Mekanik kereta: Tie rod end
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Apr 19, 2012

Tie rod end

Tie rod end dan steering rack adalah dua komponen roda yang mempunyai bebola yang berupaya bergerak dan mengikut arahan membelok ke kiri dan ke kanan.Tie rod end bertindak kebanyakannya sebagai pemegang kepada banyak komponen roda seperti pada lower arm  dan u stand.
Tie rod end adalah komponen yang boleh dicabut dan digantikan seperti pada lower arm sebahagian jenama kereta.Komponen ini juga amat penting penggunaannya dalam mengekalkan kedudukan roda pada tempatnya dan juga mengekalkan keupayaan stabil pembelokan kiri dan kanan.

Di dalam u stand tie rod end bertindak sebagai pemegang absorber supaya absorber tidak berpusing terus dan berada pada kedukan tetap yang sepatutnya ketika membelok dan memusing roda pada darjah penghabisan.


Penggunaan tie rod end amat luas bukan saja dari segi konsepnya yang berbekalkan penggunaan bebola malah tie rod end juga bertindak memegang kukuh komponen lain seperti lower arm dan absorber.


Jika anda mengalami masalah seperti terlalu longgar semasa membelok dan juga berbunyi goyang yang tidak kukuh pastikan tie rod end di periksa.Akantetapi jika stereng lebih gemar membelok sendiri pastikan steering rack ditukar dengan yang baru.


Bunyi yang dihasilkan apabila tie rod dan bush haus pada lower arm juga akan menyebabkan terasa kelonggaran pada belokan ataupun juga pada jalan rata.


336 comments:

  1. Saya sudah ganti steering rack satu set termasuk tie rod end kiri kanan buat pertama kali sejak 14 guna kancil, masalah lain adalah apabila kereta berhenti dan tak hidup, steering kancil ada goyang sikit, saya dapati mcm steering shaft yang kat tengah yang menyambung dgn steering rack yang kat bawah tumcm ada longgar, adakah disebabkan gigi pada steering shaft sudah haus?apabila saya goyang sikit, tayar tak gerak tapi cuma penyambung dgn steering rack yang bawah pedal brek tu goyang mcm gigi haus je

    ReplyDelete
  2. saudara yang bertanya,

    Ada baiknya saudara bawa semula kebengkel untuk periksa kerana stereng rack mempunyai 4 skru pada bhandle untuk diketatkan dan perlu dimasukan kedalam rumahnya secara elok dan tidak terkeluar walaupun sedikit.

    Jika terkeluar dari rumahnya dan skru tidak dikunci baik akan menyebabkan ia goyanng,bawa semula kemekanik untuk diperiksa.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..baru baru ni saya beli kereta secondhand jenis saga blm..stereng kereta baoleh ditekan dan apabila membelok kiri atau kanan terasa macam stereng terkeluar dan terasa goyang..dah bawa pegi jumpa pomen ..pomen cakap stereng rack bawah rosak sebab dah haus ..berapa kos pembaikan dan sparepart tersebut..takut tukar baranglain yg rosak..

    ReplyDelete
  4. @yusofstereng rack dikuatkan oleh rod dan ball joint,jika semua sekali kosnya sekitar rm400.Insyallah ok bila tukar.

    ReplyDelete
  5. Assalam,saya nk tanya kereta saya ade problem bila pusing stereng,terutamanya masa nak park ada keluar bunyi 'tek' mcm bunyi dekat area absober.kalau masa kereta brgerak xbunyi.selalunya masa nk park,bila stereng dipusing sampi satu tahap ada bunyi'tek' apa kmungkinan masalah nye ye??thanks..

    ReplyDelete
  6. @abu bakarw/salam,cuba periksa absorber bearing kalau sebelah mati pon jadi bunyi macam tu.

    ReplyDelete
  7. Kereta jenis wira sedan 1.3 tahun 2001.
    Spec kereta:
    Tayar 205/45 R16
    Absorber depan APM+spring sport
    Absorber belakang SACHS + spring standard wira

    AsSalam En Arsad,

    Saya mempunyai masalah dimana selepas menukar alat gantian spt absorber depan, absorber mounting, clutch, drive shaft boot, tie rod end, lower arm, bush-bush berkaitan, mounting enjin.
    Selepas dibuat beberapa kali alignment (adjust chamber + caster dan dll lebih kurang 8x dalam tempoh 6 bln) keadaan alignment kereta saya sangat-sangat teruk. Keadaan pemanduan seperti kaku didalam kereta. Kereta bergerak seolah-olah berada diatas air, kereta bergerak kekiri dan kekanan walaupun saya memegang stereng dengan tegak dan kuat, sewaktu selekoh keadaan kereta seperti berbuai…. Kadang-kadang steereng tertarik kearah saya membelok dan kadang kala pada arah berlawanan sebaik sahaja ketika hendak meluruskan semula steering kereta. Terjadi juga keadaan dimana dengan tiba-tiba stereng seperti tertarik mengejut. Keadaan pemanduan saya sekarang seperti kereta tiada alignment dan tidak boleh dikawal
    Sewaktu memulas steereng untuk membelok atau U turn, steering tidak membalas semula pada keadaan normal yang mana saya terpaksa memusingkan sendiri (steering tidak membalas spt biasa). Keadaan ketika memusingkan steering jugak agak lain dimana ia terasa seperti kosong. Pusing kekiri dan ia akan terus terpusing kekiri dan begitu juga kalau sebaliknya.
    Sewaktu melanggar bumper, kedengaran seperti tayar terkepak. Sewaktu brek terdengar bunyi berdentum pada bahagian hadapan seakan ada bahagian yg tidak kemas. Ada ketika ketika membelok terdengar bunyi “ketak” sekali shj.
    Sebelum ini kedaan alignment saya sangat cantik. Walaupun hanya kereta standard tetapi sewaktu selekoh memang tiada masalah.
    Boleh tak saudara jelaskan berdasarkan pengalaman saudara, apakah kemunkinan masalah kereta saya dan berikan sedikit advice dan tip. Ini kerana beberapa kedai alignment yg saya pergi tidak dapat menyelesaikan masalah saya. Atau boleh advice kedai alignment atau bengkel utk saya cuba check semula. Kejadiaan pertama sejak 15 tahun saya menggunakan kereta ini.

