak kukuh
    7.Pastikan bila enjin dibasuh ,mana2 komponen yang tidak ditutup keringkan airnya terutama pada distributor.

    Biarkan CEL menyala utk sehari dua,jika ia padam ada kemungknan air kena pada wayar.

    ReplyDelete
  35. salam tuan,kereta saya bunyi macam mesin gerudi bila jalan lurus dan belok kekanan.tapi bila belok kiri tak bunyi pulak.bawak dalam 30km/j keatas bunyi tuh datang.minta pendapat tuan bunyi apakah itu?kereta persona elegance baru pakai 2tahun waranti baru habis.huhuhu..

    ReplyDelete
  36. saudara pesona bunyi gerui,

    masalah ini banyak berlaku kepada kereta proton.Jika bunyi tersebut berlaku pada roda ia adalah disebabkan alignment yang tidak sempurna ,jika dibiarkan tayar akan makan sebelah.Banyak kereta proton jadi demikian kerana tekanan pada bering hadapan,tapi tidak membahayakan.

    ReplyDelete
  37. Salam sekali lagi tuan,terima kasih atas jawapan pantas tuan atas setiap permasalahan.Merujuk pada kes saya yang lepas(Mazda Astina), atas nasihat tuan saya cuba buat test pada sistem clutch plate ikut pada kaedah yg tuan sarankan iaitu masuk gear 4 dan perhatikan samada enjin cenderung utk mati jika clutch dilepaskan perlahan-lahan.keputusan yg diperolehi adalah enjin cenderung utk mati apabila clutch dilepaskan secara perlahan-lahan... 1.Adakah ini bermakna clutch plate saya dalam keadaan elok lagi?
    2.Hasil pemeriksaan mendapati enjin mengalami leaking pada head.Adakah kemungkinan keadaan ini akan mengurangkan compression dalam silinder dan seterusnya mengurangkan kuasa enjin kereta?
    3.Clutch saya menggunakan sistem hidraulik.masalahnya disini ialah pedal clutch terasa amat berat setelah memandu seketika.Semasa mula-mula berjalan ok je clutch tu.Masalah ni dah penah tanya pada beberapa pomen.Tapi mereka pun confius jugak.Setahu saya sistem clutch hidraulik adalah lebih lembut berbanding sistem menggunakan kabel kan tuan.

    ReplyDelete
  38. saudara max michael faramax

    1.Enjin tidak mati bermakna clutch plate masih elok.

    2.Leaking tidak mengurangkan kuasa,kuasa mungkin hilang sebab terlalu banyak karbon pada piston.Cuba guna decarbonizer dahulu.

    3.clutch berat mungkin minyak hidraulik kotor dalam hose.Minta pomen bleeding master pump.

    ReplyDelete
  39. Salam sord.. Nak tnya psal absorber mounting dpan kancil.. Cmna nak buka nat yg ada kat mounting tu.. Sbb bila nak buka nat tu, absorber akan ikut pusing..

    ReplyDelete
  40. saudara kucing meow

    Di sebelah atas absorber tersebut ada permukaan pipih yang muat untuk spanar berbentuk lengkuk,masukan spanar tersebut setelah memasukan spanar berbentuk bulat pada skru.

    Pusing skru arah lawan jam untuk buka sementara spanar diatas dipegang kuat supaya absorber tidak ikut berpusing.

    ReplyDelete
  41. assalam.

    saya nak mtk nasihat berkenaan absorber kereta.saye pengguna saga flx manual.semasa hantar kereta buat allignment, tauke kdai ckp tyr belakang dah keluarkan bunyi dengung bila jalan. setelah lihat, didapati permukaan tyr tidak rata, ia jd berbonggol. kenapa boleh jd mcm tu ye? tauke kedai bgtau, punca dia mungkin dr absorber y dah rosak. adakah itu penyebabnya ataupon tayar dah expired? tp, kereta tu belum pun sampai setahun kami beli. n, adakah sc proton akn masalah ini dicover under warranty proton? absorber + tayar.
    terima kasih~

    -sharuddin-

    ReplyDelete
  42. saudara sharuddin,

    Masalah tayar bonggol tiada kena mengena dengan absorber.
    Tayar yang benjol adalah sebab tayar itu sendiri samada expired atau tayar itu sudah lusuh-periksa tarikh pembuatan pada tayar.

    periksa semula di Proton ,keadaan roda belakang memang selalu berdengung danini banyak disebabkan oleh ketidakselarasan handbrake pada disc,minta mekanik selaraskan handbrake supaya kedua2nya sama mencengkam.

