Mekanik kereta: Penggunaan alat diagnostic dalam mengesan kerosakan enjin
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Jan 30, 2011

Penggunaan alat diagnostic dalam mengesan kerosakan enjin

Olehkerana masa dan penggunaan komputer yang meluas maka sistem sesebuah kenderaan atau kereta telah diubahsuai dan dinaiktaraf supaya selari dengan peredaran zaman.Maka terhasillah komponen-komponen yang telah disambungkan terus kepada kotak komputer yang diletakkan khas dibawah papan pemuka (dashboard )sesebuah kereta.

Penggunaam kotak komputer ini adalah untuk mempercepatkan lagi pengesanan kerosakan serta mengesan ketidakupayaan komponen kereta seperti bateri,alternator dsbnya.Alat yang selalu digunakan adalah alat diagnostic/OBD (On Board Diagnostic) yang disambungkan terus ke panel bateri dan panel khas yang disediakan didalam sesebuah kenderaan.



Alat ini bertindak dengan menggunakan kod-kod yang disesuaikan dalam kotak komputer dan juga disambungkan terus kepada komponen-komponen sesebuah kereta.Alat ini amat senang berfungsi dan applikasinya seperti juga menggunakan komputer peribadi dsbnya juga terdapat sambungan usb dalam penggunaanya.

Akantetapi bukan semua kerosakan komponen dapat dikesan secara tepat oleh alat diagnostic,ini adalah kerana binaan komponen sesebuah kereta adalah begitu rumit dan sensitif dan banyak faktor seperti sistem pendawaian yang telah lusuh,kebocoran minyak hitam,suis rosak dsbnya boleh menyebabkan alat ini tidak dapat mengesan kerosakan seratus peratus.

Contoh terdekat walaupun kereta anda menyalakan lampu 'check engine' kadangkala ia tidak merujuk kepada kerosakan kotak komputer tetapi kerosakan kecil seperti fius terbakar,kekurangan minyak pelincir dan juga kebocoran saluran dan bukan semua kerosakan itu dapat dikesan secara terus oleh sesebuah alat diagnostic.Enjin yang mengalami gegaran bila dihidupkan dan kadangkala mati dikala idling adalah kerosakan yang boleh dirujuk terus kepada kerosakan kotak komputer bagi kereta mewah seperti Merceds Benz compressor,Toyota Alphard dll.

Ini adalah kerana penggunaan komputer adalah menyeluruh didalam kereta-kereta mewah tersebut dan jika anda adalah salah seorang pengguna kenderaan seperti ini adalah lebih baik jika anda dapat merujuk terus kepada bengkel2 yang terdapat alat diagnostic ini supaya kereta anda tidak mengalami kerosakan yang lebih teruk jika komponen yang tidak tepat dibaiki.



36 comments:

  1. Maaf terkeluar dari entri. saya nak tny. Bila menggunakan gear rendah. Bila menggunakan gear 1,2 dan 3, kereta saya berbunyi bising. saspek dari gear. Kenapa? Gear saya masuk air ke? Tetapi, adakala dia okay. tidak berbunyi. Kenapa ye.

    Banyak betul kereta saya rosak ni..:(

    ReplyDelete
  2. cik nad,
    mungkin ianya dtg dari gear bearing,jika kereta kancil mmg pasti ianya dtg dari bearing clutch,jika tukar mungkin dpt hilangkan bunyi tersebut.

    ReplyDelete
  3. Salam..sy ada keta toyota ln106..tp enjin dah guna 1kz..baru2 nie rpm tiba2 naik pegi 2 padahal sedang parking..pastu bila jalan rpm naik tp mcm xda power..dlm masa yg sama jg asap hitam keluar dgn byk..

    Dlm satu keadaan yg lain plak keta x kuat naik bukit..rpm x naik dan meter kelajuan jg x naik..then bila parking, enjin x mati wlupun dah kunci dah cabut..kdg2 jg lampu pd meter rpm mnyala..

    Apa sbnrnya mslh keta sy..selain itu bolehkah tuan jelaskan berkenaan kerosakan pada fuel pump, komputer box dan jg nozle..

    ReplyDelete
  4. saudara apis

    masalah asap hitam dan prestasi enjin menurun adalah masalah berkaitan manifold,karburator dan injektor.
    Manifold yang terdapat air akan menyebabkan asap hitam keluar dan seterusnya merosakan prestasi enjin.
    Servis karburator dan pastikan manifold tiada kekotoran atau air yang termasuk kedalamnya.

