Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Thursday, June 10, 2010

Masalah kunci ignition

Salam,

Aku suka nak sentuh tajuk mengenai pemuka kunci atau lebih senang perkataan yang selalu aku guna iaitu ignition kerana banyak terdapat kereta yang dihantar ke mekanik selalunya mempunyai masalah demikian.

Sekadar memberi renungan dan iktibar kepada pengguna kereta jika tiba-tiba kereta tak dapat dihidupkan samasekali dan dashboard meter tidak berfungsi.Ini adalah kerana banyak sebab tapi sebab yang utama adalah ignition body yang selalunya mempunyai masalah sesentuh setelah lama digunakan.

Kebanyakan pengguna kereta akan berasa panik jika lampu2 diatas dashboard tidak berfungsi langsung,ini menyebabkan kereta tidak dapat dihidupkan terus dan pengguna akan panik kerana ini melibatkan kos yang banyak jika keseluruhan sistem wayar mengalami kerosakan.Tetapi suka aku nak ingatkan keadaan ini kebiasaannya selalu disebabkan oleh ignition body(badan pemuka kunci kereta) yang mengalami terlalu banyak gegaran dan kehausan akibat lama digunakan.Ini selalu terjadi kepada kereta-kerta proton dan Perodua yang banyak menggunakan ignition berwayar sesentuh suis kurang padat.Mungkin untuk mengurangkan kos meningkat kereta buatan kita menggunakan produk2 sedemikian.

Pengguna kereta tidak perlu khuatir kerana kos untuk ignition body jika ditukar tidak mahal ia sekitar dibawah RM100-RM150 sahaja jika dibandingkan dengan menukar keseluruhan sistem wayar yang mencecah ribuan ringgit.

Oleh itu korang tidak perlu panik jika menghadapi kerosakan sedemikian.Ini adalah masalah biasa yang selalu terdapat pada kereta buatan Malaysia selain daripada masalah bateri,pemuka meter(dashboard meter) dan keseluruhan wayar serta relay(wiring system).

Sekian,

285 comments:

  1. Salam tuan.

    Saya Azrul. Semalam kereta saya buat problem, tak boleh start. 80% dipercayai masalah bateri (walaupun saya baru tukar tahun lepas). Tapi malangnya, bonnet kereta depan saya tak boleh buka.

    Saya tarik pemegang bonet, kabel dia macam dah loose. Jadi berdasarkan pengalaman tuan, apa patut saya buat? Kalau pomen biasa mereka akan buat apa?

    Bila bonet tak boleh buka, memang sah laa bateri tak boleh nak tukar.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku hadapi masalah yang sama pagi tadi...nak strat enjin x boleh bunyi tek tek tek...then nk tarik tuil bonet depan...bonet depan tak boleh bukak..adoiiii..so mcm mane apa solution tuan buat..

      Delete
    2. masukan skru driver pada tengah antara bonet dan kunci bonet dan tolak kekiri lama2 dia terbuka,masalah tek2 tu bateri habis

      Delete
    3. bos,sy nak tanye...mercedez e230 bonet belakang xboleh buka...ad cara x nk buka bonet nye

      Delete
    4. buka dari seat dalam jika perlu

      Delete
  2. w/salam saudara azrul,

    bonet tak boleh buka gunakan screw driver panjang,masukan pada tengah bonet lock dan gerakan ke kiri dan kanan sambil menarik bonet ke atas insyalalh ia akan terbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau guna screw driver panjang untuk buka bonet depan kereta auto, nanti bukan alarm kereta tu akan berbunyi ka?

      Delete
  3. Salam.......
    Tmpng tnya.... Kereta saya x bleh nk pulas kunci... msuk knci boleh tapi x boleh nk pulas smpai ke START.. dia stuck... knpe ea?

    ReplyDelete
  4. @Syaffiq Sukriw/salam,kunci tu ada yang tersangkut sebelah dalam,cuba pusing pelan2 kalau tak boleh juga kena tukar kunci tersebut

    ReplyDelete
  5. Aslmkm bro. Saga flx saya kalau dalam sehari tak dihidupkan, esoknya dah tak boleh start. Klu jump start ok balik. Klu dibiar lagi lama tak start, dalam seminggy lebih mcm tu, bateri terus drain. Ni masalah wiring ke? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bukan masalah wiring,ini masalah alternator yang kurang baik

      Delete
  6. If masalah button bonet belakang loose mcm mna nak baiki???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ganti button tersebut ada jual di kedai alatganti

      Delete
  7. If masalah button bonet belakang loose mcm mna nak baiki???

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu tukar skru letak kemudian ganti kunci tersebut

      Delete
  8. Salam encik mekanik kereta, sy pakai myvi 1.3 elegance lagi best(best la sangat) bonnet enjin tk boleh bukak.. Tarik pembuka mcm loose.. Apakah jalan penyelesaian??? Kalu bawak ke bengkel adakah semua mekanik tahu membetulnya?? Masalah kedua ada bau hangit(kejap ada kejap tiada) mintak pendapat.. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bonet enjin boleh dibuka,mekanik tau membukanya cuma alat kunci mungkin perlu diganti lepas dibuka.

