Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Thursday, October 25, 2012

Air mineral untuk radiator kereta

Sepertimana ramai yang mengetahui air mineral adalah baik untuk kesihatan tubuh badan dan berjaya mengekang kemasukan banyak penyakit untuk tubuh.Air mineral yang asli adalah air yang diambil dari bawah tanah sekitar kedalaman 320 kaki dan disuling. Kajian juga menyatakan bahawa kandungan asas seperti kalium,magnesium,sodium,potassium chloride dan sulphate adalah kandungan asas dalam air mineral.
(rujuk tulisan Dr.Zubaidi di drzubaidi.com)

Memang ada terdapat juga air mineral adalah air paip yang melalui proses penyulingan dan digunakan sebagai air minuman seharian. Air minuman yang sebegini juga sesuai digunakan untuk air radiator.

Guna air mineral dalam radiator

Ramai juga yang mengetahui bahawa air mineral adalah baik untuk kesihatan sistem penyejukan enjin kereta.Ini telah terbukti dimana banyak bengkel kereta di seluruh Malaysia telah menggunakan air mineral untuk dituangkan ke dalam radiator.

Di samping menyejukan enjin ,air mineral juga mampu merawat dan menurunkan kepanasan enjin sekitar 30-50 peratus ke tahap yang dikehendaki untuk kipas ,thermostat dan water pump menjalankan tugas masing-masing dalam sistem penyejukan enjin kereta.

Dalam keseluruhan jenama air mineral yang banyak dijual di Petronas,Esso,Shell dan pasaraya,jenama yang dipilih dan telah terbukti  berkesan untuk sistem penyejukan air kereta adalah jenama Spritzer.

Nota:-Telah diuji sendiri oleh mekanik kerosakan kereta

Jenama Spritzer ini memang mempunyai keupayaan merawat radiator dan juga dapat mengawal pembentukan lumut hijau dalam hose dan pada thermostat.

Lumut hijau berkeladak atau aluminium corrosion pada thermostat pada umumnya akan menjadikan kepanasan air dalam radiator bertambah sekitar 20 peratus dan keburukan ini akan berlarutan sehingga menyekat thermostat dari melakukan mengembang untuk auto kipas berfungsi dengan baik.

Gabungan air mineral dan coolant

Coolant sepertimana yang kita ketahui penggunaannya juga adalah untuk memberikan sejuk sempurna pada enjin kereta sekaligus berupaya menambahkan prestasi enjin.Wajib diketahui juga bahawa prestasi enjin mudah menurun disebabkan kepanasan pada sistem penyejukan.Tahap kepanasan yang tidak sesuai kadangkala melebihi paras setengah pada penunjuk meter adalah tidak baik untuk prestasi enjin.

Coolant juga terdapat kualiti yang diperlukan untuk untuk digabungkan dengan air mineral supaya sesuai digunakan dalam radiator.kandungan silikon dan asid amino dalam coolant harus diketepikan.Ini bermakna jika memilih coolant pastikan kedua bahan silikon dan asid amino tidak terdapat dalam coolant yang akan digunakan.Coolant berkualiti tinggi seperti ini biasanya dilabelkan dengan long life coolant.

Ethylene Glycol

Ethylene Glycol adalah bahan beracun yang digunakan dalam pembaikan coolant kereta.Ethylene Glycol ini agak bahaya jika tertelan atau terhidu dengan banyak lebih-lebih lagi untuk wanita yang membawa kandungan.

Ethylene Glycol ini digunakan biasanya pada coolant kereta Nissan dan terbukti berupaya memberikan perawatan yang baik untuk melawan lumut aluminium dari menyelaputi radiator.Bahan tambahan ini juga berupaya  memberikan keupayaan tambahan  untuk prestasi enjin.Olehitu jika anda memilih coolant pastikan coolant tersebut mengandungi ethylene glucol sebagai bahan tambahan.

Keberkesanan air mineral

Tulisan ini bukan sekadar memberikan pengajaran kepada pengguna kereta supaya menuangkan air mineral kedalam radiator malah ingin juga mengalihkan pandangan pengguna supaya tidak menggunakan air paip untuk menambahkan air dalam radiator dan juga setelah proses flush radiator.

Walaubagaimanapun jika sistem penyejukan kereta mengalami kerosakan water pump seperti tidak berpusing atau telah karat dan mengeluarkan air menitik sebagai tanda perlu ditukar,air mineral yang ditambahkan memang tidak akan membantu untuk membaiki sistem penyejukan kereta.Apa yang perlu ialah menukar water pump dengan yang baru begitu juga jika kipas radiator tidak berfungsi ,anda perlu tukar motor kipas dahulu kemudian menggunakan air mineral untuk radiator dalam menambahbaikan sistem penyejukan enjin.

