Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Thursday, October 13, 2011

Waja paling kerap alami masalah fuel pump sedemikian

Berdasarkan pengalaman beberapa tahun buka dan pasang enjin dan baiki kereta rosak,lama-lama tercatat juga statistik dalam benak kepala aku ni kekerapan kerosakan kereta waja.Mungkin disebabkan komponen yang agak kurang kualiti kereta waja selalu mengalami kerosakan fuel pump selain daripada selalu sangat kena tukar bateri .

Harga komponen tersebut dahlah mahal ,banyak pelanggan merungut bila bab kena tukar hrganya saja boleh mencecah lebih dari rm500,kalau nasib baik bolehlah dapat barang seakan-akan walau tak sama tapi buatan taiwan.Kalau yang original dah tentu tak lari dalam tangan mesti ada kurang2 rm500.

Entah apa silapnya alatganti waja ni jadi mahal,wallahualam.Banyak juga yang aku cuba tapi tak berapa nak muat di tempat bawah kerusi penumpang belakang waja. Fuel pump adalah alat paling penting sekali untuk sistem pancit minyak atau lebih dikenali sebagai fuel injection.

Memang aku tak nafikan waja adalah kereta yang paling elok dari Proton samada bentuk model,kelajuan,kestabilan,keselesaan dan banyak lagi cuma yang tak sedap alatgantinya yang agak mahal.Pesona pun tak kurang juga istimewanya cuma Pesona tu nampak sporty sikit jadi ramai pemuda yang menggunakannya ,nampak lebih bergaya le!

Jika nak kenal bagaimana simptom-simptom kerosakan fuel pump waja adalah seperti berikut:-

1)Tiba-tiba tidak boleh di hdupkan
2)Sesekali hidup terus mati
3)Tersenggut2 bila naik bukit
4)Kurang pick up bila begerak
5)Berbau minyak di enjin kereta

Jika ada tanda-tanda sedemikian ,korang kena lah hati2 sediakan duit dan kenalpasti bengkel terdekat,supaya senang bila dah rosak nanti.


Inilah rupa bentuk fuel pump yang mencecah rm500 keatas tu!

523 comments:

  1. salam.

    aku pernah kena masalah fuel pump waja ni... masa aku kena, fuel pump motor masih elok, cek punya cek wayar kat atas kepala fuel pump tu terbakar/putus... pergi kedai dia kata fuel pump tu rosak.. aku tak puas hati aku cek sendiri, nasib baik lah aku ada skit ilmu buka membuka part kereta.. heheh.. so aku wiring balik wayar yang putus.. selang setahun, aku kena lagi masalah fuel pump, kali ni masalah pada wayar yang sama, tapi kali ni bukan putus, tapi hangus terus platik sekeliling fuel pump tu.. dah takleh nak buat apa.. alih-alih tukar fuel pump baru. tapi aku test fuel pump lama tu, motor semua berfungsi dengan baik.. so kesimpulannya, fuel pump ni masalahnya sebenarnya pada wiring... hampeh betul.. kerana wayar seurat, melayan rm250 .. (fuelpum china mari lorrr)

    ReplyDelete
  2. sord8725/10/11

    terimakasih kerana saudara berkongsi pengalaman tersebut,memang ramai yang tak tertahan akan kos fuel pump waja ni yang selalu mengalami masalah sedemikian!

    ReplyDelete
  3. Saya nk tnya cikit.msa start kereta ada keluar lampu warna kuning.bila nk start kena tggu lmpu kuning 2 padam. lepas 2 baru startkan .saya pun pergi jumpa mekanik so mekanik kata fuel pump rosak saya pun tukar.masalahnya saya dah tukar fuel pump tapi lampu kuning 2 masih ada menyala lagi walaupun sedang memandu.apa masalahnya ye...

    ReplyDelete
  4. saudari kimchin,

    kadang2 lampu kuning atau merah akan menyala untuk menandakan sesuatu,tetapi dalam hal saudari ada kemungkinan ia terjadi kerana masalah wiring dan mungkin juga terjadi sebab ada kesilapan kecil seperti terkena air pada wayar yang berkaitan.ia akan lebih ketara jika masalah wiring pada alternator,jgn risau akan lampu tersebut ia tak menyebabkan kereta saudari rosak hanya mungkin terdapat kesilapan kecil terkena air dan wiring yang rosak.

    ReplyDelete
  5. salam..nk mtk pendpt/pengalaman blogger2 kt ni,kereta waja sy ade mslh..bila nk hidupkan enjin, hanya bunyi fuel pump saja...bunyii ekkkkkk...fuel pump br tukar mggu lepas..yg ni mcm mslh elektrik lak.cek fuse relay ape semua ok..spe2 yg thu blh tlg shere

    ReplyDelete
  6. saudara che mohammad rizuan,

    Jika bunyi fuel pump sahaja,crank pun tak boleh,itu masalah bateri weak,sila periksa penyambung bateri,kot2 ada yang tak lekat.Tak boleh jugak ,kena ganti bateri.

    ReplyDelete
  7. salam.
    pertama sekali, saya mmg taktau apa-apa langsung psl wiring kereta.hehe
    pagi ni,kereta waja saya tak boleh start.time crank ada bunyi.then engine hidup,bila tekan minyak je trus die mati.kemudian dah takleh nk hidup langsung.

    after 1 hour, try balik start.alhamdulillah hidup,tp bila tekan minyak,mati balik.jadi benda yang sama macam pagi td.

    so..

    1. saya punya fuel pump problem ke ?
    2. byk gak baca dlm forum,mostly wiring fuel pump problem, ada diagram n cara untuk troubleshoot die x ?

    ReplyDelete
  8. saudara buyoq

    mmg biasa fuel pump problem utk waja.Wiring diagram tak ada,tapi kalau nak cuba gak,buka seat blkg dan periksa wayar yang bersambungan ke fuel pump.Salah satunya bila test mesti ada api.Gunakan car test light.

    http://www.2carpros.com/images/articles/tools/test_light/test_light.jpg

    Biasanya wayar negatif berwarna hitam kehilangan kuasanya,masukan kuasa negatif baru pada body kereta.
    Jamgam masukan kuasa negatif pada wayar yang ada api bila cuba dgn test light,short circuit mungkin berlaku

    Jika rasa susah untuk mencuba,keluarkan saja fuel pump tersebut dan gantikan dgn yang baru!

    ReplyDelete
  9. bro Ku im6/5/12

    assalam saudara sord87,

    Masalah saya, waja saya mati enjin tiba2.. tengah bawak kat high way pun mati...panik gile. Saya dah tukar fuel pump, cam sensor, distr coil...ok le Sekejap. Skrg ni buat hal balik...mati enjin. Start balik ok...kadang2 mcm 3 selinder je jalan. Dah le tu waja auto susah sikit nk ram enjin. Kena N kan gear. So apa pnyakit nye.

    ReplyDelete
  10. As salam sord87,

    Saya dah tuka mcm2.. bateri, fuelpump, cam sensor, distr coil.. tapi kdg2 penyakit mati enjinnya kena lagi. Tengah laju kt highway pun tiba2 mcm minyak x naik...dan mati boleh enjin. So, nak tahu ape kena buat?

    ReplyDelete
  11. saudara ku im tengku@ waja,

    Biasanya kereta bila mati ketika bergerak adalah disebabkan minyak habis atau api yang tidak berdaya bertahan untuk pembakaran.

    Saya rasa ruang pembakaran terlalu banyak karbon dan menyebabkan enjin akan mati.

    Saudara harus membersihkan semua komponen injection,servis fuel injection ataupun gunakan carb cleaner untuk bersuhkan ruang injection supaya semua karbon dapat dicairkan.

    Jika dahulu top overhaul dilakukan untuk membersihkan ruang pembakaran,seperti kebuk,silinder,injektor,piston dsbnya tetapi sekarang car b cleaner boleh dimanafaatkan.

    top overhaul adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  12. Anonymous7/5/12

    as salam semua.

    Bro sord87,
    Terima kasih atas nasihat dan adakan blog ni. Kes saya mengenai masalah mati enjin tu, saya rasa dah ok bila periksa semula wayar hitam kat sit blkag. Saya dapati wiring hitam nie kat fuel pump soket kat bklag sit driver puncanya. So, bila saya tukar dgn cut dan sambung semula wayar yg baru...alhamdulillah, belum ade problem senguk2 atau enjin mati. Thanks to all yg kasi pendapat dlm blog bro sord87 ni.

    ReplyDelete
  13. Anonymous7/6/12

    hi, i nk tanya selepas i tukar braket power window jenis metal depan kiri &
    fullset enjin mounting.
    kete i selalu bateri habis, klu x start 3 hari, bateri terus habis walaupun dah tukar baru.
    apas kemungikanan masalah nya?
    pomen kata altenator rosak kot?
    sekian,
    AwI

    ReplyDelete
  14. saudara tukar metal bracket power window,

    Pastikan dahulu semua lampu bumbung,lampu depan,belakang,brek dan radio serta apa saja yang menggunakan bateri dipadamkan termasuk power window motor setelah enjin dimatikan barulah saudara akan tahu kemana cas bateri tersebut hilang.Power window motor akan berbunyi perlahan dan berterusan mengalirkan keluar cas bateri jika sambungan wiring yang salah.

