Mekanik kereta: Kemangkatan Sultan Johor(Sultan Iskandar)
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Jan 23, 2010

Kemangkatan Sultan Johor(Sultan Iskandar)

Salam,

Pada pagi ini blog kerosakan kereta ingin merakamkan sedikit ucapan takziah kepada seluruh rakyat negeri Johor amnya dan keluarga Sultan Iskandar ibni al marhum Sultan Ismail Al Khalidi kerana kemangkatan sultan Johor pada 22 januari 2010 khasnya.Al Fatihah.

Dalam pada kegembiraan rakya Negeri Sembilan yang baru saja selesai menyambut keputeraan Yang diPertuan Negeri Sembilan kita dikejutkan pula berita kemangkatan Sultan johor semalam.Ini amat terasa sekali bagi rakyat Negeri Johor kerana banyak jasa-jasa beliau dalam memartabatkan Johor dalam sejarah Malaysia antaranya cadangan merobohkan Tambak Johor dan menyalurkan sistem perundangan untuk pengambilalihan pulau Batu Putih.

Pada beberapa tahun pemerintahan baginda sebagai Yang diPertuan Agong baginda banyak menyumbang dan mencemar duli dalam pasukan keselamatan negara.Banyak lokasi pasukan keselamatan dilawati oleh baginda semasa pemerintahan baginda sebagai Yang diPertuan Agong selama5 tahun iaitu 1984-1989.

Antara sumbangan yang paling bermakna buat negeri Johor adalah pendermaan semua elaun baginda sebagai sultan kepada Yayasan Iskandar untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan.

Berkat tunjuk ajar baginda sebagai sultan,anakanda beliau Sultan Ibrahim Tengku mahkota berjaya mewujudkan Kembara Johor dan melawat sekitar bandar dan kawasan kampung seluruh negeri Johor.Lawatan Tengku mahkota sultan Ibrahim amat bermakna kepada seluruh rakyat Negeri Johor.


Kehilangan beliau adalah kehilangan seluruh warga Johor khasnya dan Malaysia amnya.Al fatihah-dari anak jati negeri Johor.


No comments:

Post a Comment

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>