      Bau hangit akan ada jika brek panas atau brek pad habis dan jika ada minyak hitam menitis dan jatuh ditempat yang panas seperti ekzos

      Delete
    2. Owh begitu!!! Terima kasih encik mekanik alam cyber!!! Selamat berbuka puasa ya!! 😊

      Delete
  9. saya mempunyai masalah yg sama boss sbb bila check karen guna test lamp tiada karen yg ada dkt fius distibutor sbb kereta start x boleh hidup langsung tetapi boleh crank...spark plug pun xde spark...adakah disebabkan masalah ignition body kes saya ni...mntk bantuan rakan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama sekali perlu pastikan timing belt tidak putus ,jika ok,bermakna distributor rosak

      Delete
  10. Masalah yg serupa..nak buka bonet depan xboleh..loose.bmw e60.lci model 2009..tlg kongsikan cara2 manual.dh 6hari kt bgkel.
    😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka cover depan dan bumper jika ia benar2 tidak boleh dibuka walaupun diumpil,tetapi jika kena cara yang betul umpil sedikit dan tolak penyangkut lock bonet tersebut

      Delete
  11. Assalam.. kereta sy saga lmst enjin mati tiba2 dua hari lps. bila ON suis utk start, radio&lampu dlm meter tak menyala kecuali indikator utk pintu. Headlamp dan lampu brek berfungsi. Bateri jgk masih ok. Adakah masalah 'ignition body'? Jika tukar suis/I.Body tersebut, perlu tukar anak kunci jgk atau berasingan..? Terima kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ini banyak terjadi kepada kereta proton blm dan lmst,periksa soket pada sambungan meter panel dan juga ignition biasanya tidak ketat dan longgar dan kesannya susah untuk hidupkan enjin

      Delete
  12. Salam, kereta kancil saya bila bukak kunci satu je naik 3 lagi tak naik tapi kadang-kadang semua naik. Bole saya tahu ni masalah apa dan apa jalan penyeleaaiannya ? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,maaf saya tidak paham,apa yang naik dan tak naik tu!

      Delete
    2. wslm,kalau tombol pintu atau auto lock tak naik ,kena tukar alat tersebut untuk pintu utama dan tiga lagi pintu

      Delete
  13. Salam...bonet kereta saya x boleh buka..wlpn pkai kunci...boleh tolong bg jln penyelesaian x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,jumpa mekanik,nak buka kena umpil sikit tolak penguncinya

      Delete
  14. Assalam, kalau kereta Persona tak boleh masuk kan kunci kenapa ye? kunci just boleh masuk suku je. Dah try guna kunci spare tapi tak boleh jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,Rumah kunci tersebut (Ignition body) telah rosak pada lubang kemasukannya dan dalamannya juga telah beralih sebab itu kunci tidak boleh disorong kedalam sepenuhnya.

      Delete
    2. saya juga ada masalah sama dgn aida suriati.. jadi apa penyekesaiannya tuan?

      Delete
    3. wsalam perlu ganti ignition body

      Delete
    4. Sy pon sama.. smlm mak sy trtukar knci ngn kwn dia.. ta perasan.. dia start guna knci kwn dia, memg ta boleh la.. tp bila dia guna knci y btol, still ta boleh na pulas jgk.. n pas pada tuh dia gerak2 stereng last stereng lak jd lock..

      Delete
    5. Daiyan faizal, lepas tu awk buat mcm mne ye? Awk ada cntct x nk buat tukar kunci tu? Kes sye sma mcm awk..bezanya xde tukar kunci..time nk msukkan kuncibtu tiba2 je xboleh pulas, then stering lock..adoi..skrg da 2haribtersadai tepi jalan..bantu syaaa

      Delete
  15. boss..kreta wira saya ignition fius kerap putus.bila on lampu indicator xmenyaladan xbuleh start.tukar fius baru tahan sehari dua shj..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ignition yang biasa putus biasanya sebab ada wire yang telah di bypass kan,semak jika saudara pernah buat apa2 saja wiring samada tingkap,lampu,radio dan sebagainya,gantikan semua fuse yang terbakar

      Delete
  16. slm bos...pesona kunci tingal dlm n auto lock bos...mcm mna cara nak buka lock tnpa kunci bos???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,perlu umpi; keluar getah pelindung cermin kereta pemandu dan masukkan pembaris atau dawai untuk menaikan tombol lock,alarm akan berbunyi perlu segera dinaikan tombol lock tersebut

      Delete
    2. lihat pos saya disini https://mekanikkereta.blogspot.my/.../ini-bukan-untuk-curi-kereta.html

      Delete
  17. Salam bos.. Stering terlock ..dh try masuk kunci baru pusing kiri kanan pelan2 ,x blh jgk... Apa masalahnya tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ada skru pengetat ignition body,biasanya bila ia jadi longgar atau loose,lock stereng akan bergerak dan sukar untuk dibuka,perlu buka dan baiki kedudukan kunci dan lock

      Delete
  18. salam tuan
    kunci kereta pesona saya x bleh masuk
    kenapa ya tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,lubang kunci rosak ataupun tertutup sedikit,gerakan sedikit dengan test pen atau screw driver philip

      Delete
  19. Salam tuan, nak tanya, kalau kereta kancil saya, hood depan dia longgar, mcm tak tutup habis, saya tarik penarik hood bawah sterenng tu tp mcm loose, macam mana ye tu, nak kene tukar apa ye, and berapa agak agak kos nya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ganti kabel tarik bawah stereng ,kos kira2 rm200

      Delete
  20. Saya nak tanya kalau lampu signal depan tak brnyala pastu berkelip lebih laju. Apa masalah dia?