    Bateri yang baru/masih elok boleh bertahan sehingga seminggu dan lebih walaupun kereta tidak dihidupkan.

    Cas bateri tidak boleh mengalir keluar melainkan terdapat mana2 alat pada kereta yang bergerak walaupun suis telah dimatikan.

    Fungsi alternator hanya mengecas semula jika enjin bergerak dan tiada kena mengena langsung untuk aliran cas bateri keluar.

    ReplyDelete
  15. salam 1 malysia.

    sy juga nk bertanya..

    baru bli waja thn01 auto. masalah ni agak pelik sket..

    start engin ok..
    bila jalan rpm stuck kat 2 x bleh naik lg bila bw biasa..kn tekan lebih biar rev tinggi br blh shift cam normal.
    bila dalam top gear tetiba je rpm akan drop dgn sendiri nya.
    apa ye agaknya?

    ReplyDelete
  16. saudara elmy

    masalah gear dan rpm yang tidak stabil ni adalah masalah dalaman gearbox yang tidak berfungsi baik.

    ReplyDelete
  17. Anonymous22/6/12

    Salam
    Saya MdHilwan

    Saya nak bertanya mengenai masalah yg saya alami berkenaan Proton Waja saya.

    Hari tu, saya isi minyak fulltank, tiba2 bau minyak merebak satu kereta. Saya ingatkan saya tak tutupkan penutup minyak. Bila saya berhenti, minyak kereta keluar dari tangki dekat tu Fuel Pump(penutup) bawah tempat penumpang belakang.

    Soalan saya, adakah benda tu(FuelPump) yg rosak.
    Kedua, kenapa minyak meter reading tak penuh( naik)

    ReplyDelete
  18. Saudara Md Hilwan

    Jika fuel pump rosak enjin kereta pun takan hidup,tetapi jika kereta masih hidup seperti biasa ini bermakna penunjuk meter dalam tangki minyak telah rosak.

    Ini juga menyebabkan metet pada panel tidak bergerak naik atau turun.Tukar penunjuk meter minyak atau biasa dpanggil FUEL FLOAT.

    Periksa jga hose fuel pump jika terdapat kebocoran

    ReplyDelete
  19. salam

    saya baru beli waja th 2004 masalah saya ialah bila saya ingin memecut kereta saya tersenguk senguk apakah masalah yang saya alami harap saudara dapat memberi apakah masalah dengan kerata saya

    ReplyDelete
  20. salam

    saya fauzi

    saya mempunyi kereta waja th 2004 masalah saya ialah bila ingin menekan minyak kerata saya tersenguk senguk apakah masalah dengan kerata saya harap saudara dapat mengenal pasti apakah punca masalahnya .

    ReplyDelete
  21. Anonymous29/6/12

    salam

    saya fauzi

    masalah saya ialah kerata waja saya ialah bila ingin menekan minyak ketika begerak kerata saya tersenguk senguk apakah punca masalah kereta saya

    ReplyDelete
  22. saudara fauzi,

    Masalh tersebut akan terjadi bila

    1.Plug terlalu kotor
    2.Fuel filter yang kotor
    3.Air filter yang kotor
    4.Distributor rosak

    Periksa keadaan komponen tersebut.

    ReplyDelete
  23. saudara waja 2004 farisyah,

    soalan anda sama dengan fauzi sila rujuk apa yang telah dijawab .

    ReplyDelete
  24. salam..

    sy m.firdaus,sy pakai kereta waja tahun 2001..masaalah yg saya alami,apabila acorn dibuka bunyi sprt kekk..keekkk..pd enjen,apabila tekan clutch bunyi tu senyap..tp bila x buka acorn x plk bunyi tu...apakah punca masalah itu...

    ReplyDelete
  25. saudara mohd firdaus ahmad tajuddin

    bunyi tersebut adalah bunyi pada bering kompressor,olehkerana enjin jadi sedikit perlahan bila aircond dihidupkan bering yang bermasalah akan mengeluarkan bunyi sedikit ,tamhan lagi jika belting kendur.

    ReplyDelete
  26. salam kepada empunya blog dan rakan rakan sekelian.

    adakah harga berpatutan untuk tukar bearing pulley a/c compressor saga 1991 model dengan harga RM 180 termasuk gas?? (bengkel kat hulu kelang selepas masjid al-ridhuan)

    terima kasih

    ReplyDelete
  27. saudara mohd yusof,

    Pada saya harga tersebut agak biasa kerana gas sahaja kira2 rm30 dan bering pulley pada kompressor sahaja modalnya kira2 rm80 dan mekanik mengambil upah kira2 rm70 kerana terpaksa membuka kompressor dan menanggalkan puley yang agak susah dan ketat dan kadangkala terpaksa menggunakan puller untuk menariknya keluar.

    ReplyDelete
  28. Anonymous21/7/12

    lokasi en sord d mana?

    ReplyDelete
  29. Insyallah ada kesempatan kita berjumpa jua!

    ReplyDelete
  30. Assalam saudara Sord87,

    saya ingin bertanyakan mengenai masalah kereta saya..petang semalam saya bawa kereta sambil pasang aircond, sedang sy drive tiba2 kereta saya tersengguk2. saya berhenti,selepas beberapa minit saya punya sistem kereta jadi macam kacau.alarm tiba2 bunyi, pastu jam pada meter dashboard reset balik ke 0. saya targer bateri sebab bateri kereta saya memang dah low dan saya planning nak tukar baru nanti. saya pergi kedai tnya tentang ni, pomen kereta mintak saya tukar plug.plug saya da tukar sebelum ni, then dia mintak saya tukar fuel filter. saya ingat nak tukar arini fuel filter, tapi bila saya nak start kereta terus xkeluar lampu pada meter dashboard. saya tunggu lama2 dan try start semula, lampu ada tapi xboleh start.lama lepas tu alarm tiba2 bunyi. saya da bukak bateri dan bercadang nak tukar esok, hopw en. sord87 lehbagi cadangan bagi penyelesaian ini, terima kasih..

    ReplyDelete
  31. saudara mohd izzudin,

    apa yang saudara sangkakan memang benar,bateri saudara perlu ditukar,tanda2 yang saudara sebutkan semuanya merujuk kepada bateri yang telah rosak.

    ReplyDelete
  32. salam bro..sya nk tya masalah keta sya..sya gna gen2..hr 2 sya tgah drive tba2 keta mati,so check fuel pump rosak,so tukar fuel pump n fuel filter..dlam smgu je ok pas 2 kt hway sya tgah laju tba2 je mati..kna tgu 5 ke 10 mnit start blik bru ok kdg2 smpai 5 kali jadi cam 2..selalu jadi waktu tgah hri..klu mlam xjadi sgat mgkin sejuk ke apa ntah la..tq.

    ReplyDelete
  33. saudara mie88,

    Saudara kena periksa semula wiring fuel pump,adakalanya kesilapan pada wiring yang bersentujhan akan menyebabkan enjin mati tiba2.Biasanya wayar negatif yang tersentuh body akan membuatkan enjin mati,periksa semula fuel pump.

    ReplyDelete
  34. salam..sy nk tye krete sy ble tekan mnyk je tesengut2.. sy dh cbe tkar kabel pluq..pd mula nye ok lme ke lme an jd blk..adekah die berpunce dr pluq?...untuk pengatuan tuan sy dh tkar pluq 3 bln awl sblm tkar kabel pluq...tp mslh ni x kerap cme kadang2 je blaku...ape mslah nye ye..blh kah sy jln jauh?

    ReplyDelete
  35. best la blog brader ni. klau tau location workshop brader ni pn best gk ek? saya pn dh 2x problem waja tgh speeding tiba2 hilang momentum pstu trus berenti. rsenye fuel pump la tu

    ReplyDelete
  36. saudari adik,

    terimakasih kerana puji blog ni.Masalah fuel pump saudari adik tu boleh dibawa kew/syop semula,dimana pun tak mengapa,jika saudari adik baca komen di atas ada juga pengguna yang mengalami kerosakan wiring pada fuel pump sahaja.Masalah wayar negatif pada fuel pump boleh dibetulkan tanpa tukar fuel pump banyak kali dan menambahkan kos lagi.

    ReplyDelete
  37. saudara radi razak.

    Saya tak pasti kereta saudara ni kereta apa samada gunakan karburator atau fuel injection.

    Jika karburator saudara boleh adjustkan setting minyak supaya rendah sedikit.