--------------------------------------------------------------------------------
Nota:-Lakukan proses flush radiator (buang air),buka skru dibawah radiator,gunakan 1/2 long life coolant dan 1/2 air mineral

123 comments:

  1. Anonymous25/10/12

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. thank you for stopping by,nice shoes.

    ReplyDelete
  3. Anonymous27/10/12

    Never thought blogging could be soo fun and interesting. Man you know how to do it brother.

    ReplyDelete
  4. Macam mana nak bypass soket kipas radiator wira 1.2 carb? - nak bagi dia pusing direct..

    ReplyDelete
  5. saudara kuda,

    Dapatkan satu wayar api dari relay radiator yang hidup bila suis dihidupkan,masukan terus ke wayar merah pada kipas radiator.Wayar negatif tarik juga satu wayar negatif dari relay pada fusebox dalam enjin.

    ReplyDelete
  6. Anonymous30/10/12

    bukan kita cuma perlu cabut soket dan bypass kat soket tu je?

    ReplyDelete
  7. Anonymous30/10/12

    ada diagram or gambar soket tu x?

    ReplyDelete
  8. Anonymous30/10/12

    wira 1.3 carb tu....sebab dulu kalo x silap saya..cucuk dua point kat soket dari kipas..corect me...

    ReplyDelete
  9. Bypass kat soket boleh juga,tapi lebih elok pada relay radiator yang ditanda RAD dan letakan fius.

    ReplyDelete
  10. Anonymous31/10/12

    mcm mana nak direct kat soket..lupa..sebab dah lama x buat kija ni..hihi

    ReplyDelete
  11. Maaf saya lupa bypass kat soket kipas akan terus berpusing walaupun suis dimatikan,hati2 memasang direct kipas kerana jika terpasang pada wayar yang terus kebateri seperti disoket kipas radiator kemungkinan kipas tak padam walaupun suis kereta dimatikan,pastikan smbungan direct mati bila suis dimatikan.

    ReplyDelete
  12. direct kat soket kena guna relay juga,tapi jika pada kotak fius lebih mudah cari relay bertanda RAD dan wayar merah api sambungkan terus ke wayar biru dan letak fius.

    ReplyDelete
  13. Anonymous31/10/12

    mcm mana nak tahu sensor suhu kat radiator tu rosak ye? saya lihat wira saya ni mcm lambat kipas dia pusing/on...tadi jarum dah naik hampir2 merah..then tiba2 mcm kipas dah on..slow2 jarum tu turun sampai kurang 1/2....

    ReplyDelete
  14. Macam tu dah rosaklah tu,dia samada on lambat atau tak berhenti berpusing,tandanya rosak sensor.

    ReplyDelete
  15. Anonymous31/10/12

    bukan motor kipas rosak?

    ReplyDelete
  16. Kalau saudara maksudkan lambat pusing tetapi pusing kuat seperti sediakala itu motor kipas tak rosak,tapi jika kipas pusing pelan je dahtu ada bunyi kreeek-kreeek itu otor kipas rosak.

    ReplyDelete
  17. Anonymous31/10/12

    sori tanya soalan tak de kena mengena dengan radiator. betul ke sekali sekala kereta kena pecut lebih 120kmj. jika tak pecut akan rosak enjin sbb karbon tak dapat keluar dari dalam enjin. pomen selalu cakap rosak valve.

    ReplyDelete
  18. faizul1/11/12

    salam saudara sord,

    sy gna wira 1.5 dn memakai spring/absorber stndrt dpn blakg..skang kreta dh membuai bla corner..sy ingt nk gntikn dgn spring/absorber i.6 pnye sbb ad mengatakan 1.6 lbh krs sket..betul ke? mntk pendapat dr saudara..tq..(nk gne adjustble x mmpu oi..huhu)

    ReplyDelete
  19. sebenarnya tidak mengapa tidak pecut laju cuma kadangkala bila selalu saja dibawa perlahan,kemudian tiba2 dibawa laju melebihi 120km/j menjadikan bahagian2 yang tak biasa menahan tekanan akan jadi rosak cepat.

    Ini akan melibatkan banyak tempat cepat bocor seperti oil seal distributor,valve seal dsbnya.

    ReplyDelete
  20. saudara faizul,

    Mengikut logiknya memang absorber lebih keras bila cc kereta bertambah.
    Jadi jika pakai absorber 1.6 memang akan ada kesan jangka panjang sebab ia lebih keras.