    Matlan
    danishdanial69@gmail.com

    ReplyDelete
  8. @matlan danialw/salam,masalah saudara bukan masalah alignment lagi,apa yang saudara perlu tukar ialah steering rack.Steering rack tersebut telah ketat dan mungkin ada bocor.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih byk² atas respon en Arsad. Kerosakan sebenar kereta saya adalah alat² ganti tiruan. Pd mulanya agak susah untuk dipastikan tapi apabila pada tahap yg teruk baru dpat diketahui. Sy telah menukar semula mounting absorber dan juga lower arm. Alhamdulillah...kereta sy sudah OK. Pengalaman berguna utk saya dan pengguna lain. Jgn kompromi dgn alat gantian

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum ....sya nk bertya....sya menggunakan saga flx 1.3 auto 3thn...masalah sya apabila sya menekan pedal myk dan membelok ke kiri terdapat bunyi seperti getaran di bhg tayar depan kiri.....ia tidak berlaku kerap...pemanduan di jalan lurus tidak bermasalah dan steering tidak longgar dan tidak berpusing2 kearah kanan or kiri....mhn pencerahan.....

    ReplyDelete
  11. @MOHAMMAD FADHILwslm,bering kereta ada goyang sikit,bila belok beban bertambah enjin turun kuasa jadi bahagian roda seperti bering akan cepat bunyi jika ada longgar atau dah rosak

    ReplyDelete
  12. kerete honda sv4 , adjustable absober....
    msalah sye...ketika langar lubang atau lopak2 kecil, terase gegaran pade streng , dan bunyi gegaran gerrrr...gerrr... harap tuan fhm ape yg saye mksud kn gegaran trsbut mcm mne.. maslh lain.. semase nk mula kn perjalana sbg cth, samase d trfik light , dah hijau.. tkan minyak.. ade bunyi semacam engsel karat... eekk...eekkk.. ape part yg sye prlu tukar tq
    29/10/15

    ReplyDelete
  13. @abqari akilPeriksa disc dan rumah bering ,biasanya memang ada karat untuk keeta honda sv4 sahaja,gegaran juga terjadi sebab bush cross member ada yang pecah

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum tuan,,sy pkai proton saga lame,,seperti yang tuan post d atas,,tentang tie rod,,kereta sy ad bunyi "duk²" ..pulas steering kanan dan kiri ad bunyi,, atas jalan klau ad jalan x elok pn ad bnyi y sama jgak,, sy nak tanya ap mslah kereta tu,dan berapa kos baik pulih

    ReplyDelete
  15. @zack93wslm,perlu tukar kedua2 tie rod end ,kosnya sekitar rm200

    ReplyDelete
  16. salam..sy persona 2008.. apa masalah ye.bila jln belok sebelah kiri je..ade bunyi mcm jln atas line kuning. sbb ape ye. lagi 1. sy dah buat aligtment sume dah. tapi kreta lari belah kiri jgak. sbb ape ye..tolong la sy..sy area shah alam. klau boleh sy nk buat kt bgkel yg boleh prcaye

    ReplyDelete
  17. @shah adanwslm,belok kiri berbunyi tanda drive shaft luar yang dah haus/rosak.Tukar steering rod sekali sebab dah lembut dan sebabkan alignment tak dapat ditentukan dengan baik.

    ReplyDelete
  18. Salam tuan, saga blm saya selepas melalui bendul/bumper atau lubang, akan lari ke sebelah kiri bersama steering. Memandu di hiway juga selalu lari ke sebelah kiri, dan kena pgg steering utk kekalkan jalan yg lurus. Sudah beberapa kali buat alignmnt & balncing tpi hasilnya tetap sama. Mohon pertolongn tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. wslm,saudara ikmal izam perlu tukar stereng rod dan tie rod end sebelah kiri

    ReplyDelete
  20. Terima kasih tuan. Boleh saya tau berapa anggaran cost keseluruhan? Perlukah menekuar kedua2 belah tie rod atau sblah sahaja? Sy tanya pada seorg uncle workshop, katanya mungkin di sebabkn oleh lower arm. Mohon pertolongn tuan
    Terima kasih ☺

    ReplyDelete
  21. dihujung lower arm itu terdapat ball joint yang boleh ditukar,itu juga biasanya adalah penyebab roda beralih ke kiri bila ball joint tersebut dah lembut.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum...saya nk tanya..tadi saya semasa saya memandu kereta kenari saya tiba2 sahaja ada bunyi seperti pasir pada bahagian tayar dan selepas oru saya dapati stering kereta saya susah untuk dipusing ke kanan...agak 2 nya apa masalahnya dan berapakah anggaran kos pembaikan bahagian tersebut..tolong ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,itu saya rasa drive shaft luar roda kanan dah sangat lusuh dan perlu diganti,kosnya sekitar rm350

      Delete
    2. Baru saya perasan rupa2 nya stering kereta amat susah diputar kekiri mahupun kekanan...maknanya lagi double la saya punya kos...

      Delete
  23. Salam.. Tuan, masalah kereta sy ketika memandu di jalan lurus, steering akan terasa spt lari ke kanan dan ke kiri, walaupun steering dipegang kemas. Dan lg satu, ketika brek, kereta akan lari ke kiri. Mohon pertolongan tuan. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu tukar ball joint dan tie rod end

      Delete
  24. Salam..tuan,kenapa steering kereta sy tidak berpusing balik ketengah selepas mengambil selekoh L..kiri n kanan sama jek..sy baru lepas tukar tie rod end kiri n kanan dan satu lagi masalah,ada bunyi mcm geseran pada bahagian tayar hadapan ianye akn kedengaran semasa kereta hendak berhenti atau slow..ape masalahnye ea?tolong tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,steering rack dah keras perlu ganti sebatang,buat alignment supaya gesel tak berlaku

      Delete
    2. Terima kasih atas maklumat y berguna nie...

      Delete
  25. As salam, saya pengguna kereta saga fl 1.3 manual...di sini saya inginkan kepastian mengenai tentang alignment dan balancing...baru-baru ini saya ada menukar tayar baru, 2 tayar baru dihadapan tanpa buat balancing, cuma buat alignment shj.tidak lama selepas itu menukar 2 tayar dibelakang (ada buat balancing 2 tayar blakang shj dan buat alignment). tidak lama beberapa bulan saya membawa kereta ke bengkel untuk buat balancing 4 tayar depan dan belakang tanpa membuat alignment.ok di sini saya mohon kepastian sama ada benar atau salah saya buat balancing 4 tayar tanpa membuat alignment adakah ini salah dr prosedur dan adakah akan mengundang permasalahan yg lain? jd saya mohon untuk dapatkan ilmu dan manfaat di sini sekian terima kasih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,Perlu diketahui alignment dan balancing adalah 2 benda yang berbeza,alignment akan membuat perubahan pada mekanikal kereta manakala balancing pula membuat perubahan pada kestabilan pada rim.Jadi jika balancing dibuat tanpa alignment ia tidak akan merubah apa2 kerana tayar stabil dan mekanikal alignment saja yang tidak jika ia tidak diubah.
      Alignment diselaraskan pada steering rod manakala balancing seketul besi kecil akan dilekatkan ke rim untuk menstabilkannya

      Delete
  26. Kereta sye wira tahun 94..spring sport..

