Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Sunday, October 24, 2010

Servis aircond (komponen utama)

Atas permintaan ramai pengunjung blog ini suka aku tuliskan bagaimana cara sebenar kerja-kerja servis air-cond kereta dilakukan.Antara komponen-komponen  air cond kereta yang boleh diservis ialah:-
1) Kompressor
2)Cooling Coil atau jaring penyejuk
3)Kondenser

Kompressor adalah alat utama dalam sistem penyejukan kereta,Kompressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka Kompressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem aircond kereta tidak berfungsi dgn baik dan tidak sejuk.

Kompressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua bahagian depan dan belakang Kompressor tersebut dengan bahan kimia dan petrol.Pasang semula semua KLIP tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya semula dengan minyak Kompressor yang baru.

Cooling Coil (Evaporator) atau jaring sejuk pula adalah komponen aircond kedua terpenting dalam sistem air cond kereta.Ia berfungsi mengalirkan dan mengawal suhu sejuk dan panas dalam sistem tersebut.Membuka cooling coil adalah amat mudah kerana kebiasaannya hanya terdapat sedikit skru kecil dan klip yang terpasang pada keseluruhan kotak cooling coil.

 Cooling coil selalunya terletak pada bahagian hadapan sebelah pemandu dibawah dashboard penumpamg hadapan.Tanggalkan penyangkut dan skru penyambung antara hose gas air cond dan keluarkan kotak berwarna hitam tersebut.

 Kerja-kerja servis ini perlu dilakukan setelah membuang semua gas yang terdapat didalamnya melalui bahagian enjin kereta.Buka kotak cooling coil tersebut dan cuci semua bahagian srip cooling coil dengan air dan chemical jika ada atau thinner dan pastikan semuanya telah dikeringkan sebelum pemasangan semula untuk menjauhkan bau thinner memenuhi seluruh ruang dalaman kereta.

cooling coil perlu di cuci

Kondenser juga adalah komponen utama yang boleh diservis dalam sistem penyejukan air cond sesebuah kereta.Cara tersebut adalah begitu mudah tetapi memerlukan sedikit alat tambahan untuk membuka ruang tepi kondenser seperti pengapit teguh yang mengapit kukuh kedua bahagian tersebut tanpa merosakkannya. Akan tetapi jika anda seorang amatur dan ingin membaiki kenderaan anda sendiri memadai dengan mengeluarkan condenser tersebut dan alirkan thinner kemudian keringkan dan pasangkannya semula.

Nota-Tabung Gas (Receiver dryer) Jangan alirkan sebarang cecair melaluinya (untuk kilang sahaja),boleh membahayakan  nyawa  anda.

sekian,

451 comments:

  1. thanks buka blog saya. nak tny. skg econ kereta macam prob. bila buka econ kuat2, dia sembur air. dan bila belok ke kiri, dengar percikan air kena benda panas. Apakah? bawah dashbod menitik air. banjir karpet. kenapakah? sumbat ke?

    ReplyDelete
  2. sord8729/12/10

    padanan Udara panas dan sejuk akan menghasilkan air.apa yang terdapat pada kereta saudari adalah air dari a/cond yang tidak berfungsi dengan sempurna.Ini boleh diperbaiki dengan memastikan 3 komponen aircond berjalan sempurna
    1)compressor
    2)cooling coil
    3)condensor
    jika salah satu dari komponen ini rosak ianya haruslah ditukar jika aircon tidak sejuk.Jika aircon masih sejuk cooling coil sahaja yang perlu ditukar ataupun perbetulkan kedudukan cooling coil dibawah dashboard kereta supaya air terhasil dapat disalurkan ke hose yang sepatutnya.
    mengenai air percikan air panas itu adalah air aircond yang terhasil melimpah dan mengenai hose udara panas bawah dashboard .
    bawa kereta saudari ke w/syop segera dan baiki untuk mengelakan dalam kereta berbau akibat air yang melimpah.

    ReplyDelete
  3. idris9/1/11

    salam,

    sy menggunakan kia optima,sy dimaklumkn oleh isteri sy bahawa condenser aircond telah rosak setelah beliau menghantar ke kedai

    masalah kereta tersebut adalah aircond yg sudah tidak lagi sejuk dan ada bunyi geseran besi di area tempat duduk penumpang

    adakah benar telahanmekanik tersebut? dan katanya condensor dlm lingkuangan rm600

    tq

    ReplyDelete
  4. sord8710/1/11

    saudara idris,
    bunyi geseran yang kedengaran tersebut biasa terdapat bila keadaan sistem penyejukan yang tidak berfungsi dgn betul,tetapi ada kalanya juga kedudukan blower air cond yang bergesel didalam casing dan ada juga cooling coil yang telah rosak juga berkemungkinan mengeluarkan bunyi yang seakan2 serupa.Tetapi jika aircond saudara masih sejuk ini bermakna bunyi tersebut adalah geseran blower sahaja.Jika aircond sudah tidak sejuk berkemungkinan salahsatu dari komponen sistem penyejukan telah rosak seperti kondensor,cooling coil dan compressor.Tentang harga condensor pula ianya sekitar 200-300 sahaja jika didapatkan daripada kedai pemborong kondensor,pada hemat saya juga harga 600 adalah kondensor original dari kedai barangan terpakai.

    ReplyDelete
  5. Anonymous11/1/11

    alo bro..nak tnya psl air cond nie..
    klu compressor yg bunyi bising tuh sebab nak rosak ke ato sebab laen?

    ReplyDelete
  6. bro nk tnya psl air cond skit..
    klu compressor bunyi bising sebab nak rosak ke ato sebab laen??

    ReplyDelete
  7. sord8712/1/11

    saudara izat,
    ada 3 sebab sahaja akan menyebabkan kompressor berbunyi bising:-
    1)bearing pully yang telah rosak
    2)dalaman yang telah rosak akibat kurang minyak dan jika telah haus samasekali
    3)talisawat kompressor yang kendur atau rosak

    Jika bunyi bising kompressor yang sedikit saudara boleh cuba menambahkan minyak kompressor dan jika keadaan sekeliling kompressor yang telah hitam berkelat ini bermakna terdapat kebocoran dan berkemungkinan kompressor saudara izat tidak dapat digunakan lagi.

    Jika bunyi bising yang amat ketara berkemungkinan kompressor saudara telah sampai hayat terakhir utk digunakan.

    ReplyDelete
  8. bila nak update entri ttg kereta lagi? dan nak tny.. dlm banyak2 kereta [tempatan] mana yg jimat minyak, murah srvis dan sesuai jln jauh[kl-jb]. ada rekemen?

    ReplyDelete
  9. sord8714/1/11

    cik nad,
    kl-jb tak jauh ambil masa kira2 5 jam sahaja perjalanan,kereta tempatan seperti perodua myvi dan viva amat sesuai kerana c.c yang kecil dan murah dalam penyelenggaraan dari servis hinggalah ke komponen lain tapi jika perjalanan melebihi 5 jam mungkin memerlukan 2-3 kali berhenti penat.

    ReplyDelete
  10. Anonymous15/2/11

    Salam..nak tanya..saya guna kereta iswara aeroback 1.3. Masalah sy ialah fius aircond sy di bhagian kotak sebelah bawah dekat stereng pemandu selalu lebur.kekadang baru je tukar fius aircond dlm seminggu..tetiba je aircond black out sebab fius aircond lebur akibat terlalu panas. sy dah pegi check kt kedai aircond mekanik ckp compressor ok..sy baru je servis cuci cooling coil 6 bulan lepas. aircond saya plak lambat nak sejuk..amik masa dlm 30 minit nak sejuk..apa masalah saya? ada org ckp kena tukar condensor..sebab condenser sy kecik..

    ReplyDelete
  11. Salam..nak tanya..saya guna kereta iswara aeroback 1.3. Masalah sy ialah fius aircond sy di bhagian kotak sebelah bawah dekat stereng pemandu selalu lebur.kekadang baru je tukar fius aircond dlm seminggu..tetiba je aircond black out sebab fius aircond lebur akibat terlalu panas. sy dah pegi check kt kedai aircond mekanik ckp compressor ok..sy baru je servis cuci cooling coil 6 bulan lepas. aircond saya plak lambat nak sejuk..amik masa dlm 30 minit nak sejuk..apa masalah saya? ada org ckp kena tukar condesor..sebab condenser sy kecik..

    ReplyDelete
  12. sord8715/2/11

    kepada faiz dan anonymous

    Terimakasih kerana bertanya,masalah fius terbakar mungkin boleh digantikan kepada yang lebih tinngi seperti 15 atau 20 amp.Keadaan aircond saudara mengalami suhu panas yang melebihi suhu sejuk pada sistem aircond,apa yang boleh dilakukan adalah menukar tabung gas dan kondensor baru tanpa menambahkan saiz kondenser.

    ReplyDelete
  13. Tapi..kereta saya baru berusia 4 tahun..(tahun 2007) dan tidak mengalami apa2 kemalangan lagi. Condenser saya masih lagi belum terusik. Adakah saya perlu juga menukar condenser kereta? Berapakah harga pasaran condenser kereta bg proton iswara 1.3 Aeroback?

    ReplyDelete
  14. sord8720/2/11

    saudara faiz,
    kereta baru akan mengalami sedikit sebanyak masalah selepas 2 tahun digunakan,masalah aircond suhu panas yang melampau adalah sangat rumit untuk dibaiki jika tidak nmenukar komponen yang bersesuaian,memandangkan kereta saudara telah beberapa kali mengalami fius terbakar adalah lebih elok jika kondensor dan tabung gas ditukar.kosnya berkemungkinan pada masa ini adalah dalam rm200 kebawah termasuk upah dan gas aircond.

    ReplyDelete
  15. Apit SP26/2/11

    sy jugak alami masalah yg sama dgn saudara faiz. econ keta lambat sejuk dan fius terbakar byk kali..sebulan dlm 2 kali. mekanik ekon ckp kena tukar tabung gas dan kondensor..mekanik ckp kena pakai kondensor yg besar skit contoh kondensor wira. alasannya lgi besar kondensor..lg cepat sejuk. keta sy skrg iswara aeroback lama tahun 97. so..btul ke ckp mekanik tu?

    ReplyDelete
  16. sord8726/2/11

    saudara apit,
    menukar tabung gas dan kondenser adalah cara terbaik untuk masalah yang saudara hadapi.
    Dari teori automotif penggunaan kondenser lebih besar bermaksud lebih gas yang akan dicernakan untuk penyejukan .
    Memang tidak dinafikan penggunaan kondenser lebih besar dapat memberi penyejukan yang lebih pada kereta jika semua komponen berkaitan aircond adalah berkeadaan baik termasuk kompressor,coolong coil,tabung gas fdan hose.
    Untuk kereta yang mengalami fius terbakar dan kurang sejuk memadai dengan menukar kondensor dan tabung gas pada skala asal.

    ReplyDelete
  17. Anonymous2/3/11

    Salam, kereta sy iswara aerobak 1.3, masalahnya ialah bila on ekon, pusing fan speed ke 1 & 2 tiada angin keluar, tp bl pusng 3 & 4 baru angin keluar.. blh bantu apa puncanya, blh ke DIY n brpa anggaran kos..tq

    ReplyDelete
  18. sord875/3/11

    anonymous,

    kerosakan demikian adalah berpunca dari suis sahaja,Jka anda berhasrat melakukannya sendiri anda hanya perlu menukar suis yang lama dan gantikan dgn yang baru.
    Alatganti tersebut dianggarkan kira2 dibawah rm 50 sahaja.

    ReplyDelete
  19. Anonymous5/3/11

    Salam bro...

    saya ingin bertanya mengenai masalah berkaitan air cond kereta myvi 1.3L tahun 2006 saya.

    Masalahnya apabila kita 'switch on' air cond, air cond sy xkn sejuk apabila kereta dalam keadaan statik (berhenti traffic light/ tunggu org) dan compressor tetap berpusing tnpa henti.

    tetapi apabila kereta bergerak/memandu, lama-kelamaan air cond akan sejuk.

    soalan saya:
    kenapa ini berlaku? saya telah melakukan service di kedai dan telah menukar compressor baru,valve dan full service dengan kos lebih RM1k tetapi masalah tetap juga berlaku.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  20. sord879/3/11

    anonymous,

    biasanya jika semua komponen aircond iaitu
    1)compressor
    2)kondenser
    3)cooling coil
    4)tabung gas
    5)kipas aircond
    6)blower

    semuanya berfungsi dgn baik,ini mungkin berlaku kerana suis yang menjalankan magnet pada kompressor berfungsi lambat,ini boleh diatasi dgn membaiki suis dan wiring untuk magnet tersebut berfungsi dgn baik utk penyejukan.

    nota:jika anda melakukan DIY sila periksa kotak suis aircond dibawah dashboard sebelah pemandu,betulkan wiring dan gantikan fius jika ia terbakar.