    Tiada barang yang perlu ditukar untuk selaraskan handbrek.

    ReplyDelete
  43. terima kasih saudare sord

    -sharuddin

    ReplyDelete
  44. assalam en...
    sy baru beli kereta dan x pandai sgt bab2 kereta ni...boleh x encik buatkan video bagaimana nak servis kereta sebelum pjalanan jauh atau servis yg remeh yg kite sbg pemandu kereta kena tahu...sbb sy name2 tu pn x familiar...hehe...

    ReplyDelete
  45. saudara baru beli kereta,

    Saya sarankan saudara baca semua post saya dan baca juga semua komen dari pengunjung,jika banyak saudara lawat dan baca saudara boleh jadi lebih pandai dari saya satu hari nanti.
    Lihat video yang saya sediakan kat sini.
    http://kerosakankereta.blogspot.com/search/label/video%20eksklusif%20%20baiki%20kereta

    ReplyDelete
  46. Salam Tuan,

    Mohon nasihat dan pandangan.

    Kereta Kelisa saya, tahun 2001, 2nd owner. Kereta kuat makan minyak. Apakah masalah tersebut? tekanan tayar ok. Kereta baru beli dari used car.

    Terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete
  47. Salam Tuan,

    Mohon nasihat dan pandangan.

    Saya 2nd owner, Kelisa 2011.

    Kereta kuat makan minyak. Kenapa ya?
    Tekanan tayar semuanya ok sudah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  48. Salam saudara sord.. Stabilizer bar(betulkan jika salah) utk kancil ada jual x? Mksud sya besi yg kat bwh tu, yg diikat dgn lower arm tu.. Hari tu nak tukar lower arm tapi nat dia loss pula..

    ReplyDelete
  49. saudara kucing meow,

    ada jual kat sparepart dan kedai potong

    ReplyDelete
  50. saufdara mr,

    Perlu tukar plug,air filter,fuel filter.Tukar minyak hitam ke minyak hitam duckham ada treatment.

    ReplyDelete
  51. hi tuan..kereta saya kenari bila berjalan kadang2 ada bunyi macam kayu terherat di tayar(tayar belakang sebelah kiri)tapi bila berhenti tengok tidak ada kayu atau apa-apa pun,pernah check ke kedai tayar check punya check tiada apa masalah pun..tapi selalu berbunyi..ada apa masalah tuan?

    ReplyDelete
  52. saudara kenari,

    kadangkala terdapat bunyi pada tayar yang digunakan,cuba tukar dulu tayar tersebut atau gunakan tayar yang lain,jika ia masih berbunyi,saudara perlu buka drum belakang untuk lihat kedudukan brek shoe dalam drum.Ada kalanya geselan berbunyi walaupun ianya hanya sedikit.

    ReplyDelete
  53. Asalam, sya nak tanya mengenai kereta citra apabila kereta saya jalan jauh dan aircond dibuka secara tiba tiba meter kereta turun naik ketika berhenti dengan enjin masih hidup . Sekiranya saya tidak menutup aircond enjin akan mati. Tapi jika aircond ditutup enjin dan meter stabil semula. Saya nak tahu apa masalahnya.

    ReplyDelete
  54. @Anonymouskereta ini mengalami masalah idling disebabkan throttle body tidak dapat mengawal idle engine,tukar throttle body atau dapatkan repair kit untuk throttle body

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum, kereta sya menggunakan karb. Apa sbb bau minyak dan asap putih biru? adakah berpunca dari karburator?

