Mekanik kereta: Hati- hati
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Aug 17, 2012

Hati- hati




Blog mekanik kereta mengucapkan Selamat Hari Lebaran 2012 kepada semua muslimin dan muslimat tak kira dimana jua berada.Semuga lebaran tahun ini dikurniakan limpahan nikmat dan kegembiraan berganda meraikan kemenangan Ramadhan 1433 hijrah.

Hati-hati di jalanraya! Selamat hari raya!


70 comments:

  1. Salam,

    Sy pakai kereta harrier Rx300 tahun 97 yg recon. Mslahnya bila tekan minyak kereta mcm berat nk jalan lepas tu bila tekan minyak lg kuat kereta tiba2 meluncur laju. Mekanik dh tukar ignition coil dan plug kesemua 6 biji tp masalah masih wujud. Air flow sensor juga dAh tukar. Tlg bos apa sbenarnya masalah.

    ReplyDelete
  2. saudari amina

    1.Periksa electonic system jika ada

    2.Throttle body perlu diperiksa mungkin ada yang tersangkut samada Kabel atau plunger dalaman

    ReplyDelete
  3. Salam Bro makenik saya guna proton wira 1.6A XLI 1996 masaalah kereta ni enjin kena tggu panas 15-20min baru bleh gerak ,mula2 Gear D aje bermasaalah skrg berlarutan ke gear 3,2,L so far gear R ok apa perlu saya buat tanpa mengeluarkan koz yg byk...plz & tq

    ReplyDelete
  4. Salam Bro makenik saya guna proton wira 1.6A XLI 1996
    Q1- massalah pada kereta ni enjin kena tggu panas 15-20min baru bleh gerak mula2 gear D aje bermasaalah skrg berlarutan ke gear 3,2 dan L so far R xde masaalah adakah perlu ditukar solanoid dan apa perlu saya buat tanpa mengeluarkan koz yg byk plz
    Q2-kadangkala enjin x bleh dimatikan walaupun wire starter dibwh steering di cabut so alternatif nya saya cabut relay starter yg trletak di kotak fius hadapan utk dimatikan enjin!...tahu x apa masaalah nye...hrp bro dpt berikan jawapan utk menyelesaikan masaalah yg saya hadapi..plzz & tq so much

    ReplyDelete
  5. @Mohd Hamdanmaslah solenoid yang panas memang lambat dan susah tukar gear untuk kereta Auto.Gunakan minyak gear yang lebih baik untuk menahan kepanasan solenoid lebih cepat.

    2.Enjin mati lambat sebab karb yang terlalu kotor begitu juga dengan injection,servis boleh elokkan nya

    ReplyDelete
  6. Salam tuan mekanik, saya memiliki kereta pajero 2.8diesel automatik gear. Masalah saya ialah fast berjalan letak pedal D ok cantik dia jalan tetapi berhenti dan berjalan kembali punya payah untuk berjalan walaupun pedal minyak di tekan malah kepulan asap yang terkeluar seolah-olah mcm berat untuk berjalan. Harap dapat nasihat yang berguna dari tuan. Yang mengharap Amy Sofiana.

    ReplyDelete
  7. @Amy Sofianaw/salam,sebaiknya tukar minyak gear dan autofilter dulu dan jika ia masih berulang saudari perlu tukar sensor speed

    ReplyDelete
  8. salam ...
    sy nk tanye
    kete sy wira auto 1.6
    dlu sy pernah tukar gearbox sbb gearbox pecah...
    dr gearbox 1.6 masuk gear box 1.8
    pakai dlm 4 bln lps tukar gearbox tu
    dtg mslh baru
    iaitu gear sy dlm D n tgh drive tetiba dia jd free gear...
    tp dkt meter tetap D
    keadaan ni akn berlaku dalam seminit dua kemudian dia kmbali ke D
    blh sy tahu apa masalah nye
    sbb bila tanye pomen semua srh tukar gearbox lg

    ReplyDelete
  9. @Has Lindawslm,tukar dulu minyak gear dan autofilter serta speed sensor atas gearbox,insyallah ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan! Problem yg sama tjadi kat saga blm sy.. adakah sy patot follow sprti yg tuan nasihatkan? Sbb rata2 kedai sy pegi check kata solenoid problem atau gearbox.. setakat ni,tiap kali lepas panaskan engine pagi2 nk bgerak tu akan tjadi.. lepas da jadi freepaly skali tu,alhamdulillah da ok. Masalah ape tu ye Tuan?

