Mekanik kereta: Komponen-komponen kereta yang boleh diservis
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Oct 7, 2009

Komponen-komponen kereta yang boleh diservis

Salam,

Olehkerana blog kerosakan kereta ini aku wujudkan untuk membantu semua dalam mencari maklumat yang boleh menyenangkan semua, jadi pada kali ini aku nak beritahu pasal komponen2 kereta yang boleh diservis selain dari servis biasa yang tukar minyak enjin dan oil filter.

Ini juga termasuk dalam salah satu cara yang terdapat dalam kerosakan kereta juga ya!. cara ini adalah cara yang terbaik untuk menukar minyak enjin dan oil filter semua orang boleh buat sendiri kerana prosesnya tidaklah rumit,cuma korang perlukan alat seperti pembuka oil filter,spanar biasa ukuran 17,14 ataupun 12mm diameter.

Kerosakan kereta korang boleh senang dikenalpasti jika kena cara dan kaedah yang betul walaupun hanya sekadar pengetahuan tanpa melakukannya sendiri.



Enjin

1.servis karburator
2.servis alternator
3.servis fuel pump
4.servis starter
5.servis radiator

Aircond

1.cooling coil
2.compressor

Disini aku terangkan sedikit mengenai cara-cara servis alternator kereta dan starter kereta yang tidak begitu rumit.Prosesnya hanya perlu buka starter atau alternator tersebut dan cuci dalamannya dengan petrol atau diesel kemudian gantikan komponen sesentuh elektrik iaitu gentian karbon dengan gentian yang baru.Gentian karbon biasa dipanggil "carbon brass".Alternator dan starter kereta harus diceraikan kepada tiga bahagian supaya senang servis dan tukar gentian karbon.



Radiator kereta pula boleh di servis dengan 2 cara iaitu cara kimia dan cara penggunaan air.
Cara yang biasa digunakan dan senang sekali ialah tanpa menanggalkan radiator dari tempatnya iaitu dengan menyalurkan air dari penutup atas dan buangkan melalui tutup bawah radiator.Lakukan beberapa kali dan kadangkala tutup bahagian bawah dan buang semula air supaya angin terdapat dalam radiator untuk tujuan pembersihan.Isi semula air dan tambahkan coolant untuk penyejukan.



Aku rasa cukup setakat ini dulu dari blog kerosakan kereta, sambungan nya untuk cooling coil dan compressor serta fuel pump di lain post menyusul nanti.

sekian dari kerosakan kereta blog.

46 comments:

  1. salam,

    saya nak tanya tentang top overhaul naza citra 2006. Masalahnya bergini, citra saya telah mengalami kepanasan melampau disebabkan motor kipas radiotor tax berfungsi. mekanik yang temui mengatakan kemungkinan gasket rosak. Ia perlu servis silinder head dll. Sekarang kereta saya tak bergerak kerana hos radiotar di bahagian bawah akan bercabut akibat tekanan yang kuat dari enjin. sudi kiranya saudara kongsikan apakah treatment yang sepatutnya dan kosnya..Tq

    ReplyDelete
  2. saudara naza citra 2006

    Saudara tunggu hingga enjin menyejuk supaya hose dibawah radiator senang dicabut.Gasket silinder memang akan pecah jika kepanasan melebihi ataupun sekiat warna merah pada jarum penunjuk kepanasan.
    Top overhaul perlu dilakukan dan kos mungkin menjejaki rm500 bergantung kepada komponen yang diganti.

    Jika penunjuk tidak mencecah warna merah bila sedang panas memadai dengan menukar kipas radiator yang kosnya lebih murah berbanding top overhaul.

    ReplyDelete
  3. saya guna gen2 1.3 auto.
    masalah skrg kereta saya tiba2 temperature naik mendadak tahap maksimum,kemudian apabila tekan pedal minyak ada bunyi ""krek2"" semasa kereta jalan,setelah berhentikan kereta,terus enjin tak dapat hidup semula...temperature normal dah masih x dapat hidup..timing belt masih baik...
    apa masalah kereta saya????..a.s.a.p

    ReplyDelete
  4. saudara khairil

    enjin yang terlalu panas akan menyebabkan bunyi kerana gasket silinder yang telah pecah serta air dalaman yang mendidih.

    Menukar silinder head gasket atau top overhaul adalah penyelesaian terbaik untuk kereta saudara.