    ReplyDelete
  21. Salam..bonet depan tak boleh buka..brapa kos utk ganti ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ganti kabel kira2 RM50 sahaja

      Delete
  22. Assalammualaikum tuan.. Saya mempunyai masaalah kunci, kunci akan berasa sedikit panas apabila pemanduan biasa dalam lingkungan 10 min atau lebih. Tahap panas sama juga jika pemanduan di teruskan. Bila di matikan injin seketika, dan mulakan pemanduan kembali, panas pada kunci tiada. Senang cakap, sekejap panas, sekejap tidak panas. Kereta model axia se 2015. Apa masaalah sebenarnya tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,body kunci terdapat short circuit yang mengalirkan haba ke batang stereng dan seterusnya jadi panas pada kunci,ini tidak mungkin berlaku jika body kunci lain yang digunakan

      Delete
  23. Kereta saya baru lepas langgar bumper kereta lain, lepas saya bukak nak check engine, bonet depan tak boleh tutup, berapa kos nak baiki atau ada cara nak baiki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tak boleh tutup biasanya alignment kunci bonet lari dah,samada ganti baru atau tolak ke asal boleh

      Delete
  24. Salam bos,meter suhu kadang2 naik,kadang tk naik langsung,pastu meter minyak kadang2 full,kadang2 E,kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukat temperature sensor dan float minyak,in sha allah ok

      Delete
  25. Salam bos,meter suhu kadang2 naik,kadang tk naik langsung,pastu meter minyak kadang2 full,kadang2 E,kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm bos,tukarkan temperture coolant sensor dan fuel float dalam tangki

      Delete
  26. Assalammualaikum bos nak tanya bonet belakang myvi saya bila da lock kereta still boleh buka.. kenapa ya bos? Adakah sebab lock rosak atau mungkin hak mata depan antara bonet dan ke bawah kereta tu patah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,kena ganti satu set lock

      Delete
  27. Salam tuan,Kereta Mercedes Kompressor E200 sy tak boleh bukak bonet belakang,macam mna caranya ya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gunakan kunci jika ada jika tiada perlu umpil sedikit ,kunci tersekat

      Delete
  28. Assalammualaikum,
    Saya nak tanya kalau nak pasang alarm baru pada kete kancil bape kos yek? Kete saya dah lama tak pakai alarm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,jika baiki dan kotak hitam tidak rosak ,cuma betulkan semula sambungan sekitar rm200 ,jika tukar kotak hitam sekali sekitar rm500

      Delete
  29. Assalamualaikum...

    Saya nak tanya, kunci kereta saya xbley nak pulas kunci & makan masa sbb kena pusing2 baru bley start...dia stuck, kenapa ya....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, sesentuh dibelakang badan kunci tidak dapat membuat sentuhan apabila badannya terlah beralih,saudara perlu tukar badan kunci dan kuncinya sekali,tidak boleh dibaiki

      Delete
  30. Nak tanya...if bonet belakng susah nak tutup apa punca dy? Dah tukar lock pada bonet belakang tu pn still susah nak tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonet tu senget,bawa ke kedai ketuk kereta nanti mereka tarikkan

      Delete
    2. Kedai ketuk kereta biasa nya akn ketuk saje then kena pg kedai accessories atau dy akn buat smp bonet tu boley lock? Ada cadangan kedai mana yg sesuai takdkt oembah klang ni?

      Delete
    3. Buat di kawasan Taman Maju jaya Puchong ,kedai ketuk kereta Puchong Perdana

      Delete
  31. Salam boss.. saya pakai kete saga lama ( yang ad ekor ) .. saya ad persoalan.. memang normal ase panas atas bonet dpan n ase wap2 panas dari belah kiri n knan ase panas x seperti org lain.... N kalau basuh sdiri enjin , rdiator tangki air , adakah boleh memyebabkan kerosak pada kete ( guna sabun utk enjin ) ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,untuk beberapa ketika kira2 seminggu radiator enjin yang di basuh guna sabun biasa,serbuk memang akan menyebabkan enjin sedikit panas lebih2 lagi jika cuci dalam tangki dengan sabun berlainan di wsyop ia guna bahan kimia yang khusus untuk radiator saja

      Delete
  32. Oooo ad jual x kt kedai bahan kimia tu.. ap nama

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk cuci biasa gunakan flush radiator sudah memadai,ada jual dikedai alatganti kereta,di kilang2 cuci radiator mereka gunakan bahan kimia yang lebih efektif dan semburan kuat serta pengesan pressure dalam radiator

      Delete
  33. N satu agy boss... Mcm mne nk baca n sukat minyak gear box ( auto ) ... Dia x de sukatan min max... Yg ad... Cold , warn , hot , adjust to hot

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketika enjin panas lihat tanda pada hot bermakna jika tak cukup,perlu tambah ke hot atau adjust to hot.Ketika enjin sejuk gunakan tanda paras pada cold atau warm ketika enjin sedikit panas

      Delete
  34. salam abg, kunci pesona saya mmg dari dlu saya pakai kunci dah tak pakai alarm. pagi tadi nak bukak pintu. kunci pusing kiri ke kanan boleh pusing tapi lock tak bukak bukak pun. apa saya perlu buat ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gantikan alat door lock utama pada pintu driver