    ReplyDelete
  56. @Rojak BUahsaudara perlu servis karb tersebut,nisbah minyak dan angin tidak betul.

    ReplyDelete
  57. salam bro..
    sy pki kereta perdana v6..
    ada ada modified cket kereta 2 la.
    hr 2 aircond keluar ad=sap n dah x sejuk.. igtkan sbb dah habis gas so just tambah gas jela dan isi minyak stering..
    skunk ni bila bawak kereta kat selekoh mesti ada bunyi.. mcm tayar berlaga dengan body.. kalau bawa lurus pon bunyi enjin kuat..
    kenapa ye?
    ada kata sbb stering rack?tgk pada jwpn bro kat atas mcm masalah drive sharp? kalau nk repair berapa kos ni semua? just check dulu la...
    terima kasih

    ReplyDelete
  58. @AnonymousPerdana v6 biasanya jika ada masalah pada a/cond enjin akan berbunyi kasar kerana ecu tidak menerima isyarat a/cond dan tidak mengawal idling dengan baik,sebaiknya jika a/cond dibaiki pastikan ia dibaiki dengan betul dan semua soket wiring dirapatkan sempurna.

    2.Bunyi bergesel biasa jadi jika kompressor yang dimodified terlalu panjang dan bila membelok ia akan berlaga sedikit dengan body enjin.

    Periksa semula kompressor yang dimodified tersebut.

    ReplyDelete
  59. Salam

    Sy skrg guna kereta honda city '04 idsi 2nd hang
    1. Kereta ade bunyi bergema @ berdengung bila start bergerak dgn speed 20km/j. Lagi laju speed lagi kuat bunyi nya. Bunyi tu datang dari area belakang. Tayar masih banyak bunga.

    2. Kereta saya kadang2 jerking @ tersekat2 bila start nak accelerate & kadang2 jerking time speed 80km/j. Sy pernah service tukar minyak auto & spark plug tapi hanya mampu bertahan 2 minggu sahaja.

    So mohon jasa baik tuan utk penjelasan masalah sy nie. Tq

    ReplyDelete
  60. @mimie faridw/salam

    1.Bearing roda belakang mungkin rosak,kena periksa

    2.Ini masalah throttle body yang kotor,servis throttle body dan tukar air filter dengan kerap.

    ReplyDelete
  61. Salam...nk tanya masalah handbrake longgar. Kete waja rim 17 keadaan lowered. Masalahnya handbrake longgar bila di turunkan tpi bila tarik mmg grip ok. Mcm mna nk ketatkan handbrake blik dlm keadaan handbrake free/ diturunkan habis. X pun mmg ada masalah lain. Cable sblm ni dh tukar.

    ReplyDelete
  62. @Zaffa Rizalw/salam,adjust plunger brake disc pada roda insyallah ok

    ReplyDelete
  63. Salam.. Nak tanya kenapa ada bunyi pop ketika kereta sedang berjalan? pertama kali jadi macam ni.. Adakah sistem exhaus saya ada masalah? Beberapa kali bunyi pop tu berbunyi macam mercun..
    Mohon bantuan..

    ReplyDelete
  64. @Julia Anawslm,saya rasa keeta ini enjin karburator jadi bunyi pop tu tandanya ada masalah pada karburator,perlu servis karburator tersebut

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum saudara...masalah saya...saya miliki satria injection 2001...jarang sgt digunakan...seminggu sekali saya panaskan enjin...bila saya turunkan handbrake...bergerak masuk gear tekan minyak kereta tetap x bergerak macamana nak selesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  66. @saudagar seposenwslm,brek shoe dah melekat,matikan enjin letak gear 4 atau D cuba tolak kedepan kebelakang,gerak sikit pon tak apa,kemudian normalkan semula ,hidupkan enjin cuba jalankan.