    ReplyDelete
  21. Anonymous2/11/12

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. Anonymous12/11/12

    This site is really cool! I found here alot of information that I was looking for. I am really happy to be a part of This site!

    ReplyDelete
  23. Thank you for stopping by!

    ReplyDelete
  24. Anonymous16/11/12

    Salam, sy nk tnye la.. Radiator kete sy bocor..
    Perlu ke tukar radiator baru? Or servis n welding saja?
    Radiator yg bocor tu tangki yang dibawah penutup radiator itu.. Tq.

    ReplyDelete
  25. kalau bocor pada yang plastik tu kena tukar lain,sebahagiannya guna yang sama.kos sekitar rm150

    ReplyDelete
  26. Anonymous16/11/12

    Salam bro, bole tanya soalan off topic tak? kereta saya ( Myvi 1.3 Manual ) bergegar bila speed cecah 80kmh, tapi bila cecah 100kmh je gegar tu hilang n bila tengah bergegar pada 80kmh tu, saya lepaskan pedal minyak, gegar tu pun hilang juga. so apakah problem nye eh?

    bergegar satu kereta la, tak la kuat sgt, tapi terasa gegarnya :)

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  27. saudara myvi,

    mungkin ada masalah pada speed sensor,periksa atau tukar speed sensor.

    ReplyDelete
  28. salam..nak tanya..sy pakai proton saga 1.3 (kete tank) temperature kereta naik 4 bar (full 6 bar) kalau jalan pada speed biasa (bwh 80 km/j) hari tu tny mekanik die ckp thermo sensor rosak..kalau betul berapa harganya..sy dh check coolant reserve tank,hos,fan sume ok..atau ade sbb lain temperature naik..mngkn pd thermostat ke..tq..

    ReplyDelete
  29. salam..
    sy pki kete proton saga 1.3 (kete tank)..temperature kete naik 4 bar (full 6 bar) pada kelajuan bwh 80 km/j..mekanik ckp suspek thermo sensor..betul ke..klau betul brape harganya..atau ade sbb lain..

    ReplyDelete
  30. saudara luqmanulhakim,

    1.saudara perlu tukar coolant sensor pada manifold kos sekitar rm70

    2.Thermostat saudara juga perlu ditukar,kos sekitar rm100.

    ReplyDelete
  31. Anonymous16/4/13

    Tapi gambar botol Spritzer yang dipaparkan di sini bukan air mineral. Itu air minuman biasa yang ditapis & dirawat. Air mineral jenama Spritzer mempunyai label & penutup berwarna hijau. Harap maklum & mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  32. @AnonymousAir minuman yang dirawt pon boleh juga digunakan ,olehkerana gamba tiada dlm simpanan gamba tersebut sbg pengganti.

    ReplyDelete
  33. rusa 1.3 ex 1999 saya menghadapi masalah temperature tinggi dan menyebabkan enjin berhenti. mula-mula buka nampak air kering, foremen suruh hantar kedai radiator. lepas servis radiator, masalah tak selesai, tauke radiator suruh foremen check termostat dan waterpump. foremen suspek termostat, tukar termostat tak jadi juga. tukar pula waterpump. tukar waterpump pun masih tak selesai masalah. kononnya tendang air. apa pendapat tuan untuk menyelesaikan masalah ini. 0195787628.

    ReplyDelete
  34. @Marie CameBacksalam,menjadi kebiasaan bagi engine yang diletakan dalam keadaan senget seperti rusa apabila enjin panas ia perlu melalui proses top overhaul.Tukar head gasket dan semua komponen top set overhaul

    ReplyDelete
  35. Salam tuan blog,
    saya menggunakan kancil 660 thn 2006 dan pernah mengalami overheat dan sudah membuat top overhaul dah hampir setahun berlalu dan tiada masalah temp, tetapi baru baru ini masalah temp cepat naik dah berlaku, apa lagi kalau drive laju lebih dari 90/kmj lagi cepat naik temp tu, sebelum ni selepas buat top overhaul meter temp tak lebih dari 1/3 tapi sekarang kalau drive lebih dari 40 km (jarak) meter temp naik ke 2/3 tapi tak pernah sampai merah pulak, air radiator pun tak kurang / kering, water pump ok juga, radiator dn hos x bocor / reput, flush radiator sendiri pun dah buat, cap radiator masih ok jugak, pening dah pikir masalah ni tuan blog..

    ReplyDelete
  36. @Eyzree eyzreenaw/salam,periksa kipas radiator pusing slow atau laju ,tukar thermostat (mesti)

    ReplyDelete
  37. kipas radiator pusing laju coz guna motor proton kat kancil, termostat dah lama buang, tu yg peliknya temp pandai naik kalau bawa lebih dari 80/kmj... ada tak kemunginan temp sensor dah rosak?