      Delete
  35. Salam Tuan..masalah kereta wira sy ni x dpt nak start,dh 3 kali tukar starter.Waktu tukar ok,pakai 2-3 bulan jd blk, bateri baru,relay pun dh tukar.Tp masih lg masalah...hantar check wiring kedai cakap ok x ada masalah.Apa perlu saya buat ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tambahkan set wayar dan relay untuk starter kereta wira ini,in sha allah ok

      Delete
  36. as salam encik, Kancil lama saya sekarang ni ada kala keluar api dekat tempat masuk kunci kereta semasa nak hidupkan enjin, keluar bau macam hangus. sebelum ni ada foreman modified wiring. ada kaitan dengan tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudari sebaiknya tukarkan ignition body kerana ia telah dikhuatiri wiring nya tercabut dan bersentuhan dan jika ada foreman yang menggunakan laluan kuasa dari ignition ia boleh menyebabkan wiring kereta hangus jika laluan tersebut tiada fuse,sebaiknya segera tukar ignition body dan kunci

      Delete
  37. Salam, saya nak tanya, kenapa kereta saya tak detect langsung bila kunci kereta dimasukkan. Even lampu dashboard tak menyala, enjin taknak start, pintu kereta pun taknak lock serentak bila nak kunci. Bateri dah check tiada masalah, fius pun tiada masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada madalah pada body kunci tersebut

      Delete
  38. Saya punye lock sebelah driver xleh nak lock..kereta wira..xpkai alarm..tekan tmpat lock kebawah tp xboleh..die akan balas balik..kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lock utama pada pintu driver jadi tersangat lembut,perlu gantikan lock tersebut

      Delete
  39. assalamualaikum tuan. kereta saya semasa pusing kunci tiada apa2 bunyi atau hanya bunyi tik..tik dan tak boleh start enjin..tapi bila cuba banyak kali baru enjin akan hidup..dalam 2 minggu da 5 kali jadi..ape masalahnye ye tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,connection pada bateri tidak baik,kepala kotor dan perlu dibersihkan,guna air panas

      Delete
  40. assalamualaikum tuan, kereta persona thn 2011. kunci sangkut masa nak pulas g start. kena pusing kiri knn stereng then br blh start. cmne nk buat tuan? klu nk repair brape kos n nk ckp apa kt pomen? tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,tukar body kunci,jika wayar saja rosak,pomen boleh solder kannya,kos repair sekitar RM500 jika tukar kunci

      Delete
    2. Saya pun dah lama jadi hal ni. Tapi selagi boleh pusing2 stereng pastu start, saya tak risau sngt. Tapi semalam saya start, start kereta, dia mcm terlock kat 'start' engine berderum lama, nak cabut kunci tak boleh sbb dah sangkut. Nasib ada jiran lalu, tolong minta dia cabut kunci. Now kereta bila 'on' ada nyala lampu kat dashboard. Tp tak boleh start. Mcm mana nak buat tuan?

      Delete
    3. perlu ganti body kunci dulu baru boleh start enjin macam biasa

      Delete
  41. Kereta tak boleh hidup bila on kunc, lampu dashboard tak nenyala, radio dan a/cond pun tak bolehdan lampu depan, brek dan signai pun tak menyala. Tak ada bunyi tik tik masa turn on kunci. Beteri baru tukar ..... apa masalah nya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika begini bermakna tiada sambungan terjadi langsung antara bateri dan ECU,sila semak fuse dalam enjin dan bawah dasbod pemandu,gantikan mana yang terbakar terutamanya yang ada tanda IGN,gantikan juga main relay dan yang paling penting sambungan connection pada bateri mesti benar2 bersambung ,jika ada wayar tambahan yang diselitkan pada positif pastikan juga ia didalam kedudukan yang betul dan ada cas mengalir

      Delete
  42. Salam tuan..kereta saya saga flx tak dapat nak kunci bonet depan..kira kalau kita tutup bonet depan pom dia xrapat?masalah apa yer tuan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah kunci penyangkut bonet,perlu di baiki atau kalau sangkut sebab karat boleh sembur wd40 dulu

      Delete
  43. Assalam, kalau kunci tak boleh cabut macam mana nak selesaikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,buka body kunci tersebut,tanggalkan 2 skru dan soket ignition

      Delete
  44. Asalamualaikum bang..nak tnye.. sye lock kete pka remote.pastu alarm bunyi.. tgk kat meter xde lak simbol pintu xtutp.. lepas 5thun jdi camnie..sampi hon pon rosak..hehhehe.. knpe bang.. ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,alarm menggunakan kotak hitam bawah dashbod pemandu,kotak tersebut ada beberapa soket,kadangkala jika soket longgar alarm tidak bekerja secara auto,perlu periksa kotak hitam tersebut untuk pastikan semua soket dalam keadaan boleh bekerja

      Delete
  45. Aslm.. sy nak tnya, kereta saya honda jazz x blh start.. bile sy alarm bukak kunci, die bukak.. then bile kite tekan button utk tutup die x blh lock.. tapi berbunyi.. pas tu lock pintu x blh trun naik da.. apa masalah kereta sy? Adakah sebab batery.. coz batery baru berrusia 1tahun 10 hari.. mohon bantu.. sy buntu sbb kereta x blh start..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,lock automatik pintu utama telah rosak,samada penunjalnya tercabut atau terlalu lembut sehingga ia sukar berfungsi secara auto atau manual,perlu diganti