    ReplyDelete
  27. Assalam..sye menggunakan kereta wira 94..sye dh tukar lower arm hmpir 6 bln tetapi dh 6 kli sye aligment dan kereta sye rse mcm melayang bila laju..kedai aligment semua cakap lower arm sye problem..pas2 kadang2 de bunye ktakkk ktakk bila nak gerak dan bile mengundur rse mse pegang steering..absorber dh tukar..abosorber mounting dh tukar..bley bg pendapat tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar bering roda,saya rasa bering roda terdapat salah satunya berat/ketat dan menyebabkan roda tak berpusing sekata dan melayang bila laju,bunyi juga mudah hadir jika bering kurang baik

      Delete
    2. Kalu tayar belakng x rata ade efect x..sbb bru prasan yg tayar blkang tinggi rndh sebiji..

      Delete
    3. memang ada!kereta terasa berat dan bergoyang

      Delete
  28. Assalam...Kereta sy wira se 1.5 kalau berhenti stering ade rase free sedikit..bila memandu di jalan tidak rata stering akan merase mengikut alunan jalan xrata.. ke kiri dan ke kanan walaupon stering d pgg kemas..adakah berpunca dari stering rack?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,steering rack termasuk rack end seperti tie rod dan steering rod

      Delete
  29. Slm..kete vios tahun 2012 sy ade masalah bila belok ade bunyi "kuk"sy ade cek dngan pomen....dia bgtau steering rack...brapa kos utk tukar steering rack vios?...adekah merbahaya kn klu Sy belum tukar...sbb xcukup bajet lg...t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kos kira2 rm500 tidak bahaya,kurangkan pusing steering sehingga habis ketika membelok

      Delete
    2. Tuan klu steering rack recond dr ketahanan terjamin x?atau kena tukar baru original?tq

      Delete
    3. tahap ketahanan recond maksima 2 tahun berbanding original yang lebih lama dan amat sesuai dari spesifikasi

      Delete
  30. salam tuan..kete waja 2007..steering terasa ringan bila hight speed?knp yer..kdg2 stering ikut permukaan jln..kiri kanan..tq

    ReplyDelete
  31. ape jln penyelesaian die tuan?tukar steering rack baru ke?

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikom tuan... Jenis kereta sy vios 2006. Bru 2 minggu pakai.. Sy ingin tnya..bila sy paud habis steering kereta.. Steering tak balis balik.. Perlu sy balas sedikit steering baru streering akan bertidak balas.. Adakah ini normal atau ada masalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada tie rod end yang terlalu lembut pada kiri atau kanan jadi ia tidak sytabil dan membebankan stereng untuk balas semula

      Delete
  33. Adakah perlu menukat tie rod yg baru? Lokasi bengkel tuan dimana?

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum, sya ad msalah kancil, stereng dia dpt pusing habis, sblum ni x pun, apa msalah nya ? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,buat alignment,periksa rod dan rack

      Delete
  35. Assalam...vios 2005. Rotor baru ganti. Brek pad masih tebal. Caliper baru ganti. Klip brek pad baru ganti...masalah lama adalah bila kereta undur akan mengeluarkan bunyi "tek" dan "singgg". Bila beberapa part seperti di atas di tukar, bunyi dah hilang tetapi bila bergerak dan pada permulaan tekan brek akan keluar bunyi "tek"...bunyi ini kadang2 akan terjadi. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,klip brek pad baru mungkin bergesel sedit pada housing!

      Delete
  36. Salam en..saya ada permasalahan seperti berikut..drive shaft sy sudah rosak..saya telah tukar kepada yg baru jenama GSP..tetapi selepas menukar drive shaft baru..diatas kelajuan 100km/j tayar seperti bgegar dan bunyi tayar yg kuat dpt dgr dalam kereta..tp pd kelajuan bwh 100 km/j tiada masalah..untuk maklumat encik..sebelum menukar drive shaft tiada masalah gegaran truk seperti ini..hanya bunyi bila pusing ke kanan dan kiri..baru 2hari tempoh pnukaran..boleh selesaikan masalah saya ini..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu rujuk semula ke mekanik aal kerana gegar biasa jadi jika keadaan pemasangan kurang kemas

      Delete
  37. Sy baru tukar tayar dan membuat balancing dan juga alignment sekali.. pomen recomen tukar screw chember.. selepas 8 jam keluar dari kedai tayar.. terdpt bunyi bila pusing steering ke kiri dan kanan.. dan keadaan kereta senget seblah kanan.. kereta baru 2 tahun.. 24k kilo meter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlukan semula alignment dan balancing,pindah kewsyop lain yang menggunakan sepenuhnya alat2 berkomputer

      Delete
  38. assalam...kerete sye honda city...time drive trase ke kiri kanan...baru lepas alignment.time drive kalau ade kereta potong or selisih trase ke tepi..mohon pncerahan...t.kaseh tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,alignment tak cantik,pergi ke wsyop lain pula

      Delete
  39. Salam Tuan. saya beru tukar steering rack dan absorber depan kereta kancil. selepas tukar sayaterus buat alignment. masalahnya bila pandu laju, kereta jadi tidak stabil dan mudah ke kiri dan kanan (terhuyung hayang). masalah apa tu tuan? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada wsyop yang kurang pandai buat alignment,ini biasa,saudara perlu kekedai lain untuk baikinya semula,cari kedai yang cukup kelengkapan cengkaman alignment pada roda dan dapat menganalisa chamber roda

      Delete
  40. Slm tuan...sy nk kpastian...kreta sy bila klajuan bawah 90 xda gegaran...akan ttpi bila klajuan memncecah 100 dan ke atas..terasa body kreta yg bgegar...smakin laju..smkin kuat gegar pada body...tp stering x bgegar..alignmnt blncing smua dh buat..bush dh tukar baru smua bhgian blakang...mohon pncerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,keadaan tayar yang tak rata saja akan menyebabkan gegaran begitu dibelakang mahupun dengan bahagian depan

