Mekanik kereta: Resepi masakan dari blog kereta
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Oct 12, 2011

Resepi masakan dari blog kereta

 

Buat julung-julung kalinya blog kerosakan kereta membuka satu halaman baru bertajuk resepi masakan.Halaman ini akan membawa anda menilai dan mencuba resepi masakan ringkas yang pernah dicuba oleh penulis blog ini.Resepi tersebut berbentuk mudah dan ringkas dan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah terdapat dimana-mana kedai runcit,pasaraya  mahupun didalam peti sejuk anda.

Resepi masakan ringkas yang hanya memerlukan lebihkurang 30 minit untuk dinikmati.Walaupun bukan sehebat mana ianya mungkin memberi anda satu idea baru untuk resepi masakan yang lebih canggih serta bahan yang lebih menawan dan menyelerakan.Kita terus ke resepi pertama yang tak perlu nak gunakan mesin untuk kisar .

Udang goreng sawi

Bahan-bahannya:-
1.Udang basah 1/2 kilo
2.Sawi basah secekak
3.Bawang merah
4.Bawang putih
5.Serbuk perasa cendawan
6.Serbuk lada hitam
7.Kiub ayam knorr jika ingin ditambahkan
8.Garam secukup rasa

Penyediaaan:-

Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih serta bawang merah.Kemudian masukkan udang dan seterusnya sawi yang telah dicuci.Setelah udang kemerah-merahan dan sawi mula mengecut masukkan serbuk perasa cendawan dan lada hitam.Seterusnya masukan kiub ayam knorr sebelah bahagian dan kacau sehingga kiub ayam mencair dan semua bahan sebati.Garam hanya perlu dimasukkan bila tidak cukup masin.Hiaskan sedikit dgn Lada merah dan hidangkan.




SELAMAT MENCUBA!





5 comments:

  1. ingat da tuka jadi belog resepi-resepi kot.. mintak idea boleh?

    antara myvi lagi best lagi power dgn saga baru, mana agaknya yg bagus dan flexible?

    ReplyDelete
  2. salam cik nad oi!

    myvi dari perodua,saga dari proton,model je dah lain bentuk pun lain,masing2 ada keistimewaan,yang flexible dua2 pun tak flexible,kalau flexible tentu boleh tuka jadi kapal selam ke kapalterbang ke tak gitu?dua2 pun bagus ,mgkn lebih bagus kalau hibrid kot!

    ReplyDelete
  3. Assalam...saya mempunyai keta waja 2001..saya dh tukar fuel pump tapi meter minyak tetap biol..lampu kuning kejap menyala kejap tak..kekadang buka air cond berbau petrol...ape masalah nyer ekkk...mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam,meter minyak dikawal oleh float dalam tangki bukan fuel pump,aircond yang berbau petrol saudara perlu periksa laluan mintyak petrol pada injekor dalam enjin dan juga sambungan fuel filter pada tangki minyak,biasanya klip kurang kuat atau telah lembut

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>