    ReplyDelete
  5. Saya memepunyai kereta iswara 1.3 tahun 2001. Masalah saya apabila memandu di gear 5, enjin seakan mengaum tetapi tidak bergerak laju. RPM tidak menunjukkan enjin berada pada tahap tinggi. Apa masalah sebenarnya

    mohon nasihat.

    sh_safar@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. saudara safa!

    soalan telah dijawab dgn email

    ReplyDelete
  7. salam,saya nak tanye ye,saya pakai kereta myvi tahun 2006. Masalah yang saya hadapi sekarang ialah keaadaan kereta saya "bunyi bising" apatah lagi melalui jalan tidak rata.
    seterus nya miliage kereta saya lebih kurang 80000,apakah yang sepatut nya saya servis mahupon tukar sama ade penyerap hentak atau sebagai nya.

    ReplyDelete
  8. saudara enrique minaiky,

    masalah saudara adalah masalah lower arm tukar lower arm dimana bunyi tersebut kedengaran kiri dan kanan.

    ReplyDelete
  9. salam...
    sy ade beberapa pertanyaan kpd pihak tuan..

    1. jenis kereta ialah honda accord 1990
    2. terdapat bunyi bising dibahagian roda dpn atau bahagian dpn kereta bila tekan minyak..
    3. bunyi berdekup2 bila tekan minyak..bunyi hilang bila lepas minyak
    4. bunyi berdekup2 seiring dgn gerakan goyangan stereng.
    5. stereng longgar..bergoyang2..stereng lari bila langgar lubang.
    6. dua org pomen kata masalah upper arm..dah tukar kedua2 belah, still ada bunyi berdekup2 lagi..
    7. tiada masalah bunyi bila pusing stereng ke kiri or kanan..bunyi hanya keluar smasa jalan lurus ataupun selekoh besar..

    arap encik dpt terangkan kemungkinan kerosakan..mungkinkan driveshaft?stereng rack?stereng rod or bush??pening dah ni..cian abah..huhuhu

    ReplyDelete
  10. slam..

    1.jenis kereta honda accord 90
    2.ade wujud bunyi berdekup2 bahagian dpn kereta.
    3.bunyi keluar smasa tekan minyak, masa lepas minyak hilang bunyi tu..
    4.stereng goyang, lari bila langgar lubang..
    5. bunyi smasa jalan lurus dan selekoh besar..
    6.bila pusing stereng ke kanan or kiri, tiada bunyi.
    7.bunyi itu juga seiring dgn goyangan stereng.
    8.2 orang pomen bengkel berbeza ckp upper arm, so saya ganti kedua2 belah, tp still xde perubahan, bunyi tetap sama..

    harap dpt diagnose masalah kete ni..enjin mantap lg, tp bunyi2 bwh tu..ape la masalahnyer..adakah stereng rack?stereng rod?bush?driveshaft? adoi,pening sudahhh...

    ReplyDelete
  11. saudara ctfanakutaq,

    1.Masalah berbunyi berdekup pada kereta saudara adalah driveshaft dalam yang bersambung dgn gearbox,digalakan untuk tukar sebatang bagi kedua2 belah.

    2.Stereng lari adalah kerana stereng rack yang dah lembut,tukar kedua2 belah stereng rack.

    ReplyDelete
  12. Salam saudara, harap dapat membantu.. kereta saya tak ada pick up.. bila naik bukit susah benar nak panjat.. pakai kenari manual 2002... sayang nak tukar kereta sebab selalunya enjin kereta tak bagi banyak masalah. Kata pomen kena check clucth yang mana enjin perlu dibuka (dikeluarkan) katanya kos upah buka aja sudah RM 200... kalau ada kebocoran yang perlu ditampal kos keseluruhannya lebih kurang RM 1000/- betul ke ini? Harap dapat bantuan nasihat dari saudara...

    ReplyDelete
  13. saudara yang terbaik itulah dia,

    pick up takda kena tukar clutch plate,kosnya memang melebihi rm1000 termasuk barang dan upah,tambahan lagi unuk tukar clutch plate kenari kena turunkan enjin.Tiada yang perlu ditampal atau bocor ia sebenarnya adalah menukar clutch plate lama kepada yang baru.

    ReplyDelete
  14. saudara yang terbaik itulah dia,

    pick up takda kena tukar clutch plate,kosnya memang melebihi rm1000 termasuk barang dan upah,tambahan lagi unuk tukar clutch plate kenari kena turunkan enjin.Tiada yang perlu ditampal atau bocor ia sebenarnya adalah menukar clutch plate lama kepada yang baru.