      Delete
  41. Salam tuan..kereta sy mengalami gegaran dibahagian depan sehingga dashboard terasa bergegar mcm gempa bumi, gegaran berlaku waktu tekan pedal minyak jika kelajuan 100km/j keatas. Jika kelajuan 80km/j apabila tekan pedal minyak tidak terasa bergegar akan tetapi apabila meter mencecah 100kmj, akan terasa bergeagar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar mounting enjin dan mounting gearbox

      Delete
  42. Salam Tuan... Civic FD baru tukar tie rod end..bile steering pysing ke knan... pusingan rse x habis... bile u turn mmg x lepas.. sblah kiri ok...ap masalhnye tian

    ReplyDelete
  43. Salam tuan...nak tanya..kereta saya apabila pusing stering ke kiri dan ke kanan semasa membelok dlm kelajuan 20kmh-30kmh seperti ada bunyi besi terlepas..apa masalah ya tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ball joint lower arm terlalu lembut,perlu diperiksa teliti

      Delete
  44. adakah slmat bile rack end dah mule bunyi tak3x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih selamat tapi sebaiknya ditukar segera jangan sampai ianya tercabut

      Delete
  45. salam. saya pakai wira 2003. nak tanya kalau steering bunyi 'krek krek' bila pusing steering wheel walaupun ketika engine off..sebab ape ye? joint problem ke rack yg problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini adalah stereng rack yang problem

      Delete
    2. boleh repair ke? kalau tukar baru berapa ye?

      Delete
    3. lebih baik tukar,kos repair hampir sama malah berdepan dengan risiko rosak atau bocor semula,tukar recond pun ok kos kira2 rm250

      Delete
  46. salam tuan
    nak tnya kereta honda accord bawak slow bunyi tekk tekk mcm dr tayar apa masalah bush ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,sebelum itu periksa tayar dulu jika ada melekat pada tayar.Kemudian baru periksa drum yang mungkin habis brek shoe

      Delete
  47. honda accord bila bawak bunyi tekk tekk kat tayar masalah bush ke tuan

    ReplyDelete
  48. Salam tuan,saya pakai kancil 850(m). berape ye kos tukar stering rack? Sbb bila saya corner belah kiri dia jadi mcm x pegang sgt,licin je pegi mcm power stering,belah kanan x jadi mcm tu pun.mohon pencerahan dari tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bila ringan sebelah ia benar masalah stereng rack,kosnya sekitar rm400

      Delete
  49. Salam Mk, baru2 sy tukar stereng rack dgn bush arm siap aligment, kete kancil. Stereng jd ketat. Bila belok kiri atau kanan. Stereng x balas balik utk tegak semula.. apa problem ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,stereng rack tersebut tidak ok,perlu jumpa semula mekanik yang buat,gerigi stereng yang keras mempengaruhi stereng untuk bergerak

      Delete
  50. Assalamualaikum tuan..saya nak tanya tntang msalah kereta saya(persona09)..bila saya pusing habis stering ke kanan dalam keadaan baru mula bergerak ada buñyi pelik(bunyi mcm berdesing-crreeettttttt!)..bunyi ni jugak kuar time dekat bump time kelajuan slow...bunyi sgt2 bsing smpai org keliling tgok...tolong saya tuan..ap mslah kereta saya..tkut kena tpu ngn bgkel

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,belting dan bering pulley luar alternator,power stereng perlu diperiksa sebaiknya tukar belting luar terutamanya belting power stereng

      Delete
  51. salam tuan, nak tanya.saya pakai keta myvii se 1.3 tahun 2011 auto.masalah saya berkenaan tayar depan..rim saya pakai rim mini cooper size 17"...masalah saya adalah bila kita sedang memandu jika ada jalan tidak rata atau berada diatas line putih diatas jalanraya kereta seolah-olah ditarik ke tepi.kalau jalan rendah disebelah kiri kereta akan spt ditarik ke kiri begitu sebaliknya..saya dh tukar lower arm one set kiri dan kanan baru sebulan.dah alinement tp lagi teruk jadinye..kena pegang streng dengan kuat..apa masalah tu tuan..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bering roda sebelah kiri perlu ditukar kerana terdapat sedikit ketat disitu

      Delete
  52. assalamualaikum, saya pemilik kereta saga flx 1.3 auto...bila belok kiri akan ada bunyi macam besi bergegar, apa punca masalah ni ye? apa nak kena tukar ye selalunya kalau mcm ni...drive shaft ke lower arm ke bearing ke? tny dulu bro sng nnt nk g bengkel ..takde kena tipu..hehe

    ReplyDelete
  53. salam encik, sy nk tnye..sy pakai axia dah 9 bulan, baru2 ni sy rase mcm dgr bunyi ketika lalu di bonggol iaitu masa turun bonggol bunyi seperti spring...bunyi tersebut dengar bila dlm keadaan senyap x on radio...adakah bunyi itu normal atau ade sebarang masalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu periksa kedudukan spring,ianya bukan masalah cuma jika kedudukan tidak cantik ia akan berbunyi yang kurang menyenangkan

      Delete
  54. Salam tuan saya ada masalah stearing lari sebelah kanan apabila saya menekan minyk..ble xtekan elok je aligment dia..ble tekan je myk.kereta menjurus ke arah kanan dan nampak time tekan myk stearing mengedik sebelah kanan..apa masalahnye tuan?satu lg brek..ble brek kereta lari sebelah kanan n kiri..model honda civic ef lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah biasa pada honda civic lama iaitu masalah stereng rack,perlu tukar sebatang hujung ke hujung insyallah ok

      Delete
    2. Tq tuan..satu lg masalah brake lari sebelah ble tekan..sy dh buat servis brake.tukar pada.tpi still brake kereta lari sebelah adkah perly sy buat alligment blik..honda civic

      Delete
    3. alignment sepatutnya tak perlu,ada komponen suspensian yang lembut,saya rasa rack end sebelah kiri yang sangat lembut dan bila brek ia akan berat sebelah

      Delete
  55. Salam tuan.. Sy menggunakan toyota wish 05 auto. Terdapat bunyi (geduk-geduk) di bahagian depan kanan kereta semasa jalan tidak rata walaupun dalam kelajuan yg amat rendah. Kebiasaannya waktu pagi semasa enjin masih sejuk, bunyi seperti itu tiada tetapi akan berbunyi setelah beberapa minit pemanduan. Saya telah menukar mounting absorber, absorber link dan tie rod kerana ada kesan koyak dan longgar tetapi masih berbunyi.. Bunyi yg sama terhasil ketika gear kedudukan D dlm keadaan brek ( rpm 800 ). Tiada gegaran pd dashboard. Harap tuan dpt respon

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm perlu ganti keseluruhan lower arm sebelah kanan

      Delete
  56. Assalam. Sy ad masalah dgn kancil sy tetika membelok. Klau time corner ke Kiri kereta akan membelok kekiri dgn kuat sedara mngejut. Dan bila ke kanan pun sama cuma xteruk. Time corner tu sikit je psing steering steering pun sikit je. Mula2 ok ikut line pastu tiba2 kereta kekiri dgn byk smpai msuk line sebelah. Boleh sy tau ap puncak dia. Trina kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,buat alignment dan balancing,minta mekanik periksa juga mana2 tie rod end dan ball joint yang telah lembut

      Delete
  57. Terima kasih atas response. Sye da alignment n balancing.tpi still sama. Adakah drive shaft rosak atau tie rod end?