      Delete
    2. wslm,solenoid shift jika rosak akan menyebabkan gear masuk lambat dan freeplay tak menentu,gear shift juga tidak menentu,insyallah ok jika ditukar

      Delete
  10. Assalamualaikum. Tuan, sy mas nk bertny..
    Sy pakai myvi auto 2008. Bila sy start enjin, ade bunyi mcm skru longgar/ besi bergesel di bahagian enjin kereta. Bila berjalan, bunyi tu akan hilang sementara dan akan berbunyi semula. Lagi kuat bila sy tekan brek / ambil selekoh. Mohon pandangan dan nasihat drpd tuan. T. Kasih byk2

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Tuan, sy nk bertny. Sy pakai kereta myvi auto 2008. Mslh sy, bila start enjin kereta, ade bunyi spt skru longgar/ besi bergesel di bahagian depan enjin. Bila sy drive, bunyi tu hilang sekejap dn akan berbunyi semula. Bila sy tekan brek/ ambil selekoh, bunyi tersebut jd lg kuat. Sy sgt2 xselesa bila drive dlm situasi tersebut. Mohon pandangan dan nasihat tuan .. terima kasih byk2

    ReplyDelete
  12. @Mas Mustapawslm,perlu periksa keadaan belting luar untuk aircond dan juga alternator,kemungkinan bering ada yang longgar atau dah ketat,bila ambil selekoh enjin akan lebih perlukan kuasa jadi ia akan berbunyi lebih nyaring.jika tukar bering alternator atau tensioner luar pastikan belting juga ditukar

    ReplyDelete
  13. assalam tuan..masalah sy sekarang keluar lampu AT pada meter...apabila jalan...gear x masuk secara auto....kenapa ye???

    ReplyDelete
  14. @Unknownwslm,lampu AT rosak auto transmission,periksa minyak gear auto mungkin bocor dan jadi kurang,tukar jika kotor sangat,jgn lupa tukar auto filter skali

    ReplyDelete
  15. aslmualkm tuan...nak tanya myvi outo 1.3 lagi best tahun 2012,bolih tak pakai lain2 jenama minyak gear......

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum tuan.
    Kereta Myvi 1.3 Auto (2013)
    Problem :
    1. Semasa berada di gear D, tiada pertukaran ke gear seterusnya.
    2. Paparan kilometer range tulis "E r r".

    Mohon tunjuk ajar dari tuan, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm
      Gear yang tak bertukar biasanya sebab minyak gear bocor dan terlalu kotor,pastikan dulu minyak gear auto ditukar
      2.Error akan berlaku jika gear shift tidak berfungsi

      Delete
  17. Salam Tuan.. sy nk btanye,kes yg sama dgn @Has Linda tjadi kat saga blm sy. Setiap pagi baru nk bgerak,gear akan 'free' skejap,then ok balik even dalam gear D. Wat masa ni benda ni jadi sebelum sy bgerak kluar. Minta pencerahan sbb setakat ni check sume kedai kata solenoid problem atau gearbox. Hal ni bmula selepas sy tukar minyak gear aritu.Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar solenoid shift ,semua tanda2 menjurus kepada solenoid shift yang tak ok,tukar minyak dan autofilter sekali!

      Delete
  18. Assalam.saya menggunakan toyota avanza auto1.3..masalah saya adalah setiap kali untuk memulakan perjalan.kereta saya mengalami masalah gear d x masuk.reverse ok.selepas enjin d panaskan selama 15-20minit baru ok..minyak dan filter gearbox dah ganti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,solenoid sensor dalam kotak autofilter kurang baik,perlu diganti

      Delete
  19. Salam bos nk tnya sy pki lori daihatsu 3ton tipper.mslh gear satu blh msk tkn minyk dio ok blh jln.lps mnyk dia jd free.gear line ok.ape mslh dia bos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kalau gear tendang ada masalah pada geraboxada kemungkinan perlu periksa long shaft bering belakang yang kegearbox mungkin tidak bekerja dengan baik

      Delete
  20. assalamualaikum tuan....saya pakai honda accord 2.4 2003...skrg sy ada masalah pasal gear...mcm yg tuan terangkan atas....cuma saya tak faham brg yg perlu saya tukar...klu boleh tuan terangkan brg apa yg perlu saya beli...terima kasih tuan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa kos utk tukar gear box tuan?

      Delete
    2. salam tuan...
      saya dah bawa ke bengkel...mekanik kate cuma masalah filter...jadi saya dah tukar filter gearbox..cuma keadaan kereta sama shaja...masuk gear D dia tersentak...gear lain ok...klu jadi mcm tu saya tengok kat meter lampu D berkelip2...lagi satu klu terjadi tersentak tadi klu sy matikan enjin dan hidupkan semula dia ok,,,apa kes ini ye tuan??