    Seperkara lagi pastikan distributor cap tidak retak atau pecah.masalah api yang tersekat seperti kepala lkabel pecah,penutup distributor retak atau pecah,kabel koyak dan apa saja wayar berkaitan api dari distributor yang pecah akan menyebabkan tersenggut begini.

    Selain dari itu distributor yang hampir rosak juga akan menyebabkan terjadi begini.

    Jika digunakan untuk jalan jauh memang boleh tetapi ada lebih baik saudara periksa dahulu pecah atau retak seperti disebutkan atau terus tukar distributor jika tidak pecah atau retak.

    ReplyDelete
  38. sy pkai krete waja..distributor yg en maksud kn tu "sotong" ke?...blh x en tnjuk kn gambar distributor waja dan bpe harge di market...

    ReplyDelete
  39. saudara radi razak,

    http://m.hahasale.com/index.php/images/3394.jpg (distributor wira)

    distributor berbentuk begini,kosny sekitar rm 100-250

    ReplyDelete
  40. klu waja pnye harga di market sme ke ngn wira?

    ReplyDelete
  41. fikri11/8/12

    salam..sy baru bercadang nak beli waja. sblm ni dah pakai 3 biji wira berganti2..akhirnya wira lama 1.5 manual carburator yang bertahan dihati berbanding yg injection..sbb x dak prob 2 tahun guna. sy rasa waja ada pelbagai jenis..yg lama, campro dan cps klu x salah..yg mana paling kurang bermasalah?

    ReplyDelete
  42. saudara fikri,

    waja campro enjin lama dan yang baru waja campro cps
    CPS banyak menggunakan elektronik dalam sistemnya,jika rasa tak selesa dengan banyak elektronik lebih baik pakai enjin campro saja kerana kuran masalah dari segi elektroniknya.

    ReplyDelete
  43. saudara radi razak,

    Saya rasa hampir sama kot ,bezanya cuma enjin saja.

    ReplyDelete
  44. salam.. kereta waja saya ada masalah.. bila bawa dan parking, bunyi air menggelegak. Bila periksa, rupanya kat tangki air simpanan radiaator memang menggelegak panas.. Ini problem apa yer? Radiator baru 3 bulan servis..

    ReplyDelete
  45. saudara Ali 69

    Periksa kipas radiator samada berpusing atau tidak.Masalah begini hanya akan timbul bila air jadi panas sebab terdapat komponen penyejukan seperti kipas dan water pump yang tak bekerja dengan baik.

    ReplyDelete
  46. salam saudara,
    saya nak bertanya mengenai stepper motor waja..
    brapakah jarak free play alat tersebut kerana sy baru periksa sendiri ianya buka n tutup setakat 1-3mm?

    ReplyDelete
  47. saudara elmy,

    jarak sebegitu adalah jarak yang biasa ,tiada jarak langsung bermakna ada yang rosak pada stepper motor tersebut

    ReplyDelete
  48. Waja200414/8/12

    Bro....brape kos nk tukau stepper waja.bro ade barang x,yg 2nd punyo.huhu.apekah mslh klu kite x tukau stepper motor yg rosak 2?

    ReplyDelete
  49. saudara waja 2004,

    Biasanya orang tukar throttle body.saya tak pasti dengan stepper motor waja mungkin saudara boleh bertanya dikedai alatganti.Bawa sampel,mungkin kena order dalam 3-4 jam baru dapat.

    ReplyDelete
  50. masalahkereta waja saya adalah seperti berikut..... radio kereta tak boleh on alarm tak boleh guna, lampu di bumbung semua tak nyala, jam pula bila on suis jadi kosong-2. Saya dah periksa semua fius tak yg putus.....kenapa ye....

    ReplyDelete
  51. saudara mad,

    Periksa alternator dengan mencabut satu kabel pada bateri,jika enjin mati ini bermakna alternator ada problem.

    Pastikan alternator dibaiki dulu jika rosak.

    Jika ia masih berulang ada kemungkinan rosak pada wiring salah satu dari radio,alarm atau lampu bumbung.

    ReplyDelete
  52. Anonymous18/8/12

    assalam, sy shahrul, nk tanya tentang masalah waja sy, tahun 2006, campro...
    enjin sy bile lepas jalan, sy padam suis, lepas tu sy nk start balik enjin, lampu kt meter semua xada, saya usik pd kepala bateri baru ada nyala, apa masalahnye ye?

    ReplyDelete
  53. waalaikumsalam WBT saudara shahrul,

    Kepala bateri yang tak rapat akan mengumpul keladak putih biasanya menjadikan ia tak rapat pada bateri dan seterusnya tidak mengalirkan cas untuk menghidupkan keseluruhan ignition termasuk panel meter,tuangkan air panas untuk bersihkan keladak tersebut.

    Utk pengetahuan saudara bateri adalah komponen paling penting utk ignition,jadi ia semestinya bersih dari kotoran,keladak dan karat bateri .

    ReplyDelete
  54. Anonymous21/8/12

    salam...

    kereta sy mengalami bunyi seperti bearing pecah pada tayar belah kanan.tp bila bawa ke bengkel,pomen xleh detect problem..pomen ckp smua ok.sy guna adjustable.tp hanya belah kanan je yg bunyi.ada cara x nk tau adjustable rosak?sbb majoriti adjustable mmg keras.bunyi tu kdang2 je bunyi..

    ReplyDelete
  55. saudara guna adjustable,

    Adjustable hanya banyak berguna bila semua bush pada roda danarm dalam keadaan baik,jika tidak ia akan menjadikan bunyi lebih ketara.

    Tukar semua bush getah yang berkaitan jika ingin terus menggunakan adjustable.Bush seperti di lower arm depan dan pemegang belakang.

    ReplyDelete
  56. Anonymous21/8/12

    maknanye mmg adjustable tu ker yg problem?

    ReplyDelete
  57. nampak gayanya mcm tulah!

    ReplyDelete
  58. Helo tuan,
    Ingin kepastian mengenai bunyi macam ketukan di bawah sebelah roda kiri dan kanan kereta waja.
    Lower arm,rack end,tie rod end, stabilizer link semua dah tukar. Sampai tak tau nak tukar apadah?
    Tukar keta Jesus kot?
    Minta khidmat nasihat. Thanks

    ReplyDelete
  59. saudara jimmy soboi,

    Bunyi kerosakan pada lower arm hanya bila langgar bonggol atau bump tapi jika bunyi tersebut berterusan berlaku walaupun pada jalan lurus ia adalah bunyi drive shaft dalam yang haus.

    Berikan saya gambaran tepat bunyi tersebut.

    ReplyDelete
  60. Anonymous28/8/12

    salam.. saya nazirul, kereta waja saya ada maslah.. tiap pagi saya nak panaskn enjin,tp pagi ni kereta saya bila start enjin tiba2x mati plak(lebih kurang semput) tp bila lama kelamaan kira enjin da panas, semua da o.k.. apa masalah nya kat kereta tu??

    ReplyDelete
  61. saudara nazirul,

    Waja selalu hadapi masalah fuel pump.Periksa di w/syop mengenai wiring negatif fuel pump waja yang selalunya tidak elok.

    ReplyDelete
  62. roslan4/9/12

    salam..
    saya pening dgn wira 1.5 manual injection saya..2 foremen x boleh pastikan apakah masalahnya..
    masalahnya bila mula2 nak bergerak undur), berbunyi kr gek gek...lepas tu semasa memandu bunyi pula krr krer krerr dlm bhg bawah enjin.. cuma sy dapat kesan apabila ia berbunyi ketika kereta sedang bergerak saya tekan clutch ia senyap.. apa yg rosak tu ..?

    ReplyDelete
  63. saudara roslan,

    Clutch bering saudara rosak atau haus,tukar clutch bering wira tersebut.

    Clutch bering akan berhenti berbunyi kuat bila clutch ditekan adalah tanda kerosakan clutch bering

    ReplyDelete
  64. Anonymous10/9/12

    salam..sy nk tanya mengenai waja sy yg br masalah 2 hari lepas.. masalah pd gearbox..bila sy masuk ke d, lampu n akn berkelip-kelip..bila bwk gear xmula drpd gear 1, tp sy rase gear 3 shj..dan die xbertukar pon..kenapa ye?adakah rosak alat elektronik dlm gearbox shj? adakah s kene tukar gearbox baru?? terima kasih..=)

    ReplyDelete
  65. saudara gear tak tukar,

    Masalah ataupun kesilapan begini adalah masalah gearbox,terdapat komponen yang tidak berfungsi baik dlm gearbox,saudara perlu ke pusat servis proton untuk periksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous30/10/12

      Salam,saya pernah alami masalah nie, ia disebabkan speed sensor.

      Delete
  66. Salam,sy baru tukar fuel pump kereta waja,masalahnya selepas seminggu ada bau minyak petrol dalam kereta saya,ap cara nak atasinya?tq ...