    ReplyDelete
  21. slm..sy nk tny beberapa soalan,saya ade 3 biji kete wira n kelisa..air cond kete2 sy ni sering masalah selang 6 bln je mesti ade problem..mslh yg sering blaku adalah pada kompressor..soalan saya

    1.betul ke kalo kompresor rosak kita perlu tukar semua(kondenser,valve,compressor)?mekanik kate kalo xtukar semua nt serpihan besi masuk kompressor so dia akan rosak lg..mekanik slalu gtau mesti tukar semua barang kalo tidak 2,3 hari lg kita akan komplen pada mereka..btul ke??

    kalo pulley kompressor kadang2 pusing kdg2 xpusing bila pasang air cond ape masalah utamanya?adakah pulley atau bearing rosak?

    3.btul ke compressor kelisa atau kancil lebih baik guna kompressor modified yg lebih besar spt kompressor vitara,pomen slalu sckp gtu..

    4.apa cara sy utk pastikan air cond kete sy bertahan lama,kerana setiap tahun puratanya 2kali sy tukar barang aircond??da xlarat nk byr dah...mohon penjelasan..

    ReplyDelete
  22. sord8715/3/11

    saudara mohd faizal,

    1.Tidak semestinya kena tukar semua komponen aircond,jika kita mendapatkan satu kompressor yang baru dan elok aircond kereta saudara akan berjalan seperti sediakala.Jangkahayat sesebuah kompressor adalah amat lama sekitar 2-3 tahun jika tiada kebocoran minyak pada kompressor tersebut.

    Pada sebuah kompressor pula terdapat dua pusingan iaitu:-
    1.Pusingan biasa disebabkan oleh talisawat dan pergerakan hanya bearing kompressor sahaja.
    2.Pusingan bearing dan magnet yang mengalirkan aircond kedalam kereta.

    Jika rosak bearing talisawat akan berhenti sekali sekala dan jika rosak keseluruhan talisawat atau aircond belt akan putus dan tidak boleh digunakan samasekali.

    2.Saranan saya ialah saudara recon semula kompressor saudara di kedai yang membaikpulih kompressor dan mereka akan gantikan kesemua komponen dalaman kompressor tersebut dan kompressor tersebut akan berkeadaan seperti baru dan akan 2-3 tahun ,jika saudara dapatkan dari kedai,dapatkan dari kedai alatganti bukan dari kedai alatganti terpakai, begitu juga dengan kondensor,tabung gas dan cooling coil.

    Nota:Badan kompressor tidak boleh dimodify hanya komponen dalaman sahaja yang boleh ditukar dan dicuci dgn chemical.Alatganti berkemungkinan diambil dan disesuaikan dari banyak model kereta dan hanya kedai baikpulih kompressor aircond kenderaan yang melakukan kerja2 tersebut.

    ReplyDelete
  23. salam saudara..saya guna kereta iswara 1.3 tahun 2000..masalah dia,bila kereta stop..aircond x rasa..cuma kipas je yang blow..kalau panas terik mmg berpeluh..sbb angin panas/x sejuk..

    Klaau bergerak ok je..lagi laju lagi ok..tapi kalau mlm2 tu ok lah..maybe syhy x panas dah..walau berhenti pun ok..

    Saya pernah drive masa hujan..masa tu banyak kali berhenti..abis berwap dlm kereta..tapi bila dah lari dari jem tu elok balik..waktu tu pagi masa saya dlm perjalanan ke tempat kerja..masalah kipas aircond ke?x kuat ke..

    Saya minta pandangan dari saudara sebelum saya antar servis..boleh bagi anggaran x kos dia..oh ye..saya x pernah servis sejak saya pakai tahun 2005..cuma pernah tambah gas sekali je..Kos servis sekali kalau dapat encik anggarkan ya..

    ReplyDelete
  24. sord8716/3/11

    saudara azrul,

    Servis aircond jika selalu berwap akan melibatkan :-
    !)cuci cooling coil
    2)tukar valve
    3)tukar tabung gas
    4)periksa kipas,kompressor,kondenser dan tambah gas.

    kos dianggarkan dibawah rm200,akantetapi jika terdapat kerosakan pada kompressor,kondensor dan kipas aircond kos akan lebih tinhggi dan berkemungkinan diantara 500-600 ringgit.

    ReplyDelete
  25. salam saudara,berwap tu maksud saya,kan bila hujan di luar,kalau aircond x sejuk,dlm kereta akan berkabus..

    tapi bila saya bergerak je..ok,sejuk balik..stop je panas..kat aircond outlet kat dashboard tu rase angin blower je..kalau panas,memang masak lah dlm tu..

    Masa aircond bukak,kita rasa kompressor tarik..timing/RPM enjin akan naik..

    kipas aircond iswara dia duk kat depan dekat dengan radiator tu kan?

    berapa kos kipas campur pemasangan..tu ye.TQ

    ReplyDelete
  26. sord8717/3/11

    saudara azrul,

    Keadaan berwap adalah disebabkan suhu yang panas dalam kereta dek kerana aircond yang tidak sejuk,masalah saudara terjadi adalah kerana sebab kompressor yang tidak elok dan harus ditukar.Pergerakan kereta yang laju memamng akan menyebabkan aircond sejuk kerana dalaman kompressor yang sudah haus ataupun terdapat kebocoran minyak kompressor.

    Tukar sekali dgnaircond valve yang berkemungkinan rosak sebab kompressor yang sudah rosak.

    ReplyDelete
  27. Helmi21/3/11

    Bro sord87,

    Sy Anon 5 March, myvi 1.3.

    Jika saya DIY, bagaimana hndak mngenalpasti mslah berkaitan fius dan wiring seperti yg sdara mksudkn.

    tambahan, aircond sy akan sejuk apabila pedal minyak ditekan/high rev rpm walaupun dlm keadaan statik tetapi kembali panas semasa idling biasa. adakah ini disebabkan compressor kurg kuasa??

    ReplyDelete
  28. sord8721/3/11

    saudara helmi,

    kompressor yang ada masalah akan menyebabkan suis untuk menjalankan magnet bertindak lambat,masalah kereta saudara berkemungkinan besar dari masalah kompressor oleh itu tindakan suhu sejuk jadi lambat berfungsi.

    untuk membuat wiring sedikit rumit,tetapi jika saudara tahu menggunakan bateri punca positif ,cuba dengan membuat sambungan terus ke wayar magnet kompressor,ini akan membuat magnet tersebut berjalan terus tanpa henti,walaupun ini mungkin menjadikan kompressor cepat rsak tetapi kadangkala ia amat berguna.

    ReplyDelete
  29. Anonymous28/3/11

    salam....saya nak tanya...sebelum ni saya ade masalah compressor bunyi bising..kereta wira 1.3..tapi bila bw laju baru sejuk...bunyi bising dah xde...baru2 ni saya baru tukar compressor recond..lepas tu masalah lain plak timbul..bawa laju atau slow compressor hanye berfungsi x sampai 5 saat..angin sejuk xde le..pastu saya tukar sensor baru..masih x ok juga..agak2 saudara...apa punca kerosakan..fius atau valve yg rosak..brape kos nak repair??kepala dh pening...

    ReplyDelete
  30. sord8729/3/11

    sensor mana yang saudara tukar?kebiasaannya jika compressor berfungsi baik masalah aircond tak sejuk tidak timbul kecuali jika kompressor tersebut rosak.Jika tak sejuk langsung itu adalah berkaitan valve dan cooling coil,tetapi jika magnet kompressor tidak bertindak kebiasaannya aircond tak sejuk langsung.
    Cuba periksa magnet pada kompressor samada berfunsi atau tidak bila suis aircond dihidupkan.
    jika semua ok bermakna kompressor tersebut rosak.

    ReplyDelete
  31. salam,soalan mcm ni..

    Kereta : iswara aeroback 1.3 M
    Masalah : Tekan button aircond,tapi xde pe2..pusing tahap kawalan aircond dekat dashboard pun xde respond.

    Tapi bila pusing tahap suhu aircond,ade compressor tarik..rpm enjin akan naik sedikit.maksudnya suis ok kan?Tapi kenapa bila pusing kipas..xde pe2 yg berlaku?senyap je..

    Fius dah cek,xde ,masalah..kalau fius putus xkan kadang2 je berlaku.

    Soalannya,kenapa boleh berlaku mcm tu?ia berlaku kadang2..

    ReplyDelete
  32. sord8730/3/11

    maksud saudara azrul,blower keluarkan angin sekali sekala,jika angin keluar tetap sejuk itu bermakna blower saudara yang ada masalah .

    nota :Jika periksa blower periksa sekali suis aircond.

    ReplyDelete
  33. smekom. dulu a/cond ok sejuk. sekarang rosak, bila tmbah gas ok. kali kedua bengkel bgtau kata compressor rosak dan kena tukar harga rm500. nk tanya saudara compressor kalau servis dia ok kembali atau tidak? berapa kos repair?

    ReplyDelete
  34. Anonymous31/3/11

    askum sy pkai p.waja...skg ni air con x sjuk,,,n kluar bau petrol..pe punca?pe yg hrus sy buatt..

    ReplyDelete
  35. sord872/4/11

    saudara,

    kalau mengikut dari sistem dan aliran hose serta komponen aircond langsung tiada kena mengena dgn bau petrol didalam kereta saudara.Jika berbau itu berkemungkinan datangnya dari hose petrol yang bocor dienjin,tangki bocor serta hose fuel filter yang bocor atau tidak ketat,saudara harus periksa satu persatu hose petrol dan perhatikan mana2 yang tidak ketat atau telah bocor.

    Bau petrol dari enjin mungkin telah meresap kedalam kereta dan menyebabkan bila aircond dibuka ia merebak keseluruh dalaman kereta tambahan lagi dgn aircond yang tidak berfungsi.

    aircond tidak sejuk disebabkan banyak masalah seperti kompressor,cooling coil,kipas aircond dsbnya..

    ReplyDelete
  36. sord872/4/11

    saudara wanpcj,

    kompressor rosak jarang sekali servis dilakukan di bengkel kereta kecuali ditukar dgn yang baru atau recon,jika kereta malaysia harga tersebut memadai dgn upah dan baikpulih aircond.

    Kerja2 servis aircond adalah termasuk seperti cuci cooling coil,tukar tabung gas,valve dan gas baru tidak termasuk kompressor.Jika kompressor rosak aircond tidak akan sejuk walaupun servis aircond dilakukan kerana kompressor adalah komponen utama sistem aircond.

    ReplyDelete
  37. salam,

    Kereta: MyVi 1.3 EZ

    Masalah:
    Mula-mula drive kereta, aircon dan angin berfungsi baik macam yg sepatutnya... kemudian, selepas 15min, kekuatan angin dan kesejukan akan berkurang sehinggalah takde keluar/rasa apa2 dah kat aircon outlet tu...
    So, saya pun tutup la aircon dan bukak tingkap.... lepas 15-30min camtu saya tutup tingkap dan onkan balik aircon tu... keluarla sejuk dan angin macam asal... taklama dia jadi balik takde angin dan panas...

    Kalau saya berenti atau tgh drive, benda sama jugak jadi.. sebelum ni saya ada la experiment... kalo bawak laju (lebih 120km) lagi cepatla aircon tu tak sejuk.. bawak slow2... bolehla tahan lama skit sebelum dia tak sejuk...

    tolonglah bagitau apa penyakitnya yer bang... skang nih diri saya pulak yang tak sejuk dan hangin satu badan nih... heheheh

    ReplyDelete
  38. sord878/4/11

    saudara irfan,

    angin tak keluar-masalah blower yang tak berfungsi dgn baik.

    rasanya masalah blower saja,jika tak sejuk terus itu bermakna masalah komponen seperti kompressor dsbnya!

    ReplyDelete
  39. Anonymous14/4/11

    As salam, pada pendapat saya, masalah air (bawah dashbod menitik air)adalah berpunca daripada 'expansion valve' yang tidak berfungsi dengan baik sehingga mengakibatkan ketulan ais terbentuk pada 'cooling coil' (seperti di dalam peti ais).

    ReplyDelete
  40. kereta sy aircond bermslh.bila sy on aircond tak rs sejuk pn rasa angin je.apa masalah dia eh?bln 12 aritu sy dh servis aircond dh tkr air booster,aircond oil,dan coolant skali.hrp dpt membantu.ble on aircond gk ada bunyi skit2.adakah tu masalah compresor?tp klu ya nape pomen tu x gitau pun ms dia check aritu.

    ReplyDelete
  41. keta saya perodua viva.masalahnya fius a/c slalu putus.lg satu kalau keta reverse ada bunyi kuar mcm bunyi ranting kayu bgesel kat rem taya motosikal kira cmtulh kurg lbih bunyinya.ni nk tnya apa masalahnya?adakah bearing compressor rosak?nak mintak pandangan..