    ReplyDelete
    Replies
    1. stereng rod perlu diganti dihujungnya ada tie rod end jika ia lembut sangat ia mudah tertarik ke kiri atau kanan

      Delete
  58. assalam tuan...sebelum ni sye ade tukar lower arm, stabilizer link, absorber, absorber mounting tapi masih ade bunyi hentakan dan bergegar ketika langgar lopak atau bonggol..rse mcm bergegar bahagian tayar..mintak penjelasan bang..tq..abg mmg terbaikkkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,roda tu tak kukuh,kadang2 bering mempengaruhi roda untuk bergegar

      Delete
  59. ooo satu lagi bang..kalau brenti atau sedang memandu ketika knderaan lain memotong even moto yang potong terase bergoyang kereta..pe masalahnye ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. periksa roda satu2 ada yang begegar,naik jack diwsyop dan goyangkan

      Delete
  60. Ok terima kasih atas respond. Sy akan tukar dgn segera

    ReplyDelete
  61. salam. saya pakai neo 1.6. masalah saya adalah bunyi rim disebelah kiri seakan akan longgar bila melanggar lubang kecil & ketika ingin memulakan perjalanan pada gear 2 atau 3. tapi bila lalu zebra line & bonggol tidak bunyi. mekanik telah melakukan pemeriksaan. tetapi tidak menjumpai apa apa masalah berkaitan bush ataupun lower arm & suspension.

    ReplyDelete
  62. Tuan, saya memandu kereta Proton Gen 2 manual tahun 2005. Bila nak ambil selekoh kanan atau kiri dari posisi steering bergerak lurus adalah ok smooth tak de masalah. Tapi bila kita nak pusing steering balik kembali pada kedudukan lurus masa tengah ambil selekoh, steering ade "jerking" sikit baru steering pusing. Rase steering jadi ketat seketika. Dah buat allignment pun tak selesai jugak masalah. Apa masalah ya tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya jika terdapat minyak power stereng yang bocor pada hose utama terutama pada stereng rack dan berdekatan pump akan mengakibatkan stereng terganggu,banyak berlaku pada kereta2 buatan Malaysia

      Delete
    2. Tuan, ia ada kaitan dengan tensioner belt tak? Sebab pomen kata tensioner belt dah longgar jadi masa selekoh steering boleh jadi jerking sedikit.

      Delete
    3. Ada setengah tensioner belt juga akan longgar kadang2 terutamanya kereta2 Malaysia, ia boleh menyebabkan kereta tersedu tetapi tidak sehingga menyebabkan enjin turun RPM dengan banyak

      Delete
  63. Viva elite 1.0

    1.drive shaft kiri Dan kanan brand GKN
    2.engine mounting original daihatsu
    3.absober mounting original perodua
    4.tayar dah siap alligment Dan balancing

    Tapi masih dapat gegaran pada tayar sampai terasa dlm kereta mcm berdenggum.

    Punca gegaran suspect selepas break emergency..

    Mohon pencerahan pakar2..
    kamarulnam@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. gegaran demikian banyak berpunca dari lower arm,perlu ganti lower arm

      Delete
  64. Salam.saya guna odyssey rb1.masalah ada bunyi kuk...kuk..kuk... pada bahagian depan.alingment ok.bunyi ini ketara masa bergerak perlahan.tie rod end da tukar baru.adakah ini berpunca dari upper atau lower arm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,upper arm akan keluarkan bunyi demikian jika ia lembut sebelah!

      Delete
  65. Salam. Selepas menukar Absorber depan, saya rasa steering saya tidak seperti biasa. Rasa seperti agak kosong bila memulas steering. Adakah steering berkaitan dgn absorber?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada kaitan,ada bering mounting atas absorber,jika ia ketat ia berat,jika ia ringan sangat,ia hampir lusuh juga

      Delete
  66. Salam tuan, kereta inspira 1.8.. baru2 ni steering rasa berat sedikit selepas langgar divider ketika membelok. sdh cek minyak power steering xda kurang. apa masalah ya? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saya rasa rim kereta bengkok,sila periksa dikedai tayar

      Delete
  67. salam tuan..
    kereta saya myvi 1.3 auto tahun 2006
    masalah yang saya hadapi sekarang ni:

    1) bila lepas corner steering x kembali straight kena balas sendiri x mcm sblm ni bila lepas corner klu lepas steering dye akan automatik berpusing utk straight balik tp skarang dah x..

    2) bila pulas steering mcm ada berat sikit

    3) bile time speeding klu tekan brek kereta lari ke kiri dan ada bunyi 'KETAK!' kt area tayar lepas tekan brek lama2..

    nk mntak pendapat tuan tentang masalah yang sy hadapi sbb dah byk kedai sy bwk sume x tau punca..terima kasih n selamat berpuasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah begini banyak terjadi sebab stereng rack yang sudah lusuh,perlu diganti dan bunyi ketak itu pula adalah masalah drive shaft,gantikan drive shaft sebelah mana yang bunyi itu

      Delete
  68. assalam tuan,
    nak tahu ape rosak kereta vios 03 apabila berjalan dalam jalan tak berapa rata ada bunyi kuk kuk dekat absorber belah kanan depan. adakah disebabkan lower arm.. brapa kos tukar ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,lower arm antara penyebab utama bunyi demikian pada sistem suspension vios,kos tukar sebelah kira2 rm900 termasuk upah

      Delete
  69. As salam tuan
    Sy pengguna proton saga fl 1.3 manual,sblm ni sy pernah menukar bateri kereta dengan enjin keadaan mati,adakah kaedah ni blh mengganggu ecu dan elektronik yg lain, minyak kereta kuat betul ke?
    Sekian terima kasih,