    Komputer box adalah kerosakan berpunca dari sensor yang tidak mendapat isyarat peor samada dari enjin atau rodn manakala kerosakan fuel pump biasanya menyebabkan enjin tidak hidup terus sehinggalah diganti fuel pump tersebut.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas penjelasan..

    Ptg td sy test keta sy wlu pun blum d repair..keadaannya dah normal semula..jeusteru itu sy dapati bhw rupanya keta sy x boleh d pecut melebihi 100km/j..apabila d pandu lbih dr itu maka masalah seperti enjin keta mati, asap hitam kluar dgn byk, dan rpm naik ktika parking..

    Bila dah rehatkan keta slama semalam maka keadaannya kembali normal..apa masalah keta mcm nie..?

    ReplyDelete
  6. saudara apis,

    Adakah kereta saudara kereta recon dan menggunakan karburator?jika kereta recon keadaan sistem minyak dibina berdasarkan keadaan suhu yang berubah2 mengikut musim,enjin juga demikian terutamanya sistem minyak karburator dsbnya.

    Jawapan saya masih sama saudara perlu servis karburator dan bersihkan ruang hose injektor(jika sistem injection) ,yg paling utama tukar air filter dahulu.

    Manifold yang sedikit masuk air juga akan mengering bila enjin panas,saya pasti keadaan asap hitan kereta saudara akan berulang lagi pada satu ketika dan biasanya bila cuaca yang lebih sejuk.

    ReplyDelete
  7. Sy rasa mmg recon berdasrkan kpd bbrapa punat yg sdh x berfungsi misalnya punat utk memanaskan ruang dlm keta ktika cuaca sejuk sdh x d gunakan..baru setahun sy gunakan keta nie..enjin asalnya 2.8 xda turbo telah d tukar kpd enji 1kz 3.0 turbo..

    Pg td sy buka komputer box dan dapati ianya basah..setelah d keringkan dan d psg semula ianya jd normal semula..namun mslhnya muncul kembali selepas bbrapa ktika..masalah tu muncul apabila lampu merah pd rpm mnyala..ktika itu kuasa pecutan akan hilang..selepas matikan enjin beberapa minit kmudian hidupkan semula barulah ia jd normal smula..sy pun dah pening ngan keta nie..sy belinya krn x yakin ngan kualiti body keta2 baru nie cpt sgt longgar bila melalui jln2 d sabah nie..tp masalah lain plak yg xboleh nk settle..hehehe..:-)

    ReplyDelete
  8. saudara apis sabah,

    Jika kereta recon memang ada sensor untuk tidak boleh dipecut laju melebihi 100 km/j,saudara kena bawa ke mana2 w/syop untuk membuang sensor tersebut supaya sensor yang mengawal enjin dan sistem kereta tidak bertindak mematikan enjin pada kelajuan melebihi 100 km/j.

    Jika tidak saudara kena tukar komputer box tersebut kepada yang lain.

    ReplyDelete
  9. As.kom n salam lebaran. Sy guna kenari aero. Kete idaman sejak bujang..baru bli 2nd 9 bln. Dr luar cantik. Tp bila dh lama...abis duit gaji bulan2. Ptama..mslh ekon x abis2..cdg nk tlg kwn2.. pg la reper kt wsop dia..hbs 5rat lbh..x setel2 jgk..smlm p kdai cina kt sri serdang sebaris dgn kfc. Dia ceking katanya kondensor yg rosak..then span kt bwh dsbod dh repot..patutla angin luar masuk..kdg2 bila tkr volume ekon bunyi cut off betalu2.. dia ckp kalo nk setel dlm 600 bajet. Tkr kondensor + servis ygbwh dbod tu. Ok ke harga tu tuan? Yg kedua. Bila jln x rata kenari ni memekak..tanya org ckp bushing bwh. Tanya pomen ckp kenari bushing skli dgn lower arm. Kene tkr dgn lower arm. Betul ke tuan. N klo ade kwn2 dlm ni tau kedai bagus n X Kencing info la area serdang upm. Roger.

