Mekanik kereta: Masalah pemuka kunci atau ignition
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Jun 10, 2010

Masalah pemuka kunci atau ignition

Salam,

Aku suka nak sentuh tajuk mengenai pemuka kunci atau lebih senang perkataan yang selalu aku guna iaitu ignition kerana banyak terdapat kereta yang dihantar ke mekanik selalunya mempunyai masalah demikian.

Sekadar memberi renungan dan iktibar kepada pengguna kereta jika tiba-tiba kereta tak dapat dihidupkan samasekali dan dashboard meter tidak berfungsi.Ini adalah kerana banyak sebab tapi sebab yang utama adalah ignition body yang selalunya mempunyai masalah sesentuh setelah lama digunakan.

Kebanyakan pengguna kereta akan berasa panik jika lampu2 diatas dashboard tidak berfungsi langsung,ini menyebabkan kereta tidak dapat dihidupkan terus dan pengguna akan panik kerana ini melibatkan kos yang banyak jika keseluruhan sistem wayar mengalami kerosakan.Tetapi suka aku nak ingatkan keadaan ini kebiasaannya selalu disebabkan oleh ignition body(badan pemuka kunci kereta) yang mengalami terlalu banyak gegaran dan kehausan akibat lama digunakan.Ini selalu terjadi kepada kereta-kerta proton dan Perodua yang banyak menggunakan ignition berwayar sesentuh suis kurang padat.Mungkin untuk mengurangkan kos meningkat kereta buatan kita menggunakan produk2 sedemikian.

Pengguna kereta tidak perlu khuatir kerana kos untuk ignition body jika ditukar tidak mahal ia sekitar dibawah RM100-RM150 sahaja jika dibandingkan dengan menukar keseluruhan sistem wayar yang mencecah ribuan ringgit.

Oleh itu korang tidak perlu panik jika menghadapi kerosakan sedemikian.Ini adalah masalah biasa yang selalu terdapat pada kereta buatan Malaysia selain daripada masalah bateri,pemuka meter(dashboard meter) dan keselruhan wayar serta relay(wiring system).

Sekian,

102 comments:

  1. Tq. Banyak benda saya belajar kat sini. Very informative :)

    ReplyDelete
  2. Salam tuan.

    Saya Azrul. Semalam kereta saya buat problem, tak boleh start. 80% dipercayai masalah bateri (walaupun saya baru tukar tahun lepas). Tapi malangnya, bonnet kereta depan saya tak boleh buka.

    Saya tarik pemegang bonet, kabel dia macam dah loose. Jadi berdasarkan pengalaman tuan, apa patut saya buat? Kalau pomen biasa mereka akan buat apa?

    Bila bonet tak boleh buka, memang sah laa bateri tak boleh nak tukar.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku hadapi masalah yang sama pagi tadi...nak strat enjin x boleh bunyi tek tek tek...then nk tarik tuil bonet depan...bonet depan tak boleh bukak..adoiiii..so mcm mane apa solution tuan buat..

      Delete
    2. masukan skru driver pada tengah antara bonet dan kunci bonet dan tolak kekiri lama2 dia terbuka,masalah tek2 tu bateri habis

      Delete
    3. bos,sy nak tanye...mercedez e230 bonet belakang xboleh buka...ad cara x nk buka bonet nye

      Delete
    4. buka dari seat dalam jika perlu

      Delete
  3. w/salam saudara azrul,

    bonet tak boleh buka gunakan screw driver panjang,masukan pada tengah bonet lock dan gerakan ke kiri dan kanan sambil menarik bonet ke atas insyalalh ia akan terbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau guna screw driver panjang untuk buka bonet depan kereta auto, nanti bukan alarm kereta tu akan berbunyi ka?

      Delete
  4. Salam.......
    Tmpng tnya.... Kereta saya x bleh nk pulas kunci... msuk knci boleh tapi x boleh nk pulas smpai ke START.. dia stuck... knpe ea?

