Mekanik kereta: Penggunaan spanar torque dalam top overhaul enjin kereta
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

May 12, 2012

Penggunaan spanar torque dalam top overhaul enjin kereta



  Torque wrench adalah alat yang digunakan untuk mengetatkan dan menguncikan bolt dan nut atau skru mengikut tahap dan kadar yang sesuai untuk sebuah komponen engine kereta.

 Pada kebiasaannya semua skru,bolt dan nut dikunci dan diketatkan menggunakan kaedah spanar biasa yang berbunga dan bergerigi samada bulat atau bunga.Manakala skru yang pipih pada permukaannya dikunci menggunakan spanar philips biasa.

 Penggunaan spanar torque dalam top overhaul adalah untuk mempastikan semua bolt dan nut pada kebuk silinder(cylinder head) dikunci dan diketatkan pada kadar sama dan seimbang untuk semua skru tersebut. kaedah pengetatan adalah sama iaitu mengikut arah jam cuma yang berbeza ialah kadar yang ditetapkan untuk pengetatan tersebut.Corak penguncian pula berbentuk zic zac.



 Spanar torque berbentuk spanar yang biasa, bezanya ia memempunyai tolok penanda ukuran pada batang pemegang yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian suatu penguncian.Kadar pengetatan skru pada top overhaul adalah sekitar 45-55 micrometer untuk kebuk silinder pada kebanyakan kereta.




Terdapat kira-kira 2 jenis torque wrench yang biasa digunakan iaitu torque wrench manual dan digital.Jenis digital amat mudah digunakan hanya dengan menekan nombor pada batang torque wrench ,ia telah ditetapkan pada kadar tertentu secara digital.

Di Malaysia penggunaan spanar torque tidak begitu meluas sehinggakan banyak kecuaian yang terdapat pada pengusaha bengkel kereta yang menyebabkan kereta terdapat sedikit kebocoran setiap kali melakukan  top overhaul.

Pengetatan bolt dan nut secara manual tidak berdaya menyeimbangkan kedudukan skru kebuk silinder seterusnya menekan gasket silinder secara rata atas permukaan blok dan mennyebabkan kebocoran kecil yang tidak ketara.

Tidak ketara bermaksud selepas top overhaul bocor tersebut akan kelihatan meleleh sedikit demi sedikit antara celahan blok dan silinder selepas 2 atau 3 bulan pemanduan .

Pengguna kereta tidak perlu khuatir ,apa yang mereka perlukan ialah membawa ke bengkel dimana dilakukan top overhaul untuk skru diketatkan semula.Selepas melalui pengetatan menggunakan spanar torque masalah ini akan dapat diselesaikan.


27 comments:

  1. helo cikgu.. macam mana kita nak tau kalau kita nak kunci bolt n nut pada kereta mggunakan torque wrench ini. kalau nut 10mm nak adjust berapa.
    klau 12mm,14mm,16mm nak adjust berapa.. kalau ada snarai bagilah cikgu.. tq..

    ReplyDelete
  2. son,

    nut 14 biasa dipakai pada silinder head dan torque wrench diadjust pada 45-55 micrometer dan yang lebih besar saiznya bertambah 5 micrometer dan berkurang 5 micrometer juga untu saiz kurang dari 14.

    ReplyDelete
  3. ooo begitu.. k terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  4. Fantastic beat ! I wish to apprentice even though you amend your site, how could i subscribe for a blog web site? The account aided me a acceptable deal. I had been a bit bit acquainted of this your broadcast provided bright clear concept
    HTTP://www.CoolMobilePhone.net

    ReplyDelete
  5. toms outlet online uonftk qvnnfd cheap toms qyhtsc zhptni toms outlet vdgdzv http://www.cozylouboutinoutlet.co.uk
    sac longchamp fqzdty hgpqfq sac longchamp pas cher sjfsvm pxtblq sac longchamp cpuend http://www.thomassabocheap.co.uk

    ReplyDelete

  6. Good article. I am facing some of these issues as well..

    ReplyDelete
  7. Hello. And Bye. Thank you very much.

    ReplyDelete
  8. Slm..boleh tak cikgu berikan tork utk ikat heat kancil 660..tq

    ReplyDelete
  9. Mat pagi chef.nak tnya berapa tork untuk head suzuki jimny 1000cc.skru size 14mm.

    ReplyDelete
  10. salam cikgu. mohon btnya. tork utk daihatsu delta v57 (4tayar) brapa yer.

    ReplyDelete
  11. sukatan TW utk ketatkan head injin b16a (gasket metal) berapa ya bos.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum nak tanya berapa tork untuk head nissan sunny n16 size skru 10mm

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,skru 10 mm,biasa paling maksima pun 37lb ft

      Delete
  13. Assalamualaikum sifu. berapa TW untuk kereta toyota seg conrod dan head.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,head memadai pada bacaan 40-55 lt ft

      Delete
  14. Brapa sukatan utk sylinder head,conrod n main bearing utk injin 4jb1

    ReplyDelete
  15. 4jb1 injin..brapa tw head.con n main

    ReplyDelete
  16. as'asalam tuan..nak tanya,berapa tork untuk saga blm 1.3 top overhoul.

    ReplyDelete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>