    Selamat menyambut ramadhan al-mubarak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tiada apa akan berlaku jika menukar bateri sahaja dan juga bateri ,biasa ditukar dalam keaddan kereta yang memang tidak dapat dihidupkan,tiada kena mengena dengan kerosakan ECU atau penambahan penggu naan minyak

      Selamat menyambut ramadhan kembali

      Delete
  70. Assalam tuan
    Tumpang tanya...berkenaan exora...semasa selekoh terasa stereng menarik balik...apa masaalahnya...
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu bawa ke kedai tayar dan buat alignment serta balancing,kemungkinan rim juga bengkok

      Delete
  71. As salam encik.... sy ingin bertanya.. smlm sy ada tukar tayar second 2biji utk tayar depan... pg td ble sy bwk masa nk belok ke kiri tbe2 terasa cm lari skit ke kiri dan kanan... hmpir2 nk terbabas dh td... adakah masalah nie punya dr tayar itu, allignment lari atau masalah lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bila tukar tayar ,alignment perlu buat semula.Jika tayar kurang bunga sebelah tepi juga mempengaruhi roda untuk tidak lurus dan bergetar ketika bergerak,pastikan alignment dibuat

      Delete
  72. Assalamualaikum.. Sy pengguna kereta 2ndhand myvi 1.3 manual tahun 2011. Sy nk tanya knp bila sy buat u-turn atau belok kekanan ada bunyi 'krekk' dan macam tayar bergesel dgn bamper.. Lepastu bila bwk masa jalan lurus kereta asyk nk kekanan je walaupun stereng tegak dan terpakse paut stereng kekiri sedikit. Apa sebenarnya mslh kereta sy ni ye? Adakahh berkenaan dgn alignment? Mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ia memang perlukan alignment dan bunyi yang saudari dengar itu juga adalah gesel tyar dengan cover body enjin

      Delete
  73. Assalamualaikum. Sy nk tanya tentang masalah sy. Baru tukar drive shaft kiri n kanan. Produa kancil 850. Masalah lepas sebulan. Stering sy brgegar bile brake. Ble amek selekoh ke kiri. Stering sy ade rase trtarik ke kiri. Dan ade bunyi geseran di tayar sebelah kanan. Mohon penjelasan tuan. Kalau boleh bg anggaran stiap barang yg perlu ditukar. Trime kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bering roda kanan mungkin dah rosak,anggaran kos tukar ialah rm300

      Delete
  74. Salam kereta myvi saya Baru berusia 6 bulan. Adjustable. Drive shaft baru tukar haritu & takde koyak. Sekaran time belok kanan dia keluar bunyi 'TEK' bila balas steering semula pun bunyi 'TEK' sekali lagi. Bunyi kadang2 saje. Ape masalahnya Ye? Kalau belok kiri takde pulak bunyi. Tadi nak check bunyi datang dari mana takde pulak bunyi. So bunyi kadang2 time masuk keluar parking. Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,banyak kotoran dan habuk pada roda,jika boleh servis brake atau jangan biarkan kereta saudara kotor sangat tidak berbasuh terutamanya pada roda dan bahagian -bahagian roda

      Delete
  75. Tapi saya rasa bukan bunyi bahagian roda. Macam bunyi besi 'TEK' pada bahagian depan sebelah kanan. Mungkin ada berkenaan adjustable ke? Sebab saya pakai spring rate 6k & mungkin pemanduan agak lasak sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bunyi itu seperti besi berlaga dengan sesuatu,ia bunyi adjustable

      Delete
  76. Salam tuan, kereta saya picanto model baru dh pki 2thn lbh. Skrg stereng rasa berat,alignment lari dan bila lalu perlahan atas permukaan tak rata ada bunyi duk..duk kt dpn sblh kanan. Klau laju takde bunyi tu or tak perasan. Ape mslahnya tu tuan?Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,periksa minyak power steering,tambahkan jika kurang,ada bocor pada hose power steering,bunyi itu perlu buat alignment dan balancing,berkemungkinan juga ball joint kanan lower arm telah haus

      Delete
  77. Assalamualaikum tuan.. Nak tanya laa. Kereta proton iswara aeroback SE sy ni apabila dipandang dari arah hadapan sy nampak ianya senget. Seperti kanan rendah dan kiri tinggi. Dah tanya pd beberape pomen tp pomen masih lagi garu kepala. Jadi sy nak tanya pada tuan apakah kerosakkannye tu??

    Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,ini masalah spring,spring bila dibuka pun ia nampak ok tapi bila dipasang dikereta ia akan senget kerana ketegangan spring berbeza bila ada beban,perlu ganti kedua2nya dengan yang lain

      Delete
  78. Assalamualaikum tuan...mohon nasihat tuan..kereta wira saya bila dipandu akan terasa macam jalan atas air..terhuyung hayang walaupun jalan rata espicially jalan tar baru..streng pun tidak dapat dikawal dengan baik..adakah kerana absorber atau lower arm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ini masalah ball joint yang juga berkait dengan lower arm yang terlalu lembut,Tukar lower arm kedua2 bahagian roda,insyallah ok

      Delete
  79. Salam tuan

    Saya memandu myvi1.5 dan milage sudah 94k. Pada mulanya Saye mempunyai masalah bunyi di bahagian depan kiri bunyi tik sekali ketika membelok contohnya ketika keluar dari parking.selepas 2-3 bulan bunyi itu menjadi lebih dari sekali. Ianya berlaku pada permulaan pergerakan dan tiada bunyi ketika sudah bergerak dan kelajuaan yg tinggi. Stering tidak berasa keras ataupun goyang kerana kereta ini menggunakan system drive by wire. Saya suspek ia berpunca dari bahagian mekanikal.Adakan berpunca dari drive shaft ataupun lower arm kiri ataupun absorber bearing atau lain2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar absorber link dan absorber bering insyallah ok

      Delete
  80. Assalam tuan...
    Sy pkai iswara 1.3...maslah stereng sy tiba bole goyang atas bawah..mcm loose..masa bhnti dgn drive...bila belok ade bunyi ketuk2 mcm stereng tu x balance bole ke atas bwh..sy cek rod stereng bwh pedal bnde tu bergoyang bile sy tolak..seolah mcm ade skru trlepas...masalah apa tu ea...klu tukar bp kos? Tq tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,stereng rod telah sangat lembut dan bola beringnya telah bergoyang kuat,gantikan keseluruhan stereng rack

