Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Thursday, March 08, 2012

Penyelesaian DIY ketika hujan

Terimakasih kepada semua pengunjung blog kerosakan kereta ,semuga hari-hari yang dilalui bertambah elok,sihat jasmani dan rohani.Di waktu keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ini  kadangkala  cerah dan kadangkala hujan hingga dinihari malahan ada juga cuaca hujan sehingga keesokan harinya.

Pada waktu-waktu begini keadaan jalanraya sesak kerana ramai yang terpaksa memandu perlahan ke destinasi masing-masing.Pada cuaca  waktu hujan begini pula jalan jadi berlopak dan tak kurang juga air yang melimpah sehingga kedalamannya mencecah tahap banjir.

Pada waktu demikian lopak-lopak air kadangkala membawa masalah kepada kenderaan  dan menyebabkan ramai yang lambat menuju destinasi .Kereta juga mudah berhenti dek kerana air yang mencecah laluan api kereta dan menyebabkan engine berhenti.

Terdapat 4 bahagian utama laluan api kereta yang mudah terganggu bila terkena air dan memberhentikan enjin serta merta.

1)Kabel Plug 
2)Distributor
3)Ignition Coil
4)Ekzos (jika banjir) 

 Bahagian utama seperti kabel plug,distributor dan coil adalah amat sensitif jika terkena air,titisan air saja boleh memberhentikan engine kereta.Manakala ekzos pula jika air yang terlalu banyak masuk dari ekzos kereta, juga akan memberhentikan engine kereta serta merta seperti dalam waktu banjir.

Jika kereta berhenti tiba-tiba dipertengahan jalan sedikit pengetahuan mungkin dapat membantu menghidupkan engine kereta tersebut.Penyelesaian  DIY yang boleh dilakukan sementara oleh pengguna kereta adalah :

1)Cabut kabel plug satu demi satu dan tiupkan beberapa kali dengan hembusan kuat kedalam kelongsong kabel plug yang dicabut tadi.
2)Tanggalkan penutup distributor dan hembuskan dengan kuat kedalam penutup supaya sedikt air yang tercecah ke kawasan sulit dapat dikeringkan.
3)Begitu juga harus dilakukan kepada sekeliling ignition coil. 
4)Hidupkan engine semula

 Nota: Ekzos tidak boleh dihembuskan ia harus ditanggalkan untuk pembersihan dengan mesin penyembur angin.

2 comments:

  1. Salam,saya punya kereta wira 1.3 FI masalahnya ,fuel filter baru tukar 1 bukan tapi d leaking.pasal apa tu ya? Dan bagaimana nak repair? Ganti baru? Terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam jika leaking dihose,klipnya perlu ditukar tetapi jika fuel filter tersebut leaking perlu ditukar juga yang lain

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,