    ReplyDelete
  67. saudara zarifal fahmi,

    Periksa semula fuel pump ,terdapat getah pada kedudukan fuel pump jika ia senget atau tak tetap kedudukannya minyak akan keluar atau meleleh begitu juga dengan 2 hose keluar dan masuk pada fuel pump.

    ReplyDelete
  68. salam,
    apakah faktor2 yg menyebabkan fuel pump rosak.??kereta waja saya dh 3 kali fuel pump rosak...bru pki 4 bln...

    ReplyDelete
  69. saudari diana mariana,

    3 kali? yang biasa berlaku adalah kesilapan wiring yang bersentuhan berdekatan fuel pump.

    Menukar baru kadangkala tidak menyelesaikan masalah wiring ini,minta mekanik periksa sekitar wiring fuel pump ,minta mekanik pastikan tiada yang putus atau bersentuhan sesama sendiri,minta juga mekanik periksa soket penyambung jika pecah atau terbakar minta mekanik gantikan.

    ReplyDelete
  70. saudari yolanda79,

    tuning enjin salah satu cara untuk menstabilkan RPM,jika ketika turun bukit RPM jatuh banyak ini adlah masalah enjin dan perlu lakukan sesuatu seperti tukar plug,air filter dan tuning.

    Selain itu jika seperti gear tkr sendiri walaupun RPM stabil ini adalah juga kerana minyak gear yang kurang,bocor atau tidak elok dan terlalu lama tidak ditukar.

    ReplyDelete
  71. saudari yolanda79,

    ada satu penanda paras minyak gear atas gearbox auto,tarik dan keluarkan,boleh periksa ketika enjin panas atau sejuk,tambah jika kurang.

    Minyak gear yang elok dari castrol.

    ReplyDelete
  72. Assalam..
    Sy nk tnye harga fuel pam waja ni..
    Cap ayam = Rm....?
    Ori= Rm....?

    Tq

    ReplyDelete
  73. saudara shahrizal ayau

    cap ayam sekitar rm150

    ori rm350

    ReplyDelete
  74. salam..saya ada waja auto..masalah saya skrg bila kerata tgh dalam gear D tetiba lampu N menyala berkelip kelip.boleh sesiapa tlg bagitau apa puncanye.pastu gear akan drop menjadi berat

    ReplyDelete
  75. sala..boleh tak sesiapa tolong.saya menggunakan waja auto 1.6.
    masalah skrg bila dalam gear D tetiba lampu N akan menyala berkelip dan gear akan drop..tolong saya kenapa

    ReplyDelete
  76. saudara azremy/bloggerman,

    Masalah shift gear biasa terjadi sebab minyak gear bocor,minyak gear dan auto filter yang kotor.

    Tukar auto filter dan minyak gear,pastikan gasketsekeliling kotak filter tak bocor.

    ReplyDelete
  77. Anonymous8/10/12

    salam, mintak tunjuk ajar sikit pasal masalah gen 2 ni..
    Fuel pump denso baru tukar sebulan, tetiba meter minyak terus K.O tak naik sampai sudah.padahal dh isik sampai terkeluar-keluar dah..
    problem ni ada kaitan dgn fuel pump ke? ataupun apa masalah sebenar? mntak tolong tunjuk ajar. terima kasih..

    ReplyDelete
  78. saudara gen 2,

    minyak tak naik semua masalah fuel pump,periksa fius di kotak enjin dan dibawah kaki driver,cari fius fuel ,jika terbakar tukarkan.

    ReplyDelete
  79. Anonymous10/10/12

    Tuan sord87,

    TQ bagi tips, akan cuba check fuse.
    Klau x boleh jugak kena hantar bengkel la gamaknyer kan..terbang la lagi..

    ReplyDelete
  80. Kalu waja auto trans..lambat nak masuk gear kes ape erk...mcm sangkut2 tambah gear 1 nk masuk gear 2..mnyak gearbox tukar tp sama je..

    ReplyDelete
  81. saudara andy brownson,

    Kena periksa kat mana ada minyak ger bocor,auto filter pun kena tukar bila tukar minyak gear,guna minyak gear penzoil.

    ReplyDelete
  82. Anonymous13/10/12

    Salam. . Nk tnye. . .sy isik minyak. . Full. . Jalan sjauh 10km. Meter minyak xgerak. . Tp bile berhenti skejap pg minum ke ape,dan stat balek. .nk pulang meter minyak trun mendadak. . .trun setak0k. .padahal jalan xjauh p0n. .adakah masalah meter minyak2?nk kate kb0c0ran minyak xad bau minyak. . .xkan kuat sgt minyak.kete standat. . Mintak tl0ng,buntu. . .hm. .

    ReplyDelete
  83. saudara isi minyak FULLL,

    tak mengapa,itu cuma masalah meter pada panel meter,alat tersebut boleh dibetulkan.Jumpa mekanik.

    ReplyDelete
  84. Salam tuan empunya blog,

    Saya jat pemilik waja 1.6 manual dan ada bebrapa maslah mengenai kete sy ni.
    1. RPM kadang2 drop dan kadang sampai enjin mati ketika hendak berhenti.
    2. Speedometer meter x berfungsi, camna nak settle. Fius ke?

    ReplyDelete
  85. Saya jat pemilik kete waja manual. Ada bbrapa masalah nak tanya.
    1. RPM kdang2 drop sampai 500 dan kekadang tu enjin mati terutama waktu nak berhentikan kete.
    2. Speedometer x berfungsi. Apa perlu sy check.

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  86. saudara jatt,

    1.RPM yang drop adalah sebab stepper motor pada throttle body,saya rasa utk waja kena tukar satu throttle body dan pada throttle body ada stepper motor.

    2.Tukar speedometer kabel.

    ReplyDelete
  87. salam..
    kereta saya Waja 1.6 auto. masalah kereta saya adalah apabila saya memandu pertukaran gear seolah-olah tidak lancar. ada rasa macam mengenjut-enjut. masalah ni akan hilang seketika apabila saya cabut wayar bateri dalam masa setengah jam atau lebih kemudian pasang balik. selepas 3 hari masalah ni akan datang balik. saya dh cuba hantar beberapa bengkel, tapi masalah tu ok sekejap je. berdasarkan pengalaman saudara2 apa sebenarnya punca masalah kereta saya ni? apa yang perlu saya buat untuk mengatasi masalah kereta saya ni.. pendapat saudara2 sangat saya hargai dan saya dahulukan dengan terima kasih.

    ReplyDelete
  88. saudara SK Seri Pantai Mersing,

    Masalah mengenjut tidak lancar ni masalah kurang prestasi enjin yang mengurangkan kekuatan untuk gearbox dan biasa berpunca dari plug yang cepat hitam sebab karbon dari kabel plug,plug dan air filter juga disebabkan oleh pecah wayar api (jika ada).

    Masalah ini boleh diatasi dengan tukar kabel plug ,plug dan air filter

    ReplyDelete
  89. Anonymous28/10/12

    Assalamualaikum.... Saya iskandar... Mengenai masaalah proton waja mt 2003. Start engine dia bergegar... Pasang air cond lg kuat bergegar.... Bile jalan ok... Tapi nk berenti msti gegar.... Seakan engin nk mati.. Bile kipas aircond pusing dia ok...Exzos pun keluarkn bunyi seakan semput..... Adakah disebabkn cable plug atau plug atau benda lain...

    ReplyDelete
  90. saudara iskandar,

    Ini masalah throttle body,sebaiknya tukar throttle body.Boleh juga menggunakan repair kit untuk servis throttle body.

    ReplyDelete
  91. salam tuan.. saya pakai waja tahun 02, auto.. dalam dua tiga hari ni saya rasa yang kereta saya lambat tukar gear la...kenapa ya...masalah lain tiada... masa bawka xde sengguk2, atau bunyi2 pelik... gear lambat tukar... kenapa agaknya ya.. tq

    ReplyDelete
  92. saudara ahmad hafiz pelu tukar minyak gear dan autofilter,periksa juga jika ada kebocoran minyak gear dimana-mana.Jika boleh tukar sekali speed sensor pada gearbox.

    ReplyDelete
  93. Salam tuan,

    Saya ada masalah dengan waja saya tahun 2005. Bila drive kat jalan tak rata ada bunyi krek..krek.. panjang kat dashboard kanan. bunyi macam besi bergesel tapi bila jalan cantik bunyi tu hilang.. lagi 1 bila drive dalam 110km/h ada bunyi angin masuk kat sebelah driver... apa masalah nya ye? TQ

    ReplyDelete
  94. saudara world weblogs

    Periksa skru dashboard dihujung driver ada skru longgar,sebab tu bunyi gesel besi.

    2.Ada getah pada sebelah bawah kaki driver yang menutup kabel speedometer,psangkan semula jika tercabut.angin masuk dari situ.

    ReplyDelete
  95. Anonymous6/11/12

    Salam. Nak tanya kalau power window wira driver & sebelah dua-dua tak leh naik dan turun, apa yang rosak ya? nak repair agak2 bape harga?