    ReplyDelete
  42. keta saya perodua viva.masalahnya fius a/c slalu putus.lg satu kalau keta reverse ada bunyi kuar mcm bunyi ranting kayu bgesel kat rem taya motosikal kira cmtulh kurg lbih bunyinya.ni nk tnya apa masalahnya?adakah bearing compressor rosak?nak mintak pandangan..

    ReplyDelete
  43. salam, tumpang tanye. kereta saya ada masalah dgn air cond lah. ari tu saya refill gas air cond, pakai 2 minggu dah tak sejuk dah. pastu refill lagi. kalai ni tak sampai seminggu dah tak sejuk dah. kalau refill mmg sejuk gile tapi cepat sgt gas air cond tu abes pn. nak pegi cek kt bengkel tp takut kene tipu. ada idea atau pn rekemen mana2 bengkel yang boleh pakai kt kl x?

    ReplyDelete
  44. saudara robert,

    Masalah gas cepat habis selalunya terdapat kebocoran pada kompressor dan juga valve,sila periksa di kedai aircond berdekatan,jika di bandar bukit puchong boleh saya rekomen di apit auto di bp 6/5

    ReplyDelete
  45. saudara juky

    kebiasaannya bunyi adaah dari kompressor bearing tetapi kadangkala ada juga bunyi tersebut datangnya dari bergesel dengan body kereta,jika anda pernah menukar enjin atau upgrade bunyi tersebut kemungkinan terjadi

    ReplyDelete
  46. saudari cik ngah ,

    jika angin sahaja bermaksud sedikit wiring yang tidak berfungsi ataupun fius terbakar ,jumpa mekanik untuk gantikan fius aircond yang terbakar tersebut.

    ReplyDelete
  47. salam,
    nk bertnya sikit,bila sy on aircond,dia akan bunyi cm cengkerik sjkp..lps bunyi,enjin akn jd cm biasa, lpas tu akn repeat bnyi cengkerik..tp bila sy off arcond,tade plak bunyi..ape msalah die eh??sbb belt compressor aircond rosak ke?

    or klo la belt compressor aircond yg rosak or ape2 sje kerosakan,bleh x anggarkan bpe kos nk baiki..

    kete sy saga bml auto..

    terima kasih in advance...:)

    ReplyDelete
  48. daus7/6/11

    saya pakai kereta wira 1.5,masalah saya ialah dah tukar kompresor recon.mula2 ok,lepas tu k.o.masalah saya sekarang bila bawa kereta,tiba2 aircond off,angin pun tak ada.saya off aircond lepas tu buka semula,aircond berfungsi,1minit kemudian dia off semula.

    ReplyDelete
  49. daus8/6/11

    dah tukar compressor recon.masalah sekarang,bila bawa kereta pasang aircond,dalam 15minit aircond off,tak ada angin langsung.minta bantuan.

    ReplyDelete
  50. Anonymous8/6/11

    dah tukar compressor recon.masalah sekarang,bila bawa kereta pasang aircond,dalam 15minit aircond off,tak ada angin langsung.minta bantuan.

    ReplyDelete
  51. Anonymous8/6/11

    dah tukar compressor recon.masalah sekarang,bila bawa kereta pasang aircond,dalam 15minit aircond off,tak ada angin langsung.minta bantuan.

    ReplyDelete
  52. Kalau saya adalah DIY, dimana saya dapat membeli spare part aircond and gas refilled?

    ReplyDelete
  53. Jika saya adalah DIY, dimana boleh dapat spare part n gas???

    ReplyDelete
  54. sord8715/6/11

    saudara rahim,

    jika saudara di kawasan puchong saudara boleh mendapatkannya di Chipo Auto Taman maju jaya puchong.

    ReplyDelete
  55. saudari yatt salleh,

    masalah saudari adalah kerana 2 sebab

    1)belt aircond yang telah rosak atau terlalu kendur
    2)bearing komprerssor yang rosak dan berkemungkinan juga kompressor yang hampir rosak

    kos adalah kira-kira dibaewah rm500

    ReplyDelete
  56. sord8715/6/11

    saudara daus,

    blower adalah punca tiada angin keluar pada aircond saudara,sila periksa fius blower ataupun wiring.Jika masih terjadi terus sila periksa wiring aircond dan penyambungannya.

    ReplyDelete
  57. salam bro..sy nk tanya pasal aircond kete ys...kadand2 aircond ble sjuk cm besa,kadang2 xble...angin tak support..kipas aircond sentiasa on wlaupun aircond x on...

    ReplyDelete
  58. salam bro..sy nk tnya pasal aircond kete sy...kadang2 ble hdup cm besa,kdng2 tak...xsjuk..angin tak support...kipas aircong sentiasa berpusing wlaupun aircond sy tak on

    ReplyDelete
  59. veevian25/6/11

    salam 1 malaysia... sy terjumpa blog ni bila mencr mcm manakh rupa dan jenis peralatan yg d senaraikn oleh mekanik dlm resit bila ayah repair aircond kereta wira 1.3 (thn 1999) hari ini... kos yg di caj RM910 utk compressor+fan motor+ expansion valve+filler +bolt +condenser+receiver dryer+workmanship. berpandukan bagaimana cara sebenar kerja-kerja servis dilakukan..sy memahami kemungkinan berlaku kerosakan utama. permulaan kerosakan apabila aircond d on, bunyi seakan geseran blh d dengari dan pernah terjd enjin kereta tiba-tiba mati.. ada cara penjagaan sistem aircond yg boleh mengelakkan terjadinya masalah ini sekali lg? Terima kasih..

    ReplyDelete
  60. Anonymous10/7/11

    Saya ada masalah ngan iswara 1,3 sya yg dh brape bengkel sya pegi n dh byk part yg saya tukar tp masalah xsettle gak...bila saya buka aircond 2,3,4 xlama lepas tu temperature kereta naik jd 4 bar..klu jalan jem kadang2 bhenti kat traffic lite pn leh naik jd 5 bar...tpxlama pastu turun pas tu naik balik...macam main2...sya dh tukar water pump,radiator double layer,suis,radiator cap,meter siap dh buat top overhaul dh..tp still xsettle gak turun naik temp ni...ble bantu saya?

    ReplyDelete
  61. sord8712/7/11

    saudara,
    jika top overhaul telah dilakukan dgn baik dan silinder gasket serta head yang telah di skim,nasalah temperature turun naik tidak nungkin berlaku,dari apa yang saudara beritahu kemunkinan skim head tidak dilakukan dan menyebabkan temperature yang tidak sekata.

    ReplyDelete
  62. sord8712/7/11

    veevian,
    ia boleh dielakkan jika aircomd selalu diservis dan gas ditambah bila kurang sejuk dan jangan biarkan kipas aircond yang telah berbunyi digunakan terus begitu juga dgn belting aircind yang telah haus.

    ReplyDelete
  63. sord8712/7/11

    saudara mongkut

    sila periksa keadaan compressor saudara mungkin telah rosak dan berhenti berpusing dan menyebabkan kipas sahaja yang berpusing dan tidak sejuk

    ReplyDelete
  64. salam, saya nk tanya, kereta saya viva auto 1.oEZI.. baru ni dia wat hal..bila buka aircond terasa sejuk x de masalah. tetapi x lama kemudian ade bunyi bising..bila tutup aircond..bunyi x de...sila jelaskan ape masalahnye n klu nk betulkan brp kosnye...t.kasih.

    ReplyDelete
  65. salam..saya nk bertanya masalah kete saya viva 1.0 EZI yang mana baru2 ni bila saya on kan aircond ianya sejuk tetapi x lama kemudian ada bunyi bising pulak..apekah masalah sebenarnya..mohon perjelaskan dan juga minta berikan kos utk baikinya..t. kasih.

    ReplyDelete
  66. sord8719/7/11

    saudara aizan

    jika aircond sejuk tetapi bising pada enjin berkemungkinan belting aircond yang telah rosak atau kendur,periksa ,ketatkan atau gantikan kos berkemungkinan sekitar rm 3-50 sahaja.Tetapi jika bunyi di dalam ada kemungkinan blower saudara terjatuh apa2 barang yang kecil dari penyembur aircond sila periksa dan dapatkan bantuan mekanik untuk bersihkan.

    ReplyDelete
  67. mr. iswara25/7/11

    salam...

    saya tertarik baca blog ada tahniah.
    saya memiliki iswara 1.5 manual...di sini saya ingin service aircond saya secar DIY..boleh tak saudara sampaikan info serta tips untuk service aircond iswara. Ini kerab saya sudah buka compartment tetapi tidak tahu mana satu bahagian yg perlu di buka

    terima kasih

    ReplyDelete
  68. Assalammualaikum wbt,

    Saya ada masalah dengan aircond kereta saya. Dah 4 kali saya hantar bengkel yg sama, setiap kali hantar ada sahaja masalah baru yang timbul. Saya dah tukar kompressor,tabung,servis, cooling coil,flushing, tukar host(katanya la.. saya pun tak tau host yg mana satu). dah abes RM830..(sakit jiwa tul..) Yang menjadi persoalanya tiap kali hantar limit 2 minggu(heran knp masa mesti kena sama 2 minggu, adakah kebetulan??) sahaja mesti air cond tu panas balik (hatrick 3x dah ni). Tadi baru balik dari bengkel
    untuk kali yg keempat.Dorang kata head utk isi gas tu dah reput rosak sebab tu gas keluar.Satu lagi host katanya dah tak elok tak lama lg mesti rosak.Saya pun tukar la 2 ketul tu dgn harga RM180.Saya cakap kat mekanik mintak buat full servis semula(dah bekali² bg tau ntah buat ke tak sebelum ni!) dah tak larat ambo nak ulang alik.. lebih² lagi nak membayaunya(tak elok² jugak mcm jugak ghupernya!)..bila semua dah selesai servis tinggal nak masuk gas,api compressor pulak tak ada(dorang guna satu alat mcm test pen utk test..keluar lampu² gitu..)..katanya kena tukar pulak kompressor lain(adui la ..lagi RM400 utk kompressor tu),alasanya kompressor dah kong..bila bocor dekat head tu effectnya minyak kompressor kering (takan nak tukau lagi kompressor tu sebelum ni dah la kena tukar..) Mintak la tolong saudara advice kan permasalahan saya ini..dan kalau ada bengkel2 area ampang atau PJ yg boleh direkemenkan.kereta saya wira 1.5 se.

    ReplyDelete
  69. sord8727/7/11

    saudara mr iswara,

    servis aircon sendiri ialah:-

    1)buka kotak cooling coil selepas buang gas aircond dibahagian dalam enjin.
    2)cuci cooling coil,ganti valve.
    3)tukar tabung gas dibahagian enjin
    4)periksa hose jika ada kebocoran semasa gas masih ada.
    5)Pastikan compressor dan kipas aircond berfungsi semula selepas gas diisikan.


    Muga ia dapat membantu!

    ReplyDelete
  70. sord8727/7/11

    saudara universal,

    masalah saudara ini memang rumit jika melihat dari apa yang saudara katakan.Jika kerapkali compressor terpaksa ditukar adalah kerana kondensor yang tidak ditukar dan meninggalkan kotoran yang seterusnya merosakkan komponen lain.Kotoran beracun akan terapung di kondensor ,walau macamana pun komponen lain ditukar ia tidak akan membantu.
    Hose juga menahan kotoran tetapi pada kadar yang rendah seeloknya saudara tukar kondensor ia akan lebih selamat dan komponen lain tidak perlu kerap ditukar,beritahu pada mekanik saudara.(penting)
    Jika saudara di Ampang saudara boleh dapatkan Kondensor baru wira saudara di Taman Maluri di kedai kondensor aircon,harganya lebih murah .