    ReplyDelete
  38. @Eyzree eyzreenagantikan temp sensor insyallah ok

    ReplyDelete
  39. As salam. Ada x diagram utk sambung direct pd kotak fius RAD?

    ReplyDelete
  40. @AocMyw/salam,kipas radiator guna relay pada RAD,sambungan wayar bertanda 86 atau 85 terus sambung ke 87.

    ReplyDelete
  41. knp door indicator wira 1.3 saya x menyala? semua pintu bila dibuka..x nyala kat dashboard tu?

    ReplyDelete
  42. @Kucengumuksalam,periksa kotak fius mana fius yang putus gantikan,jika tak ok jugak,ada salah satu dari suis pada pintu rosak.

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum... bro,nk tanye...keter sy satria 1.3 carb,radiator kering sbb kipas tak pusing tp kat meter maintain separuh je...xde sampai redline pun,kete da overheat/berasap² kat enjin...adakah meter rosak?sensor rosak?

    ReplyDelete
  44. @Ai Relw/salam,tukar kipas je dan sambung gunakan,tapi yang pasti kipas tak pusing sebab motor rosak saja.tukar kipas dan motor insyallah ok,gunakan dulu kalau temp tetap tk berubah pada setengah biasanya meter tu rosak

    ReplyDelete
  45. @Ai Relw/salam,tukar kipas je dan sambung gunakan,tapi yang pasti kipas tak pusing sebab motor rosak saja.tukar kipas dan motor insyallah ok,gunakan dulu kalau temp tetap tk berubah pada setengah biasanya meter tu rosak

    ReplyDelete
  46. Salam en sord n arsad.. saya pkai wira se, dn sya dapati tank resevoir coolant saya ada byk lumut.. saya ingin bertanya, adakah lumut2 trsebut boleh masuk dalam liang2 air dalam blok? Jika ya, bgaimnakh cara ntuk mncucinya.. trimas byk2

    ReplyDelete
  47. Salam en sord n arsad.. saya pkai wira se, dn sya dapati tank resevoir coolant saya ada byk lumut.. saya ingin bertanya, adakah lumut2 trsebut boleh masuk dalam liang2 air dalam blok? Jika ya, bgaimnakh cara ntuk mncucinya.. trimas byk2

    ReplyDelete
  48. @haibaraw/salam,perlu cuci kerana air yang terlalu banyak kotoran atau lumut kan menyebabkan enjin cepat panas dan radiator sumbat.
    2.Ada satu skru sebelah tepi yang perlu dibuka dan tarik keluar tangki plastik tersebut dan cuci

    ReplyDelete
  49. Terima kasih sbb reply en sord.. tapi saya nak tanya satu lagi soalan hehe.. dlam radiator ada byk karat walaupon tiada karat dalam aliran air, jdi saya ingin bertanya adakah cara utk bersihkan karat yang melekat dalam radiator... ada kawan syorkan bubuh minyak brake dalam radiator n pastu running n flush... kalaw bleh sya nk tukar pakai coolant.. trimas byk2..

    ReplyDelete
  50. @haibaraw/salam,sama2-sebaiknya bersihkan karat ni hantar pi servis dimana2 kedai radiator servis kerana mereka cuci dalam guna chemical lebih baik dan cara mereka gunakan pressure dalam radiator secara kuat untuk keluarkan karat

    ReplyDelete
  51. @haibaraw/salam,sama2-sebaiknya bersihkan karat ni hantar pi servis dimana2 kedai radiator servis kerana mereka cuci dalam guna chemical lebih baik dan cara mereka gunakan pressure dalam radiator secara kuat untuk keluarkan karat

    ReplyDelete
  52. slm tuan..bagaimana cara nak tukar wther pam.tlng tuan terang cara dia tu

    ReplyDelete
  53. @lieseli seliwslm,

    1.Buat marking atas dan bawah timing belt
    2.Marking dah betul ,cabut timing belt
    3.tanggalkan 3 waterpump dan waterpump serta gasketnya
    4.pasangkan waterpump baru dengan gasket dan letak sealant pada gasket
    5.pasang semula waterpump ,kunci skru ketat secukupny supaya air tak bocor lalu gasket
    6.Pasang timing belt semula,pastikan marking atas dan bawah tak beralih
    7.Letak semua yang telah dibuka dan kunci elok
    8.Masukkan air pada radiator semula dan stat enjin
    9.Pastikan air radiator turun sepenuhnya semasa enjin dihidupkan
    10.pastikan air radiator cukup sehingga penutup

    ReplyDelete
  54. salam ape tanda2 water pump rosak?lg 1 kalo air melimpah atau pn kuar buih2 kat radiator mse tgah panaskan enjin tandenye ape

    ReplyDelete
  55. @rosnawi mohamadwslm,tandanya bila air sentiasa kurang pada tangki spare.Air menitis dikawasan timing belt.