      Delete
  46. Assalamualaikum tuan..sya menggunakan kereta jenis proton persona b-line , bila sya tekan remote kunci hanya alarm yg lock tapi tidak pada lock pintu..kadang² hanya sebelah penumpang depan & blkg je yg lock..sya pergi ke workshop & dia kata central lock dalam bonet belakang sebelah kiri yg rosak tapi sya belum cuba tukar..bila pergi kedai accecories dia kata central lock dalam pintu sebelah driver yg rosak , kos nya rm130..selepas 20 minit masalah tu berulang & owner kedai cadangkan untuk tukar relay bawah dashboard sebelah penumpang tapi masih belum cuba..kadang² semua pintu boleh lock , kadang² tak..begitu juga dengan autolock ketika brek ditekan..apa sebenarnya masalah kereta sya ye ? Harap pihak tuan dapat membantu..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,antara lock2 tersebut untuk 4 pintu,autolck utama adalah pada pintu utama,jika lock tersebut lembut,ia akan turun naik secara pantas dan kadangkala tidak turun atau terus tertutup,perlu gantikannya supaya semua lock yang lain tidak rosak,jika ada antara 4 lock pintu yang telah berjangkit rosak ia juga akan berkeadaan demikian,mekanik perlu pastikan semua lock pada pintu tidak jadi lemah/lembut

      Delete
  47. Assalamualaikum tuan,

    Tadi saya tinted kereta jenis honda freed. Selepas itu kunci tidak boleh di cabut dan mengambil masa yang sangat lama baru boleh.

    Selepas itu, masih berlaku lagi. Dalam masa yang sama selepas kunci berjaya dicabut, brake indicator masih bernyala.

    Kenapa boleh berlaku begitu?
    Kunci tindak boleh di cabut & brake indicator masih bernyala.

    Terima kasih ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ada security system pada ignition body,kunci yang tidak boleh dicabut adalah termasuk dalam akibat arahan tidak dituruti dalam security yang dikesan pada ECU,goyangkan sedikit panel gear untuk cabut kunci,ini berlaku apabila isyarat diterima tidak sempurna oleh sistem alarm kereta

      Delete
  48. Assalamualaikum tuan,sy pengguna persona elegance.problem sy bila tekan remote utk trunk belakang x boleh bukak,kena guna manual dekat bwh seat driver.bila tekan remote trunk belakang,lampu hazard kelip 3 kali.kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,bila jadi begini tanda motor trunk belakang tersebut tidak bekerja bermakna rosak,itulah sebabnya tidak boleh dibuka menggunakan remote

      Delete
  49. Slm,tuan.kereta sy persona 1.6 full spec.td nk bukak boot pki kunci tp kunci terlekat kt lubang boot tu.x blh nk tarik lgsg.mcm mn nak buat?knp jd mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,terlekat kerana bila pulas kunci bengkok begitu juga lubang kunci

      Delete
  50. Pintu kereta sy tak boleh buka samada secara auto ataupun manual.. Yang peliknya bonet boleh buka.. Kenapa ya? Tak tau macamana nak bukak pintu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kemungkinan lock pintu tersekat,buka manual kiri atau kanan pintu

      Delete
  51. Assalamualaikum...nk tnye..knpe sy nk lock kete pakai remote key dia dok bunyi beep pnjg dlm 3 sec but still xblh nk lock..bkk kete pakai remote key blh je..even pakai spare key still jgk xblh lock but if lock secara manaual blh

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,periksa bateri remote,kadangkala bateri telah habis kuasa

      Delete
  52. Salam bro..nak tanya,klau saga plus bonet depan keta x dapat tutup rapat..lpas tu keta gerak je msti bising kt bonet depan tu,agak2 nya dr lock tu kot..blh taw x cmna nk repair?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,biasa lock tersebut bengkok,perlu cabut dan luruskan semula,jika ia kesat perlu semburkan dengan wd40 untuk hilangkan karat

      Delete
  53. salam bos...saya guna satria 1.6...masalahnya fius 80a kt kepala +ve bateri tu kerap putus...masalah putus akan jadi di pertengahan semasa enjin tgh crank untuk hidup...xsempat hidup kereta dia akan terhenti bila cek fius tu putus...tukar fius tu crank nk start lagi jadi lagi sekali....mcm mana tu bos...sudah pening pikir....blh bg sebarang kemungkinan tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika fuse kerap putus itu tanda kuasa tidak cukup bermakna bateri tidak cukup penuh dan lemah untuk hidupkan enjin dan untuk digunakan komponen lain,saudara perlu tukar alternator dan bateri juga

      Delete
  54. As'slam.....kereta wira sy engine tak boleh mati....kunci dah pulas dan kunci dah tarik keluar..tapi lampu di dashboard dan engine still hidup dan menyala.....apa masalahnya yg harus sy buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,cabut negatif batri,enjin ini mengalami pembakaran minyak dan api pada karburator yang lewat akibatnya enjin tidak mati walau suis telah dicabut.Periksa fuse dan relay yang hitam atau terbakar terutamanya fuse IGN (Ignition) dan gantikan

      Delete
  55. Aslm.. saya nak tanya mengenai kereta Naza MPV saya bila masukkan kunci kat pintu kereta..pintu tak boleh buka tapi bila masukkan kunci dekat bonet belakang boleh buka pulak..bila saya nak Start enjin Dashboard tak berfungsi langsung..bateri saya baru tukar..sebab apa yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,sambungan bateri perlu diperiksa begitujuga dengan fius ignition di fusebox,gantikannya jika ada yang putus

