Mekanik kereta: Salam satu malaysia
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Jun 7, 2010

Salam satu malaysia

Salam satu malaysia,

Pada pagi nie 7hb jun 2010 suka tenaga kerja blog kerosakan kereta merangkaikan semua yang dah tertinggal yang ingin diucapkan iaitu Selamat hari Keputeraan baginda Sultan Mizan Yang dipertuan Agong Malaysia,Selamat kembali ke Malaysia bagi sukarelawan kita dalam misi bantuan Gaza ke Palestine,Selamat hari guru dan akhir sekali Selamat menyambut musim bola piala dunia yang tinggal 4 hari saja lagi.

Dalam kesibukan tugas dan agenda invidu seharian diharap kita sebagai rakyat malaysia tidak ketinggalan dalam menyumbang bakti dan sokongan kita kepada mereka yang memerlukan seperti usaha sukarelawan kita dalam misi bantuan perubatan,pakaian dsbnya ke Gaza.ini sahaja yang dapat kita lakukan buat masa ini kerana badan dunia sendiri belum dapat memberikan harapan besar untuk saudara islam kita di palestine.

Tenaga kerja blog kerosakan kereta menyokong penuh usaha murni saudara sukarelawan kita yang membuat sumbangan besar dalam misi tersebut walaupun menghadapi rintangan ditahan oleh pihak tentera Israel kira-kira 12 hari lamanya.Usaha murni sukarelawan ini juga diharap dapat diteruskan seperti kata Perdana Menteri kita yang beranggapan 12 sukarelawan ini adalah wira negara yang akan memberikan contoh terbaik untuk generasi kini dan akan datang.




Sekian.

19 comments:

  1. salan tuan,saya mempunyai sebuah kerete myvi se(m),hari tu saya ada mengalami safe acident,tayar sebelah kiri depan mengalami hentakan yang kuat hingga menyebabkan fender atas tayar sebelah kiri pecah terus,sekarang ni kerete saya rase tidak selamat digunakan sbb bila melalui jalan yang x rata kerete saya rase tidak stabil,bergoyang2 dan stering pun rase terlalu ringan rase ade smthg kat stering,bunyi tuk tuk tuk masih kuat juga di bahagian depan bila melalui jalan yg tidak rata,saya dah ganti celiper kiri kanan dan tukar mounting absorber bunyi yang tidak menyenangkan itu masih juagek ade,harap

    ReplyDelete
  2. @HADERI ARONLower arm sebelah kiri perlu ditukar,lwer arm memang mudah mengeluarkan bunyi kerana ia diasaskan oleh beberapa bush mounting.

    ReplyDelete
  3. salam bro,kalau stering terlalu ringan dan mudah sagat untuk kekiri dan kekanan tu adakah tu masaalah lower arm jugek ke bro?

    ReplyDelete
  4. salam bro,kalau stering terlalu ringan dan mudah sgt untuk kekiri dan kekanan bile di atas jalan yang tidak rata adakah tu disebabkan oleh lower arm jugek ke bro?absober empat2 dah tukar,stabelezer link dh tukar,celiber dah tukar,mounting absober pun dah tukar masaalah bunyi tuk-tuk kat tayar dah hilang bila kene bumper yang tinggi sikit dah mcm x ade absorber kat depan,bro tolong bg pendapat mcm mane nak menyelasaikan msaalh ni...

    ReplyDelete
  5. @HADERI ARONPada lower arm terdapat tie rod end yang memegang dis yang bersambung ke absorber,jadi jika tie rod end dah lembut ,semua bunyi dan stereng akan bergoyang mudah ke kiri dan kanan,walaupun telah menukar sterenr rod,absorber,link dsbnya.

    Ini adalah masalah biasa bunyi dan bergoyang walaupun keempat2 komponen penyambung telah ditukar,saya sarankan saudara tukar lower arm.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum tuan..saya ada sebiji toyota GL ke70 standard.Masalah saya,apabila saya membrek, steering saya tertarik kekanan.Apakah masalahnya tuan.Untuk makluman tuan,Steering rack,lower arm 1 set. sume saya dh tukar.Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,bearing roda kanan ketat

      Delete
  7. Trima ksh tuan..Bearing roda kanan tukar depan blakang atau depan saja tuan.Berapa agaran kos tuan.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum tuan..
    Kereta pesona tahun 2011
    Masalah stering bergegar waktu start dan kelajuan dalam 80-100.masalah kedua kereta berayun kiri dan kanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,stereng rod dan tie rod end yang telah lembut kedua2 belah membuatkan kereta berayun dan bergegar

      Delete
  9. slm
    sy ade mslh dgn kereta sy saga sv.
    tayar sblh knan hadapan terkeluar dr fender,dr jauh jelas kelihatan,berbeza dgn tayar sebelah kiri yg msuk kedalam.utk mkluman tuan,kereta br lpas xciden,lpas dh siap repair amik baru perasan,sbb angin tyar sblh kiri selalu kurang,sdh hanta blk workshop complain pun xtau pe mslh,engine normal xde gegar,skang die inform suruh try cube tuka absorber standard takut bengkok kata pomen,sbb kereta sudh ubhsuai pkai adjustable absorber,tp sy rse mcm xde mslh dgn absorber,,hmpir 2 mggu btapa kt bengkel proton xde bt ape2,bile kol tnye,still checking jwpan dorg,angin sdh,sbelum hnta proton blk,adk ipar mechanic ade tmbah plate pd tyar sblh kiri untk nmpk blance kiri knn tayar,tp tkut jg risiko tnyar terbang,harap tuan dpt mmbntu,time ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ini masalah biasa berlaku pada kereta lepas kemalangan,chasisnya perlu diperbaiki,saudara perlu ke kedai ketuk kereta untuk meluruskan semula chasis kereta yang bengkok

      Delete
  10. Assalam tuan... Boleh kongsi kedai yang pakar ketuk chassis.. kereta pernah eksiden bila jalan highway begoyang n dan lalu sebelah lori@bas kereta akan membuang ke kanan.. bila membelok akan terasa macam tempang..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,di taman maju jaya berdekatan c.y. radiator

      Delete
  11. Assalam.. saya pengguna vios 3rd gen.. kereta pernah kmalangan dibhgian hadapan.. bila jln dkt highway kereta akan berbuai2 @ bergoncang 110km/j keatas n bila memotong lori n bas kereta seperti membuang ke kanan..allignmt dah buat, absorber dah tukar..adakah faktor chasis bengkok.. boleh recommnt kedai yg mahir utk saya.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,chasis bengkok perlu tarik,jika di puchong ada di Taman Maju jaya

      Delete
  12. salam tuan..saya ada proton gen2, waktu mengambil selekoh ke kanan stering rasa ringan dan ke kiri rasa berat kenapa rasa mcm tu yer..??
    dan lagi satu kalau saya lalu di line kuning cth depan sekolah kereta ada bunyi hentakan mcm gededede...?? blh mntak penjelasan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam,ganti stereng rod,salah satunya sangat lembut,bunyi akan hilang selepas ganti kerana bila lembut sebelah,bunyi biasanya terhasil

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>