    ReplyDelete
  96. 1.Periksa fuse pada kotak hitam dalam enjin yang bertanda front window,gantikan jika putus

    2.Window regulator boleh rosak jika terbelit atau motor rosak

    Masalah saudara saya rasa hanya relay dan fuse yang rosak,baiki sekitar rm100 sahaja.

    ReplyDelete
  97. Assalamualaikum WBt semua dan salam sejahtera.
    Tuan Blogger,

    Saya Che Mad empunya proton waja tahun 2001 (premium)1.6 auto.
    1. Dua Minggu lepas kereta terkena banjir tp tak teruk sgt.Saya pun jemur kereta kerana karpet basah.Lepas tu bila saya on lampu,kedua-dua lampu besar dan lampu high beam tidak hidup tapi lampu kecil hidup kedua-duanya.Lepas sehari kemudian saya cuba semula lampu besar high beam hidup dan yg satu lagi masih tidak hidup.Sehari kemudian pula kedua-duanya mati sampai sekarang.
    2. Baru 3 bln tukar penutup tangki air kerana bocor beserta serta service.Tapi sekarang air cepat panas.
    3. Aircond tidak berfungsi bila kereta berhenti.Bila cek kipas tak berpusing tapi bila kerata berjalan kipas berpusing dan aircond ok.

    Pohon bantuan tuan. Sekian,wassalam.

    ReplyDelete
  98. sambungan..
    Berkenaan lampu tu saya dah cek semua fius yang semuanya masih elok.

    ReplyDelete
  99. saudara che mad che abdullah,

    Periksa kotak hitam dalam enjin,tekankan semua relay,supaya kedudukaknya elok.

    Biasa terjadi begitu untuk kipas radiator dan lampu,ada kemungkinan wayar berdekatan fius bawah kaki driver kena air jika ada peniup angin sembur sedikit untuk keringkan wayar bawah kaki driver.

    ReplyDelete
  100. Terima kasih tuan blogger.
    Cuti sekolah ni saya hendak buka semua karpet kalau panas bolehkah saya jemur kereta itu?.
    wassalam.

    ReplyDelete
  101. Boleh che mad tak jadi masalah.

    ReplyDelete
  102. Salam empunya blog...
    kereta waja yang saya gunakan mempunyai masalah susah nak start. bunyi crank ada tp x enjin xnak hidup. kereta saya 2 minggu x start so battery weak dan rosak. dah ganti battery baru dan 'reset battery', dah isi minyak tp meter x naik, alarm sistem xder mslh, throtle dah servis x mslh tetap x solved...so adakah masalah ini disebabkan fuel pump rosak jg? ataupun ada kaitan dengan sistem keselamatan proton atau "computer box"...kereta waja model 2003...tk

    ReplyDelete
  103. saudara deby rustman matimpan,

    kebiasaannya waja akan mengalami kerosakan fuel pump bila lama tak start,keluarkan satu kabel dari plug,masukan plug lain dan sentuhkan pada body enjin,jika api pada plug ada ,dah tentu fuel pump yang rosak,minyak tak naik.

    ReplyDelete
  104. Salam tuan, kereta saya waja manual 2001. Masalah saya Karpet di bahagian driver basah ada air meresap masuk daripada bawah dashhboard. Sy tak pasti punca. Saya telah ke worksyop dan foreman telah servis accond dimana ada air bertakung disebabkan saluran keluar air aircond tersumbat. Tetapi masalah ini masih ada dan carpet akan kembali basah setelah kering dijemur. adakah punca lain masalah ini.Minta nasihat tuan.terimakasih

    ReplyDelete
  105. saudara suhaimi,

    Saya rasa masalah yang sama cuma ada kemungkinan kedudukan kotak cling coil telah menakung air dan menyebabkannya tidak habis dibuang dan meleleh dari regangan hose penyambung air keluar,periksa semula dan minta mekanik perbetulkan kedudukan kotak ciling coil supaya air aircond habis keluar bila bertakung.

    2.Saudara perlu juga perhatikan adakah waktu hujan saja air banyak bertakung pada carpet,jika demikian getah pintu saudara telah haus dan perlu ditukar,itupun jika air yang bertakung bukan datang dari a/con

    ReplyDelete
  106. Salam. Waja saya tahun 2004. Baru2 ni ada leaking minyak itam. Dah bawak jumpa 2 org pomen utk settle kan problem ni. Diorg kata bukannye masalah enjin, tp bila diorg check, leaking tu berpunca dr lubang skru minyak itam yg kt bawah enjin tu dah loose (besar). So solution nye diorg kata kena buat lubang utk besarkan lubang asal tu dan pakai skru besar pulak. Betul ke mcm tu solutionnye? Harap boleh selesaikan masalah saya.

    ReplyDelete
  107. Diorang tak tebuk lubang lain cikgu,cuma diaorang gunakan skru sedikit besar dan bina benang baru pada tangki munyak hitam tersebut,tak mengapa ini biasa dilakukan oleh mana2 pomen untuk mengelakan dari kena tukar oil sump lagi tinggi kosnya,Lagipun buat begitu boleh menahan minyak hitam lebih elok dari bocor.

    ReplyDelete
  108. epul87...
    sy bru je pakai waja second 2003mt.mslh sy brkenaan fuel pump meter.meter minyak berfungsi semasa baru start enjin shja.tu pun bila paras myk lbh dr spruh.meter myk tu hye brtahan x smpai seminit lps start enjin.pomen srh sy tkr fuel pump.brkenaan enjin xde mslh,semua brfungsi dgn baik..solution ape yg prlu sy buat?

    ReplyDelete
  109. saudara saiful md suhaimi

    jika meter minyak ada masalah saudara boleh tukar meter minyak tersebut dapatkan dari alatganti kereta.

    2.Fuel pump tiada kena mengena dengan meter minyak jika enjin hidup tanpa masalah

    ReplyDelete
  110. Anonymous20/11/12

    salam...
    tuan, sy bercadang nk pakai waja auto 2nd...sy xpandai pasal kereta...so nk mintak nasihat tuan,,,apa yg perlu sy chek masa nk bli keta 2...t.ksh

    ReplyDelete
  111. saudara yang bertanya,

    1.Periksa enjin,buka penutup minyak enjin,minyak enjin berbau hangit jika enjin sudah sampai tahap perlu di overhaul

    2.Jika boleh test drive pusingkan keseluruhan roda semasa corner,bunyi ketukan kuat bila membelok d/shaft dah rosak.

    3.Power stereng akan berbunyi jika dipusing ketika enjin hidup bermakna ada bocor power stereng

    4.Periksa tayar untuk lihat bunga tayar,kesan tiada bunga pada tepi tayar memberi makna alignment/balancing tidak elok

    5.Stereng yang terlalu mudah bergoyang ketika membelok adalah kerana rod dan tie rod end yang dah lusuh

    6.Pusingkan stereng ke penghabisan ketika enjin hidup,saudara boleh lihat minyak menitik atau gris terpancut2 pada tepi tayar jika terdapat komponen bocor atau rosak

    7.A/cond bila dihidupkan tidak bunyi berdesir,jika berbunyi demiki an ia menandakan kompressor yang semakin sampai had perlu tukar.Periksa suis suhu a/cond berbunyi ketika enjin hidup dan kipas a/cond berpusing elok.

    8.Pastikan tanya penjual bila kali terakhir tukar timing belt,servis minyak hitam,tukar autofilter dan air filter serta plug

    9.Lampu brek,signal,lampu dalam kereta,radio dan suis alarm berfungsi jika dihidupkan

    10.Kerusi depan dan belakang tidak bergoyang bila duduk dan semua pemegang untuk selaraskan kerusi boleh digunakan.

    ReplyDelete
  112. Anonymous21/11/12

    TERIMA KASIH TUAN!
    maklumat dan panduan ini amat berguna kpd sy...semoga allah merahmati tuan...terima kasih sekali lagi..
    wassalam

    ReplyDelete
  113. Anonymous27/11/12

    Sekadar berkongsi...
    Waja Auto....

    Setakat ni problem dier antaranyer...

    1. miyak melimpah bila isi penuh
    --> tukar host yg menghubungkan muncung tangki ke tangki. kos krg dari rm100...

    2. rpm x menentu kejap ok kejap tak lbh2 time aircond on --> servis throote body dan buat tune engine kat proton sc... kalo x leh jugak throotle body kene repair... biaser rosak kat stepper motor dier... tp org biaser tukar baru terus satu set throotle body tu.... kos rm600 ke rm1500 (kalo kat proton)


    3. Fuel pump.... simptom awal kereta semput2.... then mula jd berat mcm x jalan cukup pinston... peringkat kritikal.... sesuka hati dier akan berhenti tgh2 jalan....
    fuel pump punyer harga rm500 ke atas...

    kesimpulan byk prob dekat bhg innjection petrol shj... so far yg lain tu x la teruk sgt... mcm kete lain jugak... kos utk repair masalah ni pun bwh 3,000 overall.... 10 tahun sekali... tp x kan nak pakai sampai 20 thn kan....

    so pemilik2 waja.... stanby la sejumlah ni untuk merawat sistem injection waja kesayangan anda...

