Mekanik kereta: Selamat Hari Pekerja 2010
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

May 2, 2010

Selamat Hari Pekerja 2010

Walaupun hari ini telah menjangkau 2 hb Mei rasanya belum terlambat lagi untuk blog kerosakan kereta merakamkan ucapan SELAMAT HARI PEKERJA 2010 yang disambut setiap tahun pada 1 hb Mei..Semuga tahun ini kita semua sebagai pekerja tak kira warna kulit,agama,budaya dan kedudukan serta profesion kita tetap akan merayakan hari pekerja dan sebagai seorang pekerja kita haruslah dapat menambahkan prestasi dan mengurangkan persepsi negatif serta melahirkan jatidiri sebagai seorang manusia yang berperwatakan manusia yang unggul disisi masyarakat,agama.bangsa dan tuhan azzawajalla.

Disamping keseronokan yang kita kecapi serta kemenangan dalam dumia yang fana ini jangan sesekali kita lupa bahawa kita akan kembali kepadaNYA suatu hari nanti.Jadikan diri kita sebagai satu keunggulan disisi masyarakat dan agama.

Blog kerosakan kereta yang hampir menjangkau 2 tahun umurnya berharap pada masa-masa akan datang akan lebih ramai lagi pengunjung yang ingin mencari maklumat berkenaan kerosakan kereta mahupun sesuatu yang santai dan memelihara minda untuk santapan rohani dan santapan kereta yang juga diharap dapat sedikit sebanyak membantu dalam proses kehidupan.

Blog kerosakan kereta juga telah memperkenalkan satu laman baru yang dikenali sebagai BEAUTY.Laman ini tiada tujuan khas,ianya adalah santapan santai rohani semata-mata bertujuan merehatkan minda dan fikiran semua pengunjung sahaja.

Blog kerosakan kereta juga amat berterimakasih kepada pengunjung yang tak putus-putus singgah untuk mencari info berkenaan kereta .Semuga dengan sokongan pengunjung semua blog ini akan dapat ditingkatkan lagi dengan post yang lebih menarik dan berguna pada masa-masa akan datang.Jutaan terimakasih juga kepad pengunjung yang telah mencatatkan komen dalam blog ini.


Sekian Terimakasih.

SELAMAT HARI PEKERJA 2010





14 comments:

  1. salam sejahter,
    saya mempunyai kancil 660cc Qafxxxx.
    Masalahnya seperti berikut:

    1) Kancil saya selalu kurang minyak hitam (hilang)walaupun belum sampai kilometer servise semula serta keluar asap putih yg banyak bila di start waktu pagi.
    I)Saya dah check penutup minyak hitam,oil filter, seal atas dan bawah dalam timing bilt sedah di tukar. semuanya ok.
    II)Kancil saya pernah top overhoul tentang masalah (yang sama di atas) apakah oil seal dan vale masih juga rosak.
    III)Terdapat kotoran minyak hitam pada hujung lubang exzost.
    untuk pengetahuan encik purata kilometer sehari perjalanan kancil saya 200-250km sehari.

    apa sebenarnya masalah kereta saya, apa yg perlu saya buat..tq

    ReplyDelete
  2. saudara kancil 660cc Qafxxxx.

    Kancil saudara telah menarik minyak hitam keatas kotak filter dan perlukan top overhaul semula, valve seal telah bocor semula,sebab tu minyak hitam keluar dari ekzos.

    Pastikan bila top overhaul mekanik tukar semua apa yang terdapat dalam top overhaul set dan valve digrind dengan elok untuk mengembalikannya semula tanpa asap putih yang banyak.

    ReplyDelete
  3. Nak mintak padangan..kancil saya menggunakan enjin mira L2 turbo..masalah sekarang kancil saya takde pickup...timing dlm 1500rpm tp kalau guna aircon jatuh samapi 1000rpm..masalah ngan fuel filter ker??

    ReplyDelete
  4. saudara kancil mira turbo,

    Ini adalah masalah throttle body,dapatkan satu throttle body yang lain untuk kembalikan rpm kepada asal dan pickup akan sendiri baik jika rpm dapat dikawal.

    ReplyDelete
  5. saya pakai kancil 660. masalahnya slow sangat naik jalan berbukit. macam mana cara nak tingkatkan prestasi naik bukit?saya dah tukar contact point and fuel filter tapi masih kurang power enjin mengaum macam nak berhenti

    ReplyDelete
  6. saya rasa kancil 660 saudara telah habis klac plate,sila semak bila kali terakhir tukar klac plate.

    ReplyDelete
  7. salam saudara sord87,saya nak kongsi masalah kereta proton iswara auto tahun 2000,,,apabila saya memandu jauh atau enjin cukup panas perjalan saya semput2 seperti mau mati..adakah ini berpunca dari api atau minyak? untuk info sord87 plug suda 3 kali tukar tapi masih semput2,perlukah saya tukar kabel plug atau ignition coil?sebab harga organ2 ni mahal huhuh

    ReplyDelete
  8. Kalau tak silap saya ini enjin karburator,masalah karburator adalah angin yang selalu berlebihan dan habuk yang memenuhi ruang pancuran minyak jadi ada baiknya saudara tukar air filter dan buang angin karburator(mekanik tahu bagaimana nak buang angin karburator supaya plaug tak cepat hitam)

    ReplyDelete
  9. Salam tuan..sy pakai keta nissan cefiro a32..kalau bawak dia akn rasa gegar kat tayar mcm tayar gelong dan berbunyi..kenapa yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tayar gegar sebab makan tepi,ball joint lembut,stereng rod lembut dan stereng rack yang juga lembut serta rim yang bengkok,semua ini perlu diperiksa teliti

      Delete
  10. Assalam sy nak tanya tayar dpn pemandu rosak belaah dlm..kona streng kiri ada bunyi dkt tyr.streng aaritu minyak bocor dah tuka paip.apa mslh yer lower arm Ker drives shaft ke ,absorber Ker axle aduhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,saudara perlu ganti bush getah terutamanya pada lower arm

      Delete
  11. Asalamualaikum saya menggunakan kerita fortuner model 2006 masalahnya bila saya memandu stering kerita lari kekanan dan jalan sya pon lari kekanan apa masalah dia?sama baru2 ni ada bunyi d bahgian taiming bell mcm bunyi kering mcm tu mcm tak ada minyak greece x tolong tuan hamba

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,camber screw berat ke kanan buat alignment dan periksa sekali jika stereng rod kanan lembut manakala bunyi belting jika ia ketat atau tensionernya ketat ia akan berbunyi

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>