Mekanik kereta: Baiki kereta anda dan elakkan kemalangan maut
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Oct 2, 2009

Baiki kereta anda dan elakkan kemalangan maut



Dalam post kali ini aku suka nak sentuh dalam hal isu semasa yang hangat diperkatakan mengenai keselamatan jalanraya.Walaupun dalam banyak isu semasa, ada yang isu gempa,isu bencana ,isu jenayah dan sebagainya aku lebih tertarik nak kemukakan isu pasal kemalangan kereta,walaupun ianya bukan dalam kerosakan kereta tapi ini adalah isu penting selain dari bencana alam.

Olehkerana kemalangan jalanraya dapat dibendung pada musim perayaan hariraya kali ini ,jangan pula kita leka bahawa selepas hariraya pun kita takan lari dari kemalangan.Perlantikan datuk Michelle Yeoh sebagai duta kemalangan jalanraya adalah bersesuaian dengan tujuan kerajaan mengurangkan kemalangan kenderaan samada,kenderaan awam,kereta,motosikal dan basikal.

Kerajaan juga pada hemat aku  harus fikirkan  pasal naiktaraf jalanraya supaya kenderaan seperti motosikal kalau boleh setiap lebuhraya ada jalan khas untuknya dan ini adalah yang terbaik sekali dalam mengurangkan kemalangan motosikal setiap hari.

Kalau pandangan mekanik pula ialah setiap kenderaan awam haruslah diketatkan syarat baiki dan selengara kenderaan tersebut supaya tidaklah rosak brek,rosak enjin dan asap tebal yang memenuhi ruang pernafasan kita.

Kalau macam bas dan teksi kenalah baiki kereta tersebut supaya enjin tersebut tidak mengeluarkan asap yang banyak jika kereta atau kenderaan tersebut menggunakan enjin diesel,biarpun penggunaan NGV telah meluas sekarang.

Rosak brek pada kenderaan awam haruslah dibaiki segera ataupun kerajaan boleh keluarkan syarat supaya setiap kenderaan awam seperti kereta,bas dihantar untuk diperiksa oleh Puspakom tanpa bayaran setiap bulan kemudian harus pula dibaiki pada bulan berikutnya ,barulah kemalangan jalanraya dapat dibendung sepenuhnya.

Masalah baiki kereta ataupun kenderaan awam pada pengusaha adalah salahsatu beban yang tidak boleh diperlekehkan  kerana setiap kenderaan yang ingin dibaiki memerlukan kos yang tinggi,jadi kepada pengusaha bengkel kereta ,bas dan lori haruslah mengenakan kos upah pada tahap minima supaya beban kepada kenderaan awam dalam masalah baiki ini dapat dikurangkan,sekaligus berjaya menyekat kadar kemalangan maut pada kenderan awam.

sekian buat kali ini dari blog mekanik  kereta,


Baiki kereta anda dan elakkan kemalangan maut.



No comments:

Post a Comment

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>