Mekanik kereta: Menjimatkan petrol secara teknikal
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Jun 6, 2012

Menjimatkan petrol secara teknikal


ECOMASTER Gas Fuel Saver Chip to Oxygen Sensor Proton Gen 2 1.6L 10-year WARRANTY


Petrol adalah bahanapi utama dalam menggerakan enjin secara keseluruhan,tanpa petrol enjin ibarat burung tanpa sayap,tidak berdaya untuk pergi jauh.Petrol bukan sahaja bahan bakar utama kenderaan malah ia juga berfungsi sebagai pencerna kepada sistem api kenderaan supaya ia dapat terus bergerak dan menceriakan pengguna kenderaan tersebut.

Walaubagaimanapun apabila petrol yang digunakan diadalam kenderaan seperti kereta meningkat secara mendadak dan tidak dapat dikawal,sukar jimat, sudah tentu pengguna akan berasa gusar dan akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kadar penggunaan petrol dalam enjin kereta dsbnya.

Pada dasarnya penggunaan petrol akan tetap bertambah kerana komponen-komponen sistem minyak akan menjadi haus dan sebahagiannya pula tidak dapat berfungsi pada kadar 100 peratus lagi selepas beberapa kilometer digunakan.Komponen tersebut termasuklah hose,karburator,injektor,tangki minyak dan fuel filter.

Diantara komponen tersebut komponen seperti hose,karburator,injektor dan fuel filter adalah komponen yang menyumbang kepada penambahan penggunaan petrol pada sebuah kereta.

karbon yang memenuhi ruang atas piston

Secara teknikalnya pula penambahan karbon dalam enjin adalah penyumbang yang agak besar peratusnya dalam penambahan penggunaan petrol sesebuah kereta.Karbon akan bertambah apabila terdapat lebihan petrol yang tidak dibakar  dan melekat disekitar atas piston,ring piston bawah head silinder,sekeliling injap dan didinding head silinder.

Secara teknikalnya juga karbon memang tidak dapat dimusnahkan begitu saja oleh aktiviti petrol dan pembakaran yang berterusan  dalam enjin.Ia hanya boleh dilakukan hanya dengan membuat top overhaul ke atas enjin tersebut.Top overhaul yang kemas untuk membuang karbon harus dilakukan dan carakerja seperti membersihkan atas piston dan blok,membersihkan sekeliling injap dan silinder head perlu dilakukan supaya karbon dapat dinyahkan dari atas permukaan blok dan silinder head.

Setelah top overhaul selesai penggantian air filter dan plug adalah sebahagian pemangkin utama untuk mengembalikan kadar penggunaan petrol kepada asal.Hose dan fuel filter harus ditukar manakala tangki minyak pula perlu dibersihkan.Injektor atau karburator juga perlu diservis sebagai pengakhiran kepada proses mengembalikan penggunaan kadar petrol seminima yang mungkin untuk penjimatan.

Top overhaul adalah cara kerja teknikal yang menelan belanja yang agak besar untuk dilakukan dan sehinggakini carakerja tersebut kekal sebagai pembaikan ketika enjin panas sahaja seperti menukar head gasket dan grind valve.

Kajian untuk menjimatkan penggunaan petrol untuk kereta telah membawa kepada penggunaan decarbonizer untuk mencairkan karbon sewaktu enjin bergerak.Decarbonizer adalah sejenis bahan kimia campuran pelbagai bahan kimia sepert butoxyethanol dan blend polymer bertujuan mencairkan karbon menjadi kepulan asap dan seterusnya dialirkan melalui ekzos.

Pada masa kini penggunaan decarbonizer semakin meluas sehingga mencecah 85 peratus sebagai bahan utama untuk mempercepatkan proses top overhaul yang menelan kos serta masa yang agak panjang.Penggunaan decarbonizer lebih mudah ,bahan tersebut hanya perlu dialirkan kedalam sistem minyak untuk beberapa minit ataupun digunakan didalam tangki minyak untuk menikmati hasilnya pada kadar yang agak cepat berbanding top overhaul.