    ReplyDelete
  114. Salam..nak tanya cikit.sy pakai waja auto 04, masalah kereta sy, bila membelok ke kanan min 90º degan kadar yg pantas..akan ada bunyi hentakan membalik pada tayar sebelah kiri..bila stering hendak di luruskan semula.kadang2 mcm sebelah belakang..kekadang mcm depan.. stering akan terasa berat kesebelah kanan selagi bunyi hentakan itu belum terjadi...bila bunyi hentakan terjadi stering bergegar dan stabil macam biasa..tolong jelaskan apa masalah kereta sy..dah 3 bengkel sy pegi dan test drive..semua xtau ape masalah..bunyi semacam absober terkeluar bila membelok pastu dia membalik dgn hentakan.. ape masalah dan berapa kos? Bengkel tuan dekat mane? Terima kasih atas. Penjelasan.

    ReplyDelete
  115. Salam tuan.sy mazlan pakai waja auto 2004. Masalah waja sy bila membuat pusingan kesebelah kanan dgn kadar pantas min 90º. Akan ada bunyi hentakan membalik pada tayar sebelah kiri bila stering hendak di luruskan..kekadang mcm sebelah belakang dan kekadang mcm depan. Mcm bunyi absober yg terkeluar bila membelok dan membalik bila di luruskan stering. Stering akan teras berat kesebelah kanan selagi bunyi hentakan tidak berlaku.. ape ye. Masalahnya. Sy dah pegi 2 bengkel..tapi xtau ape masalah nye...tolong jelaskan dan berapa kos? Tuan ade bukak bengkel kat mane? Terima kasih segala penjelasan.

    ReplyDelete
  116. saudara mazlan,

    masalah ini masalah housing d/shaft yang dah longgar biasanya d/shaft dalam kat gearbox,jika tukar ,tukar sebatang(dalam dan luar) ,jika belok kanan maknanya sebelah kanan.

    ReplyDelete
  117. saudara mazlan,

    kos sekitar rm 350 sebatang

    ReplyDelete
  118. Pejai2/12/12

    assalam. Bagaimana untuk kekalkan performance enjin & prestasinya semakin kurang. Untuk penjimatan pula, Ada cadangan?

    ReplyDelete
  119. saudara pejai,

    mengekalkan prestasi kereta adalah dengan menukar minyak hitam,oil filter,air filter ,fuel filter,plug dan minyak gear tepat pada waktunya.

    Kegagalan berbuat demikian menyebabkan karbon berkumpul dan mengurangkan prestasi enjin dan memerlukan top overhaul untuk kembali asal.

    Penjimatan juga demikan selain dari mengekalkan keadaan roda yang ringan dan mengurangkan beban dalam kereta,menukar air filter dengan kerap dan membersihkan ruang kotak filter(basuh air dsbnya) adalah cara terbaik menjimatkan petrol kerana udara ruang pembakaran yang bersih membantu minyak mengalir pada kadar yangt sedikit dan kekal sebegitu tanpa menggunakan kuasa tambahan untuk membakar petrol.

    ReplyDelete
  120. Anonymous4/12/12

    salam......
    nak tanya macam mana untuk menukar motor power window pada kereta waja?....
    terima kasih

    ReplyDelete
  121. buka cover pintu,buka skru power window,buka skru motor power window,ringkasnya buka dulu baru tahu,pastikan soke buka semua,power window waja dan motor 2 set berlainan.

    ReplyDelete
  122. Salam tuan, saya ada waja campro manual akhir tahun 2007, masalah waja saya ni dah 2 kali clutch plate, 1st jenis aisin tahan 6 bulan selepas itu tukar exceedy. Baru ni bawak time jem setelah clutch pad dipijak beberapa kali, dan saya tekan minyak power@ perginya tak sama dgn minyak yg ditekan. Untuk makluman tuan flywheel dia dah skim 2 kali,sekali terbakar...apa masalahnya...harap dapat dibantu...
    Terima kasih

    ReplyDelete
  123. saudara restoran,

    ada lebih baik jangan skim lagi flywheel,saudara dapatkan gearbox yang lain,sebab flywheel yang dibaiki tidak akan bertahan lama.

    Cluth jtertanggal dari flywheel dengan mudah dan tidak mencengkam adalah masalah yang sebenar.

    ReplyDelete
  124. Anonymous11/12/12

    salam... en ada buka bengkel tak... boleh tahu alamat dan contact no tak...... tq

    ReplyDelete
  125. Anonymous11/12/12

    leh bg alamat bengkel dgn contact no tak....

    ReplyDelete
  126. Anonymous11/12/12

    kenapa bila start kereta awal pagi, rpm saya bergerak bukan pada rpm 0 sepatutnya waktu pulas kunci nak hidupkan kereta. Apa masalahnya. Bunyi fuel pam kancil kat mana bubyinya.

    ReplyDelete
  127. jika rpm meter rosak ,penunjuk akan menunjuk bawah dari 0

    2.fuel pump kancil sebelah kanan(jika lihat lepas buka bonet enjin) dalam enjin berwarna emas.

    ReplyDelete
  128. Salam tuan terima kasih dengan jawapan, saya ada beberapa soalan lagi, 1.jika gearbox perlu ditukar, berapakah harganya, potong @ baru?

    bolehkah kalau ditukar sahaja flywheel yang baru untuk waja campro manual...dan berapakah harganya...terima kasih dengan bantuan tuan

    ReplyDelete
  129. saudara restoran,

    gearbox potong sekitar rm2000 dan baru mencecah rm5000.

    2.boleh tukar flywheel ,kena cari kedai gearbox

    ReplyDelete
  130. terima kasih tuan...bagaimana kita nak membezakan flywheel recond yang belum di skim atau sudah di skim berkali2...semoga Allah membalas jasa tuan dalam pencerahan bab ini...

    ReplyDelete
  131. saudara restoran,

    skimming ni biasanya hanya machinist saja yang boleh mengukur ketepatan dan berapa banyak kali telah diskim menggunakan alatan machinist.

    Tetapi dengan mata kasar ia nampak seakan2 nipis dan kedudukan plate bergoyang dan sedikit longgar,

    ReplyDelete
  132. Anonymous13/12/12

    1. Apakh yg dmksdkn dgn transmission control unit(TCU) pd prpton waja?

    2. Apakah tnda2 krosakan TCU?

    ReplyDelete
  133. transmission control unit mengawal bermula dari transmission solenoid dalam auto filter dan iany sukar rosak berbanding transmission solenoid kerana ia hanya menterjemahkan isyarat dari transmission solenoid dan sensor yang berkaitan auto transmission.

    Jika slip gear atau susah masuk,gear lompat adalah kebanyakannya transmission solenoid problem.

    ReplyDelete
  134. salam...

    saya ingin bertanyakan mengenai masalah kereta waja saya.....alarm kereta selalu berbunyi... selepas lebih kurang setengah jam alarm kereta ,kadang2 x menentu waktu..

    ReplyDelete
  135. saudara sounds pretty good to me,

    Selain dari bateri remote alarm tersebut yang habis alarm juga berbunyi jika bateri kereta tersebut hampir lemah.

    ReplyDelete
  136. Salam, model waja 1.6 Auto 2004. masalah saya,
    1) lampu gear R menyala bila kereta bergerak (D), kadang2 bila signal menyala pun lampu R hidup gak.. g kat proton check ECU ok ( bro pakai je dulu, ok ni) pesan pomen tu..
    2) kadang2 berbau petrol, terutama bila baru lepas isi minyak ( tak tau sama ada masalah ni berkaitan dgn masalah pertama

    tq.

    ReplyDelete
  137. Salam tuan, waja (A) 2004.
    masalah saya..
    1. lampu gear R menyala semasa dalam mode D, dah g proton service ECU ok (katanya la, siap bole suruh pakai je) baru2 ni bila bagi signal lampu R pun ikut berkelip2.
    2. bau petrol yg agak kuat terutama lepas isi, hos minyak ok tak bocor..

    tq

    ReplyDelete
  138. saudara its me,

    1.suis untuk lampu pada gear terletak bawah panel,ada kemungkinan connection tersebut ikut sekali bergerak ketika masukan gear,perlu periksa connection soket pada panel gear.

    2.kedudukan fuel pump terletak dibawah seat penumpang belakang waja,minta mekanik buka kerusi belakang lihat getah sekeliling fuel pump,betulkan kedudukan jika tak rapat.

    ReplyDelete
  139. Anonymous31/12/12

    Salam,tuan saya pakai waja 1.6m. Kereta berjln tibe2 clutch jadi loose tak boleh masuk gear. Apa masalahnya and berapa kos diperlukan?