    ReplyDelete
  67. Salam saudara..
    Sy pakai civic sr4 enjin d15 manual.sy menhadapi masalah gearbox leak.slepas sy turun gearbox dn test dgn memasukkn minyak gear penuh2 tetapi tiada punca kebocoran..adakah disebabkn seal dlm gear box atau gearbox ade crack?oil seal flywheel dan oil seal driveshaft sudah ditukar.Harap saudara boleh membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,leaking biasa pada flywheel,drive shaft dan atas speedometer,gantikan getah o ring penahan minyak

      Delete
  68. Oil seal flywheel dan driveshaft seal sudah ditukar,masih tetap sama.bila sudah dipasang oil gear box akan kluar dari bwh dgn byk dan bukan minyak enjin.sy check tiada leak di speedometer jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa besar kemungkinan gearbox tersebut telah retak juga dan pressure tak dapat ditahan lagi

      Delete
  69. Salam bos, sy tukar adjustable Bru,mounting dan segala set lower arm depan dah tukar tpi stil bunyi mcm mounting absorber rosak... Keta satria gti

    ReplyDelete
  70. HI, SAYA NAK TANYA MASALAH KERETA GEN 2, JIKA SAYA BUAT PUSINGAN U-TURN DAN STRENG BELOK DENGAN 90DARJAH PENUH, SELEPAS KEMBALIKAN TAYAR KEPADA KEADAAN LURUS, STERENG SAYA TIDAK BOLEH LURUS KEMBALI DAN SAYA PERLU TEGAKKAN STERENG TU SEPANJANG MASA, XBOLEH LEPAS TANGAN SEHINGGA SAYA PERLU MELANGGAR LUBANG AGAR TAYAR DEPAN KEMBALI KEPADA KEADAAN ASAL. PELIK LA...BERLAKU BILA BUAT PUSINGAN U

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu buat alignment dan balancing ,kalau boleh ganti stereng rod

      Delete
  71. Nak tanya, kalau ada bau hangit getah apa kemungkinan puncanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika pada brek ia bau minyak brek yang terkena benda panas

      Delete
  72. saya nak tanya..kereta saya, bila berhenti mesti akan bau macam hangit dan saya boleh nampak asap kecil dari bawah kereta..kenapa ya?

    dah pernah hantar bengkel tp pomen kate dah tukar spin coupling tp masalah yg sama masih berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya minyak hitam dan minyak lain samada brek atau klac adalah berasap bila kena tempat panas seperti ekzos dsbnya,begitu juga dengan hangit pada roda ,brek pad berbau hangit jika ia tidak release semula akibat getah caliper pecah dsbnya

      Delete
  73. salam tuan, nk tnya knape belting bunyi, belting bru je tukar dalam 3 bulan. start enjin je bunyi. klau psang air cond lagi kuat bunyi. tp bunyi kejap2 jelha. dh tnya kt workshop dy ckp mngkin belting kering tp sy spray pkai spray belting pown masih ad bunyi lagi. ape msalah ye tuan?

    ReplyDelete
  74. salam tuan, nk tnya knape belting bunyi, belting bru je tukar dalam 3 bulan. start enjin je bunyi. klau psang air cond lagi kuat bunyi. tp bunyi kejap2 jelha. dh tnya kt workshop dy ckp mngkin belting kering tp sy spray pkai spray belting pown masih ad bunyi lagi. ape msalah ye tuan?

    ReplyDelete
  75. Salam Tuan.Saya ada 1 kemusykilan berkenaan kereta Saya,Saga Blm Se.Bila dlm keadaan enjin panas,ada bau hangit mcm getah terbakar dibhgn bonet depan sblh belting.Lps tukar belting pun bau hangit masih ada.Knp ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,periksa penutup timing belt,mungkin terkena benda panas dan mencair,hanya plastik saja yang boleh berbau hangit bila panas

      Delete
  76. Assalamualaikum nak tanya kalau start kereta lebih kurang kereta tu dah tak jalan lebih 6 jam dia bunyi bising lepastu lama lama dia hilang bunyi tu. Kedua, bila bawa lebih 100++ keatas bila brek dia akan gegar. Apa punca masalah ni ye ? And bila kita beli kereta secondhand, apa firstly kita kene tukar ? Means minyak hitam ke? Air filter ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar minyak hitam gunakan gred 20w50,tukar oil filter dan air filter juga.Brek gegar akibat bering roda yang lusuh gantikan.