    ReplyDelete
  5. @Syaffiq Sukriw/salam,kunci tu ada yang tersangkut sebelah dalam,cuba pusing pelan2 kalau tak boleh juga kena tukar kunci tersebut

    ReplyDelete
  6. Aslmkm bro. Saga flx saya kalau dalam sehari tak dihidupkan, esoknya dah tak boleh start. Klu jump start ok balik. Klu dibiar lagi lama tak start, dalam seminggy lebih mcm tu, bateri terus drain. Ni masalah wiring ke? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bukan masalah wiring,ini masalah alternator yang kurang baik

      Delete
  7. If masalah button bonet belakang loose mcm mna nak baiki???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ganti button tersebut ada jual di kedai alatganti

      Delete
  8. If masalah button bonet belakang loose mcm mna nak baiki???

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu tukar skru letak kemudian ganti kunci tersebut

      Delete
  9. Salam encik mekanik kereta, sy pakai myvi 1.3 elegance lagi best(best la sangat) bonnet enjin tk boleh bukak.. Tarik pembuka mcm loose.. Apakah jalan penyelesaian??? Kalu bawak ke bengkel adakah semua mekanik tahu membetulnya?? Masalah kedua ada bau hangit(kejap ada kejap tiada) mintak pendapat.. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bonet enjin boleh dibuka,mekanik tau membukanya cuma alat kunci mungkin perlu diganti lepas dibuka.

      Bau hangit akan ada jika brek panas atau brek pad habis dan jika ada minyak hitam menitis dan jatuh ditempat yang panas seperti ekzos

      Delete
    2. Owh begitu!!! Terima kasih encik mekanik alam cyber!!! Selamat berbuka puasa ya!! 😊

      Delete
  10. saya mempunyai masalah yg sama boss sbb bila check karen guna test lamp tiada karen yg ada dkt fius distibutor sbb kereta start x boleh hidup langsung tetapi boleh crank...spark plug pun xde spark...adakah disebabkan masalah ignition body kes saya ni...mntk bantuan rakan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama sekali perlu pastikan timing belt tidak putus ,jika ok,bermakna distributor rosak

      Delete
  11. Masalah yg serupa..nak buka bonet depan xboleh..loose.bmw e60.lci model 2009..tlg kongsikan cara2 manual.dh 6hari kt bgkel.
    😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka cover depan dan bumper jika ia benar2 tidak boleh dibuka walaupun diumpil,tetapi jika kena cara yang betul umpil sedikit dan tolak penyangkut lock bonet tersebut

      Delete
  12. Assalam.. kereta sy saga lmst enjin mati tiba2 dua hari lps. bila ON suis utk start, radio&lampu dlm meter tak menyala kecuali indikator utk pintu. Headlamp dan lampu brek berfungsi. Bateri jgk masih ok. Adakah masalah 'ignition body'? Jika tukar suis/I.Body tersebut, perlu tukar anak kunci jgk atau berasingan..? Terima kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ini banyak terjadi kepada kereta proton blm dan lmst,periksa soket pada sambungan meter panel dan juga ignition biasanya tidak ketat dan longgar dan kesannya susah untuk hidupkan enjin

      Delete
  13. Salam, kereta kancil saya bila bukak kunci satu je naik 3 lagi tak naik tapi kadang-kadang semua naik. Bole saya tahu ni masalah apa dan apa jalan penyeleaaiannya ? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,maaf saya tidak paham,apa yang naik dan tak naik tu!

      Delete
  14. Salam...bonet kereta saya x boleh buka..wlpn pkai kunci...boleh tolong bg jln penyelesaian x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,jumpa mekanik,nak buka kena umpil sikit tolak penguncinya

      Delete
  15. Assalam, kalau kereta Persona tak boleh masuk kan kunci kenapa ye? kunci just boleh masuk suku je. Dah try guna kunci spare tapi tak boleh jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,Rumah kunci tersebut (Ignition body) telah rosak pada lubang kemasukannya dan dalamannya juga telah beralih sebab itu kunci tidak boleh disorong kedalam sepenuhnya.

      Delete
    2. saya juga ada masalah sama dgn aida suriati.. jadi apa penyekesaiannya tuan?

      Delete
    3. wsalam perlu ganti ignition body

      Delete
    4. Sy pon sama.. smlm mak sy trtukar knci ngn kwn dia.. ta perasan.. dia start guna knci kwn dia, memg ta boleh la.. tp bila dia guna knci y btol, still ta boleh na pulas jgk.. n pas pada tuh dia gerak2 stereng last stereng lak jd lock..