    ReplyDelete
  140. saudara waja 1.6,

    Clutch pump dah bocor,tukar clutch pump sekitar rm200

    ReplyDelete
  141. Salam Otai Waja

    Kereta tahun 2001, Auto MMC.
    Radiator Baru tukar. Top overhaul dah buat.( Ganti valve 4 batang )

    Masalah bila kereta bergerak or dalam keadaan idle, Tidak On a.cond..selang 15 mnt temperature enjin akan naik..tetapi biler On a.cond temperature normal xda naek or turun. apakah masalahnya? minta tnjuk ajar..terima kasih

    ReplyDelete
  142. salam saudara mohd hidayat,

    Pada kebiasaanya sensor coolant pada hose tidak berapa elok,dapatkan sensor coolant yang lain.

    ReplyDelete
  143. Salam...
    saya syahril.
    saya nak tanya, saya ada waje thn 2001 auto. masalah saya meter minyak langsung tak naik. kira2 dah setahun jugalah meter minyak tak naik. tapi kelancaran pada kereta takde masalah, tak pernah mati tgh jalan.

    adakah feulpum rosak atau pun cuma wiring pada feulpum sahaja.

    tolong bantu saya.
    TQ

    ReplyDelete
  144. halim8/1/13

    salam.. saya nak tanya mengenai masalah proton waja saya tahun 2005. masalahnya mcm ni, bila saya layan koner lap enjin mati, saya pun dah pening memikirkan masalah ni.tapi kalau minyak fuel tin xder masalah yg jadi masalahnya bila minyak di level tengah belum e lagi bila koner lap je enjin mati...boleh tak saudara selesaikan masalai saya...

    ReplyDelete
  145. saudara halim,

    masalah ini biasa terjadi,ini disebabkan oleh fuel pump saudara yang berhenti sebab wayar yang tidak betul kedudukan dan mungkin terkena minyak ketika membelok,buka fuel pump pada seat belakang dan ketatkan soket dan kedudukan wayar penyambung pada fuel pump.

    ReplyDelete
  146. saudara Ahmad Ayahril Zainuddin,

    Petrol float atau fuel float terletak dalam tangki minyak,tukar alat tersebut,dapatkan alat tersebut dikedai alatganti.

    ReplyDelete
  147. Kete sye xley start pas2 jam tbe2 reset blek ke 0000 gan signal kanan tibe2 mnyale n radio xley idop.. Knpe eh?

    ReplyDelete
  148. saudara hadi,

    Bateri weak dan alternator yang tak berfungsi akan ada tanda sebegini.

    ReplyDelete
  149. Assalam. Saya nak tanya pada admin... saya drive waja 1.6(auto)2001. Masalah yang saya hadapi adalah.. lampu kuning menyala ketika kereta dipandu dlm rpm rendah dan menyebabkan kereta terhenjut2. Selain itu, apabila saya drive dr kelajuan tinggi dan tiba2 kembali pada kelajuan rendah, enjin pun terhenjut2 jugak.Keadaan ini menyebabkan saya akan memberhentikan kereta dan off enjin...lepas tu pergi ke N dan start balik lampu kuning padam dan memandu seperti biasa....enjin ok balik...saya dah tukar Crank Angel sensor minggu lepas...ada mcm ok sikit tp still jugak berlaku...persoalannya..??

    adakah berlaku masalah pada fuel pump?
    masalah pada cam positon sensor?
    masalah gear box?
    plug? distributor? cable plug?

    tq admin...

    ReplyDelete
  150. saudara fizul perlu periksa jika terdapat pecah pada kabel distributor dan plug.

    tukar kabel plug adalah lebih baik.

    ReplyDelete
  151. Anonymous27/1/13

    Akum.Saya dah guna kenderaan waja saya selama 11 tahun.Masalah fuel pump problem tak penah.waja saya reg 2002.utk mengelakan drp.fuel pump problem ialah jgn sampai meter. Minyak pada aras level amaran (merah)
    T.kasih

    ReplyDelete
  152. Salam tuan,
    Masalah saya ni baru berlaku hari ni...masa tengah jalan tetiba kereta waja campro CPS saya ni jerking macam habis minyak...tapi dalam 2 saat lepas tu macam minyak petrol masuk balik and kereta berjalan seperti biasa...paling kerap berlaku bila kereta naik bukit...kereta bila dimatikan and start balik memang senang...takde masalah susah nak start pun...saya dah tukar fuel filter...dah masukkan injector cleaner dalam tank and dah pakai minyak 97 tapi masalah ni dtg juga...adakah ini masalah fuel pump?

    ReplyDelete
  153. Salam tuan...
    Masalah saya ni baru berlaku hari ni....masa tengah bergerak tetiba je kereta waja campro CPS saya ni tersenggut-senggut (jerking) tapi dalam 2 saat lepas tu kereta okey semula dan ia berterusan berlaku...paling teruk bila naik bukit seolah2 minyak langsung tak masuk....saya dah tukar fuel filter tapi masalah ni berlaku juga...kemudian saya masukkan injector cleaner ke dalam tangki petrol and pakai minyak ron97 and masalah jerking ni macam dah selesai tapi kereta pulak rasa macam takde power, berat and engine agak mengaum...adakah ini masalah fuel pump? Untuk makluman, kereta memang amat senang dihidupkan tidak kira masa panas atau sejuk...

    ReplyDelete
  154. salam bos... nak tanya tentang waja.. masa rem minyak kereta bergerak.. meter rpm, speedo, temp ngan minyak turun ke 0.. pastu naik turun bila tekan minyak gi.. pening kepala dah ni bos?

    ReplyDelete
  155. salam bos... nak tanya tentang waja.. meter rpm speedo temp minyak tetiba drop 0 pastu naik balik.. banyak kali jadi... bila tekan minyak dia drop.. pastu naik balik... masa kereta bergerak... masa meter drop enjin ok je... agak2 apa masalah ye bos... TQ

    ReplyDelete
  156. @aYyAdTukar throttle body atau stepper motor

    ReplyDelete
  157. @Mohd Riza Sitam2 sebab utama waja biasa jadi demikian pertama sebab fuel pump yang hampir rosak dan wayar yang putus pada fuel puum.Kedua sebab throttle body dan stepper motor yang rosak atau patah gigi

    ReplyDelete
  158. @sord87
    saya wan pengguna waja 2002, tayar depan waja saya ni asyik berbunyi bila lalu jalan x rata atau langgar bump.baru2 ni saya da tukar drvi shaft, streering rack.bunyi datang dari kiri dan kanan sepeerti ada benda yg longgar.ape benda yg nak tukar asal bunyi tu hilang?

    ReplyDelete
  159. @sord87 saya pemilik waja 2002.saya ada masalah dgn tayar bahagian hadapan. bila lalu jalan tak rata atau langgar bump ia akan mengeluarkan bnyi seperti ada benda yg longgar di seblah kiri mahupun kanan.baru2 ni da tukar steering rack dan drve shaft tapi masi tak selesai lagi masalah.harap tuan dpt membantu..

    ReplyDelete
  160. @af wanDrive shaft luar hanya akan berbunyi bila membelok jika ia rosak manakala steering rack melibatkan bergoncang stereng dan lower arm akan membuat bunyi bising jika ia haus atau rosak.Tukar lower arm saudara jika bunyi berat sebelah kanan dan begitu juga sebaliknya.

    ReplyDelete
  161. @sord87Salam semua saudara dan saudari ku kereta waja cempro 06 adakah mengunakan cip (immobilizer) masaalanya sekarang kereta ak x bole start sampai lah sekar dah 3 hari tersadai bawa pokok... dah chek keta smua ok tapi bila start langsung x de bunyi...! ada kh masala saya ni pada kunci...? minta jasa bain anda semua tolongggggggggggggggg

    ReplyDelete
  162. @sord87 salam kereta waja 1.6 campro masala bila start langsung x de bunyi bila saya cek smua ok...apa masaalanya?

    ReplyDelete
  163. @Ayub89Starter ada masalah Gunakan wayar ada relay khas untuk starter dan pasangkan,Pastikan semua lampu meter hidup jika kunci dihidupkan,

    ReplyDelete
  164. Anonymous8/2/13

    hello bos..

    semlm sy dh hntr waja ke proton service centre utk tkar mounting dn tkar minyak gear. masalah kereta sy, gear N berkelip2 msa tgh drive. pomen kata hanya tkar minyak yg kotor.. tpi pgi tdi msalah itu msih berlaku.. apa masalah sbenarnya?? tq

    ReplyDelete
  165. @AnonymousBlinking pada panel gear N dsbnya adalah masalah sensor dalaman ataupun pada gearbox.Speed sensor perlu ditukar dahulu.

    ReplyDelete
  166. Anonymous9/2/13

    aircorn waja 2002 ble xbergerak xsejuk..ape punce nye? ble bejalan aircorn ok.

    ReplyDelete
  167. @AnonymousKompressor akan mempunyai kuasa mampatan gas kira2 50 peratus sahaja adalah rosak.Dapatkan kompressor yang lain.