      Delete
    2. Kalau kereta berbunyi pada time start lepas tu hilang bunyi tu sebab apa ye

      Delete
    3. Ada sesetengah starter yang mekanikalnya masuk semula lambat jadi ia bergesel dengan flywheel dan berbunyi,starter boleh diservis atau diganti

      Delete
  77. Salam .saya nk tnya , saya ad sewa kereta proton persona lama. Masa turun gunung. Kwsn brek pad dgn brake disc dpn trbkar kjp, tpi smpat padam. Kiri ngn kanan hngit. Nk thu ap punca mslahnya. Sbb kami sewa kereta tu dn skrg dkt Kundasang Sabah . Tkut menjejaskn perjalanan kami pulang ke Kota Kinabalu dgn selamat esk dn sterusnya ke flight semenanjung. Lgpon dkt kswn ni xde bengkel .cuma esk pon prjalanan kami menurun gunung . Tkut trjadi lg trbakar dn bau hngit . Tlong jwb ye. Trima ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,Brek kemungkinan melekat kerana caliper yang lusuh dan mencengkam dengan kuat dan tidak masuk semula selepas ditekan

      Delete
  78. Salam. Saya nk tnya psl kereta proton persona lama yg saya sewa di kota kinabalu Sabah . Perjalanan kami ke kundasang tu turun dn naik gunung . Masalah yg saya alami adalah, kereta sewa saya ni mengalami sdikit kebakaran di bhgian tayar dpn brekpad dn discbrek dn memang hangit. Nsib baik kami smpat memadamkn apii .kami nk thu punca masalah ni. Sbb perjalanan kami masih jauh dan kami di kwsan pergunungn susah hndk mncri mekanik. Tpi kami selamat tiba ke destinasi pnginapan. Cuma risau ntk perjalanan pulang ke Kota kinabalu yg meneruni gunung. Ad cdgn dan kongsi permasalahn punca knapa jdi sperti ini . adakah mslah brekpad dah haus atau sbb discbrek mmpunyai mslah. Cuma risaukn kselamatan keluarga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,brek sepatutnya diservis dahulu kerana ia melekat berkemungkinan caliper piston tidak masuk semula,jalan2 pelan2 insyallah ok

      Delete
  79. Salam, saya nak tanya sedikit. Saya pakai kereta iswara. Ptg tadi masa drive kat highway tiba2 kereta berasap kat bonet depan dan kat belakang. Temperature naik sikit daripada normal.

    Saya bukak bonet dan tgk penutup radiator tu terbukak. Air berkarat dalam tu. Saya tgk spare tank masih ada air. Then saya tgk bawah mcm ada leaking minyak.

    Boleh saya tau apa yg terjadi dan adakah enjin saya rosak teruk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,perlu servis segera radiator dan flush air semua dari enjin kerana kotor dan karat,ganti thermostat dan pastikan kipas berpusing ,tetapi jika temperature telah naik sehingga merah ada kemungkinan gasket head juga terbakar

      Delete
  80. Assalam.. Bang. Kereta sy bile idle & bukk ekon. timing turun naik, pstu kte gegar. Bile jln ok je. Puas da sy cri punca tp xjmpe. Mohon pertolongan. Terima kasih. Kte city2010

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,servis throttle body gantikan stepper motor

      Delete
  81. Assalammualaikum abang apeng , sye nk tnya sikit pasal kereta .. kereta saya , bila engine dah panas bawak 100kmh ada bunyi bergesel , bunyi macam belting . Tapi bila saya berhenti kereta , rem kereta . Tak ada pula bunyi . Saya dh 2/3 kedai bengkel saya dh pergi , bengkel pun pening kepala .. mohon bantuan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,cuba tukar minyak hitam kepada minyak hitam 20w50,beritahu saya keputusannya

      Delete
  82. Saya dah tuka minyak hitam , tapi masih lagi macam tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika berhenti tiada gear bunyi tiada kadangkala bunyi klac bering,kereta apa ini?