    ReplyDelete
  10. @penjejak misteriw/salam

    1.mengenai a/cond hidup mati tu tukar suis cooling coil saja.kos tukar dan servis sekitar rm200


    2.Lower arm perlu tukar kalau bunyi kuat sebelah kanan tukar kanan.

    ReplyDelete
  11. Salam..nak tumpang tanya..saya ada satria 1.3 manual thn 2002..sejak beli secondhand hingga lah sekarang ni masalah lampu check enjin sentiasa tak settle.saya dah jumpa banyak
    mekanik tapi sama juga tak dapat settle.semua dah tukar trottle body dan 3 kali tukar..sensor enjin dan 4 kali..diagnostif kata sensor dan trotle body rosak tapi bila tukar sekejap je tak sampai sebulan buat balik..tolong beri pandangan..

    ReplyDelete
  12. @wazay nuadaw/salam,lampu check enjin tu perlu restkan,buka kabel negatif bateri dan pasangkan semula selepas seminit dan start enjin insyallah hilang

    ReplyDelete
  13. Slm.kereta saya bila masuk gear D dia akan tersentap seperti masuk ke gear 1.pomen kata masalah gear box.bila ditukar gear box second masih lagi terjadi.pomen kata masalah komputer box pula.saya blm beli lg computer box.apakah masalah sbnrnya.minta pnjelasan

    ReplyDelete
  14. @mohamad aminwslm,mesti tukar torque converter,jika gearbox saja ditukar torque lama masih digunakan ia tetap tak ok,insyallah ok bila torque converter ditukar,seperkara lagi shift solenoid dalam kotak autofilter juga perlu dipastikan ditukar

    ReplyDelete
  15. Slmt pagi..sya nk tya masalah kreta sya (viva) ialah signal, viper n aircond x bfgsi..tp klau engine panas kipas radiator ttp bpusing..sya sdh tukar fius tp masalah ttp sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi,flasher perlu ditukar untuk signal,wiper pula jika fuse telah diganti ia tetap tidak bergerak,perlu ganti motor wiper ataupun mekanikal wiper jika ia tidak boleh digunakan,manakala aircond perlu pastikan magnet clutch melekat pada pulley kompressor jika itu tidak berlaku perlu isi gas supaya ia bergerak seperti sediakala

      Delete
  16. selamat tghari, sy nk tanya masalah kereta.sy ade kereta kenari.bile jalan mendatar..dia bersenggut2..kat traffic light dia mati..bile hidupkan dia ok.dh 2 bengkel sy pergi..utk makluman trottel body mekanik dh cuci..tp masih sama.apa sbnarnya masalah dia ye.2tahun lepas baru ganti gearbox

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tngahari,tukar fuel filter dan distributor

      Delete
  17. Workshop kami menawarkan perkhidmatan Computerize Engine Diagnostic. Sistem ini sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan termasuk BMW,VOLVO,PORCHE dan setaraf dengannya. Sila kunjungi workshop kami di,

    No.6,Jalan Bpp 5/6, Pusat Bandar Putra Permai,
    43300 Seri Kembangan,Selangor.
    Hubungi kami di talian 011-3784 0747.

    ReplyDelete
  18. Salam...

    Sy nak Tanya,alat diagnostic tu boleh menjadi kan sesebuah kenderaan jadi malfunction ke?sy pakai saga flx,kereta sy ok mcm biasa mula nya,lepas parking p kedai start kereta balik dah xhidup,kerap jgk msalah mcm tu,selalunya bila x hidup sy tekan button alarm lock,dalam 10sec on balik boleh start enjin running mcm biasa,Kali ni xboleh hidup,jd sy pon p bengkel cina yg berdekatan,pomen pon dtg dia start kereta boleh plak hidup,xde lampu alarm ape2 mnyala,kemudian dia cucuk alat diagnostic tu,tah ape dia adjust jd lampu alarm enjin warna kuning mnyla,enjin running,tp bila tekan pedal minyak, kosong mcm minyak tak naik.tak pernah jd mcm tu,soalan sy betul ke cina tu adjust?n boleh jd ke dia buat kereta sy tbe2 jd mcm tu.?sy rs mcm tertipu,dia cuma ckp throttle body rosak.bila sy ckp ada warranty dia terus cabut alat tu n ckp bwak p proton.apa pandangan tuan.sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam cabut negatif bateri 10 minit,pasang semula dan hidupkan enjin kira2 10 minit untuk resetkan ECU