    2.Air yang berbuih menandakan radiator yang sangat kotor dan thermostat yang kotor juga

    ReplyDelete
  56. salam bos...tangki air kereta wira 1.6 sy bocor halus dekat sirip dia..boleh ke nk welding blik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh welding juga boleh tukar sirip tersebut hanya dibuat dikedai radiator sahaja

      Delete
  57. salam tuan....apa punca air dlm reserved tank tak turun ke paras normal bila engin sejuk?ia berlaku lepas drive lama di hiway....tiada tanda overheat pada meter tapi tangki radiator kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,air radiator yang kering bermaksud ada sedikit panas pada enjin tapi tidak terlalu panas,apa yang perlu dilakukan adalah servis radiator dan tukar thermostat,periksa juga kipas untuk pastikan ia pusing cantik tidak perlahan atau bergoyang

      Delete
  58. Salam saya pandu satria 1.3 tahun 2002..baru2 ni meter temp sudah rosak. Jadi saya sudah beli temp gauge dan pasang dengan memotong hos n pasang sensor disitu. Bila enjin dihidupkan n tgk pada gauge kipas akan hidup apabila suhu sampai 90 degree celcius. Dan kipas berhenti pada 80 degree...jika pakai air cond.. suhu stick dlm longkungan 70-75 deg celc.. soalan saya bdasarkan info yg saya bagi diatas adakah fungsi cooling dalam enjin saya sempurna atau tidak..

    Tq abg mekanik

    ReplyDelete
  59. Salam ...sy pengguna wira auto hijau 1.5 ..

    Sy nk dtg kedai bos bole x..ley x bgtaw alamat mn...sy seriusly nk buat balik enjin kete sy sbb rasa mcm da x de power lgsung...

    ReplyDelete
  60. assalamualikum, tuan, saya ina ,saya menggunakan kerta cherry easter 2.4, sekarang kereta saya kat bengkel..overheat..mekanaik check dapati masalahnya ialah housing termostart dah karat...so hos yg sambung ke hosuing termostart tu pun dah patah di makan karat, masalahnya nak cari spare part housing termostart tu masalah, termostart cherry easter 2.4 ada di pasaran, tetapi housingnya x ada ler pula, nak raya ni,.leh x saya nak dapatkan nasihat tuan or sapa - sapa yanga da pengalaman, ada x hosing termoistart chery kat mana- mana kedai yg mudah dapat..atau pencerahan hosing termostart cherry easter sama x ngan kereta lain terutamnay mitsibishi sebab ada byk parts engin cherry ni sama ngan proton....contoh alyernater cherry rasanya leh guna yg waja punya....timing belt leh guna yg perdana punyta...contoh jer,,,tp housing termostart leh guna kereta protoin yang mana punya..,or hosing termostartkereta mitsubishi amna? mohon bantuan segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,Proton punya juga insyallah boleh guna

      Delete
  61. Assalam bos. Sy pengguna kancil 850. Meter temperature saya bila stat je trus naik separuh tak bergerak. Jalan jauh pown dia akan naik smpai separuh je. Tak lame lps tu die akan turun dan naik smpai separuh. Ada pape masalah ke tu bos? Ad yg rosak ke bos? Tkot nanti teroverheat pulak lame lame. Lagi satu bos, aircond saya xberapa nk sejuk lah. Kadang kandang keluar ais. Ad kaitan ke dengan temprature tu bos? Ada pape saranan tak bos? Tq tunjuk ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar water coolant sensor/suis suhu,untuk aircond yang beku mesti servis cooling coil dan gantikan cooling coil sensor

      Delete
  62. As salam..nk tanya ckit..kereta sy saga blm..masa kereta bjalan, ok je..tp bla park je kereta dgn enjin msih lg hdup, temperature naik..d biarkn lama2 kereta jd overheated..coolant dh tukar tp msih jgak msalah tak hilang..knapa ya?

    TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ganti head gasket adaah paling baik

      Delete
  63. Assalammualaikum..

    Bro saya rasa Tuan tersalah info,
    Apa beza Air Mineral dgn Air Osomosis/suling..

    Maaf ckp, klo brader tahu concept sebenar dua medium Air ni baru Tuan tahu mana yg bagus utk radiator tu..

    Ok saya explain sedikit,
    Air mineral = H2o + Mineral

    Air osomosis = H2o tulen

    Mineral = Garam galian..