    ReplyDelete
  71. Anonymous30/7/11

    ASSALAMUALAIKUM...ABG. POMEN, SAYA PENGGUNA KERETA PERODUA VIVA DAN MASUK BULAN NI GENAP 4 TAHUN DIA BERKHIDMAT UNTUK SAYA. PADA PERINGKAT PERMULAANNYA SEGALA2NYA OK..TIP TOP BAGI KERETA MALAYSIA LAH...MASUK TAHUN KE-2 PROBLEM SULUNGNYA IALAH AIR COND X SEJUK..DAN SEPERTI BIASALAH BILA A/C X SEJUK ORG CKP GAS DAH KURANG JADI SAYA PERGILAH TAMBAH GAS DAN HASILNYA KEMBALI SEJUK.MASUK TAHUN KE-3, MASALAH BERULANG KEMBALI..ISI GAS BALIK..OK LAH..PAS TU DLM TEMPOH 6 BULAN X SEJUK PLAK..ISI GAS LAGI...OK..3 BLN KEMUDIAN MASALAH SAMA...ISI GAS..OK DAN SEDIHNYA DALAM LEBIH KURANG 3 MINGGU DAH RASA MCM DUK DLM OVEN DAH..X SEJUK LANGSUNG...SETELAH DIHITUNG DAH 4 KALI DAH ISI GAS DALAM TEMPOH 4 TAHUN...BARU-BARU NI ISTERI SAYA BAWAK KERETA TU KE SEUAH BENGKEL. SETELAH DI SCAN TAUKEH BENGKEL MEMAKLUMKAN BENDA ALAH YANG DUDUK KAT BAWAH DASH BOX TU ROSAK...BOCOR KATANYA..SAYA SYAK COOLING COIL LA..ISTERI X TAU PE2 PASAL PERALATAN KETA..DIA CKP BENDA YANG DUDUK DALAM DASH BOX. TAUKEH TU MEMBERITAHU KENA TUKAR BARU DAN HARGA ORIGINAL DALAM RM800.00...SETELAH PANJANG LEBAR BERCERITA, SOALANNYA:

    1. COOLING COIL TU KALAU BOCOR KENA TUKAR BARU KE BOLEH DISELAMATKAN LAGI?

    2. BETUL KE HARGA COOLING COIL TU RM800.00? RISAU TAKUT DIA KERAT JE..

    ITU JE SOALANNYA HARAP ABG. POMEN DAPAT MEMBANTU. KERJASAMA ABG. POMEN AMATLAH DIHARAPKAN DAN DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

    WASSALAM.

    ReplyDelete
  72. sord8731/7/11

    anonymous,
    berkenaan dgn harga tu saya tak pasti ada kemungknan lebih atau pun kurang tetapi kebiasaannya cooilng coil berharga dibawah rm250 tidak termasuk upah pasang dan servis,mungkin saudara boleh tanya di kedai alatganti untuk leebih kepastian dan satu lagi jika kebocoran kecil pada cooling coil boleh diwelding dan ianya biasa dilakukan oleh kedai-kedai yang membuat radiator kenderaan.Jika di Puchong ia ada di Taman Maju Jaya Puchong.Mengenai kepanansan yang ketara dalam kereta memang biasa juga jika terdapat kebocoran pada mana2 komponen aircond suhu dalam kereta menjadi terklalu panas walaupun semua komponen aircond berfungsi dgn baik.

    ReplyDelete
  73. Anonymous2/8/11

    asslmkum saudara, saya ingin bertanya apakah punca yang menyebabkan enjin kereta saya kehilangan kuasa (enjin menjadi BERAT, bukan berat sikit tapi berat banyak) semasa aircond ON (Kompresor aircond kick-in). Bila aircond off, kuasa enjin pulih kembali. Untuk pengetahuan saudara saya telah menukar enjin kereta P Wira saya (asal 1.5 manual, karburator). Sekarang sudah masuk enjin 1.8 4G93 DOHC auto NA halfcut Mitsubishi, kompresor juga pakai yang sekali datang dengan halfcut tersebut.

    Rizal, Rawang..

    ReplyDelete
  74. sord873/8/11

    anonymous,
    Jika saudara tukar enjin kuasa yang lebih besar,ada wiring yang asal mungkin masih digunakan seperti dalam sistem aircond,dsbnya.
    Jadi sistem pembumian akan terganggu kerana kuasa enjin yang lebih besar,sila tambahkan pendawaian enjin ke body untuk meneutralkan kuasa negatif yang tidak cukup.Ini akan membantu kuasa enjin untuk berfungsi seperti sediakala.

    ReplyDelete
  75. Anonymous8/8/11

    Salam saudara,
    Baru2 ni,kereta myvi saya mempunyai masalah aircond. pada mulanya aircond tidak berapa sejuk pada waktu siang, tetapi tlebih sejuk pd waktu mlm. ramai mengatakan bhw disbbkn kehabisan gas.Setelah mengisi gas baru, air cond hanya sejuk untuk bbrpa hari dan mengeluarkan bunyi apabila dipasang.Kemudian saya menghantar ke pusat servis perodua dan didapati cooling coil terpaksa ditukar.saya dikenakan dgn harga RM900 ditmbah servis menjadi RM1150.betul ke harganya mencecah sedemikian?? hanya dua hari selepas itu, kereta saya masih berbunyi dan saya mnghantarnye semula ke tmpat yg sama. dikatakn pula condenser dan compressor perlu ditukar. kali ini mereka mengatakan harganya pula dalam RM1500. Saya agak terperanjat kerana hanya kerana servis a/cond,ianya hampir mencecah rm3k! sila jelaskan wajarkah harga a-cond sebegitu??

    Terima Kasih.
    Sue

    ReplyDelete
  76. sord878/8/11

    Saudara yang bertanya mengenai kereta myvi,

    Harus diingat bahawa hanya 3 terdapat komponen utama yang kebiasaannya membawa masalah paling besar pada bahagian penyejukan

    1)Cooling coil
    2)Kompressor
    3)Kondenser

    Juga pada kebiasaannya pomen akan gantikan coolin coil jika aircond tak sejuk akan tetapi jika tidak sejuk juga ia akan melibatkan penggantian kompressor serta kondenser jika komponen yang diganti tidak dapat memnyejukan kereta.

    Berdasarkan pengalaman yang saya ada kereta myvi biasanya jika kompressor dan cooling coil yang berfungsi dengan baik dan tiada kebocoran selalunya masalah tersebut akan diselesaikan dgn menukar kondenser.

    Terdapat soalan begini pada sebelum ini dimana pengguna myvi tersebut berterusan menghadapi masalah aircond kerana tidak menukar kondenser walaupun komponen lain telah ditukar.Harus diingat bahawa kondenser adalah punca utama aircond tidak sejuk jika komponen lain tidak bocor.Ini adalah kerana ruang yang sempit pada kondenser mungkin memerangkap habuk dan kotoran yang banyak.

    ReplyDelete
  77. Anonymous10/8/11

    salam...sy nk tny jg ni...sy pakai wira 1.3,aircond krete sy sejuk bila on,tp enjin menjadi sangat berat bila on aircond...memang terasa la kalau time bwk 2,bila pasang aircond je tiba2 kreta jd slow...apakah msalah nya??

    ReplyDelete
  78. sord8711/8/11

    saudara kereta wira 1-3

    Kereta akan menjadi perlahan sedikit bila aircond dipasang pada umumny tetapi ia tidak lama kerana terdapat vakum pada enjin yang menaikkan semula timing enjin untuk lebih tinggi bila aircond dihidupkan.Kereta akan lebih ketara perlahannya jika alat vakum ini tidak berfungsi dgn baik.Saudara boleh tukarkan alat ini dgn yang baru dan dapatkan nasihat pomen berdekatan.Kos vakum tersebut sekitar dibawah rm50 sahaja.

    ReplyDelete
  79. Anonymous14/8/11

    Salam tuan empunya blog,

    terlebih dahulu saya nak ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah sebab membuka blog pasal kereta, sedikit sebanyak blog tuan memberi saya ilmu akan permasalahan kereta.

    ok back to the topic, saya ada pertanyaan di sini. saya ada kereta wira 1.3 dan ia mili ayah saya. last two weeks aircond tak berfungsi, dia mengeluarkan udara panas. jadi saya bawa ke kedai aircond, check punya check fius saya terbakar. pomen tu cakap saya punya magnet clutch sudah rosak, that why fius terbakar? dia suggest saya tukar magnet clutch. anyway, saya memang tukar but recond, gas pun tukar yg tak mesra alam dan fius dia tukar, total semua RM170. everything just fine aircond sejuk but tapi tak sesejuk dulu? any idea? thanks

    ReplyDelete
  80. sord8715/8/11

    hafizanecdote,

    jika nak kembalikan kepada sejuk asal ada baiknya saudari tukar kompressor yang baru,ada kemungkinan kompressor lama jadi terlalu panas dan fius mudah terbakar.magnet clutch hanya membantu mendapatkan semula kuasa untuk menggerakkan kompressor tetapi tidak untuk menyejukkan.

    ReplyDelete
  81. Anonymous5/9/11

    salam encik, saya ada masalah aircond dengan kereta naza sorento tahun 2006. aircond tidak sejuk & pomen kata compressor rosak. pomen anggarkan harga compressor 800++. boleh saya tahu adakah benar kos sampai ke tahap itu? mohon jawapan. terima kasih

    ReplyDelete
  82. sord877/9/11

    kepada saudara naza sorento 2006,

    olehkeranan naza banyak mengambil teknologi kia,kebanyakan alatganti kereta sorento dsbnya dari naza harga alatganti agak mahal sedikit dan kebiasaannya pengguna kereta dari naza menghantar kompressor untuk ditukar alatganti atau dibetulkan semula dan ini hanya boleh dilakukan oleh kedai2 yang membaiki kompressor sahaja.Jika diPuchong saudara boleh berkunjung diChipo auto aircond di Taman Maju Jaya.

    ReplyDelete
  83. bapa saya kata dia dah cabut main component aircond, maka keta dah takde aircond. tapi hari tu dia gi bengkel kata aircond dah ok semula. saya kurang pasti apa yang dibuat tapi kalau tak silap pomen tu cakap dia hanya sambungkan tiub je, tak pasang aircond yg sbenar. maksudnya mungkin ada komponen yg dia tak pasang? tu yang ia bertahan 1minggu je. lepas tu bocor. baiki semula, kemudian bertahan 2 minggu je. now dah takbuat apa2. agaknya kalau kos nak pasang semua komponen aircond berapa agaknya? kalau 1 komponen dah 2ratus lebih, mesti the whole dah beribu kan?

    ReplyDelete
  84. azizan9/9/11

    saya menggunakan kancil 850. Masalah saya bila on aircond, temperature akan naik sehingga antara garisan tengah dan H... jika off aircond temperature tidak mencecah garisan tengah... kenapa ye?

    ReplyDelete
  85. salam...
    saya baru balik dr bengkel check air cond kreta myvi..sy pegi bengkel pertama dia bgtau compressor rosak, kena tukar seketul cmpressor..harga dalam RM1.5k (tukar compressor+tukar condensor+service cooling coil+tambah gas)..sy pegi bengkel kedua, dia bgtau cuma tukar clucth puller pd compressor shja, coz itu yg rosak, harga dlm RM500..masalah air cond kreta sy angin ada, tp tak sejuk..so, antara kedai pertama & kedua yg sy pegi, mana yg betul? harap tuan dpt bantu..TQ..

    ReplyDelete
  86. sord879/9/11

    saudara hope,

    komponen utama aircond adalah kompressor,kondenser,hose,cooling coil,gas filter dan kipas aircond.Jika dari apa yg diberitahu,aircond tersebut pernah berfungsi,bermaksud semua komponen utama itu telah sedia ada,jadi tiada masalah tentang menambah atau terkurang komponen.Kemungkinan terdapat sedikit kebocoran ataupun kesilapan pada wiring.

    ReplyDelete
  87. sord879/9/11

    saudara gbs

    jika semua komponen termasuk wiring adalah baik maka kemungkinan sedikit paembaikan seperti menukar magnet clutch pada kompressor boleh menyelesaikan masalah saudara.Untuk pengetahuan ada bengkel yang berupaya membaiki kompressor seperti menukar magnet dan body kompressor,ini sedikit menjimatkan.

    ReplyDelete
  88. sord879/9/11

    saudara azizan,

    kemungkinan kipas aircond saudara sedikit perlahan berpusing,dapatkan yang baru jika hayat kipas aircond tersebut telah terlalu lama.

    ReplyDelete
  89. Anonymous12/9/11

    salam...saya menggunakan wira 1.3. sewaktu hendak menukar gear terasa ada sesuatu yang longgar dibahagian enjin..apakah puncanya..

    ReplyDelete
  90. sord8713/9/11

    saudara wira 1.3,

    biasanya kalau longgar terasa bila masuk gear,ada kemungkinan bahagian yang bersambung dari kabel ke gearbox telah haus,seperti getah kabel clutch dsbnya,cuba periksa bhg luar dahulu.

    ReplyDelete
  91. Anonymous14/9/11

    Salam,

    Saudara.. saya tadi ade pergi service aircond.
    kereta wira engine 4g93T. dh tukar kompresor kedai potong.. host dh service, colling coil dh tukar, semua dh service. cuma kondensor saya ade masalah HABUK BESI.....

    saya tak minta pomen tukar sbb harga dia mahal..RM300++, selepas semua tu pomen kata,
    kereta saya paling lama pun bertahan 4 bulan je. nnti compresor akan KONG juga.. sebabnya habuk besi akan masuk ke compresor balik..


    soalan saya, saya baru pasang aircond dr workshop sampai ke rumah saya lebih kurang
    10km.. jadi kalau sekarang saya pergi tukar
    kondesor....masih oke lagi ke, atau habuk besi mmg sudah masuk ke paip bila aircorn dibuka...

