Mekanik kereta: Sumber kuasa untuk enjin
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Dec 14, 2011

Sumber kuasa untuk enjin

 

Olehkerana kita ni tinggal dalam Malaysia  yang berbilang kaum dan bangsa  jadi pada mereka yang menyambut hari natal  Selamat hari Krismas yang akan menjelang pada 25 haribulan december ini,dan pada mereka yang bercuti pada 25 dec ini Selamat bercuti dan hati2 bila memandu.

Sumber kuasa adalah amat penting dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan.Sebuah kapalterbang,kapal selam,keretapi,jentolak,robot,mesin malah manusia memerlukan sumber kuasa untuk menjalankan aktiviti2 seharian.

Dalam sebuah kereta sumber kuasa utama adalah bateri,olehkerana bateri menjadi sumber kuasa utama dalam menghidupkan enjin jadi bateri adalah elemen terpenting dalam sebuah kereta.Tidak dapat dinafikan sekarang kereta berbentuk hybrid menggunakan hampir keseluruhan sumber kuasa dari bateri.

Dalam penjagaan bteri sebuah kereta terdapat beberapa kaedah penting yang harus diikuti oleh pengguna kereta supaya bateri tersebut akan tahan lama dan dapat menyambung hayat sekurang-kurangnya 2 tahun melepasi tempoh jaminan.

Kaedah tersebut adalah seperti berikut:-

Bateri kekal (bateri tidak gunakan air)

1) Pastikan lampu dan apa saja yang menggunakan bater dimatikan sebelum meninggalkan kereta.
2) Kurangkan kekerapan menekan alarm
3)Engine dihidupkan dengan pantas,kick start yang pantas,jika kereta tak dapat dihidupkan jangan berterusan kick start kereta dgn kadar lama,ini boleh menyebabkan bateri lemah dan rosak
4)Pastikan anda mencuci kereta setelah kereta agak sejuk supaya bateri tersebut tidak mengalami renjatan perubahan suhu agak mendadak,jika anda letakan kereta dibawah kepanasan matahari seharian boleh mengurangkan hayat bateri tersebut ,cuba dapatkan tempat letak kereta berbumbung .
5)Pastikan anda tidak membuat kesilapan kabel positif dan negatif bila menukar bateri,kesilapan kecil boleh menyebabkan bateri tersebut hilang daya kekal.

Bateri tidak kekal(Bateri guna air)

1)Pastikan air diisi sebelum ianya berada dikedudukan bawah plate bateri.
2) Gunakan air suling yang didapati dari kedai alat ganti,jangan isikan air paip dan bersamaan dengannya
3) Gunakan air panas untuk menghilangkan kerak putih pada kepala kabel bateri,jangan biarkan keputihn tersebut berada terlalu lama disitu.
4)Betulkan kedudukan bateri anda dan lekatkan pengawal kedudukan bateri dengan menguncinya secara betul
5)Jangan tuang air bateri terlalu penuh kerana air bateri yang melimpah boleh mencacatkan bateri tersebut luaran dan dalaman.
6) Jangan letakan sebarang benda besi keluli di atas bateri jika anda melakukan aktiviti selenggara kereta.

Sumber kuasa memberikan anda keselesaan oleh itu pastikan ianya menjadi komponen utama pada kereta.




6 comments:

  1. salamm... saya ingin bertanyakan kepada en. sekiranya kereta sedang berjalan, apabila ingin pertukaran gear, clush akan di pijak kan? masalahnya..bila pijak clush... enjin kereta saya hampir mati.. jika dekat lampu merah...kadang2 kereta mati sendiri...... apa sebenarnya prob kereta saya ni? harap bantu.......

    tq, ijoy,ipoh

    ReplyDelete
  2. saudara ijoy,

    Masalah enjin mati bila tekan clutch ada kena mengena dengan timing kereta yang terlalu rendah.Saudara perlu tinggikan timing dengan tuning enjin;-

    1.Tukar plug baru dan pastikan semua plug berfungsi juga kabel plug
    2.air filter baru
    3.Distributor ditinggikan supaya ia menaikan RPM

    RPM yang stabil untuk semua kereta adalah sekitar r/pm 900-1000.

    beritahu saya akan perkembangan selanjutnya-TQ

    ReplyDelete
  3. Saya enjin kereta honda city idsi saya ada keluarkan bunyi knocking masa tekan minyak atau naik bukit. Ada bwk ke bengkel tp pomen tu ckp kena set blk angin n minyak pakai komputer. Tp bila bwk service centre ok plak.. Dah lama bunyi ni ada.. Klau biar lama ada efect pd enjin x.

    ReplyDelete
  4. Terdapat 2 plug untuk satu piston pada enjin idsi honda,ia sebenarnya untuk mengawal knocking(ketukan).

    Mungkin fuel filter saudara tak elok jadi minyak yang dibekalkan untuk emjin tak cukup dan menyebabkan knocking sekali sekala.

    Tukar plug dan fuel filter serta air filter boleh menyelesaikan masalah tersebut.

    ReplyDelete
  5. Salam tuan...
    Nama saya abas..
    Kereta saya ada masalah aircond...bila saya turn ON airocnd,takde angin keluar...
    Kenapa jdi mcam tue yer...dan biasa angaran kos baik pulih berapa yer???
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  6. @Unknownwslm,blower kereta tak jalan,mungkin fuse blow atau suis yang saudara tekan tu tak jalan,cuma pengecaman secara fizikal saja boleh pastikan,kos baikpulih sediakan rm200 mencukupi

    ReplyDelete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>