      Delete
  81. Assalamualaikum...saya nk tnye sikit berkenaan tyr kereta saya boleh digoyangkan(ada free pd tyr sedangkan nut tlh diikat dengan ketat) pd roda sblh kanan,menggunakan tangan semasa kereta dlm keadaan berhenti.adakah ia berpunca dr caliper disc...dan semasa brek mengejut,kereta sya seperti tersentap2.apa kah puncanya.tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,memang benar ini masalah disc caliper samada ganti skru pemegang atau ganti terus disc caliper

      Delete
  82. assalam
    -nissan almera auto 2013
    -masalah gear auto terasa bergetar/vibration semasa penukaran gear berlaku dalam keadaan D
    -dalam kereta berdengung dengan kuat
    -stereng rasa bergetar semasa dalam keadaan N
    -apa masalahnya tuan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,mounting gearbox mungkin pecah,tukar juga minyak auto dan autofilter

      Delete
  83. Slm tuan...sy pkai perdana v6 tahun 96..mslh ble bwk lbh dri 120/km akn rs gegaran berskala..skjp gegar skjp x dn strusnya...klo bwh 120 ok..ble tkn lbh dri 120 dshbord gegar,streng gegar tp brskala..ape mslh tuan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,stereng gegar masalah alignment dan balancing serta tayar ,perlu periksa tayar jika ia makan tepi walaupun sedikit

      Delete
  84. salam tuan,

    sy mempunyai kereta almera. masalah saya adalah stereng saya tegak tapi kereta saya kerap kali ke kiri atau ke kanan (walaupon stereng tegak).

    Dah banyak kali complaint di nissan service centre, namun masalah tidak solve..

    mohon pandangan tuan pakar untuk penyelesaian

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah alignment dan balancing,buat saja di wsyop tayar

      Delete
  85. salam, sy ada saga lama yg bunyi mcm ada besi atau rod di depan yg nak tercabut bila kereta bergerak dan terutama jika sedang tekan minyak.. bunyi agak ketara jika pada kelajuan 40 ke 80.. mula2 bunyinya spt pada tayar kiri, tetapi sy sudah tukar drive shaft kiri dan boot (getah hitam) dalam dan luar drive sharf kanan yg telah agak lama terkoyak dan hampir kering greasenya... sekarang, dia bunyi spt terdapat ditengah pula... mohon pencerahan tuan... sy telah pergi ke 2 bengkel, tetapi malangnya mereka mengatakan bahawa tiada apa2 kerosakan dan bunyi dikesan.. tetapi ianya bunyi semula ketika sy memandunya... terima kasih.. mungkin bunyi dan kerosakannya masih belum serius sehingga ianya menyebabkan ianya tidak berbunyi dengan kuat sehingga dapat dikesan oleh pomen.. tapi sy boleh rasakan bunyi tersebut dan merasakan spt ada benda yg hendak tercabut dekat enjin tersebut... terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini bunyi inner drive shaft yang bersambung ke flywheel gearbox,jika ia lusuh bunyi akan tetap ada walau keadaan perlahan mahupun laju,perlu gantikan juga inner drive shaft ini

      Delete
  86. Assalam saya memakai kenderaan jnis kancil..masalah yg timbul ialah stereng berada dlm kdaan senget ke kiri semasa kereta brada dlm kdaan lurus,apabila stereng di lepaskan semasa kereta brjalan lurus didapati kereta akan bergerak senget ke kanan sdgkan pd masa itu stereng brkedudukan senget ke kiri.Masalah kedua ialah stereng terasa berat smasa membelok ke kiri atau ke kanan dan slepas membelok apabila stereng d lepaskan ia tak bertindakbalas dlm kedudukan centre..mohon pencerahan mengapa dan knp trjadi sedemikian dan brape aggaran kos utk baikpulih sprt kdaan asal

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini adalah masalah roda yang berat sebelah dan alignment yang tidak tepat,perlu gantikan bearing roda disebelah yang ketat untuk berpusing dan buat alignment,minta mekanik adjust kedudukan stereng ditengah2,kos baiki sekitar rm300

      Delete
  87. As salam encik...kereta wira sy bru ganti lower arm kiri...sy nk tye perlu ke nk buat alignment? sbb kdg2 kereta akan terasa kiri ke kanan...klau time ujan ble brek akan rse tayar lari...hmpir2 terbabas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,apa saja komponen suspension yang ditukar contoh tie rod end,steering rod dan lain2 lebih2 lagi lower arm semuanya mesti disertai dengan alignment selepas ia ditukar

      Delete
    2. Salam encik. Saya ada masahala kereta saya proton wira auto apabila saya pusing ke kira n kanan keluar bunyi krak krak dan kalau lurus sahaja jln xberbunyi dn kalau on aircond bergegar setering apa masahala nya encik boleh tolong saya ...

      Delete
    3. wsalam,ini masalah drive shaft kiri dan kanan,perlu ditukar manakala enjin bergegar akibat FICD aircond tidak berfungsi samada ia rosak atau kuasa untuk hidupkan hilang

      Delete
  88. Saya pguna viva 850 mslh saya steering rasa sangat ringan bila bgerak s'olah2 mcm power steering. Buat u turn steering xpusing dgn sdiri. Meter 120k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini masalah steering rack,perlu ganti stereng rack yang telah lembut sangat

      Delete
  89. saya ppengguna naza citra..bru bru ni tkar tyr dpan 2 biji.dh buat allgmnt n balancing..tp bila bawa kete rasa brjalan atas air..lari ke kiri kanan..bila bw laju dia x stabil mcm terumbang ambing je..ni masalah apa ye..mohon penjelasan..tq...
    naza citra 2009

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat semula alignment di kedai lain,alignment ini kurang sempurna

      Delete
  90. Salam tuan...saya pengguna kancil tahun 2006..masalah kereta saya apabila jln lurus kereta tiba2 lari ke sebelah kiri walaupun stering dlm keadaan lurus..baru2 ini sya cuba memotong sebuah kereta dan ketika memotong kereta lari ke sebelah kiri secara tiba2 nasib baik sya dpt mengawal keadaan dan saya hampir2 terbabas...mohon tuan dpt beri pencerahan apa masalah dan barang yg perlu di ganti beserta kosnya..terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ganti lower arm sebelah kiri dan juga stereng rod kiri kosnya sekiar rm300