    Soalan kedua saya,adakah kondesor kalau dh ada habuk besi..adakah masih boleh diservice & clearkan kotoran tue.

    terima kasih kepada anda yg sudi menolong..
    hanya Allah sahaja lah yg dapat membalah budi baik & ilmu yg diberi kepada kami....


    ridzuan

    ReplyDelete
  92. sord8715/9/11

    saudara ridzuan,

    masalah habuk besi di dalam kondenser adalah menjadi perkara utama atau masalah utama pada kereta.
    Jika saudara baru saja membuat servis dan baru saja menggunakannya pada kira2 10 km tidak menjadi masalah besar,akantetapi jika kondenser tidak ditukar kemungkinan saudara akan mengeluarkan lebih banyak belanja untuk membaiki aircond tersebut.
    Rasanya saya telah menjawab dan memberi penerangan berkenaan ini pada soalan rakan kita sebelum ini.
    Memang benar kondenser boleh dibersihkan dan dialirkan kimia pencuci tetapi sebaiknya saudara pergi ke kedai servis radiator untuk servis dan menampal kebocoran yang terdapat pada kondenser tersebut.Kosnya lebih murah dan lebih terjamin.

    ReplyDelete
  93. salam sejahtera,saya mempunyai kancil 660. soalan saya,berapa kos power komperssor dan berapa jumlah gas yang patut di isi (psi). terimakasih kerana membantu.

    ReplyDelete
  94. saudara walter,

    kebiasaannya bacaan psi pada 25-40 pengisian semula gas ketika enjin dihidupkan.Kos Kompressor kancil dalam rm250 keatas.

    ReplyDelete
  95. Anonymous21/9/11

    salam..

    saya pakai Naza Citra 2006. Masalah yg saya hadapi ialah:
    - Air cond semakin perlahan dan terus tak ade angin jika jalan jauh (lebih 2 jam)..biasenye masalah ni akan berlaku jika drive waktu siang..bile diputar kelajuan aircond tu sampai no 4 pun yg ade ialah bunyi yang kuat kat bwh dashboard tanpa ada angin yang keluar...pas bg kereta rehat 2-3jam..air cond ok balik..yang saya perasan terdapat byk air kuar dr bwh dashboard..

    Masalah ni x berlaku kalu drive lama2 waktu malam atau waktu ujan..buke no 1 je dah ok..

    Harap saudara dpt bantu kekonpiusan sye ni...tq

    ReplyDelete
  96. Anonymous21/9/11

    salam...

    saye pakai Naza Citra 2006..
    masalah aircond sye ialah..aircond akan jd x sejuk dan x kuar angin jika jln lame2 (lebih 2jam)..walau diputar ke maksimum - bunyi kuat kat dashboard je yg ade...lepas stop 2-3jam...aircond ok balik...tp air byk kuar dr bwh dashboard..

    masalah ni berlaku jika siang je - waktu panas terik..
    kalu ujan atau malam ok je..pakai no 1 dah ok..

    ingat nak p servis...tolong bagi idea sket..tq
    p/s: kat area ampang..bengkel mana yg ok..

    ReplyDelete
  97. Anonymous22/9/11

    Sala, bro- kat area puchong mana tempat OK nak servis aircond? Kelisa Auto

    ReplyDelete
  98. sord8722/9/11

    Saudara kelisa auto,
    kalau kat puchomg Chipo Auto Aircond taman maju jaya.

    ReplyDelete
  99. sord8722/9/11

    saudara NAZA CITRA 2006,

    Jika pakai lama kemudian aircond jadi panas adalah kerana gas sejuk telah membekukan keseluruhan aircond,ada lebih baik saudara periksa dulu keadaan kipas aircond ,tukarkan jika terlalu perlahan.

    Kebanyakan bengkel di Pandan Jaya lebih arif mengenai aircond ,saudara boleh cuba kesana.

    ReplyDelete
  100. Saudara,

    Saya baru topup gas aircond sebulan lepas. Lepas topup gas aircond kembali sejuk. Tetapi lepas sebulan atau 2 hari lepas, aircond hanya kuar angin je, tak sejuk langsung. saya sentuh paip airconde dalam ruang enjin pun rasa tak sejuk langsung, sebelum ni walaupun enjin panas, paip tu tetap rasa sejuk sampai merwap. Apa puncanya dan apa perlu saya buat?

    Pengguna Proton Waja
    Sham

    ReplyDelete
  101. sord8727/9/11

    Saudara sham,

    Cuba saudara periksa dahulu fius aircond kereta saudara di dalam kotak fius sebelah kiri pemandu dibahagian enjin.Gantikan jika telah putus.

    ReplyDelete
  102. Saudara,

    Fius aircond dalam ruang enjin proton waja pakai logo / gambar apa ye pada sebelah atas kotak fius tu?

    ReplyDelete
  103. sord8728/9/11

    saudara geng baca,

    fius aircond biasanya ditandakan dgn ACC atau A/C dgn saiz ampere 15 atu 20Amp

    ReplyDelete
  104. terima kasih atas bantuan saudara. Tetapi untuk maluman saudara, kota fius dalam enjin kereta waja cuma pakai image/logo, tidak ditulis perkatataan. apa logo bagi aircond ? kemudian saya juga cek dalam kotak fius bawah string dalam kereta, pun sama pakai logo kecuali ada satu relay warna hitam yang ditulis dengan acc. nak kena cek relay tu ke?

    Sham

    ReplyDelete
  105. kereta waja dah hantar kedai.. aircond panas disebabkan valve tersumbat.. so tukar valve baru (Brand Patco) RM180, service/cuci cooling coil (RM75) dan tambah gas (RM60). Jumlah = RM310 termasuk upah.. Murah ke mahal tu? atau standard kereta waja harga cam tu?

    ReplyDelete
  106. sord8729/9/11

    saudara geng baca

    Terimakasih kerana memberi maklumbalas berkenaan logo dan harga membaiki kereta saudara.Harga alatganti tidak banyak bezanya yang berbeza mungkin upah pemasangan dan servis.Yang bertanda Acc dan berulis denso semuanya adalah utk aircond .

    ReplyDelete
  107. Anonymous29/9/11

    salam,
    tadi sy repair aicond kereta kancil.mekanik tu cakap cooling coil n condensor bocor.sy boleh nmpk kesan myk pada cooling coil tu (sbb tu mekanik tu cakap bocor). lepas repair smua cooling coil+condensor+valve+oil smua kos dalam rm1000.adekah harga ini berpatutan untuk kancil?
    ada tak bengkel yg u recommended skitar shah alam

    ms.kancil

    ReplyDelete
  108. Anonymous29/9/11

    salam,
    tadi sy pegi repair aircond keeta kancil sy.mekanik tu cakap cooling coil n condensor bocor (sy dpt lihat kesan myk pada cooling coil). lepas repair sme cooling coil+condensor+valve+oil kos nye dalam rm1000.adekah harga ini berpatutan utk kancil?
    ada tak bengkel yg u recommend sekitar shah alam.thanks in advance

    ms.kancil

    ReplyDelete
  109. sord81/10/11

    saudara/i-ms kancil

    Pada hemat saya harga tersebut terlalu mahal jika hanya cooling coil yang bocor kerana cooling coil boleh ditampal,akantetapi menurut apa yang saudara/i catatkan kondenser,cooling coil dan valve telah ditukar termasuk upah pasang serta gas harga tersebut mungkin memadai kerana cooling coil kancil sahaja boleh mencecah rm250 .Jika ditampal sahaja berkemungkinan harga tersebut semuanya dlm rm700.Di shah alam mungkin boleh cuba di Denso glenmarie.

    ReplyDelete
  110. Anonymous2/10/11

    salam pomen.... saya ada masalah ttg econ iswara saya ni.... bila injin telah d hidupkan dan semasa nak menghidupkan econ lak tiba2 injin akan menjadi perlahan dan seterusnya akan mati. kalau kita jalan juga injin akan jadi bergegartapi bila offkan econ injin menjadi ok balik. ape masalah sbnr econ saya ni. tak tertahan berpanas dh ni.

    ReplyDelete
  111. saudara iswara,
    cuba periksa komponen aircond bila aircond suis dihidupkan samada berfungsi atau tidak,mulakan dgn periksa kipas aircond,kompressor,belting aircond dan blower.Jika salah satu dari komponen ini tidak berfungsi biasanya akereta akan mengalami gegaran dan aircond menjadi panas.

    ReplyDelete
  112. Anonymous6/10/11

    salam,
    saya nak bertanyakan soalan,saya pakai waja model lama..kenapa bila compressor masuk,power kereta akan ditarik kuat sehingga terasa kereta hilang power dan jerking bila setiap kali compressor masuk..jika dalam keadaan kereta berhenti,jika compressor masuk,RPM akan turun banyak.Adakah itu normal?contoh:RPM 900 bila compressor masuk,RPM jd 600 tp akan kembali 900..

    ReplyDelete
  113. sord876/10/11

    saudara waja model lama,

    Memang benar RPM akan jatuh bila suis aircond bertindak dan memusingkan magnet clutch pada kompressor,tetapi kadarnya amat sedikit.Jika terlalu banyak sehingga melebihi dari 100,saudara boleh periksa semua hose vakum yang terletak pada distributor,hose kecil vakum aircond plunger pada dinding body kereta dan semua hose kecil yang terdapat pada bawah kotak air filter,jika bocor atau keras kerana minyak hitam sila tukarkan dan kalau boleh tukarkan sekali suis vakum aircond plunger didinding body kereta.

    ReplyDelete
  114. Anonymous10/10/11

    salam tuan,

    keta saya, fiat punto thn 2000, aircon lambat sejuk, klu statik..lagi lambat nak sejuk..tp klu sy press minyak..dia akan menyejuk.. apa masalahnya.. TQ

    ReplyDelete
  115. assalamualaikum saudara..
    saya merupakan pemilik myvi 1.3EZ tahun 2006. Pada permulaan kereta saya mengalami masalah basah pada panel tengah dashboard tetapi masih lagik sejuk.. Mgu lepas ekon dah tak sejuk..
    1.) adakah disebabkan gas kurang?
    2.) Perlu bukak dashboard untuk cuci cooling coil? ada pomen kata sekitar RM400 untuk ganti span dalam dashboard+servis)
    3.) apa akan jadi klu kita buat topup sahaja.
    4.) Betul ker myvi takder filter?
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  116. saudara fiat punto,

    Kebiasaanya bila tekan minyak sahaja aircond baru sejuk ada 3 sebab kerosakan:-

    1.belting aircond yang kendur
    2.kipas aircond tidak kuat pusing
    3.bocor hose gas aircond

    sila periksa tiga sebab utama ini.

    ReplyDelete
  117. saudara felo said,

    jika bocor pada panel selalunya disebabkan air yang sepatutnya keluar ke enjindari cooling coil telah melimpah,ini terjadi sebab tiada penyejukan lagi dalam sistem aircond,servis cooling coil,tukar valve dan isi gas baru boleh menyembuhkan aircond tersebut kepada asal.Span dashboard minta pomen keringkan bila buka cooiling coil,berkenaan filter jika gas filter yang saudara maksudkan semua kereta ada filter aircond tersebut.Jangan lupa minta pomen periksa keboran pada hose.

    ReplyDelete
  118. salam saudara,

    sy ada kereta kancil yg mana air cond sejuk masa jalan biasa tp xsejuk bila jem. saya ada bw p ke kedai cina die potong wayar kompreser cek pastu sambung (xtau sebb pe).cek pun cek die ckp kena tmbah gas dan minyak kompreseor.tp sy xbt pe yg di sarankn sbb sebelum tu dh p kedai malay die ckp gas ckp kena servis dulu br tau rosak pe.tp malangnya lps cek kedai cina tu, kereta kncil sy xsejuk langsung even waktu xjem..adakh cina tu potong wayar xsmbung betul2 sbb ada satu wayr merah xtersmbung tp xtau wayar apa area kompressor tu..wayar hitam die tape.

    ReplyDelete
  119. nk baiki air cong kt mana saudara leh share .tq

    ReplyDelete
  120. nk baiki air cond kt klang.area mana ye saudara

    ReplyDelete
  121. sord8716/10/11

    saudara faizal kini,

    wayar hitam untuk suis aircond,wayar merah dari bateri atau fius adalah wayar api,jika tak sambung wayar hitam suis aircond tak berfungsi langsung,magnet clutch tidak melekat dan berpusing serentak bersama kompressor,aircond tidak menyejuk samasekali.betulkan wiring tersebut untuk pastikan aircond sejuk semula.
    Area klang mungkin anda boleh cuba di sekitar kapar,cara baiki mereka lebih elok.Di puchong di taman maju jaya-Chipo auto

    ReplyDelete
  122. Anonymous19/10/11

    salam saudara...sy mempunyai kete saga lmst thun 2005..sy sudah tkar kompressor aircond ori bkn recon jenama ucm (jenama asal)..aircond pd mulanya sjuk tp pd jln jem n wak2 panas sy asa hnye angin saje kluar sejuk hnye sdkit..pomen kata kne tkar kipas lg laju brand panasonic ada ke?lau nk tkar kondenser besar ori ada jual ke?area gombak,bt caves recomen...