      Delete
    3. wslm,perlu ganti solenoid sensor dalam kotak minyak gear,insyallah ok

      Delete
  21. Salam tuan....saya nak tanya tuan...keta saya dah 2x mati enjin time parking..mula2 saya ingat bateri...bwk gi cas...pasang ok...pastu 3 hari jd blk....napa ya tuan...

    ReplyDelete
  22. Tuk makluman tuan saya pakai harrier lexus

    ReplyDelete
  23. Tuan.. sy guna honda ej96 auto.. pertukaran gear tidak menentu dari gear 4 ke 3, 3 ke 4.. apa masalahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar minyak gear dan autofilter,gantikan oil seal pada drive shaft gearbox jika bocor,minyak auto mesti cukup dan bersih untuk gearbox bekerja dengan baik

      Delete
  24. tuan,saya pkai wish 09,masalah saya bile tuka gear dr N pegi D kete akan jerk..same jugak dgn N pegi R..tp masa jln smoot jer..adakah msalah gearbox/bateri/alternator..sbb bile saya off aircond atau kipas tgh xpusing xkene mcm tu..minta jasa baik tuan..tgh pening..

    ReplyDelete
  25. Aslmkum. Didoakan tuan mekanik dirahmati Allah. 4wd land cruiser 4. 2 fj80 auto saya bila masuk D saya tekan minyak utk bergerak kemudian saya lepas minyak ada bunyi knocking kat undercarriage. Tp kalo pedel minyak dilepaskan dgn gentle masalah tidak timbul.. Terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini bunyi long shaft bering sebelah belakang

      Delete
  26. Assalamualaikum...abg arshad,didoakan abg arshad didlm keadaan sihat dan dimurahkan rezeki sekeluarga..,minta tunjuk ajar abg arshad mengenai dua jenis kerosakan kereta:
    (situasi 1):jenis kereta perdana manual sei,setelah enjin dihidupkan,pedal clutch bila ditekan untuk masuk gear 1,gear langsung tak dpt dimasukkan walau pedal clutch dah tekan habis sampai kelantai..minyak clutch pada tangki kelihatan 1/3 dlm tangkinya.saya tukar minyak clutch jenis dot3 yg baru tapi pedal clutch masih tidak dpt berfungsi..clutch plate petnah ditukar dlm 8 bulan yg lalu.,

    (situasi 2):gear auto kereta jenis kia spectra 1.6 tahun 2005,semasa pemanduan dalam gear D enjin tiba-tiba menjadi seperti gear neutral walau kedudukan gear masih dlm D,berhenti dan matikan enjin dlm berapa second,hidupkan semula enjin dan kereta dpt berjalan seperti biasa tapi tak lama,situasi berulang lagi..terus kebengkel yg brhampiran,dan pomen bengkel brpendapat kena tukar minyak gear ( filter pomen tak beri pendapat utk tukar lg)..kelihatan juga satu enjin mounting tidak brapa sempurna..stelah selesai tukar mnyak gear teruskan kembali pemanduan,tp setelah pemanduan yg agak jauh,situasi kerosakan tadi berulang kembali..berkali kali brhenti matikan enjin dlm berapa saat utk dpt gerakkan kereta smpai kerumah..

    minta tolong tunjuk ajar abg arshad dlm 2 situasi tersebut..
    Terima kasih abg arshad...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,soalan 1 saudara perlu tukar clutch pump dipedal bawah kaki driver manakala soalan 2 saudara perlu tkar solenoid shift sensor dalam kotak minyak gear

      Delete
  27. Salam tuan.sy gunakn kreta myvi auto 1.3. Skrg kreta sy ada masalah Over Drive signal berkelip dan kreta bila gerak enjin mengaum & meter rpm x bergerak. Kereta gerak mcm guna gear rendah. Hrp tuan dpt bantu ape masalah kereta ni & bnde yg sptutnya yg perlu dibaiki.Trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah sensor speed perlu ganti

      Delete
  28. Salam tuan. Sy pkai viva (A) elite 2012. Servis keto ikot jadual. Minyak n alat2 gnti sumo brg produa. Ok. Mslh ea...skrg ni gear 4 da xmasuk2 dah..(teka je sbb auto)..n bleh speed smp 100 ajo....bru smlm try la tekan kut2 dio tuka gear...tup2 tetiba free gear... Skrg...keto kt umah..sdg memikirkan apa nk jd sterusnya.