    Back to basic fundmental engineering, mcmner corrosive atau karat berlaku, ia berlaku kpd mana2 besi yg terdedah pada kombinasi oksigen/electrolyte..

    Karat= metal expose to air/electrolyte

    Electrolyte= garam/mineral/acid/sebarang medium yg meghakis..

    Ok now cuba brader tgok dlm Air mana yg ada sumber2 di atas??

    Maaf saya nyatakn di sini teori brader tu agak tersasar.

    Benar Air mineral elok utk manusia krn manusia perlukan mineral utk rehydrate, bermakna manusia perlukn air+garam mineral... bukan air suling,

    Dan radiator kreta anda perlukan air osomosis/penyulingan dan bukan air mineral..

    Kerana mineral yg ada dlm air itu akan menyebabkn penghakisan atau karat..

    Harap pencerahan ni dpt beri manfaat kpd semua..

    Maaf jika ada serba kekurangan dlm menyampaikn pencerahan ilmu di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,maaf saya tak mengkaji kandungan kimia dalam air,cuma apa yang dipraktikan oleh mekanik ialah penggunaan air mineral selalunya membantu radiator untuk bekerja lebih baik dan ini bukan teori ini juga yang saya telah lama amalkan,dari segi saintifik saudara mungkin benar

      Delete
    2. Salam bro. . nk Tanya Kereta perodua Myvi sy da lame xpkai thermostat. . blh ke Kereta rosak Tanpa pkai thermostat. . ?

      Delete
    3. wsalam,thermostat digunakan untuk mengekalkan suhu sejuk dalam enjin pada waktu dan keadaan yang sesuai,tanpa thermostat enjin akan sejuk sentiasa dan memberikan kesan yang tidak baik dari segi penggunaan minyak,boleh overheat tiba-tiba dan kegagalan kipas kerana suhu sentiasa dibawah paras normal

      Delete
  64. Salam bro. . nk Tanya sy pkai keta Myvi 1.3. . Baru2 ni sy ade pegi Bengkel service radiator. .tapi pomen tu ade cabut n buang thermostat kereta sy. .die kate kereta myvi xpyh pakai thermostat pun xpe. .sbb thermostat ni untk cepatkn injin panas je. . xsesuai Dgn cuaca Malaysia yg da sedia panas. . so die ckp xperlu gunekn thermostat. . soalan sy kt bro. . xpe ke Kereta jln tanpa pkai thermostat sampai bile. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam tidak elok untuk kereta jika thermostat dibuang,banyak kesan sampingan,masukan semula thermostat yang baru ditempatnya

      Delete
  65. salam bos nk kenapa bila masuk gear D lampu N berkelip2 bila tukar pada gear 3,2,L xda perubahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,jika panel gear ada kena air ,ia boleh merosakan sentuhan wayar jadi begini,soket panel perlu dibaiki

      Delete
  66. Assalamualaikum
    Saya memakai kereta nissan serena c23.
    Masaalah saya hadapi apa bila saya memandu enjin akan tersedu-sedu.enjin saya dah tukar. Bolih tolong kasi saranan ape patut saya lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar plug coil dan adjust distributor ke sedikit rendah dan RPM pada 900-1000rpm

      Delete
    2. salam, tuan perlu atau tidak air coolant pada kereta lama?

      Delete
    3. wslm,kebanyakan kereta lama bekerja tanpa coolant dan ia tidak mendatangkan masalah jika coolant tidak diisi

      Delete
  67. Assalammualaikum..saya ingin bertanya...saya ada sebuah kereta saga flx..bila pandu kereta di jalan lurus berbunyi dan biki belok ke kiri berbunyi..bila belok ke kanan tidak bunyi...apa masalah nya..mintak tolong pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ganti drive shaft sebelah kiri

      Delete
  68. Salam.. nak tanya sikit.. suhu radiator kete myvi 1.3 lama saya naik temprature nya bila kita selalu jalan stop2.. kalau jalan direct suhu dia ok.. apa kah masalahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam,kipas radiator kurang kuat,untuk lebih baik buangkan air diseluruh cooling sistem seperti radiator dan gantikan air dan coolant baru,gantikan juga kipas radiator

      Delete
  69. Salam tuan..sy menggunakan iswara ab 1.3 nak tanya soket kipas radiator sy xboleh cabut kluar..skrg ada wayar tercabut dan kipas xberpusing..boleh ke sy buat sambungan direct tanpa soket trsebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,potong wayar sambungan ke soket,sambung terus tanpa soket,tape kan elok2,insyallah ok