      Delete
  56. Assalamualaikum bang, bonet belakang Kelisa tak boleh buka.. kabel MCM loose, guna kunci belakang sekat.. MCM mana ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,perlu buka kerusi belakang dan masuk melihat keadaan bonet belakang dari dalam,dari luar cuma boleh umpil tetapi jika kena screw driver yang kukuh dan kena pada tempatnya ia boleh dibuka

      Delete
  57. Salam.Bonet BRV tak boleh buka,,mohon bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu buka dari dalam,perlu gunakan spanar

      Delete
    2. Pomen SC Honda pun buntu...sampai sekarang xleh bukak...dah sebulan

      Delete
    3. pomen SC memang kurang cekap,cari pomen wsyop biasa,sekejap je dah buka

      Delete
  58. salam, kereta saya perodua viva kunci tak boleh masuk langsung ke ignition. kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kunci tersebut rosak atau lubangnya telah senget atau bahagian dalamnya pecah

      Delete
  59. salam. nak bertanya saya pengguna saga flx. kenapa ye saya tekan alarm utk kunci tp tak berjaya malah keluar lampu hazards

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bateri alat tersebut habis,dan jika lepas tukar masih demikian saudara perlu reset alarm.

      Reset alarm ialah cabut positif bateri ,sentuhkan 2 kali kekepalanya semula sehingga ada lampu depan dan tanda alarm diresetkan berlaku,in sha allah ok

      Delete
  60. Salam. Bonet enjin wira susah buka selepas eksiden. Dan tempat kunci bonet enjin agak masuk ke dalam selepas eksiden. Anggaran kos baiki berapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kos baiki tukar kunci kira2 rm150

      Delete
  61. Salam tuan wira bonet depan jammed jammed x blh buka ada cara ker nk baiki. Klau rosak mcm ni nk kt pomen atau kedai ketuk body anggaran kos. Tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gantikan lock bercangkuk yang rosak,kos kira2 rm200

      Delete
  62. Salam tuan,kenapa ye kereta hilux saya tak boleh cabut kunci?(boleh cabut separuh jer)start boleh tak de masalah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika terdapat locking system atau immobilizer,kunci akan tidak keluar kerana sistem telah dikunci,perlu resetkan sistem immobilizer semula

      Delete
  63. Asalamualaikum
    Kancil auto 850
    1.auto lock x boleh lock
    2.bila pulas kunci kadang x de respon...lampu dash board menyala
    ..mohon pencerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,lock pintu utama tak bekerja,perlu ganti ,periksa fuse jika ada yang putus,

      2.tiada respon kkerana kuasa tidak cukup,tambah wayar relay starter

      Delete
  64. Assalam...kereta kancil 850 ada masalah ngan lock pintu....kena kunci satu2...sebelum nie blh on off lock serentak tp pernah ada masalah kereta tak dapat dihidupkan ,bawa ke pomen kena potong wayar yg berkaitan ngan lock pintu tu.....lagi satu bila kat kaw selekoh @ u turn stering x pusing habis tp ada bunyi...dah dua kali tkr stering rack

    ReplyDelete
  65. wslm,lock utama terletak pada pintu driver,saudari perlu tukar lock utama tersebut.
    jika tak dapat pusing habis ia adalah kerana lower arm ball joint yang keras,perlu ganti juga

    ReplyDelete
  66. Askm.kereta saya xboleh nk unlock n xdetect bila saya tekan button di kunci kereta..try pakai kunci spare pn sama.tekan button unlock @ alarm.kereta xde respond.jnis kereta saga 2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika tiada respon periksa dulu fuse alarm dalam kereta dan gantikan juga fuse alarm pada kotak hitam bawah dasbod pemandu

      Delete
  67. assalam..gen2 sy buka pintu kereta gna manual..tp td kunci sangkut x boleh tarik keluar..mcmana nk cabut kunci ye? dan knpe jd mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudari perlukan mekanik untuk buka dari dalam jika ia benar2 sangkut akibat locknya patah atau tidak terpusing terus

      Delete
  68. Salam tuan mekanik..sang kancil sy keluar asap kat bahagian suis start (ignition) bila pegang wayar kat bawah tu terasa panas..apa masalahnya..

    ReplyDelete
  69. wslm,ini masalah ignition,solder iron pada ignition body telah mencair dan hampir putus akibatnya body akan panas dan berasap kerana connection yang tidak kukuh,baiki atau tukar ignition body switch

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ignition body switch mcm mna boss.. Sya dh tukar fiuz ignition switch. Bila on switch ok je.. Bila time start je fiuz tu putus balik.. Jika tolak kreta blh hidup fiuz tk putus plak.. Bantuan bos apa puncanya..