    ReplyDelete
  15. as-salam,

    sy menggunakan kereta honda accord 1.8(1986),masalahnya adalah:

    1)bila pulas kunci starter bunyi berbunyi pnjang dan sangkut2 pastu barulah enjin hidup

    2)kipas radiator terus je berpusing dalam keadaan sejuk mahupun panas

    3)plug no4 kepalanya berminyak/basah

    harap saudara dapat beri keterangan sedikit

    terima kasih
    ~ridzuan (wanrmr@yahoo.com)

    ReplyDelete
  16. saudara wan rahim


    1.masalah karburator

    2.Kipas radiator saudara telah diwiring direct

    3.Masalah karburator

    Servis karburator honda tersebut dan wiring semula kipas radiator dan tukar thermostat

    ReplyDelete
  17. Salam..harap dapat tolong saya..kereta saya saga fl..kereta saya sekarang ni bler brek dan undur ada bunyi 'eeekkk eekkk'..saya g proton servis dia ckp takda apa2..handbrake je yg tak ketat pastu dia ketatkan handbrake jer..tapi bunyi tuh ada lg dan makin teruk sbb sekarang bila saya undur kereta pun dia bunyik gak...hari ni ada satu lg problem steering bunyi yg sama jgak bila saya belok ke kanan..saya mmg zero pasal kereta ni..maklum la org pompuan..harap boleh tlg sy..tak nak la kena tipu ngn pomen...terima kasih

    ReplyDelete
  18. saudari fatieehah,

    Saya rasa kereta saudari masih baru,jadi ada benda yang bergesel dengan brek,saudari kena bawa ke w/syop biasa,biar pomen biasa yang periksa.

    Ada kesilapan pemasangan di kilang ataupun disc yang karat.

    ReplyDelete
  19. Salam bro
    Saya pkai eg8 auto..
    Msalahnya kenapa lembab sangat bila jalan kat highway brbukit... dah mcam lori dah..
    Auto da clutch ka cam manual...
    S2ag.. kenapa bila start enjin starter ada buyi ketak5 pas 2 bru idup.. dah panas start blik ok ja..
    Harap en dapat mmbantu...
    Saya ni bru pakai kete.. xpandai sngat

    ReplyDelete
  20. Salam,,

    Saya pakai eg8 auto...
    Masalahnya kenapa lembab sangat nk nek jalan brbukit.. dah mcam lori dah...
    Lpas 2 bla start enjin starter bunyi ketak5 bru hdup... bila panas start ok je.. xda masalah...
    Kenapa ye

    ReplyDelete
  21. saudara moviesonline

    1.Pastikan nminyak gear auto dan autofilter telah ditukar.
    2.Solenoid starter telah rosak,gantikan.
    3.Kurangkan kepanasan enjin,servis radiator.

    ReplyDelete
  22. Salam bro

    Minyak gear auto dah ditukar...
    Autofilter bukan ka kna buka gearbox bru bleh tkar... kedai sparepart ckap cm 2...
    Pasal starter 2... saya dah servis sbulan lepas coz susah nk start.. relay dah tambah.. skrang jd cam 2 lak..

    ReplyDelete
  23. saudara moviesonline

    autofiter ada dalam kotak minyak gear bukan dalam gearbox,

    2.jika starter dah servis maknanya starter tu dah tak ok,tukar lain .

    ReplyDelete
  24. Salam Bro,

    Sy memiliki sebiji sentra n16.
    Masalah sy ialah tayar sebelah depan kanan ada bunyi gup2 ketika jln x rata.. bunyi tu hilang kalo sy tekan sedikit brek ketika melalui jalan x rata.
    sy ada tanya beberape pomen, ada yg bgtaw absorber n ada yg bgtaw piston brake...

    utk pengatahuan, keadaan tyr masih ok (xde mkn sebelah).. absorber pon kalo henjut masih ok...
    garap saudara boleh membanu..tqs

    ReplyDelete
  25. Salam,

    Mintak Bantuan, saya guna Myvi 1.3 tahun 2006,
    nk tau ape masalah bila saya memijak clutch untuk masuk gear ade bunyi begegar semasa memijak clutch tersebut dan bunyi itu hilang jika tidak memijak. adakah masalah clutch plate ataupun masalah lain. Sila bantu tuan

    ReplyDelete
  26. saudara yusman

    Perlu periksa clutch pump,mungkin skru clutch pump longgar pada pedal dan gearbox.