      Delete
  91. salam boss, saya pakai persona tahun 2008, masalah sy skrg ni, stereng berat sebelah kanan dan ringan belah kiri, bila pandu kete lari ke kiri dan break emergency stereng lari ke kiri, daa servis stereng rack, tukar drive shaft, tukar rim dgn tayar baru serta berpuluh kali buat allignment tp masalah masih timbul, daa puas tanya mana2 kedai dan dorg tk berani nak bg kata putus, sy berharap tuan dpt bantu masalah yg sy hadapi skrg ni, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam tukar absorber bering dan steering rod insyallah ok

      Delete
  92. Salam tuan.kereta exora baru 6bulan.bila dah memandu lebih kurang30km...jalan tak rata atau pusing stering akan berbunyi 'thak thak thak'..tayar depan sebelah kiri dah ma
    kin haus diluar..hantar pusat servis balik akan bunyi balik...mohon pencerahan tuan..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,buat alignment dan balancing tayar insyallah ok

      Delete
  93. Alignment dan balancing tayar dah buat sebelum ni..cuma mekanik cina tu kata kena tukar susupension ring..claim kat proton..saya ke pusat servis masalah bunyi datang balik selepas 2hari hantar...kawan kata link rod problem..confuse saya tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunakan camber bolt jika belum guna,olehkerana kereta masih baru tidak mungkin link rod rosak,jika lama absorber bering juga boleh rosak,buat alignment sekali lagi guna camber bolt dulu

      Delete
  94. Assalam sy ingin bertanya adakah tie rod end yg bergoyang boleh menyebabkan kereta@enjin mnjadi berat ketika bergerak dan mnyebabkan kereta mnjdi berayun ketika bergerak di selekoh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh terutamanya tie rod end pada lower arm

      Delete
    2. Ouh jd tie rod end sy da ptut kne tukar...patut lah sblom ni bile bergerak meter sy snng cecah 120km/j ttpi bile sy tau yg tie rod end sy bergoyang enjin sy seakan berat...bile hendak capai kelajuan 120km/j perlu tekan lebih...boleh tuan terangkn mcmana tie rod end boleh mmpengruhi kelajuan kereta??

      Delete
    3. Ada 2 tempat tie rod end memegang Disc roda iaitu pada lower arm dan pada steering rod,jika ia lembut dan berggetar kelajuan roda sedikit terganggu ,lama kelamaan berat beban ditambah akibat rod end yang lusuh

      Delete
    4. Terima kasih tuan MK..boleh sy tau dimana workshop tuan...dan tuan boleh suggest kn x tayar apa yg terbaik.

      Delete
    5. Tayar yang baik adalah tayar yang mencengkam kuat pada jalan dan tidak bising,pada masa ini jenama continental adalah paling baik

      Delete
  95. Salam MK.. kalo minyak power steering kering, berat dan berbunyi mase pusing steering, ape yg rosak ye? Rase bape kos nak repair? proton saga lame

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,bila power steering bocor,power steering pump ikut rosak dan hose yang bocor perlu diganti,kos baiki adalah sekitar rm500

      Delete
  96. Assalam MK. Sy memandu Naza Sutera masalah yg dialami sekarang ketika hendak parking steering menjadi berat, berbunyi dan bergetar sewaktu membelok kiri dan kanan. Malah sewaktu jalan lurus steering kereta rasa longgar sendirinya akan ke kiri dan kanan. Boleh tahu apa permasalahannya dan berapa kos utk membaiki kerosakan tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,perlu gantikan steering rack sebatang dari hujung ke hujung,kos kira2 rm1100

      Delete
  97. Salam...apa masalah kalau bunyi bump dekat tayar depan sebalah kiri bila terlanggar bonggol atau jalan gravel? Saya sudah tukar absorber, absorber mounting, tie rod in kiri dan stabilizer link. Bila priksa dekat workshop, lower arm masih ok. Sy guna kreta myvi auto tahun 2010.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,lower arm nampak saja ok tapi sebenarnya tak ok dah,perlu diganti tandanya bunyi tidak hilang selepas komponen yang berkaitan di tukar

      Delete
  98. Assalamualaikum...nk tnya,apa mslh bila belok steering sangkut2/sekat2? -Honda city 2003

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tambah minyak power steering jika kurang dan ganti hose yang bocor dan belting power steering yang lusuh atau kendur

      Delete
  99. Assalamualaikum..nak tanye kalau drive shaft boot Koyak perlukah ganti drive shaft 1set atau ganti Boot saje? Satu lagi bila pusing steering kiri,kanan kenapa tak balas jadi normal (centre)
    P/iswara 92

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tak perlu,cuma ganti boot saja.
      gantikan stereng rod kedua belah kiri dan kanan dan buat alignment insyallah masalah selesai

      Delete
  100. Assalamualaikum..sy sgt cetek dan tidak tau ilmu ttg compartment kereta. yang saya tau hanya bawak sahaja.huhu. akibat drpd 2x kemalangan, sy sangat ingin tahu apa punca nya.kereta saya baru berusia 1 tahun 5 bulan. kereta sy tiba2 steering dan brake gagal berfungsi. sgt bahaya..mohon bantuan drpd encik.kerana kereta sy itu sy merasakn tidak selamat lg untuk dipandu. nasrah 013-4291773.nasrahedayu@yahoo.com

    ReplyDelete
  101. Assalam..sy amat memohon bantuan drpd encik. saya da 2x hampir mengalami kemalangan jiwa akibat drpd stereng dan brake yg gagal berfungsi secara tiba2.sy bawak x laju pon dalam 50km/j. kereta sy baru berusia 1 tahun 5 bulan. mohon respon respon encik segera supaya sy tau apa nk ckp dgn pomen kereta. sbb sblum dia report bgtau kereta sy xda masalah.sy sgt xberpuas hati..huhu..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,minta mereka periksa sensor abs dan master pump brake

      Delete
  102. as salam.. sy nk tanye sikit..kereta sy saga blm 1.3 auto..harini sy hampir terbabs semas drive..xdela laju coz da nk sampai trafic light..sbelum sy brek stereng kereta beralih senget kek kir..dan menghasilkan bunyi..dan bile hendak berhenti skali lg mmg sy terbabas ke tepi dan stereng still senget..if tgh drive nk tekan pedal minyak or hendak brek mesti mengeluarkan bunyi 'Tekkk" .. sy drive lg dan tetibe stereng beralih senget ke kana.. bila brek lg senget kekiri..agk2 ape mslah kereta sy bang..dulu sbelum ni pernah eksiden terbabas..dan mmg ade bunyi begitu..mohon komen dan reply..tq..

    ReplyDelete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>