Mekanik kereta: Laba bulan ramadhan
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Jul 20, 2012

Laba bulan ramadhan

 

Selamat Menyambut Ramadan Kareem 2012


Semuga dengan datangnya bulan ramadhan ini menjadikan kita lebih sihat dan sejahtera fizikal dan minda.Ramai berpendapat bulan ramadhan inilah bulan yang membawa banyak keuntungan untuk umat islam ,tak banyak keluarkan pitih nak makan dan minum hanya keluarkan bila waktu berbuka,nak pergi berjalan atau melancong pun bulan ramadhan dah tentu siang hari tak boleh nak makan jadi bagi yang berjimat cermat memang banyak untung bulan ramadhan ini.

Tahun 2011 dan ramadhan 2010 kita tinggalkan,apa yang dihutang harap-harap dapatlah dibayar sebelum ramadhan tahun ini.(.Aku baru je habis bayar semalam.).Mintak2 tahun 2012 ni dapatlah habiskan sebulan puasa dan terawih ,walaupun sebelum ini terawih memang tak pernah berjaya sebulan penuh ada saja hal yang datang.


Orang kata terawih banyak fadhilatnya,mungkin ramai yang tahu (Aku baru je tahu dari blog jalan akhirat )Terimakasih banyaklah kepada penulisnya.Kalau ada yang rasa nak tahu klik link atas gambar kat bawah .Banyak sungguh yang aku tak tahu rupanya ,harap-harap tahun ini dapatlah menambahkan ilmu ugama sedikit sempena bulan ramadhan ini.

Rahsia fadhilat solat terawih



13 comments:

  1. Salam en Sord...sama-sama kita memanfaatkan bulan Ramadhan yang tiba esok hari...apa-apapun, fadhilat solat terawih tu berdasarkan hadis yang diiktiraf sebagai dhaif/palsu..tapi tak apa untuk diamalkan, cuma jangan disandarkan dengan Rasulullah s.a.w

    ReplyDelete
  2. salam en fahmi,tq beri info yang betul ,saya budak baru belajar!

    ReplyDelete
  3. lakukan apa jua ibadah kerana ALLAH.. sesungguhnya ALLAH maha mengetahui..

    selamat berpuasa....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. what are feature based articles?

    ReplyDelete
  6. salam bang,

    saya baru terlibat dengan kemalangan minggu lepas, ada perkara yang saya nak tanya abg. mohon abg berikan emel abg.

    -shah, sri kembangan

    ReplyDelete
  7. sedara shah,

    maaf emel saya tak bagi kat ruang komen ,sedara boleh dpt sendiri di profile.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum tuan...baru2 ni kereta sy tak dapat masuk gear .....cable ok....d sbb kn sy mlanggar banjir....jd sy jek kereta sy d dpn dn masuk kn gear ....tayar msh gerak walaupun dh tekan clutch...jd sy cuba blk2 ....dn roda bhnti bila sy tekan clutch....dn strus nya ok je...sy mo tnya....adakh iya tk tahan lama slps tukar minyak gear?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,bila langgar banjir,air akan ada didalam gearbox,perlu buang semua minyak sehingga warna minyak benar2 tidak coklat lagi,kadangkala terjadi jika masih terdapat campuran air dan minyak gear,gear tidak dapat dimasukkan,cuci tukar kira2 3 kali minyak gear

      Delete
  9. Asalam tuan sy pakai persona auto,gear bunyi bising ikut kelajuan kereta kuat sgt bunyi nya dlm kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar minyak yang lebih baik dari Toyota atau Nissan

      Delete
  10. Salam tuan. Sy menggunakan naza citra auto transmisi. Masalah kereta sy ialah lambat pickup terutama naik bukit. Kereta akan mengaum dgn kuat tp meter hanya 20km/h. Utk 15 minit awal semuanya ok. Tp bila matikan enjin dan start semula masalah ni akan timbul. Dah hantar mekanik. Mekanik cakap plug perlu tukar. Dan dah tukar plug. Tp masalah masih berlaku. Harap tuan dpt membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,gantikan speed sensor insyallah ok

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>