    ReplyDelete
  27. Salam,
    Minta beri pendapat berkenaan masalah Iswara LMST thn 2005 model 1.3 enjin Carb saya ni:

    1) Cold Start - RPM bermula dari "0" ke "1500" dan perlahan2 turun ke "850" dan turun lagi ke "500" dan dalam sepuluh minit kemudian baru dia naik balik ke "850"

    2) Hot Start - RPM bermula dari "0" naik ke "500" dan dalam 30 saat baru naik ke "850"

    soalan saya, nape RPM dia sangkut kat "500" ni. Ini tak normal, dan auto choke hanya berfungsi waktu pagi jer, dan kalu auto choke rosak meter RPM tak akan naik ke "1500" masa cold start. Kat mana masalah ni pasal takan masa hot start auto choke jalan gak?

    ReplyDelete
  28. saudara perlu buat tuning enjin gunakan timing light untuk perbetulkan kedudukan idling supaya RPm bertindak sewajarnya,periksa juga hose kecil pada diaphragm distributor adakah bocor atau tidak atau telah keras

    ReplyDelete
  29. Hai sy nk tnye kete sy myvi 1.3. Baru2 ni kete susa nk stat kdg2 smpi 3x.sblm.ni xpena jd. Pegi wkshop pomen 2 kte batery ok.pluq ok. Pas 2 skrg ni..ble tekan minyak je enjin bunyi kasar..klu xtkan minyak bunyi xde sgt..ape prob kete sy ye...hrap dpt bg pndapat..tq very much.

    ReplyDelete
  30. saudara myvi 1.3,

    Kebanyakan karbon dalam enjin menjadikan ia susah start dan jika kereta tersebut banyak asap dan enjin bunyi knocking ia adalah sebab oxygen sensor.

    Jumpa mekanik tukar Oxygen sensor tersebut.

    http://i9.photobucket.com/albums/a91/davidlh/mini-IM000113.jpg

    ReplyDelete
  31. Salam.. Sy mempunyai lori 1 tan isuzu.. Lori mgkn cluth plate habis kerana tidak ad pickup dan agk slow di jalan raya.. Gear 4 juga drop.. Berapa kos untuk baiki cluthbplate lori.. Hantarkn ke email.. Fzack16@gmail.com

    ReplyDelete
  32. salam sejahtera,
    bos saya punya lori jenis hicom baru tukar clutch lining baru 1 bulan pakai ni lori tda power sudah mau minta pendapat bos lh cam na sama ada tu mekanik cincai kali tau ada masaalah lain sebab bila mendaki asap kuat bos,tq

    ReplyDelete
  33. @nazrun osmanwslm,buat bleeding minyak,sampai ilang asap hitam

    ReplyDelete
  34. Salam bosku, bleeding minyak ni
    Apa maksud nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,maksudnya buka sedikit2 injektor fuel pump untuk melepaskan angin yang ada dalam minyak disel sehingga enjin jadi stabil dan asap hitam hilang

      Delete
  35. Salam..
    Saya pakai myVi.. saya bawak tak sampai satu kilometer berasap.. bahagian bawah pada oxygen sensor (macam selinder) saya jadi merah menyala sebab panas.. tapi tempreture tak naik merah.. harap dapat bantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar sensor tersebut,sensor itu kena minyak hitam dan berasap,tukar head cover gasket yang bocor

      Delete
  36. Salam bos kalo mcm kita xsempat brek semasa bonggol dan kerata dlm keadaan laju ape kerosakan die yea.. maaf hamba brtanya

    ReplyDelete
  37. Salam saye pakai honda city kerosakan ape yg oleh jadi kalau saye xsempat brek di bonggol dan dlm keadaan laju.. ape kerosakan yg boleh trjadi yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,pad brek saja cepat habis,tiada rosak besar melainkan telah langgar bahagian tangki minyak hitam,boleh pecah atau bocor

      Delete
  38. salam,kereta saya saga LMST 2008,masalah saya kereta susah nah hidup awal pagi kena tekan pedal minyak dala 2minit baru engine stabil..apa masalah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,karburator/throttle body penuh dengan kotoran dan karbon,perlu servis

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>