      Delete
    2. badan kunci di stereng,itu ignition body

      Delete
  70. Assalamualaikum. Kereta viva saya bonet hadapan tak boleh tutup rapat. Ada masalah tak jika sy bawa kereta bergerak jauh? Sy dduk di kampung dan jarak ke bandar kira2 15km. Brape anggaran kos utk welding besi bahagian atas bonet hadapan yg dh longgar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,tiada masalah,pastikan ia dibaiki kerana jika terlalu lama ia akan longgar sendiri akibat tiupan angin ketika bergerak,kos welding sekitar rm100

      Delete
  71. Salam tuan. Kenapa ye bonet belakang keta myvi sya x bleh buka.? Keta sya auto lock. Bila sy unlock 4 pintu pnumpang bleh buka tpi bonet blkang xbleh plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,lock belakang tersangkut,cuba unlock beberapa kali,jika tidak boleh juga perlukan mekanik untuk buka dari dalam atau belakang

      Delete
  72. Assalam. Hai.
    Kalau kereta satria neo, nak open hood enjin xde masalah, tapi nak tutup hood balik x boleh. Rosak apa ya encik? Rosak kabel jugak ke? Dah banyak kali jadi macam ni. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kena tukar set kunci padlock depan tu termasuk kabelnya

      Delete
  73. Assalamualaikum. Nak tanya, kereta iriz 1.6 sy ada masalah utk lock kereta. Sy dah tukar lock kat bahgian driver tu. Tapi still tak function utk lock kereta dan bonet tak boleh buka. Dah check blackbox jgk. Jenis nk lock atau unlock mmg ada button. Tp button tu tak function. Ada bunyi tet tet je. Tp tak bole lock atau unlock smpai bonet tak bole buka. Mcm na ya nak buat? Ada cara ke nak buka bonet blkg manual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,bila bunyi saja bermakna ada masalah pada lock sebelah belakang,perlu ganti.

      Buka dari seat belakang dan keluarkan lock tersebut,perlukan mekanik buka

      Delete
  74. Berapa kos kalau nak ganti butang pembuka bonet hadapan? Pagi tadi nak cek air buka2 rupanya loose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamua'laikum tuan.. Nak tanya kenapa fuse ignition terputus bila kita start engine.. Tp lampu dash board nyala..

      Delete
    2. waalaikumsalam,selain dari wiring rosak biasanya untuk fuse putus adalah kerana kuasa bateri mengurang dan lemah ketika hidupkan enjin,tambahkan 5 amp lagi bila tukar fuse tetapi jangan terlalu tinggi kerana ia akan menyebabkan ada wire yang mungkin terbakar dan boleh mencetuskan api

      Delete
  75. Assalamuailaikum tuan,. Sya guna city 04. Masalah door lock guna remote x buleh buka.tutup ok. Panggunaan secara manual ok. Dan kos baikinya. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,bateri remote perlu tukar,kos sekitar RM50

      Delete
  76. Auto lock prob guna remote lock boleh buka x buleh ( button pintu x naik) guna secara manual ok je. 4-4 pintu sama. Rosak tang mana ye tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tidak berfungsi bateri remote perlu diganti,tetapi jika masih tidak berfungsi perlu periksa fuse jika putus perlu tukar dan jika masih tidak berfungsi perlu tukarkan auto lock gear pada pintu pemandu sahaja

      Delete
  77. Sya paki saga remote kunci krta sy rosak sy paki menual kunci bila sy bukak menual krta sy alam Kerta sy bunyi mcm mna sy nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabut positif bateri sentuhkannya semula ke kepalanya sehingga terhasil tanda reset berbunyi 2 kali dan ada lampu depan nyala,ini telah diresetkan

      Delete
  78. Salam encik. Dah beberapa hari ni nak starat kereta iswara a/back ketat. Hari ni terus x boleh start. Steering lock & kunci x boleh nak pusing utk start. Sebab apa ya ? Apa yg perlu diganti & kos nya? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukarkan badan kunci dan kunci baru akan disertakan sekali

      Delete
  79. Salam bos. Sy pemilik kancil 660 manual. Baru2 ni ignition coil dh kong. Jd sy tukar yg baru. Bila tukar yg baru ni timbul masalah lain plak. Sy pusing kunci on belum start lg keta dh hidup tp mcm ada bunyi crank lekat.wiring ka bos ? Ka suis problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah ini masalah body kunci ,sesentuh padanya amat dekat akibat kelusuhan ,saudara perlu tukar kunci dan body nya sekali

      Delete
  80. Assalamualaikum, hai ..sy pengguna kereta perodua viva. Saya nak tanya kalau direct servis atau nak baiki kerosakan, terus ke perodua mahal ? Kereta sy asalnya tekan brek bunyi bergesel . G bengkel dia cakap disc problem .so lepas tukar disc masalah lain muncul. Bila sy tekan brek akan terasa gegar pada kaki ibarat macam kita drive atas zebra line ...kede.kede.kede .. So bila sy rujuk balik dgb bengkel tu dia cakap disc tak ngam lagi brekpad. Kena tnggu few months . Lepas 2 sy g balik bengkel tu dan dia just tukar apa binatang ..tak lama tu jadi balik . So sy tukar bengkel .but the problem its still happen . 2 bengkel sy buat .2 2 bwngkel melayu . So .sy ada g tanya bengkel cina .2 kedai jugak untuk sy servey masalah . Dan 2 2 bengkel cakap masalah yg sama iaitu nakel .. ( betul ke ejaan sy ni ? Hahahha) satu sy tanya estimate buat nakel berapa, kedai cakp siap rm500 . 1 kedai lagi rm250 . Jadi apa pendapat tuan . Almost setahun sy abaikan viva sy sebab dah habis beribu untuk satu masalah .tapi tak jugak selesai

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,tukar dulu skru caliper,saya rasa dah ok dah

      Delete
  81. Assalamualaikum
    Signal saga blm sy xbrfungsi tapi hazard signal berfungsi,bl on suis dia kuar bunyi bzzz..bl tekan hazard signal bunyi tu hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,masalah ini berpunca dari suis pada dashboard panel,suis tersebut telah lusuh,perlu tukarkannya,in sha allah baik