Terdapat banyak jenama decarbonizer dalam pasaran di Malysia mahupun diluar negara.Produk Professor (xpress decarbonizer) adalah antara produk anak tempatan Malaysia yang banyak digunakan sekarang Produk ini adalah antara jenama yang diakui berhasil untuk meminimakan penggunaan petrol ketahap yang paling minima dan amat berkesan mencairkan karbon menjadi asap seterusnya mermbantu prestasi enjin kepada yang lebih baik.









35 comments:

  1. salam bro, kalau berlaku situasi 'makan minyak hitam' (keluar asap putih), adakah akan menjejaskan fuel consumtion jgk?

    ReplyDelete
  2. saudara chyme,

    Jika asap putih tebal dan sentiasa saja tidak berhenti itu bermakna piston ring untuk minyak telah rosak atau haus dan memang fuel akan bertambah selagi piston ring tersebut tidak ditukar.

    Manakala asap hitam sedikit2 putih berbau minyak adalah masalah karburator juga akan menyebabkan petrol digunakan bertambah.

    ReplyDelete
  3. Salam bro nak tanya kalau minyak hitam dah melekat dalam enjin seperti berkeladak apakah cara yang sesuai untuk mengatasinya?

    ReplyDelete
  4. saudara i-mekar,

    kalau kereta tu masih digunakan,kerap tukar minyak hitam dapt mencairkan keladak perlahan-lahan,gunakan minyak hitam yang telah ada engine treatment.

    Selain itu overhaul juga adalah carakerja yang membersihkan dalaman enjin serta komponennya.

    ReplyDelete
  5. keta wira 1.3 manual..bila crank..senyap je..kadang2 kena berkali2 baru enjin boleh hidup..knp?

    ReplyDelete
  6. saudara keta wira 1.3 manual crank senyap,

    Jika crank senyap saja ada masalah dengan starter,Dapatkan relay starter dan pasangkan.

    ReplyDelete
  7. Salam tuan,
    Mana nk cari dicarbonizer?kt kedai sparepart kete mcm xde jual je..

    ReplyDelete
  8. wksm WBKT,saudara joe,

    klik gambar blog ni atas sebelah kiri-decarbonizer nyah karbon!beli online!

    ReplyDelete
  9. Salam en sord n arsad.. sya ingin bertanya tentang decarbonizer.. boleh kh tuan ceritakan serba sedikit tentang cara decarbonizer bergerak dalam engine ntuk membersihkan carbon? Saya tidak pernah gunakan produk ini kerana kurang pemahaman tentang cara ia menyahkan carbon dalam ruang pembakaran.. trimas byk2..

    ReplyDelete
  10. @haibaraw/salam,decarbonizer ni fungsi dia cuma bersihkan permukaan piston dan sedikit tepi head,kesannya kepada kereta adalah sekitar 50 peratus saja berbanding top overhaul yang membuka head dan cuci seluruhnya.Walauponbegitu decarbonizer ini memang membantu dalam menstabilkan enjin kembali kepada asal serta elok juga digunakan.
    2.Proses nya mudah kerana ia hanya menyalurkan decarbonizer dan mengering menjadi karbon monoksida melalui ekzos.
    http://www.youtube.com/watch?v=yTsDVhVJkyE

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tuan,

    sy pakai kancil 660.

    Masalah : Semput2 & lost power.

    Sy dah tukar plug, plug cable,coil ,air filter,fuel filter..tapi masih SAMA.Jadi, sy ke workshop dan pomen advice tukar carburator.

    OK..sebelum sy hantar ke workshop,kereta tiada ASAP PUTIH,hny semput2 & lost power. Bila dah tukar carburator 850, masalah masih SAMA dan tambah lagi 1 MASALAH..keluar asap putih yg banyak (da mcm fogging lak)

    2) Pomen topup minyak hitam & air kat reserve tank. Selang beberapa jam time testing, check minyak hitam dah bercampur air. Apa punca dia? Dah bertambah masalah lg..Fenin2..