      Delete
  83. Saya guna kereta satria se , engine 1.5 gearbox 1.8 .. bunyi tu bila bergerak sahaja , bila berhenti tiada . Kalau nak tuka klac bearing berapa modal ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dalam klac saja ada bunyi ,bila tekan klac ia hilang itu unyi bering.kos tukar ialah kos tukar plate sekitar rm800

      Delete
  84. Seingat saya bila rpm 3.5 / 4 bunyi tu baru kluar , kalau bawak biasa perlahan tak ada pula bunyi nya ..

    ReplyDelete
  85. Bunyi yg sye maksud kn tu bunyi high pitch, dan sye dpt detect bunyi tu datang dri bahagian depan kiri . Adakah sebab bunyi drive shaft / belting atau bearing tayar yer ?

    ReplyDelete
  86. Assalamualaikum tuan...sy nak tnye..lepas servis baru ni.pada bhgian enjin belah kanan ade bau getah hangit tp hanya sesekali je bile enjin panas...knape yer.?servis tu just tukar myk auto..myk hitam n spark plug.ape agaknye yg mbuatkan ia brbau mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,perlu periksa semula,kemungkinan ada minyak hitam menitis atau bocor dan terkena bahagian panas,seperti oil fiter tidak dikunci kuat dan minyak yang meleleh pada gasket minyak auto

      Delete
  87. Assalam, tuan...
    Saya nak tanya dan minta pendapat dari tuan berkenaan masalah lori pickup daihatsu hijet saya...

    Roda belakang sebelah penumpang menjadi berat spt jammed... Dah hantar kat pomen(area jb) pomen dah check semua yg berkaitan brake x ada masalah, bearing juga x ada masalah...
    Pomen kata, axcle shaft gelong/bengkok... Dah tukar, tapi masalah masih sama... Terasa berat masa memandu, roda belakang sebelah penumpang je... Dan rim juga agak panas spt brake jammed tapi brake tak jammed, piston brake, clip brake, spring dan pad brake dah tukar baru juga.. Bearing pun tukar baru.. Masalah tak selesai...
    Mengikut pengalaman tuan, apakah masalah sebenar kenderaan tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,untuk kenderaan guna long shaft ada bearing untung shaft dan gearbox belakang,jika shaft bearing ketat,gearbox tidak bekerja penuh,gearbox juga mesti dalam keadaan minyak yang elok,tidak kotor.Roda jadi panas dari sambungan tengah akibat pergerakan yang tak lancar.

      Delete
  88. assalamualaikum.. saya nk bertanya sikit tentang alternator kereta.. baru2 ini saya ade hantar kereta untuk welding exzos.. welding yg digunakan jenis mig.. semasa welding betry kereta tidak dicabut dan selepas itu enjin dihidupkan untuk lihat jika ade kebocoran kecil.. dlm pada enjin hidup exzos di welding kn lg untuk tutup kebocoran kecil.. selepas itu terus lampu betry pada meter kenderaan menyala.. adakah punca welding boleh merosakkan alternator kereta..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,boleh,mana2 komponen yang menjadi terlebih panas semasa enjin hidup akibat welding boleh serta merta rosak

      Delete
  89. Satu hari kereta proton saga berasap. Dah tukar relay fan tiga hari lepas. Cuma lepas tu bila bawa kereta ada bau hangit

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika air terus kerig,temperature naik sampai merah,kereta berasap,gasket head telah terbakar,perlu ganti

      Delete
  90. Saya nak tnya pasal bunyi besi berlaga kat area bawah bhgian belting.. Dulu, bunyi tu jadi time mula2 start enjin n brhenti kat traffic light.. Skrg, time dlm perjalanan pun brbunyi malah makin kuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pulley yang bergesel ,saya syak pulley alternator

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>