      Delete
  70. Assalammualaikum.nsya pakai kereta citra 2.0 auto.saya memandu kereta seperti biasa. selepas lebih kurang satu jam perjalanan gear kereta saya menjadi lemah. Bila ditekan minyak engin berdaung tapi kereta tidak boleh bergerak laju seperti biasa. Apakah masalahnya...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,gear bermasalah mungkin minyak bocor

      Delete
  71. Salam Tuan, model tahun 2005 4G18 WAJA (A) 1.6 engin hidup selama 20-25 minit kipas radiator tak pusing,pelik suis aircond tak on tapi kipas air pulak pusing seketika,bila on suis aircond kipasnye pusing tapi kipas radiator tetap tak pusing,penunjuk suhu setengah turun sikit,adakah ia normal.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masih ok tapi jika was-was gantikan coolant temperature sensor

      Delete
  72. hai slmt ptg.nk tanya kalau air colant tue asal dia warna biru lepas tue kita tukar warna hijau dpt kh??xda kacau enjin2 dia ke??tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak,ia cuma berbeza kecekapan bahan yang berlainan,

      Delete
  73. Assalamualaikum ...proton wira 15. auto aeroback 2002..meter temperature kadang2 tak berfungsi dan akhirnya tak bergerak. Air dalam tangki spare menyusut. Kipas radiator tidak hidup walaupun enjin sudah dihidupkan lebih dari 5 minit.
    Minta pandangan tuan sebelum saya menghantar ke woksyop, tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,temperature coolant switch atau sensor perlu diganti manakala motor kipas radiator juga tidak bekerja dengan baik lagi

      Delete
  74. Assalamualaikum...kereta jenis myvi 1.3...baru2 ni,kerete high temp setelah jln lebih kurang 40km.sy periksa ketika itu,hos yg ke thermostat tu sejuk.sy ambik keputusan thermostat jenis TAMA..setelah itu,sy cub uji,selepas jln 40km.temp masih naik tp kali ini dia naik apabila bawah 70km dan ketika berhenti tp apabila kereta bergerak..temp akan jd normal semula..ketika ini,sy guna air tapis dan coolant belum tmbah lg selepas tukar thermostat.ape pendapat saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,buang angin dalam radiator,jika tiada skru bleeding,gunakan botol air banyak dan masukan ke tutup radiator,buka skru air bawah radiator sedikit ,hidupkan enjin biar air running semula denagan elok coolanta akan nampak pada botol tanda ia telah ok

      Delete
  75. Assalamualaikum...apabila tuan mencadangkan sensor coolant ditukar.apakah sebab tuan agar ia ditukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,jika meter ada gegar ia adalah sensor yang rosak

      Delete
  76. SALAM.. SAYA PEMAKAI KANCIL 660 AUTO. DLM KEADAAN KERETA BERGERAK TIADA MSLH. TETAPI KETIKA SAYA INGIN MEMEPERLHAN KAN KENDERAAN ATAU MEMBERENTIK KENDERAAN. ENJIN AKAN BEGEGAR DAN AKAN MATI. BERLAKU KETIKA TUNGGU DI TRAFIC LIGHT. TEKN BREK UNTUK MENUNGGU. ENJIN KERETA TERUS MATI. SAYA TEPKSE MENUNGGU DLM GEAR N.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu gantikan contact point,in sha allah ok

      Delete
  77. Assalam, saya memakai kereta myvi 1.3 2008, bagaimana kite nak tahu tangki radiator bocor dan berapa pula kos die, dan harga untuk tukatuka moto radiator

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tangki radiator bila bocor ada lelehan air pada bawah tangki,jika kecil sekalipun lepas ia berhenti air akan meleleh.Boleh periksa setelah enjin sejuk buka penutup radiator untuk lihat air yang kurang,jika kerap kurang tangki ada bocor,kos tukar tangki kira2 RM400

      Delete
  78. Salam... Saya membawa wira sedan 1.5 1995. Masalah saya bila drive melebihi 100, tayar, steering bergegar. Apa punca boss? Ape yg rosak dan kos baikinya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa bunga tayar samada makan tepi sebelah luar atau dalam,perlu ganti juga jika ini terjadi

      Delete
  79. Air mineral tkbagus utk radiator sbb mgandungi garam galian/mineral.Radiator bkn manusia utk myerap garam galian.