    ReplyDelete
  123. tukar kipas mungkin memadai kerana kebiasaannya kipas yang kurang kuat berpusing tidak berdaya menyokong kompressor!brand panasonic munkin tiada tapi acm biasa terdapat dimana2 kedai alatganti,di gombak mungkin boleh c=uba di sekitar jalan masuk ke batu caves!

    ReplyDelete
  124. Anonymous23/10/11

    salam....
    saya pakai SAGA FL...sy nak tanya after 7 bulan pakai,saya rasa ada sesuatu yang berbunyi di bawah dahsboard sbelah kanan sy,betul2 dekat suis side mirror...bunyi squeak seakan2 bunyi besi bergeser setiap kali kompresor on...sbb utk saga BLM/FL bila kompresor on akan ada bunyi seakan2 bunyi gas keluar dari corong aircond 2 dan enjin akan tersentap ckit...so sy nak tau apa punca bunyi 2 kluar tiap kali kompresor on.... Trima kasih...

    ReplyDelete
  125. sord8725/10/11

    saudara saga fl
    bunyi tersebut datangnya dari luar dan mungkin juga bering kompressor ada karat,cuba dapatkan WD40 dan sembur sedikit pada pully kompressor,jgn terlalu banyak dan elakkan tersembur getah pemusing kerana ini boleh menyebabkan getah jadi kendur.Periksa juga bering adjuster kompressor dan semburkan sedikit pada bering tersebut,ketatkan jika getah pemusing telah kendur.

    ReplyDelete
  126. abg pomen acon..
    sy punya keta alfa 155 aircon bru ni buat hal..acon bila dlm pekan x sejuk bila travel dan tekan minyak dia ok. pi scan kedai acon compressir dah bunyi bising dan pressure nya sgt tinggi. boleh abg pomen rebuilit balik compressor sy ni jenis denso.
    atau tukar jenis baru jenis sanden . bole bg kosnya brp.

    ReplyDelete
  127. saudara spark,

    jika di puchong anda boleh berkunjung ke chipo auto aircond,kompressor boleh dicuci dan tukar alatganti yg baru.

    ReplyDelete
  128. Sallam,

    saya baru sahaja 3 hari beli kereta 2ndhand
    model Kancil EZ 850 auto.

    Masalah yg saya hadapi skrg ialah temperature meter naik smpai tgh n kdg sedikit ke kanan
    dan xpernah berada pada kedudukan C cuma ketika
    di awal permulaan smasa nk start.

    sblm ni nak smpai H tp sy anta kedai smlm.
    dia kata cable sume okay, kipas aircond okay berfungsi. tp dia kata condenser bocor so dia da tuka.kena lbh kurang rm215 trmasuk charge pekeja

    namun skrg meter temperature naik tgh je xberginjak.klo gerak pn sket je ke kanan..
    ada masalah lain ke?

    pada pendapat tuan :
    1) adakah normal bg model kancil sy mmpunyai meter jarum di tgh sebegitu @ jarum temperature spptnya berada pada C kerana ia kadang naik kdg trun tp sikit je n mostly kt tgh je?
    2) jika normal tidak mengapa. jika tidak apa yang perlu saya lakukan.
    minta tuan bantu sy sorg pelajar
    terima kasih :)

    ReplyDelete
  129. Anonymous27/10/11

    salam saudara,nak tanya,saya guna kereta viva,masalahnya aircond saya selalu bunyi bising dan sekarang nie tali air cond tercabut.kalau saya hendak ganti belting aircond berapa rm nye?adakah sampai rm300.00?

    ReplyDelete
  130. saudara viva,

    Jika belting anda putus disebabkan bearing adjuster aircond kos baiki mungkin akan melebihi rm200 kerana bearing yang terpaksa ditukar,kebiasaanya bunyi bising disebabkan olel bearing pulley kompressor dan bearing adjuster sahaja.Jika tidak melibatkan bearing menukar getah aircond adalah sekitar rm50-100.

    ReplyDelete
  131. saudara pelajar Mahathir,

    Saudara MESTI lakukan ini,beritahu mekanik supaya mengeluarkan thermostat pada hose air radiator dan temperture akan kembali normal,keluarkan dan jangan gunakan terus thermostat ,tak perlu ganti yang baru jika saudara tahu dimana letaknya thermostat itu buka 2 skru tersebut dan keluarkan thermostat dan tutup semula,pastikan gasket ada dan letakkan sedikit silikon untuk mengelakan air bocor.

    ReplyDelete
  132. Anonymous27/10/11

    salam saudara,sy nk tya ngan mslh kete viva.baru2 ni tali aircond tercabut,bila sy bw ke kedai alat ganti servis kete,tauke tu brthu sy kena ganti sekali belting aircond kerana sdh berjerigi dan blh di sebabkan tali aircond putus,tp mslhnya tali aircond sy tidak putus cuma tercabut klr saja,dan dia tk nk pasang tali aircond kete sy,anggaran rm400.00.jika berlaku seperti itu wajib ke sy untuk mengganti belting aircond dan apakah mslh tersebut pd kete sy?bnrkah ianya tidak boleh di pasang tali aircond dan apakah punca berlakunya?sy mohon penjelasan

    asma perak.

    ReplyDelete
  133. saudari asma

    seperti yng pernah saya nyatakan pada ramai yang bertanya sebelum ini,belting aircond dan bering selalu akan ada masalah.saya tidak berapa pasti apa yang saudari maksudkan ,jika tukar belting aircond pun kosnya tidak akan mencecah ke rm400,tetapi jika timing belt enjin saudari yang putus dan enjin tidak boleh dihidupkan kosnya memang mencecah rm400 .Pada perkiraan saya kereta viva saudari mengalami masalah putus timing belt dan enjin tidak dapat dihidupkan,jika salah sila btau,belting yang mana telah putus sebenarnya!

    ReplyDelete
  134. Salam, apa complete part perlu beli utk tukar timing belt kancil.tk.- hjmus57@gmail.com

    ReplyDelete
  135. Anonymous28/10/11

    Salam...
    berkenaan mslh saga FL bunyi squeak(bunyi seakan2 besi bergeser) d bawah dashboard sebelah driver..sy nk tnya 1 lg,bgaiman kalau bunyi 2 kdengaran dari dlm keta n bukan dri bahagian bonet depan?? adakah mslh dashboard?? sbb bunyi 2 kdengaran apabila dlm kelajuan yg tinggi..kereta akan tersentap dgn agak kuat(berbnding bawa kereta perlahan)..bunyi squeak 2 serentak dgn kereta yg tersentap.....Tq...

    ReplyDelete
  136. saudara hjmus,

    Alatganti tersebut adalah timimng belt set yang didalamnya terdapat,timing belt,timing bering dan oil seal atas dan bawah.

    ReplyDelete
  137. saudara saga FL,

    Jika saudara rasakan bunyi itu datang dari dashboard cuba periksa semua skru pemegang dashboard diatas kaki pemandu yang bersaiz 12 jika terdapat skru yang longgar pastikan ianya diketatkan semual,jika terdapat skru yang tiada gantikan dgn yang baru.Periksa juga mounting enjin disebelah kiri dan kanan serta mounting gearbox,periksa teliti keretakan atu pecah yang ketara.

    ReplyDelete
  138. Anonymous4/11/11

    hai,kereta kancil 850 saya dah nak masuk 6 tahun saya guna,kadang kala ada bunyi yang kuat seperti bunyi belting tapi agak kasar,enjin pun cepat panas lebih2 lagi kalau pasang aircond,tapi aircond kalau start ok je,tiada masalah,apa punca nya ya?

    ReplyDelete
  139. sord874/11/11

    saudara kancil 850,

    biasanya kancil akan bunyi kuat bila minyak hitam kurang,tak tukar dan bering aircond rosak.Jika enjin cepat panas adalah kerana sistem air yang kurang berfungsi,buangkan thermostat di hose radiator.

    ReplyDelete
  140. Anonymous4/11/11

    Salam saudara,

    Kereta mak sy Kia Spectra thn 2006..xpenah ade mslh until now. Econ dah xsejuk (kua angin pns). Sy xbape ingat apek kedai tu ckp ape yg rosak,die ckp econ bocor,pastu kne ganti la..bukak itu ini smpai setengah hari.. 1 kedai tu ckp rm400, and another kedai rm650 (rm400 part tu + 250 servis charge) sebab die kate spare part mhl (beh kurang cmtula)and die isi gas dlu,kalau 2minggu da xsejuk da die suh dtg balik ganti yg bocor tu. Soalan sy:

    1)Kedai mane ye yg ok?
    2)Saudara boleh recommend mane2 kedai econ area kuala selangor yg bpatutan?

    TQVM,
    Ain

    ReplyDelete
  141. Anonymous5/11/11

    hai,terima kasih banyak kerna membantu,saya nak tanya lg jadi kompressor kancil 850 saya yg dah 6 thn guna tu masih elok lagi ke?cuma perlu ganti bearing aircond je ke,mahal ke kosnya?? termostat saya dah buang dah tapi masalah tetap sama,ada kemungkinan ke kipas dah rosak.

    ReplyDelete
  142. saudara kancil 850,

    Masalah panas akibat aircond dan bunyi terdapat banyak kemungkinan seperti bering kompressor rosak,belting kendur,belting haus,minyak hitam kotor,hose bocor,kipas tak pusing laju,kondenser rosak,magnet clutch suis yang rosak,bering adjuster pecah,bocor radiator,hose bocor dan lusuh.

    Periksa semua tersebut juga walaupun kemungkinan kipas aircond dan kipas radiator saudara mungkin rosak samasekali.

    ReplyDelete
  143. saudara kia spectra 2006,

    tak dapat dinafikan alatganti untuk kia spectra memang agak mahal dan kebiasaannya kia spectra mengalami kebocoran pada cooling coil dan kompressor adalah biasa.Harga rm400 jika servis dan tukar valve aircond,tampal bocor dan periksa kompressor serta komponen aircond yang berkaitan seperti kipas dan hose adalah memadai dan jika tukar kompressor kemungkinan harga tersebut menjadi 600-800 bergantung kepada kerosakan.

    Maaf kerana Kuala Selangor saya kurang arif tetapi jika di Puchong anda boleh ke Chipo Auto di Taman Maju Jaya.

    ReplyDelete
  144. Anonymous8/11/11

    salam...aircond saya ada masalah..baru ni g check kt damansara die cakap kondenser bocor..boleh taw x bape kos nak ganti dan dekat mana bleh dapat best price..lagi satu nak taw knape boleh bocor kondenser tu?saya pkai saga BLM tahun 2009...

    ReplyDelete
  145. saudara saga blm 2009,

    Kondenser saudara boleh dapat dimana2 kedai yang menjual kondenser sahaja seperti di Taman Maluri jika di kuala lumpur dan di chipo auto di Puchong.Saudara boleh juga hantar kondenser untuk dicuci dan ditampal bocor,kosnya lebih murah berbanding tukar yang menelan belanja sekitar rm300 kebawah.

    ReplyDelete
  146. shahroll11/11/11

    salam bro..

    saya guna keta saga fl, beli Ogos 2011.baru 3 hari pakai aircond buat hal.kejap sejuk kejap suam2.bila kipas berpusing, terasa gas sejuk keluar dari blower, tapi bila kipas x pusing cuma rasa angin yg x sejuk.lepas tu bila masa dia cut off, ada bunyi kuat, 'ketak' setiap kali lepas satu cycle kipas nak stop.bawak pegi proton edar servis dia org cuma cuci filter blower dan ketatkan something.bawak pegi bengkel aircond (panel proton), dia cakap kena tukar something rosak.tapi sampai sekarang barang order x sampai2 lagi.saya ada juga terbaca dekat forum, blog ada 2-3 org pengguna saga blm/fl mengalami masalah yg sama dgn saya.adakah ini masalah yg selalu berlaku pada saga blm/fl? dan apakah cadangan saudara untk menangani masalah aircond ni? sekian terima kasih

    ReplyDelete
  147. saudara shahroll,

    Ada 2 sebab keadaan sedemikian akan terjadi:-

    1) Suis aircond yang kurang kualiti
    2) Kipas dan compressor yang berhenti dgn cepat kerana valve aircond pada cooling coil yang tidak elok

    Saudara boleh bawa kereta saudara kekedai aircond dan pastikan mekanik memeriksa valve aircond dan suis supaya kipas dan kompressor berjalan lancar dan berhenti bila suhu telah betul2 sejuk,itupun jika saudara tidak mengendahkan warranty.