    #mohon bntuan idea pndapat n ilmu2 sepatunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar minyak gear dan autofilter jika kotor,flush minyak gear,speed akan ok jika gear ok

      Delete
  29. As salam. Abang Arsad, saya pakai honda civic 1.8 tahun 2015. Push start button dan keyless. Lately ni, dlm tempoh sebulan setengah, dah 3 kali kereta saya xboleh start. Masa kali pertama&kedua, dekat meter naik "Check Emission System". Saya dah bawa ke Honda SC. Diaorang cakap masalah bateri. So, saya pun tukar bateri (usia bateri setahun 9 bulan). Hari ini, (27.1.17), kereta sekali lagi tak boleh start. Kemudian, saya perlu tekan brake dengan kuat untuk releasekan push start button untuk hidupkan enjin. Perkara yang sama juga saya buat semasa kereta tak boleh start untuk kali pertama dan kedua. Mohon pandangan dan nasihat dari abang. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,suis push start tersebut perlu diganti

      Delete
  30. Jika gearbox ada bunyi bergesel seperti bunyi besi itu apa tandanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada serpihan yang pecah ,mungkin plate klac pecah

      Delete
  31. Assalamualaikum saya dah tukar tukar reverse switch 3 kali skjp je dah rosak lg.. knp ya?? Lg satu masa saya buka xda washer,, xpa kah?? Tp xda leaking..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,tukar fuse ke AMP yang rendah sedikit,mungkin fuse terlalu tinggi AMP jadi switch mudah rosak

      Delete
  32. Salam bos..nk tanya,kia spetra 2007 kot klau x silap..kes xboleh nk gostan,sblom tu ok ja..bwk turun gear box sb nk tukaq oil seal touqe converter sb bocoq minyak auto..Pastu alang2 bwk turun gear box tu,buka la takung minyak sb nk tukaq auto filter skali,celah2 tu dia mai qajin plek dok p buka saqang anai2 plak dh nk cuci katanya..Pastu dok buat kelam kabut pasang gearbox bwk naik dlu,kes owner qeta nk pakai cepat sb nk bqulang p qeja,hat dia ni pulun la kalut nk bg siap cepat kes kesian,owner plak pompuan,tapi pangkat kak2 dh la,shortcut cita..lepas siap pasang pa semua boh minyak auto pqidup enjin pa,kunci taya wak tuqun jeck pa semua,kiqa nk keluaq test drive la,taqik2 tombol gear p ke reverse bila angkat paddle brake tquih jalan,tapi jln p depan..main2 gear sama jgk xmau reverse,tolak ke gear P pn dok nk p depan jgk..Pastu dia mula pening pala la pasai gostan xboleh,dok ejas2 cable kat lever shift tolak p mai p mai pn sama jgk..ok soalan sy:

    1) pasaipa yg jadi lagutu?

    2) saqang anai2 tu asai buka ada gasket qetaih dok kapit kiqi kanan ngn gasket tin tu,masa pasang gasket qetaih tu x boh..kiqa pakai tin tu saja...Ada effect jugak ka kes xboleh reverse tu?

    Klau boleh bos jawab cepat sikit noh,sb sy nk tolong selesaikan masalah dia tu takot dok tqeyak xsudah..nk bg pengajaran sikit kat dia sb pandai dok buat pala tau pstu pandai dok buat janji boleh bg siap cepat sedangkan xtau lg nk jadi lagumana..

    Terima kasih banyak2 la sb adakan blog ilmiah bab kepomenan ni..xsia2 search google..tgk2 ada otai pomen dlm tenet..klau ada salah silap ka terkasar bahasa ka..mintak ampun naa.. Salam ramadhan yg xbqopa haqi ja lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,torque tak duduk sedap pada shaft,perlu buka semula,kesilapan ada pada masa pemasangan

      Delete
  33. Terima kasih di atas kesudian menjawab soalan sy.Dan minta maaf juga sekiranya menggunakan bahasa yang kolot serta tidak difahami semua orang kerana berada dalam keadaan amat letih dan mengantuk ketika mengajukan soalan .Kiranya bukan masalah sarang anai2 yg kertas gasket nipis tidak dipasang semula,ataupun biji bearing kecil tidak diletakkan pada kedudukan lubang asalnya?

    Boleh tak tuan terangkan dengan lebih terperinci tentang permasalahan tersebut. Mengapa gear reverse tidak bekerja sedangkan lampu (R) pada meter menyala dan isyarat bunyi berfungsi. Dan mengapa gear dalam kedudukan (Parking) pun masih berjalan...