      Delete
  16. boss..kreta wira saya ignition fius kerap putus.bila on lampu indicator xmenyaladan xbuleh start.tukar fius baru tahan sehari dua shj..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ignition yang biasa putus biasanya sebab ada wire yang telah di bypass kan,semak jika saudara pernah buat apa2 saja wiring samada tingkap,lampu,radio dan sebagainya,gantikan semua fuse yang terbakar

      Delete
  17. slm bos...pesona kunci tingal dlm n auto lock bos...mcm mna cara nak buka lock tnpa kunci bos???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,perlu umpi; keluar getah pelindung cermin kereta pemandu dan masukkan pembaris atau dawai untuk menaikan tombol lock,alarm akan berbunyi perlu segera dinaikan tombol lock tersebut

      Delete
    2. lihat pos saya disini https://mekanikkereta.blogspot.my/.../ini-bukan-untuk-curi-kereta.html

      Delete
  18. Salam bos.. Stering terlock ..dh try masuk kunci baru pusing kiri kanan pelan2 ,x blh jgk... Apa masalahnya tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ada skru pengetat ignition body,biasanya bila ia jadi longgar atau loose,lock stereng akan bergerak dan sukar untuk dibuka,perlu buka dan baiki kedudukan kunci dan lock

      Delete
  19. salam tuan
    kunci kereta pesona saya x bleh masuk
    kenapa ya tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,lubang kunci rosak ataupun tertutup sedikit,gerakan sedikit dengan test pen atau screw driver philip

      Delete
  20. Salam tuan, nak tanya, kalau kereta kancil saya, hood depan dia longgar, mcm tak tutup habis, saya tarik penarik hood bawah sterenng tu tp mcm loose, macam mana ye tu, nak kene tukar apa ye, and berapa agak agak kos nya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ganti kabel tarik bawah stereng ,kos kira2 rm200

      Delete
  21. Saya nak tanya kalau lampu signal depan tak brnyala pastu berkelip lebih laju. Apa masalah dia?

    ReplyDelete
  22. Salam..bonet depan tak boleh buka..brapa kos utk ganti ye?

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum tuan.. Saya mempunyai masaalah kunci, kunci akan berasa sedikit panas apabila pemanduan biasa dalam lingkungan 10 min atau lebih. Tahap panas sama juga jika pemanduan di teruskan. Bila di matikan injin seketika, dan mulakan pemanduan kembali, panas pada kunci tiada. Senang cakap, sekejap panas, sekejap tidak panas. Kereta model axia se 2015. Apa masaalah sebenarnya tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,body kunci terdapat short circuit yang mengalirkan haba ke batang stereng dan seterusnya jadi panas pada kunci,ini tidak mungkin berlaku jika body kunci lain yang digunakan

      Delete
  24. Kereta saya baru lepas langgar bumper kereta lain, lepas saya bukak nak check engine, bonet depan tak boleh tutup, berapa kos nak baiki atau ada cara nak baiki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tak boleh tutup biasanya alignment kunci bonet lari dah,samada ganti baru atau tolak ke asal boleh

      Delete
  25. Salam bos,meter suhu kadang2 naik,kadang tk naik langsung,pastu meter minyak kadang2 full,kadang2 E,kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukat temperature sensor dan float minyak,in sha allah ok

      Delete
  26. Salam bos,meter suhu kadang2 naik,kadang tk naik langsung,pastu meter minyak kadang2 full,kadang2 E,kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm bos,tukarkan temperture coolant sensor dan fuel float dalam tangki

      Delete
  27. Assalammualaikum bos nak tanya bonet belakang myvi saya bila da lock kereta still boleh buka.. kenapa ya bos? Adakah sebab lock rosak atau mungkin hak mata depan antara bonet dan ke bawah kereta tu patah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,kena ganti satu set lock

      Delete
  28. Salam tuan,Kereta Mercedes Kompressor E200 sy tak boleh bukak bonet belakang,macam mna caranya ya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gunakan kunci jika ada jika tiada perlu umpil sedikit ,kunci tersekat

      Delete
  29. Assalammualaikum,
    Saya nak tanya kalau nak pasang alarm baru pada kete kancil bape kos yek? Kete saya dah lama tak pakai alarm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,jika baiki dan kotak hitam tidak rosak ,cuma betulkan semula sambungan sekitar rm200 ,jika tukar kotak hitam sekali sekitar rm500

      Delete
  30. Assalamualaikum...