    3) LAst sebab dah jd macamtu,pomen advice angkat enjin sbb nak check piston ring semua (overhaul) ,padahal baru je 2 bulan lepas da buat top overhaul). Mintak pendapat TUAN pada masalah sy ni...

    terima kasih.

    ReplyDelete
  12. ssalamualaikum Tuan,

    sy pakai kancil 660.

    Masalah : Semput2 & lost power.

    Sy dah tukar plug, plug cable,coil ,air filter,fuel filter..tapi masih SAMA.Jadi, sy ke workshop dan pomen advice tukar carburator.

    OK..sebelum sy hantar ke workshop,kereta tiada ASAP PUTIH,hny semput2 & lost power. Bila dah tukar carburator 850, masalah masih SAMA dan tambah lagi 1 MASALAH..keluar asap putih yg banyak (da mcm fogging lak)

    2) Pomen topup minyak hitam & air kat reserve tank. Selang beberapa jam time testing, check minyak hitam dah bercampur air. Apa punca dia? Dah bertambah masalah lg..Fenin2..

    3) LAst sebab dah jd macamtu,pomen advice angkat enjin sbb nak check piston ring semua (overhaul) ,padahal baru je 2 bulan lepas da buat top overhaul). Mintak pendapat TUAN pada masalah sy ni...

    terima kasih.

    ReplyDelete
  13. @Ritz Jrw/salam,ada dua sebab utama bila semput yang teruk 1.Bila air bercampur minyak sebab ring patah
    2.Karburator setting tak ok.

    Ini boleh cek dengan melihat pada air filter saja jika minyak naik atas dan asap putih tebal maknaya ada ring patah.Jika setting karburator tak ok,asap hitam yang keluar bukan putih.Kereta saudara sebenarnya ada masalah ring tapi pomen awal tak pastikan sebelum top overhaul.Piston ring patah boleh tau hanya dengan menggoyang atas piston saja.

    Kereta tersebut memang perlu overhaul

    ReplyDelete
  14. Salam Tuan,
    sy pakai kereta vios 07 auto. semasa menukar gear ia bunyi "ktik...ktik...ktik". lg satu bila kereta lalu jln beralun ada bunyi "nyit..nyit..nyit" di bahagian depan belah kanan. mohon pandangan tuan..tq.

    ReplyDelete
  15. Salam Tuan,

    sy pakai vios 07 auto. masalah nya bila tukar gear ada bunyi "ktik...ktik...ktik."..bila kereta jln lama baru dengar bunyi ni.lg satu bila lalu jln beralun ada bunyi "nyit..nyit..nyit" bhagian depan belah kanan. mounting absorber baru tukar.apa masalah nya ya..mohon pandangan tuan..tq..

    ReplyDelete
  16. @Mohamad Zulkefliwslm,saudara zulkefli,Jika saudara belum tukar lagi minyak auto sebaiknya saudara tukar minyak dan autofilter dulu,minyak kotor boleh menyebabkan bunyi dan shift gear yang sukar.

    2.Sembur dengan air kuat pada tempat spring dan bawah absorber,mungkin ada kotor pada spring dan absorber mounting.

    ReplyDelete
  17. @Arsad mekanik minyak auto sy dah tukar tp autofilter belum tukar sbb mekanik tu ckp auto filter xperlu tukar selalu. sblum ni masa servis dah tukar semua minyak auto dgn autofilter. mcm mna tu tuan..klu tukar minyak auto mesti sekali dengan auto filter ke?

    ReplyDelete
  18. @Mohamad Zulkeflisetiap kali tukar minyak sepatutnya ditukar autofilter kerana km yang disarankan untuk tukar minyak auto dan filter adalah sekitar 10000 atau 20000 km jadi perlu tukar autofilter kerana sensor gearbox juga mudah rosak jika autofilter yang sama digunakan terlalu banyak km

    ReplyDelete
  19. tuan, minta tuan dapat kongsikan mengenai timing chain. apa perbezaan timing chain dan timing belt dr segi servis dan lain2..