    ReplyDelete
  148. Anonymous15/11/11

    Salam, saya mempunyai kereta toyota vios. Masalahnya ialah setiap kali saya on aircond, akan ada bunyi bising dan bila saya membelok bunyinya akan lebih bising. Adakah ini disebbkan oleh aircond belt? Saya tlh hantar utk servis dan mekanik cuma mengetatkan belt dan tambah minyak. Apakah punca sebenar bunyi bising itu? Harap dpt membantu. Tq.

    ReplyDelete
  149. salam... nk tyer, sy pakai satria 1.3 thun 2001.. masalah sy, jika buka air cond, ada ckit byi (mcm bergesel) pada pully kompressor..time on air cond je byi. tp, bl on air cond lame ckit, byi td akan hilang..tp klo x buka air cond, byi pd kompressor tiada.

    ReplyDelete
  150. salam...

    kereta saya proton wira 4g93T.. semasa saya memandu dalam linkungan 160km/j.. tiba2 aircond tak sejuk.. bila saya park kereta.. kedengaran bunyi bising mungkin dari compressor..
    apakah masalah kereta saya? berapakah kos yang mungkin?

    ReplyDelete
  151. saudara razif,

    ada kemungkinan kompressor saudara telah rosak.Jika anda hantar servis pastikan kondenser diperiksa kerana kebiasaan wira terjadi demikian,kos dibawah rm400!

    ReplyDelete
  152. saudara ijam,

    magnet clutch adalah alat pada kompressor yang bertindak bila suis aircond dihidupkan dan bearinga pada pulley kompressor akan bertambah beban ,ada baiknya saudara periksa bearing pulley kompressor dan gantikannya jika telah rosak.

    ReplyDelete
  153. saudara kereta vios,

    semua bunyi bila on aircond ada kena mengena dengan bearing,cuba kereta bila belting aircond ditanggalkan ,jika bunyi tiada ,periksa bearing kompressor dan juga bearing adjuster untuk belting aircond.

    ReplyDelete
  154. Anonymous18/11/11

    salam,

    saya ada masalah air cond kelisa, air cond tidak sejuk. Paling terasa bila waktu tengahari n time jem kat traffic light, hanya air angin sahaja yg keluar.tetapi pda waktu malam or hujan air cond berasa sejuk.

    ReplyDelete
  155. saudara kelisa,

    Pastikan belting aircond tidak kendur,jika kendur sila ketatkan.Jika masih terjadi demikian kemungkinan besar kompressor saudara telah rosak.

    ReplyDelete
  156. Anonymous22/11/11

    Salam, kawan saya ada guna myvi SE. air cond die macam buat masalah. kalau cuaca sejuk air cond okay, berfungsi dengan baik. tapi bila cuaca panas, tak rasa pun sejuk air cond tu. yang rasa cuma angin jer. 2 bulan lepas baru baiki air cond tu. agak2 nye kenapa air cond tu tak berfungsi? bila je cuaca panas habis berpeluh kami dalam kereta ni. memang panas. apa yang perlu dibaiki dan berapa KOS yang dikenakan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  157. Slm saudara...kelisa 850 manual,aircond tersumbat apabila bawak keta dlm perjalan jauh/dekat,x kira cuaca panas/sejuk, mlm /siang..kalau temperature kecik ok dpt bertahan lama ckit..kalau besar dia akan start mcm tersumbat dgn cepat..apa yg sy selalu buat ialah sy off kn ac suis lepas tu blow kipas sampai full hingga angin kipas tu kuat balik dan rs sejuk tu dh hilang..lepas tu on balik ac suis aicond dh jd normal..apakah punca masalah nya ye?adakah blower?di mana lokasinya?mcm mana kalau nak buat DIY?

    Terima Kasih...Yan.

    ReplyDelete
  158. saudara yan,

    Mengikut dari apa yang saudara sebutkan ,bermakna blower saudara tidak mempunyai masalah,yang jadi masalah hanyalah suhu sejuk dalam kereta,jika demikian bermakna sensor suhu yang berada dalam cooling coil telah rosak,dapatkan sensor baru dan tukarkan,seperkara lagi jika saudara ingin melakukan DIY cooling copil dan blower terdapat dibawah dashboard sebelah penumpang depan.

    1.Tanggalkan 4 skru blower dan semua soket wiring,keluarkan blower dan seterusnya buang gas aircond dengan melonggarkan 2 skru hose aircond gas di bahagian enjin.

    2.Longgarkan semua skru yang bersangkut dengan kotak cooling coil.

    3.Keluarkan kotak cooling coil dan cuci semua bahagian cooling coil dengan air-pastikan hose untuk gas aircond tidak dimasuki air.

    4.Setelah itu cabutkan sensor suhu berwarna hitam pada cooling coil dan tukarkan.

    5.Pasang semula kotak cooling coil setelah semua skru dan wiring soket dilekatkan semula

    6.Masukan semula blower dan pasangkan semula soket untuk blower dan kotak kawalan.

    7.Isi gas aircond

    Peringatan:-Jika terdapat ruang yang sesuai tanpa membuang gas aircond,saudara boleh tukarkan sensor suhu tanpa membuang gas aircond.

    ReplyDelete
  159. saudara myvi SE,

    aircond tak sejuk ada beberapa sebab :-

    1.Kompressor rosak
    2. gas kurang
    3.gas bocor
    4.cooling coil bocor
    5.kondenser rosak atau bocor
    6.kipas aircond tidak laju

    pastikan bila aircond tak sejuk tetapi berbau gas didalam kereta ini adalah kerana gas bocor,dapatkan nasihat mekanik segera.Kebiasaanyan kipas aircond yang tidak laju akan membuatkan suhu sejuk berkurangan.

    ReplyDelete
  160. Anonymous23/11/11

    as-salam...nak minta pendapat skit...komppressor air cond keta myvi kwn saya rosak, so mmg kena tukar laa..mana yg lagi baik, tukar yg ori ker atau recond:-
    1. Kompressor Original Harga Rm 800.00 tp xde guarantee.
    2. Kompressor Recond Harga Rm 400.00 ada guarantee 1 bulan.

    ReplyDelete
  161. Anonymous24/11/11

    AS-SALAM NAK TANYA P'DAPAT SKIT
    KOMPRESSOR AIR-COND KETA MYVI KWN SY ROSAK, SO DIA PERGI BENGKEL NAK TUKAR TP DIA SUKAR UNTUK WAT KEPUTUSAN SAMA ADA NAK TUKAR YG ORIGINAL OR YG RECOND COZ KLAU YG ORIGINAL HARGA DIA RM800 TP XDE GUARANTEE, KLAU YG RECOND PLK HARGA DIA RM400 ADA GUARANTEE 1 BULAN...HARAP SAUDARA DAPAT M'BANTU...T.Q...

    ReplyDelete
  162. saya nak tanyer compersor saya jem tapi dah tukar.hos pipe semua hitam saya belum cuci mcm mana nak cuci semua pipeping.

    ReplyDelete
  163. Mie Dungun26/11/11

    Salam Saudara...
    Ada kwn sy telah mengalami masalah aircon kereta kancil yg telah ditukar enjin Daihatsu Mira L2 tidak sejuk..kali ni dah 3 biji dia menukar kompresor aircon...setiap kali tukar kompresor hanya mampu bertahan 2 atau 3 bulan shj...kali ni dia telah menukar kompresor Vitara..pun kurang sejuk..adakah condensor perlu ditukar juga...harap saudara dpt membantu..terima kasih..Mie Dungun...

    ReplyDelete
  164. saudara idris salleh

    cuci hose menggunakan thinner adalah antara yang paling mudah dilakukan ,cuci dgn mengalirkan thinner perlahan-lahan seterusnya pastikan semua thinner telah dikeluarkan dari hose.

    ReplyDelete
  165. saudara mie dungun,

    memang jadi kebiasaan pengguna tidak menukar kondenser walaupun kompressor telah ditukar beberapa kalia.Harus diingat kotoran lebih senang melekat dalam kondenser berbanding kompressor.Pastikan kondenser ditukar dan hose telah dicuci rapi.

    ReplyDelete
  166. saudara myvi rosak kompressor,

    recond memang lebih murah kerana kebanyakan kompressor body recond dipilih dari yang terpakai dan digunakan semula,hanya beberapa komponen rosak dalam kompressor yang ditukar,ini menjadikan ianya lebih murah,jika hendak menukar kompressor jika saudara boleh pastikan bahawa tiada komponen aircond yang lain yang terlibat sama dalam kerosakan tersebut,saudara boleh dapatkan yang baru,tetapi tidak sebaliknya.Nasihat saya jika kereta baru dibawah umur 2 tahun tukar yang baru tidak mengapa,jika lebih 2 tahun dapatkan yang recond dahulu supaya wang yang saudara keluarkan tidak sia-sia jika komponen lain yang menyebabkan kerosakan kompressor.

    ReplyDelete
  167. salam..
    sy pemilik kancil 660..dh 5thn pakai..sy dh byk kli isi gas aircond tp setiap kli isi tahan 2 3 hr je...pastu juz kuar angin n rasa panas..ape masalahnye ek? agak2 berapa cost nk repair? sy baru je pindah area wangsa maju..so xtau bengkel mane yg ok...

    harap saudara dpt membantu...

    ReplyDelete
  168. saudari nurul

    Aircond saudari gasnya bocor ,bawa ke mekanik periksa semua komponen aircond,anggaran kos dibawah rm400

    ReplyDelete
  169. Anonymous15/12/11

    salam...
    masalah utama pada waja 1.6 saya adalah aircond tidak off sentiasa on) terutama jika kereta berhenti terlalu lama dalam keadaan cuaca panas. Lama kelamaan mungkin disebabkan on/off tidak berfungsi menyebabkan keluar bunyi kurang menyenangkan pada compressor kereta. Baru-baru ini saya ke bengkel untuk membuat pemeriksaan. Untuk menjimatkan kos, compressor telah ditambah minyak & masuk gas baru namun masalah sama masih berlaku. Harap saudara dapat membantu terima kasih.

    ReplyDelete
  170. saudara waja 1.6

    Suis yang tidak cut off boleh dibaiki dgn dua cara-

    1)Menggunakan relay
    2)tukar sensor pada cooling coil

    Adalah lebih baik jika saudara servis cooling coil dan tukar sensor berwarna hitam pada cooling coil.

    ReplyDelete
  171. Anonymous18/12/11

    saya pengguna myvi 1.3 06.
    kompresor kereta saya bunyi kuat.suhu kadang2 sejuk,kadang2 panas.lepas tu kalau kita tekan minyak lebih lagi kuat bunyi kompressornya.kompressor juga lambat untuk stop.macam running je setiap masa.
    apa pendapat tuan mengenai masalah saya ni? adakah perlu tukar/ servis shj kompressor?

    terima kasih.

    ReplyDelete
  172. Zaiham18/12/11

    Saudara,

    Saya ingin bertanyakan soalan tentang masalah aircond Naza Citra model 2005 yang saya pakai.

    Aircond kereta saya sejuk tapi angin yang keluar kurang kuat berbanding dulu. Apabila saya pusing ke no 3, bunyi sangat kuat dekat bhgn filter aircond (di bhgn compartment box depan-penumpang kiri).

    Saya jangkakan filter problem, jd sy bawa ke kedai dan pomen bg tau filter masih ok. Cuma dia kata kena cuci cooling coil sebab tu sebelum cooling coil tu kuat tetapi kat lubang aircond di kereta keluar slow je.

    Dia kata nak cuci cooling coil samada pakai alat yg mana tak perlu buka dashboard. Cuci shj $250. Kalau nak buka dashboard dan cuci kena tambah $250 lagi.

    Sekarang saya buka kedua-dua filter tu dan angin keluar adalah sejuk dan lebih kuat berbanding semasa adanya filter.

    Saya ingin menanyakan pendapat saudara adakah lebih baik jika:

    1. Cuci cooling coil guna alat dan tak perlu buka dashboard.

    2. Buka dashboard dan cuci cooling coil.

    3. Buka dashboard, pasang cooling coil baru.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  173. Anonymous20/12/11

    salam...
    ini mengenai kereta iswara a/back thun 1999. Masalah saya adalah selepas beberapa ketika memandu air cond saya akan berbau petrol..bau petrol akan lebih kuat terutama pada waktu panas terik.. untk makluman saya telah menukar fuel pump dan memriksa getah sambungan pada puel pump namun tidak nampak sebarang leaking.. mohon pendapat saudara... terima kasih..