    Saya nak tanya, kunci kereta saya xbley nak pulas kunci & makan masa sbb kena pusing2 baru bley start...dia stuck, kenapa ya....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, sesentuh dibelakang badan kunci tidak dapat membuat sentuhan apabila badannya terlah beralih,saudara perlu tukar badan kunci dan kuncinya sekali,tidak boleh dibaiki

      Delete
  31. Nak tanya...if bonet belakng susah nak tutup apa punca dy? Dah tukar lock pada bonet belakang tu pn still susah nak tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonet tu senget,bawa ke kedai ketuk kereta nanti mereka tarikkan

      Delete
    2. Kedai ketuk kereta biasa nya akn ketuk saje then kena pg kedai accessories atau dy akn buat smp bonet tu boley lock? Ada cadangan kedai mana yg sesuai takdkt oembah klang ni?

      Delete
    3. Buat di kawasan Taman Maju jaya Puchong ,kedai ketuk kereta Puchong Perdana

      Delete
  32. Salam boss.. saya pakai kete saga lama ( yang ad ekor ) .. saya ad persoalan.. memang normal ase panas atas bonet dpan n ase wap2 panas dari belah kiri n knan ase panas x seperti org lain.... N kalau basuh sdiri enjin , rdiator tangki air , adakah boleh memyebabkan kerosak pada kete ( guna sabun utk enjin ) ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,untuk beberapa ketika kira2 seminggu radiator enjin yang di basuh guna sabun biasa,serbuk memang akan menyebabkan enjin sedikit panas lebih2 lagi jika cuci dalam tangki dengan sabun berlainan di wsyop ia guna bahan kimia yang khusus untuk radiator saja

      Delete
  33. Oooo ad jual x kt kedai bahan kimia tu.. ap nama

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk cuci biasa gunakan flush radiator sudah memadai,ada jual dikedai alatganti kereta,di kilang2 cuci radiator mereka gunakan bahan kimia yang lebih efektif dan semburan kuat serta pengesan pressure dalam radiator

      Delete
  34. N satu agy boss... Mcm mne nk baca n sukat minyak gear box ( auto ) ... Dia x de sukatan min max... Yg ad... Cold , warn , hot , adjust to hot

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketika enjin panas lihat tanda pada hot bermakna jika tak cukup,perlu tambah ke hot atau adjust to hot.Ketika enjin sejuk gunakan tanda paras pada cold atau warm ketika enjin sedikit panas

      Delete
  35. salam abg, kunci pesona saya mmg dari dlu saya pakai kunci dah tak pakai alarm. pagi tadi nak bukak pintu. kunci pusing kiri ke kanan boleh pusing tapi lock tak bukak bukak pun. apa saya perlu buat ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gantikan alat door lock utama pada pintu driver

      Delete
  36. Salam Tuan..masalah kereta wira sy ni x dpt nak start,dh 3 kali tukar starter.Waktu tukar ok,pakai 2-3 bulan jd blk, bateri baru,relay pun dh tukar.Tp masih lg masalah...hantar check wiring kedai cakap ok x ada masalah.Apa perlu saya buat ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tambahkan set wayar dan relay untuk starter kereta wira ini,in sha allah ok

      Delete
  37. as salam encik, Kancil lama saya sekarang ni ada kala keluar api dekat tempat masuk kunci kereta semasa nak hidupkan enjin, keluar bau macam hangus. sebelum ni ada foreman modified wiring. ada kaitan dengan tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudari sebaiknya tukarkan ignition body kerana ia telah dikhuatiri wiring nya tercabut dan bersentuhan dan jika ada foreman yang menggunakan laluan kuasa dari ignition ia boleh menyebabkan wiring kereta hangus jika laluan tersebut tiada fuse,sebaiknya segera tukar ignition body dan kunci