    ReplyDelete
  20. @Mohamad Zulkeflisalam saudara mohamad zulkefli,

    Terdapat beberapa beza saja antara timing belt dan timing chain dari segi penyelenggaraan seperti:-
    1.Timing belt ditukar setiap 500000-100000 km penggunaan manakala timing chain biasanya akan ditukar jika terdapat bunyi yang kuat disebabkan kurangnya minyak hitam dan telah merosakan chain tersebut.
    2.Penggunaan timing belt enjin lebih senyap berbanding timing chain.
    3.Prstasi pula lebih baik jika guna timing chain walaupunbegitu ia tak akan sampai kuasa maksimum jika tidak dijaga bermaksud tukar minyak hitam tak ikut km ditetapkan,begitu juga plug,air filter dan oil filter.

    ReplyDelete
  21. salam tuan..mohon bantuan...
    kereta saya iswara 1.3 mgalami msalah penggunaan petrol yg sgt tggi...1 liter = 7km shja..msalah ni terjadi lepas sy servis carb..pomen ckp dia bukak angin sikit..klau ttup angin asap hiam akan kluar...apa mslah kreta sy ni...mohon bantuan...tq

    ReplyDelete
  22. @Unknownwslm,tiada masalah pada kereta tersebut cuma perlu setting lebih baik pada karburator dan distributor,dapatkan RPM lebih stabil dan pembakaran minyak yang agak jimat

    ReplyDelete
  23. Slm tuan
    Sy pkai civic ek b16a
    Tabung belakang sy selalu kene cuci. Masukkan air dan ram minyak. Segala hitam bminyak akan kluar. Kalu x buat. Bunyi vtec bukak x padat. Setiap 3 hari akan buat, kalu x bunyi slow blik.
    Ape masalah kereta sy. Adakah perlu dituning/tukar fuel filter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,karbon monoksida banyak keluar,tukar ekzos sensor,fuel filter dan tuning semula enjin insyallah karbon dapat dikurangkan

      Delete
  24. Assalamualaikum SIFU..
    4g91 saya bocor minyak pd gasket head Selinder no4 bahagian penjuru depan.sekarang dh tukar metal gasket1.5mm ..tapi masih berlaku kebocoran yg sama cuma.kurang sedikit.apakah masalah ini SIFU?..
    dan berapa torque utk head bolt 4g91 ni SIFU..?.. tq sifu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ketatkan bolt pada ukuran 55-60 ft.lbs torque,pastikan bolt diketatkan aturan zic zac

      Delete
  25. terima kasih sifu...kena membantu.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum sifoo..
    pertanyaan saya...ada yg mengatakan metal gasket biasanya boleh digunakan 3 kali..dalam kes overhead adakah metal gasketnya dapat digunakan lagi...
    DIY baru belajar..terima kasih sifoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,2 kali adalah biasa,3 kali tidak digalakkan,tetapi jenis copper boleh tahan sehingga 4 kali

      Delete
  27. assalamu'alaikum saya nak tanya kenapa bila saya bawak kereta saya iswara sedan 1.3 ni, bile lepaskan minyak dia letup2 kat akzos

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/slm,karburator perlu diservis dan setting semula kerana kotor,plug perlu ditukar ,air filter juga,insyallah ok

      Delete
  28. Salam tuan...v6 sy dh tukar autofilter n bila jln ptkaran gear agk kasar.drishaft bru...lg mslh slalu tkar gear sndr.mcm ada toyol lak...tlg bantu sy tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,gear slip dan bertukar sendiri adalah sebab bocor minyak terutamanya minyak gear,tukar juga sensor solenoid dalam autofilter,insyallah ok

      Delete
  29. salam bro semua . saya ada satu masalah punca kereta saga sedan .1.3 . masalah kereta tak ada api . cable plug . spark plug , batteri , semua dah tukar . but punca masih sama . minta bantuan geng semua . adakah maslah itu punca dari distributor ..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam bro,betul lah tu ganti distributor,inshallah api ada

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>