    ReplyDelete
  168. salam tuan,
    kereta waja sy ada masalah bila enjin dihidupkan waktu pg enjin akan hidup sekejap saja lepas tu enjin akan mati balik bila dihidupkan enjin seakan bergegar dsn semput apa masalah enjin kereta sy tu . tq

    ReplyDelete
  169. @Zamri Othmanmasalah throttle body,tukar atau servis

    ReplyDelete
  170. Anonymous14/2/13

    Nasa Atf dexron iii sesuai x utk waja campro auto?

    Auto filter ada x pada waja campro auto?

    ReplyDelete
  171. @AnonymousAtf dexron adalah yang biasa digunakan oleh mana2 kereta Malaysia.

    2.Auto filter ada pada semua kereta automatik.

    ReplyDelete
  172. @yolanda79Hanya perlukan auto filter dan minyak atf saja,didalam autofilter terdapat gasket untuk tangki minyak gear.

    ReplyDelete
  173. hasbullah17/2/13

    salam tuan..
    saya hasbullah.
    harap tuan boleh bagi tunjuk ajar pada saya dan pembaca yg mempunyai masalah yg sama.
    kereta waja auto tahun 2002. problem dia adalah air dalam tangki air sentiasa kering. kalau jalan dalam 300 km sure kena tambah dekat 500 ml,hari-hari pun kena cek.pernah on the way,meter temp naik,bila berhenti dan tambah air ok balik. Tangki air baru servis, water pump baru tukar,mana-mana water leaking tidak kelihatan.
    Beberapa pomem cakap kena tukar gasket head. betul ke?
    atau lain-lain pandangan tuan..
    terima kasih

    ReplyDelete
  174. @hasbullahJika saudara hasbullah pernah mengalami temperature naik sehingga tahap merah,gasket head sebenarnya telah pecah,walaupun banyak komponen sistem penyejukan seperti water pump,radiator dsbnya telah ditukar atau dibaiki.

    2.Akantetapi jika apa yang saya sebutkan diatas tidak berlaku, tetapi meter tetap menunjukan panas dan air sentiasa mengering thermostat terpaksa ditukar dan air harus dflush atau dibuang keseluruhannya dan gantikan dengan air baru dan coolant yang lebih berkualiti seperti coolant nissan atau mercedes.

    Ini kerana Waja mempunyai sistem pusingan kipas aircond dan radiator yang menggunakan sistem switch dan pembuatan enjin demikian pada pengalaman saya tidak baik berbanding wira.

    4.lakukan apa yang saya sebutkan di no 2. adalah jalan penyelesaian yang boleh digunakan setakat ini.

    ReplyDelete
  175. Anonymous18/2/13

    Salam tn..
    Dr apa yg syg thu..waja mggunakan gearbox dgn sistem invecs ii dr mitsubishi,apakh yg dmksdkn dgn invecs ii?

    ReplyDelete
  176. @Anonymousmungkin saudara boleh dapatkan info dari http://en.wikipedia.org/wiki/INVECS#INVECS-II.

    Ia sebenarnya automatik yang lebih selamat

    ReplyDelete
  177. Anonymous19/2/13

    @sord87
    terima kasih tuan
    saya akan cuba nasihat tuan
    jazakallah hu khairan kathira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous22/2/13

      salam encik, sy ada waja auto 2004 masalah kereta sy ni bila bwk lepas stering atau kedudukkan stering lurus kehadapan pn dia akan lari sebelah kiri.sy sudah tukar tayar baru dan buat elemen tetap sama jugak. blh encik terangkan masalah kereta sy ni?

      Delete
  178. @AnonymousMasalah begini masih lagi masalah alignment,saudara perlu cari w/syop yang benar2 pandai melakukannya,saya biasa mengalami masalah begini pada semua kereta yang saya pandu,tal semua wsyop alignment baik perkhidmatannya

    ReplyDelete
  179. salam encik.proton waja saya pun ad msalah mati tengah jalan.bila hidup tekan minyak die mati balik.bwak bengkel cina tu ckap fuel pump.hrga smua tukar rm850.memang fuel pump tu mahal ataupun kedai yg saya bawak tu mahal?

    ReplyDelete
  180. @Fasharulfuel pump waja ada 2 jenis di kedai alatganti dan harganya berbeza satu mahal dan satu biasa harganya sekitar rm1oo++.

    ReplyDelete
  181. Anonymous3/3/13

    asalamualaikum..bro nk tnya skit..nape bila kte pasang acon dan masuk gear mter turun sehingga enjin nak mati..utuk mkluman sya pakai kte waja taun 2000...sekian

    ReplyDelete
  182. @Anonymousgantikan alat a/cond yang dipanggil FICD

    ReplyDelete
  183. Anonymous4/3/13

    nk tnye..kete sy waja 2002 auto, masalah dgn gear.. ble mule masok gear D ade cm hentakkan ble nk start bergerak..pastu ble gear 1 nk masok ke gear 2 macam susah je nk msok. pas tu ble masok ade hentakkan jgak.. baru2 nie plak gear 2 nk msok gear 3 plak ade hentakkan gan lmbt je nk masok gear.. ape masalah kalo jdi cm nie? gearbox ke? mntk tolong penjelasan admin..tq

    ReplyDelete
  184. @Anonymoustorque converter kereta tersebut ada masalah,tukar torque converter

    ReplyDelete
  185. Anonymous5/3/13

    Torque converter ade pada bahagian mne? Brape kos kalo tukar bende tu?

    ReplyDelete
  186. @Anonymoustorque tersebut ada dalam gearbox,kos tukarnya sekitar rm350

    ReplyDelete
  187. Anonymous20/4/13

    sy nk tanya..bila pusing steering kiri n kanan, bunyi kruk..kruk..kruk. aad ckp lower arm, ad ckp drive shaft. steering rack,front wheel bearing.. mna stu btul neh..?? keta waja 1.6

    ReplyDelete
  188. @Anonymousstereng bila dipusing kekiri kedengaran bunyi seperti itu pada roda bermaksud d/shaft kiri dah rosak begitu juga bila dipusingkan kekanan.Akantetapi jika waktu bergerak lurus bunyi kruk tersebut tetap ada ini bermaksud d/shaft dalam pada gearbox rosak.

    Jika melanggar bonggl bunyi seperti terhentak itu tandanya lower arm rosak.

    ReplyDelete
  189. Anonymous16/5/13

    Assalam.sy asri

    Masalah saya pd keta waja l sy ialah bila start engin..dalam 3 sec mati..start n trus mati..sy pegi check computer..ada tulis timing sensor..sblm ni sy ada ganti pully..yang lama bergoyang..pastu grand sharpe keta saya ada makan cikit..sy dh tukar timing sensor yang baru..tp tetap sama jugak..minta admin bg jalan utk keta sy..sy dh pening..modal byk dh kuar..tpi keta xelok2..

    ReplyDelete
  190. @Anonymoustiming sensor tersebut mungkin tidak elok gantikan dengan yang lain.

    ReplyDelete
  191. Assalamualaikum,

    Nak tanya, Saya pakai Kereta Waja auto o1, Meter minyak dah x naik walaupun minyak penuh. antar bengkel katanya feulpump & meter elok.

    ReplyDelete
  192. @azwan mahyuddinkalau fuelpump dan meter ok maknanya float dalam tangki rosak atau tidak berfungsi,keluarkan float dan periksa

    ReplyDelete
  193. Salam. kipas radiator waja auto 2005 terus putar lepas enjin dimatikan. sya terpaksa cabut cable ke kipas ini. tq

    ReplyDelete
  194. Saudara Azwan, sya punyai masalah yg sama, penunjuk jarum minyak tak fungsi. Dulu tukar fuel pump, ok. Pas 6 bulan jd lagi. Puncanya, jarum dlm fuel pump x gerak/stuck kt pcb. Dh malas nk.tukar fuel pump, skrng reset meter setiap kali isi minyak penoh, lepas 300km isi penoh lagi & reset odometer lagi.

    ReplyDelete
  195. @Athar Alithermostat dah rosak,tukar lain thermostat

    ReplyDelete
  196. Anonymous21/5/13

    Salam...tumpang tanye...waja saya mmg bermasalah sekarang ni...sengguk2 die bkn lagi brpunca dr masalah fuel pump...tapi coil plug...then, patut tak saya tukar coil plug, plug n cable plug or cukup sekadar coil plug sahaja? then, aircond blower saya problem n brbunyi cam cengkerik dah...patut tukar beraring blower 2 ke or tukar je 1 set blower 2 terus? brape harga aircond blower 2 ye??? tq

    ReplyDelete
  197. @Anonymous1.Kabel dan plug coil lebih baik ditukar,sengguk biasa terjadi akibat ada sambungan kabel yang pecah.
    2.Tukar blower motor sekitar rm200

    ReplyDelete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,