    Saya berharap agar ruangan blog ini dapat mejadi tenaga pengajar sy jikalau tuan tidak keberatan membantu walau dikenakan bayaran sekalipun saya sanggup,kerana saya budak baru belajar....

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika telah dipasang baik mengikut spesifikasi yang asal,sensor juga perlu diperiksa teliti dan resetkan dulu ECU dengan cabut fuse ECU 30 minit untuk mengembalikan tindakan sensor ke default asal untuk bekerja

      Delete
  34. Assalamualaikum,

    Saya memandu hyundai matrix 1.8 auto. Ketika kereta sedang berjalan, bila saya lepaskan minyak utk kurangkan kelajuan, kereta akan jerking dan lepas tu bila tekan minyak semula, rpm jadi tinggi (80km/h rpm 3000+). Selain dari tu, signal check engine sentiada bernyala sejak dari start kereta lagi.. boleh tuan beri cadangan apa yg perlu dibaiki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,gantikan kabel plug dan sensor ekzos. jika ada basuh enjin buka soket sensor ekzos dan keringkan lebihan air pada soket dan kabel plug

      Delete
  35. Salam tuan yang disegani. Nak bertanya.. Waja 1.6A... Dari N ke D tak jadi apa.. Walau dah tekan minyak.. Tpi tak jalan. Bila masuk 3 baru boleh jalan.. Pastu saya masuk D semula.. Ok. Pastu nak masuk 4 macam tak masuk..sampai RPM naik... Apa masalah ya. benda ni jadi kejap ada kejap tak da... Bantu sya. Nak buat apa.. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,gantikan solenoid shif ensor dalam kotak minyak gear auto untuk 1 dan 2,in sha allah ok

      Delete
  36. Terima kasih tuan... Cuma saya nak tanya... Makenik di proton cadang saya tukar inhibitor switch.. Saya kurang paham sikit apa fungsi inhibitor switch tu.. Bila tanya advisor tu dia ckp lebih kurang macam shift selenoid... Dua hari sudah kreta di proton saya tak tak try lagi ok ke tidak.. Dia ckp gear D ok.. Tp gear 3 nak ke 4 masalah.. Ngah pening kepala.. Nak balik kampung jauh nie... Cuba bagi pendapat dan analisis sikit tuan.. Kalau tuan rasa perlu boleh msg saya 0146554491

    ReplyDelete
    Replies
    1. inhibitor switch terletak atas gearbox,ia berfungsi hanya apabila enjin pada P dan N untuk membolehkan enjin hidup,jika ia kurang baik berkemungkinan untuk pertukaran gear pada shift solenoid sukar

      Delete
  37. Asalamuaikum saya nak tanya kereta kancil saya apabila saya start je enjin bila masuk gear lambat.kadang kadang terpaksa tekan minyak sehingga 15 minit.tetapi bila sudah driving dia ok. Pagi selalu problem. So adakah gearbox rosak atau minyak gear terlalu banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,solenoid sensor problem

      Delete
    2. Asalamualikum sy ingin tanya tentang masalah kelisa auto sy.. Masalahnye bila mula nk drive masuk gear D lambt dlm 1minit baru gerak dan juga bila free gear masuk gear D pun sama juga lambat masuk.. Apakah masalah nye Tuan..

      Delete
    3. waalaikumsalam,masalah solenoid shift sensor

      Delete
  38. Assalamualaikum, sy din , kereta iswara sedan 1.5 sebelum nie pernah buat major overhaul kemudian dah gune setahun dr tarikh tersebut , kereta gerak ulang alik johor - pahang tiap minggu

    Sampai umah kereta sy tak off lg sy biar die idle dlm 5 minit br sy off engine pd waktu malam , besok pagi bile sy start cume bunyi starter motor je yg function, engine senyap je

    Sy dah test feul pump minyak keluar , sy test coil ade api,

    Stater relay, stater motor ,alternator, distributer, batter semua sy dah tukar br still engine tak hidup jgk

    Tanye dlm 2 org mekanik die btau masalah kaburator dan ade yg bgtau kene tambah wire ground utk bg api die cun

    Kereta iswara sedan 1.5 , tahun 2001 , kaburator , engine standart

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,kereta yang sukar hidup walau ada minyak dan api adalah akibat compression yang kurang ,buka plug dan lihat jika ada minyak hitam yang masuk keruangannya dan plug jadi basah,ini akan sebabkan compress hilang

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>