    ReplyDelete
  174. saudara iswara 1999.

    udara dari luar hanya boleh memasuki kedalam ruang kenderaan melalui penutup udara dibahagian kiri enjin.Jika berbau petrol bermaksud ada diantara komponen atau hose petrol , tidak ketat,bocor dan lain2.Periksa dibahagian kebuk filter,jika terdapat bau petrol yang kuat ada kemungkinan karbureator saudara perlu diservis da tukarkan juga air filter supaya bau petrol dlm enjin dapat dikurangkan.Pastikan juga saudara menutup ruang udara dari luar.

    ReplyDelete
  175. saudara zaihan,

    mengikut dari apa yang saudara katakan,angin keluar elok dan aircond masih sejuk sedikala,jadi cooling coil berkemungkinan terlalu kotor.Harus diingat mencuci cooling coil tanpa membukanya adalah b ermaksud mengalirkan cecair pada hose untuk bertindak mencuci coolking coilk tetapi cara ini hanya akan mencuci dalaman cooling coil tanpa mencuci sirip2 dibahagian cooling coil.

    Udara dari blower melalui cooling coil mengikut celahan sirip yang sejuk dan menjadikan aircond sejuk,jadi sirip2 yang kotor menyebabkan udara tidak melepasinya dan udara sejuk dalam kereta jadi perlahan.Cuci dgn membuka cooling coil adalah lebih baik dari cuci dalaman sahaja.

    ReplyDelete
  176. saudara myvi 1.3 06

    Kompressor saudara telah hampir vrosak keseluruhan ,juga berkemungkinan telah merosakan bearing dalam an kompressor,ada lebih baik saudar tukar dgn yang baru.

    ReplyDelete
  177. iswara 199920/12/11

    Salam.. terima kasih atas maklumbalas saudara.. cuma saya ingin bertanyakan lebih lanjut apa yang dimaksudkan mengenai penutup di bahagian tepi enjin, untuk makluman saya telah gantikan penutup tmpt mengisi petrol namun masih lagi berbau petrol lebih2 lagi ketika air cond dihidupkan.. yng kedua.. apakah pembaikan yang di cadangkan oleh saudara untuk mengatsi masalah ini.. bolehkan saudara rekemenkan bengkel yang berhampiran kwasan equine, seri kembangan? terima kasih..

    ReplyDelete
  178. saudara iswara 1999

    Terdapat suis pengalih udara pada dashboard.Itu adalah untuk menutup udara dari luar masuk bila kita pasang aircond.
    Rujuk saranan saya pada awl komen,workshop equine cuba berdekatan roudabout depan mcdonalds,dari jalan boleh nampak woksyop tersebut.

    ReplyDelete
  179. salam, ingin bertanya.... apabila saya on-kan aircond, di bahagian enjin akan mengeluarkan bunyi bising namun jika aircond di-off, bunyi tidak kedengaran... saya refer ke bengkel, kata pomen... kompressor aircond rosak & perlu ditukar... kos dalam rm 200- rm 300...namun, yg peliknya, aircond wira saya sejuk seperti biasa... soalan saya:

    1)adakah benar kompressor yg rosak atau ada part lain yg bermasalah?
    2)adakah harga yg dikenakan berpatutan?
    3)dimana bengkel yg bagus untuk menyelesaikan masalah wira saya ini di kota bharu, kelantan?

    harap tidak menyusahkan... terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  180. saudara gossipboy,

    Bunyi juga kerap berlaku bila belting aircond kendur,bering penegang getah aircond rosak dan juga getah telah haus.
    Periksa semua komponen ini dengan mencabut getah aircond juka tidak berbunyi bermaksud terdapat kerosakan diantara yang disebutkan tadi.
    Harga tukar kompressor sedemikian adalah biasa dan berpatutan.
    Bagaimana dengan bengkel bumiputra takaful malaysia seperti bengkel wmi harmony kampung panji,wee dan lee motor kubang kerian,sabri motor kampung padang demit dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  181. Kereta waja campro saya thn 2006. Masalahnya econ kereta saya lambat sejuk. Bila on econ,keluar angin aje dan dalam 5 minit baru sejuk.Setiap kali macam tu. Dah anta ke kedai mekanik kata x ada apa problem. Jadi apa masalahnya?

    ReplyDelete
  182. Sy menggunakan waja campro thn 2006. Econ kereta sy lambat sejuk. Bile on,hanya angin biasa yg kuar...dalam 5 minit barulah econ tu sejuk. Setiap kali begitu. Dah hantar ke bengkel tapi mekanik kata tiada apa masalah...Skrg sy ingin tahu apakah masalah sebenar yg sy hadapi...terima kasih

    ReplyDelete
  183. Anonymous27/12/11

    Salam,
    Saya nak tanya,air cond saya baru lepas servis...then masa servis saya check semua tiada bocor...kemudian bila sayab berjalan jauh.. keesokan paginya aircond saya xsejuk...kompresor xhidup didapati gas telah abis... Kemudian compresor saya penuh dengan minyak..adakah ini masalah paip bocor ataupon rosak/jem menyebabkan gas keluar?

    ReplyDelete
  184. oh... bermakna, aircond masih boleh sejuk walaupun kompressor rosak?

    ReplyDelete
  185. saudara gosipboy,

    kompressor rosak bermaksud
    1) tidak bergerak langsung aircond sejuk hilang terus
    2)Bocor pada kompressor tetapi udara sejuk ada tetapi kurang sejuk
    3)Kompressor rosak teruk tidak bergerak terus dan berbau hangit dan panas walaupun belting bergerak.

    ReplyDelete
  186. saudara aircond baaru lepas servis,

    Kompressor saudara telah bocor,dapatkan yang baru atau recond untuk penyelesaian.

    ReplyDelete
  187. saudara am waja campro 2006

    memang aircond saudara tiada masalah cuma tindakan suis aircond terlalu lambat jika saudara inginkan tindakansuis yang lebih cepat,gantikan sensor suhu pada cooling coil dan suis yang berhubung dengan sensor tersebut.

    ReplyDelete
  188. maaf kalau soalan yg same berulang kali di tanya..
    Aircond kereta saya hanya sejuk apabila waktu pagi,malam dan bila keadaan kereta sedang bergerak...
    Kalau kereta dalam keadaan statik misalnya waktu jem, aircond lgsg tak rasa sejuk....boleh bagi tahu ape masalah dan anggaran kos tuk service/ baik pulih...saya memandu honda city.

    ReplyDelete
  189. saudara maxmasta

    Periksa belting kompressor,ketatkan jika kendur dan periksa kipas aircond jika pusing terlalu perlahan tukar kipas baru,kos pembaikan sekitar 2-300 ringgit

    ReplyDelete
  190. Anonymous3/1/12

    salam bro sord87......

    kete waja campro manual 2007.....
    baru arini servis ekon kali kedua sejak beli(refil gas+ tambah minyak kompresor+cuci cooling koil+labour = rm200)
    rasa sejuk tu ade tapi rasa x mcm sesejuk asal @ kali pertama serbis ekon.....baru arini lepas serbis balik keje n park kete kt garaj.....blom try on ekon lepas tu....

    pertanyaaan:
    agaknya ape problemo dia tak rasa sesejuk dulu....saya juga baru hampir 2 minggu tukar bateri yg dh kong.....ade ape2 sangkutan ke dgn tukar bateri tu, pasal saya prasan tak sejuk ni masa lepas tukor bateri baru.....tu pasal saya pegi serbis ekon arini, lagi pon dh cecah 2 tahun lom sebis baru....

    tq kerana membantu

    ReplyDelete
  191. Anonymous3/1/12

    salam bro sord87......

    kete waja campro manual 2007.....
    baru arini servis ekon kali kedua sejak beli(refil gas+ tambah minyak kompresor+cuci cooling koil+labour = rm200)
    rasa sejuk tu ade tapi rasa x mcm sesejuk asal @ kali pertama serbis ekon.....baru arini lepas serbis balik keje n park kete kt garaj.....blom try on ekon lepas tu....

    pertanyaaan:
    agaknya ape problemo dia tak rasa sesejuk dulu....saya juga baru hampir 2 minggu tukar bateri yg dh kong.....ade ape2 sangkutan ke dgn tukar bateri tu, pasal saya prasan tak sejuk ni masa lepas tukor bateri baru.....tu pasal saya pegi serbis ekon arini, lagi pon dh cecah 2 tahun lom sebis baru....

    tq kerana membantu

    ReplyDelete
  192. saudara waja campro 2007

    Untuk pengetahuan saudara tukar bateri tiada kena mengena dgn aircond.bateri adalah sumber kuasa untuk hidupkan enjin,lampu dan radio.

    Dari apa yang saudara sebutkan bahawa servis telah lakukan servis terhadap komponen cooling coil,tambah minyak kompressor dan gas.Aircond sejuk tetapi kurang bermaksud jika kipas aircond berpusing laju kondenser saudara ada masalah tetapi jika kipas berpusing perlahan ,saudara harus tukarkan kipas aircond tersebut.

    Perhatikan betul2 bila aircond dihidupkan adakah kipas berpusing laju atau perlahan.

    ReplyDelete
  193. Anonymous4/1/12

    dari waja campro 2007.....

    saya perhatikan kipas ekon pusing laju....tapi x pasti selaju mana yg akan fungsikan ekon tu jadi sejuk....apa yg saya dok sebey tadi, bila kipas ekon jalan sejuk biasa,tapi bila kipas enjin pusing sekali (on) ada rasa lebih sejuk dari pusingan kipas ekon saja....perlu saya sebiskan carbon brush kipas ekon dulu ke tukor terus kipas, pasal nak kata pusing perlahan rasa laju je.....ataupun kondenser sumbat....
    tgk pada piping ekon berpeluh sejuk elok....try pegang kat kepala valve pon sejuk rasa body valve tu.......muskil2

    ReplyDelete
  194. saudara waja campro 2007,

    terimakasih berikan gambaran keseluruhan keadaan aircond saudara.Harus diingat jika hose luar didalam enjin berpeluh dan menitiskan air itu bermaksud ada komponen aircond yang mengalami masalah.Seperti yang saudara katakan kipas berpusing seperti sediakala,jadi masalah saudara hanyalah pada kondenser,kondenser saudara telah rosak dan harus ditukar.

    Ramai yang beranggapan kondenser tidak mempunyai sumbangan yang banyak dalam sistem aircond kereta,dan ada diantara soalan sebelum ini yang memberitahu semua komponen aircond seperti kompressor,kipas,servis dsbnya telah dibuat kecuali kondenser.
    Setelah kondenser ditukar aircond telah kembali seperti sedikala(rujuk komen terdahulu).
    Pada saya saudara harus tukar kondenser dan lihat hasilnya.

    ReplyDelete
  195. Anonymous5/1/12

    waja campro 2007 membalas....

    bermaksud terus tukor sebijik kondenser ke.........anggaran kos brp kalu recond/2nd dan yg baru....tapi kondenser bole direcond semula ke?....bagaimana kalu saya cuci dulu kondenser tu pasal nmpak byk kotoran kt fin.......then mintak cuci carbon brush kipas sekali....kalu method ni x menjadi kena la tukor kondenser baru.......kalu dh buka kondenser meaning kena refil gas balik kan..........adeiii2

    tq kerana sudi membantu.........area wangsa maju/setapak/gombak bro sord87 ada kontek x mana2 kedai yg kenal......

    ReplyDelete
  196. saudara campro 2007,

    saudara boleh dapatkan kondenser di mana2 kedai alatganti ,jika inginkan lebih murah dapatkan dikedai kondenser seperti di taman maluri,kosnya tidak mahal dibawah rm150 sahaja ditambah dgn isi gas tidak melebihi rm250.Sekali saudara keluarkan belanja saudara dapat nikmati suhu sejuk melebihi setahun.

    ReplyDelete
  197. Anonymous5/1/12

    tq bro kerana membantu sedaya yang boleh........much appreciate

    waja campro 2007

    ReplyDelete
  198. Anonymous6/1/12

    lupa nak tanya........buat masa ni kalu saya jalan je dulu keta dgn keadaan skang ni xde efek apa2 kan pd kondenser tu......

    ReplyDelete
  199. saudara ....kondenser

    Gunakan begitu tak jadi masalah pada kondenser dan sistem lain cuma aircond semakin kurang sejuk dan jka biarkan aircond dihidupkan pada waktu yang lama berbulan2 boleh merosakan kompressor.

    ReplyDelete
  200. nak tanya,hari ni sye blik klas then stop la tescn jap.time dh parking,tibe2 kereta berasap. nasib baik la ada pakcik tu perasan. dye cakap maybe aircond punye prob. tp mmg aircond x sejuk. then kuat sgt bau getah terbakar. pe prob dia eh? kalo hantar bengkel agak2 brape kena? =(

    ReplyDelete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,