      Delete
  82. Assalam abg
    sy ada masalah enjin x hidup,crank boleh tp xnk hidup.sy dah check,keseluruhan sistem tiada api.kabel,coil,distributor smua sy dah check mmg tiada api lansung.berdasarkan pengalaman abg apa sbenarnya prob dia???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ECU telah terbakar,periksa soket ECU jika terdapat kelonggaran soket ataupun tercabut juga boleh menyebabkan tiada api langsung ke coil

      Delete
  83. Saya pula masalah kancil fuseable link hangus bila cantum ke battery positive.kalau xsambung benda 2 maka kereta xakan boleh start dan semua lampu dashboard semua xberfungsi..so apa masalah tersebut sebenarnya..da chek semua fuse xde yang terbakar atau putus..check api kat wire fuseable link tersebut 1 wire ada api lagi 1 xde api.sepatutnya kedua2 wire fuseable link ada ap..buntu pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wayar Fusible link perlu diganti dengan wayar yang sama,jika gunakan wayar standard jenis lain ia tidak sesuai dan akan berterusan bermasalah,gantikan dulu kedua2 wayar tersebut,in sha allah ok

      Delete
  84. Salamm nak tnye ..
    Sye pakai honda city
    Kereta xboleh nk bkak guna kunci tu
    Lampu sensor dlm pon xnyala
    Knape tu ye🤦‍♀️

    ReplyDelete
  85. wslm,masalah remote alarm tiada bateri,gantikannya dulu,jika ia masih sama immobilizer ada masalah.gunakan cara manual buka pintu dulu dan tekan butang panic reset immobilizer selama beberapa saat,tekan lock pintu dua kali dan tunggu selama 10 minit untuk sistem penuh ke default

    ReplyDelete
  86. Assalamualaikum. Nak tanya, kereta iriz ada masalah tak boleh nak lock dan bonet tak boleh nak buka.
    kalau tekan remote, alarm dan unlock button elok sahaja, (ada lampu unlock dan alarm berbunyi). Tapi kereta memang tak boleh nak lock langsung.
    Macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,saudara perlu gantikan alat auto lock pada pintu utama,kebiasaanya mekanikalnya telah terlalu longgar dan lusuh perlu diganti,jika terdapat mana2 pintu yang auto locknya rosak juga ia juga perlu ditukar

      Delete
  87. assalamualaikum boss,saya mahu tanya kereta persona auto 1.6 2009 sblom ni mnyak gearbox leaking kereta ada slip dan jerk,sudah detect leakin dan di ketatkn di hose radiator bawah.minyak atf sudah topup + saya topup skli transmission treatment .dalam 2 hari masalah slip dan jerk settle tetapi pada hari ke 3 ,pada gear knob belah bawah kluar mcm grease warna coklat dan bila tukar gear 'R' jerk kuat dan pada indicator di meter menyatakan masih di 'N' walhal kereta bole reverse,mohon memberikan pencerahan laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,masih ada lagi leaking minyak gearbox yang saudara tidak perasan,minyak bocor saja yang boleh sebabkan jerking bertambah,treatment pula sepatutnya tidak diisi kerana minyak yang bocor boleh sebabkan masalah semakin meruncing kerana ada lagi tempat yang bocor

      Delete
  88. Assalamualaikum, kereta kancil saya ada masalah alarm. Bila tekan button hijau pada remote, kereta akan bunyi, tapi tombol kunci pada pintu2 tu tak berfungsi (tak turun atau naik). Apa masalahnya ya bos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ini masalah auto lock motor utama pada pintu driver,in sha allah ok bila ganti

      Delete
  89. Salam tuan.. kereta sy myvi se 2010,kuncinya bengkok n da buat kunci pendua & kunci pendua itu xboleh start.kunci asal yang bengkok tu pun yg pada asalnya boleh start pagi ni da xboleh start..lampu semua boleh buka tapi nak start enjin xboleh..sy perlu tukar satu set ke tuan n berapa kos nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,benar perlu tukar satu set kos sekitar rm400

      Delete
  90. Bos macam kalau kereta wira tersangkut bonet belakang x boleh buka

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu umpil kalau tidak boleh juga perlu buka seat belakang

      Delete
    2. Assalam. Sy nk bertanya,adakah normal jika hud enjin hadapan panas? Cth,sy cuba utk buka hud hadapan,sentuh tuil di dalam tapi terlampau panas.

      Delete
    3. wslm,jika hud panas maknanya enjin panas,tambahkan grounding wire untuk meneutralkan cas yang terdapat pada body kereta untuk turunkan panas enjin

      Delete
  91. salam. sy nk tanya, kenapa boot kereta sy selalu terbuka sendiri masa tengah drive ye? kdg2 terbuka sendiri masa saya nak start enjin kereta. sy pakai myvi 2018. baru 7 bulan guna. baru ni terbuka masa sy lalu kat bonggol, lpstu masa sy lalu bonggol yg kedua sy tak brek, jadinya pintu boot belakang tu thentak kuat sikit then sy berhenti nk tutup balik tp tak boleh bukak. sy matikan enjin and tekan button buka boot kat pintu boot tu tp tak boleh buka juga. bila sy tekan kat kunci kereta, baru boleh buka. mohon pencerahan ttg masalah kereta sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada masalah pada kabel boot dan alat kunci pada boot belakang tersebut,semburkan dulu dengan WD40 anti karat supaya ia lebih baik perjalanannya

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,