      Delete
  19. Salam sy nk tanya pasal computer box sy rosak pstu sy cari kt kedai afkad sama tapi huruf lain contoh sy punya y2 tapi yg saya jumpa banyak sprti b6 yz dan macam lagi.. Bolehkah computer box tu sy guna atw apa pandangan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,gunakan model yang sama dengan kereta saudara kerana soket juga berlainan untuk semua model kereta dan wiring dalamannya juga

      Delete
  20. Salam. Sy nak tnya , kereta sy lancer 1.5gli manual asyik tesangguk2 time jalan, timing up and down.. Distributer, tps, throttle body, fuel filter, spark plug , cable plug , segala jenis sensor yg mlibatkan ignitions ngan fuel pn semua da tuka. Tp tersangguk2 tu masih ade. Minta panduan.. Sy dah tkde idea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,semak dimana ada hose yang menggunakan actuator,gantikan actuator tersebut,pada hujung hose ke head cover dan ke throttle body

      Delete
  21. Boss...blh cek komputer jgk ke bila on aircond kereta gegar

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi selain FICD,idle sensor/stepper motor adalah punca utama gegar enjin ketika kemasukan aircond

      Delete
  22. Serena saya masuk gear D, bila tekan minyak terasa masuk gear, lps tu enjin terus mengaum, x masuk ke gear seterusnya. Mcm mana ya? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gantikan minyak gear dan autofilter serta speed sensor insyallah ok

      Delete
  23. Alhamdulillah sy dah ganti auto Filter dan minyak gear, cuma Blm ganti speed sensor. Nak ty, speed sensor tu revolution sensor ya? Dan speed sensor tu ada pd Gearbox ya? Brp agak2 harga speed sensor tu? Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dah ganti minyak dan autofilter,keadaan kereta kembali sediakala,tak perlu tukar speed sensor,kadangkala terjadi speed sensor tidak boleh membaca isyarat bertukar disebabkan minyak kotor.Revolution sensor ada sedikit lain dari speed sensor,kosnya kira RM300

      Delete
  24. As salam
    Saya nak tanya. Mohon bantu saya. Kereta saya sewaktu dipandu secara tiba² menjadi perlahan dalam jangka masa beberapa minit dan kembali kepada sedia kala selepas itu. Seterusnya pada satu pagi sebaik sahaja start kereta kereta saya terhinjut² dan saya pun matikan enjin kerana risau. Saya telah menghantar kereta ke bengkel terdekat dan dia telah menukarV Plug ,trottle body cleaner . Walaubagaimanapun setelah hampir seminggu saya memandu semula saya kereta saya secara tiba² menjadi lebih berat sewaktu memandu dan terhinjut - hinjut dengan lebih teruk sehingga perlu di tarik di tengah² highway.Mohon bantu beri pencerahan kerana saya telah banyak kehabisan untuk menyelesaikan kereta saya ini.Kereta saya Vios J ( manual) tahun 2012

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,kereta jadi berat ada kena mengena dengan gearbox,tukar dan flush minyak minyak gear.pastikan juga mekanik periksa kedua2 belah drive shaft dalam

      Delete
  25. Salam,kereta myvi sy 1.5 ada masalah rpm naik tinggi smpai 5k..kerap terjadi bile tengah bawak lagi2 masa tukar gear 2 ke 3...time rpm naik tinggi tu kereta jalan sendiri tanpa tekan minyak...bile nak tukar gear 3 masa tekan clucth rpm akan naik tinggi..bila lepas clutch..die jalan sndiri tanpa tekan minyak..sy baru tukar clutch plate..mcm mana nk settle masalah ni ye...dh bnyk tmpat sy pergi check diagnose pkai computer..tpi xdpt detect masalah..pergi SC pon x bole buat ape2...sebab time diagnose tu..monitor tunjuk.engine running ok..xde code error...time nak jadi tu..air cond akan rase panas..mintak tolong pendapat tuan..sy dh buntu x tau nk hanta bengkel mne lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,reset dulu cabut fuse ECU 30 minit dan pasang semula ,hidupkan enjin dan cuba,jika ia masih jadi ,perlu semak mekanik clutch plate jenis apa yang digunakan ,jika ia kurang sesuai RPM akan terus-terusan tinggi

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>