    ReplyDelete
  80. Assalam,sye nak Tanya bape anggaran Kos utk Servis Dan tukar plastik yg crack keta Naza ria..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm anggaran servis minyak,oil filter dan upah kerja sekitar rm200

      Delete
  81. As salam tuan..sy bru tkar radiator di radiator tu ade bg warning do not mix coolant..mksudny pe ye??klu cmpur bhya ke😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada warning baik jangan guna mungkin radiator tersebut direka tidak gunakan tambahan apa2 kecuali air

      Delete
  82. wslm,coolant sebenarnya mengurangkan karat serta lebih menyejukkan sistem penyejukan kereta,coolant telah digunakan berzaman dan tidak bahaya untuk radiator kereta.coolant direka khas untuk kegunaan semua sistem penyejukan kereta

    ReplyDelete
  83. coolant 1/2 mix dgn air 1/2 (50:50) so macam mana nak tahu 1/2 tu berapa liter. Utk pengetahuan tuan utk kereta persona elegance

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu botol satu liter tuang semua kemuian tambah air ,tidak perlu tepat cuma perlu tambah air setiap 1 liter

      Delete
  84. Tuan, saya hairan kenapa tangki spare sy bila ditambah air di maxima bila gerak dia buang air tu duduk di minima sahaja. Bukan garisan maxima. Lps tu kekal di minima sampai bila2.

    ReplyDelete
  85. Untuk tangki spare ada tanda inia dan maksima yang perlu diikuti dan proses yang berlaku ialah air akan naik sehingga keluar dari tangki spare jika ada salah satu koponen penyejukan berasalah dan yang paling biasa terjadi aialah hose kotor,keras dan karat. Hose begini akan memudahkan air dibuang dari tangki spare kerana enjin panas tetapi tidak overheating. Gantikan hose atas dan bawah radiator serta hose sambungan manifold besi dan juga U hose,in sha allah ia akan kembali seperti biasa

    ReplyDelete
  86. Salam tuan. saya guna wira 1.6 auto. masalahnya klu time jalan itu gear pndai turun gear ke gear yg rendah. tkejut klu sudh tiba2 gear tukar ke gear rendah. bolh paham kh maksud saya nie ya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,apabila gear tiba2 bertukar ke gear rendah ini adalah kerana gear ratio yang tiba2 tidak capai had untuk shift jadi gear akan bertukar ke gear yang gearbox selesa,ini dikawal oleh speed sensor,biasanya speed sensor output dan input yang bermasalah akan sebabkan gear drop tiba2,periksa minyak gear juga jika ada kebocoran minyak yang banyak

      Delete
  87. Slm.kipas fan radiator sy bila enjin sejuk normal tak jalan.tapi bila panas idle fan mula berjalan.masalahnya pomen kata ia jalan direct.sepatutnya sistem auto bila sejuk dia akan berhenti semula.takpa ke jln direct bila enjin panas.temprature normal.adkh sensor fan rosak atau sy abaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kipas berjalan secara auto coolant temperature sensor perlu dalam keadaan baik begitu juga dengan thermostat dan motor kipas serta relay radiator. Jika kipas terus menerus berpusing bermakna juga cooling sistem yang terdiri dari radiator,thermostat,coolant sensor tidak berdaya kembalikan enjin ke sejuk semula.Apa yang perlu dilakukan ialah gantikan air dan coolant supaya kotoran dan karat dalam enjin mengalir keluar dan kipas akan kembali semula auto,jika setelah ditukar air dan coolant kipas masih pusing terus,gantikan thermostat dan coolant sensor,in sha allah ok

      Delete
    2. Terima kasih tuan.semua saya dah buat termasuk ganti radiator baru kecuali coolant sensor ja blm tukar lagi..

      Delete
  88. As-salam tuan, saya mengunakan keta waja 2003 dan saya ada menghadapi masalah radiator hose yang bawah pada radiator kerap tercabut, saya telah letak game gasket, sudah tukar thermostat, sudah tukar fan motor, sudah flushing radiator, sudah guna coolant, tukar hose baru 3 x dan masalah hos bawah tercabut masih berlaku, saya juga pernah cuba bukan thermostat dan masalah it masih juga berlaku... Mintak tolong tuan apa perlu saya buat... Radiator je saya belum tukar... Water pump dh dekat 2 tahun saya tukar.. sewaktu hos tercabut saya dapati temperature dalam keadaan normal

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah begini sebenarnya ialah masalah radiator,terdapat antara sirip-sirip laluan air telah sempit dan akibatnya air tidak dialirkan ahabis dan kepanasan cepat naik dan ditendang kembali ke hose dan menyebabkan ia tercabut,sebaiknya tukar radiator inshallah ok

      Delete
  89. assalam tuan..boleh x kalau isi radiator hanya dengan coolant sahaja tanpa campur dengan air? adakah ini akan membawa kesan yang baik atau sebaliknya? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada coolant khas dijual tak perlu isi air,hanya coolant saja

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,