      Delete
  38. Salam, saya nak tanya, kenapa kereta saya tak detect langsung bila kunci kereta dimasukkan. Even lampu dashboard tak menyala, enjin taknak start, pintu kereta pun taknak lock serentak bila nak kunci. Bateri dah check tiada masalah, fius pun tiada masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada madalah pada body kunci tersebut

      Delete
  39. Saya punye lock sebelah driver xleh nak lock..kereta wira..xpkai alarm..tekan tmpat lock kebawah tp xboleh..die akan balas balik..kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lock utama pada pintu driver jadi tersangat lembut,perlu gantikan lock tersebut

      Delete
  40. assalamualaikum tuan. kereta saya semasa pusing kunci tiada apa2 bunyi atau hanya bunyi tik..tik dan tak boleh start enjin..tapi bila cuba banyak kali baru enjin akan hidup..dalam 2 minggu da 5 kali jadi..ape masalahnye ye tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,connection pada bateri tidak baik,kepala kotor dan perlu dibersihkan,guna air panas

      Delete
  41. assalamualaikum tuan, kereta persona thn 2011. kunci sangkut masa nak pulas g start. kena pusing kiri knn stereng then br blh start. cmne nk buat tuan? klu nk repair brape kos n nk ckp apa kt pomen? tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,tukar body kunci,jika wayar saja rosak,pomen boleh solder kannya,kos repair sekitar RM500 jika tukar kunci

      Delete
    2. Saya pun dah lama jadi hal ni. Tapi selagi boleh pusing2 stereng pastu start, saya tak risau sngt. Tapi semalam saya start, start kereta, dia mcm terlock kat 'start' engine berderum lama, nak cabut kunci tak boleh sbb dah sangkut. Nasib ada jiran lalu, tolong minta dia cabut kunci. Now kereta bila 'on' ada nyala lampu kat dashboard. Tp tak boleh start. Mcm mana nak buat tuan?

      Delete
    3. perlu ganti body kunci dulu baru boleh start enjin macam biasa

      Delete
  42. Kereta tak boleh hidup bila on kunc, lampu dashboard tak nenyala, radio dan a/cond pun tak bolehdan lampu depan, brek dan signai pun tak menyala. Tak ada bunyi tik tik masa turn on kunci. Beteri baru tukar ..... apa masalah nya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika begini bermakna tiada sambungan terjadi langsung antara bateri dan ECU,sila semak fuse dalam enjin dan bawah dasbod pemandu,gantikan mana yang terbakar terutamanya yang ada tanda IGN,gantikan juga main relay dan yang paling penting sambungan connection pada bateri mesti benar2 bersambung ,jika ada wayar tambahan yang diselitkan pada positif pastikan juga ia didalam kedudukan yang betul dan ada cas mengalir

      Delete
  43. Salam tuan..kereta saya saga flx tak dapat nak kunci bonet depan..kira kalau kita tutup bonet depan pom dia xrapat?masalah apa yer tuan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah kunci penyangkut bonet,perlu di baiki atau kalau sangkut sebab karat boleh sembur wd40 dulu

      Delete
  44. Assalam, kalau kunci tak boleh cabut macam mana nak selesaikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,buka body kunci tersebut,tanggalkan 2 skru dan soket ignition

      Delete
  45. Asalamualaikum bang..nak tnye.. sye lock kete pka remote.pastu alarm bunyi.. tgk kat meter xde lak simbol pintu xtutp.. lepas 5thun jdi camnie..sampi hon pon rosak..hehhehe.. knpe bang.. ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,alarm menggunakan kotak hitam bawah dashbod pemandu,kotak tersebut ada beberapa soket,kadangkala jika soket longgar alarm tidak bekerja secara auto,perlu periksa kotak hitam tersebut untuk pastikan semua soket dalam keadaan boleh bekerja

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 ,gunakan add comment (komen baru) in sha allah saya jawab kerana google pasti akan siarkan komen baru,Sebolehnya juga jika berkesempatan saya akan siarkan soalan yang tidak boleh dijawab melalui blog saya ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>