Mekanik kereta: EP90 dan SAE140 untuk gear
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Nov 17, 2012

EP90 dan SAE140 untuk gear


Terdapat dua jenis minyak gear yang digunakan untuk gearbox atau kotak gear.Sepertimana umumnya kotak gear memainkan peranan utama dalam pengendalian gerigi gear untuk bergerak ataupun menukar gear.Secara khususnya pula kotak gear adalah pengendali utama dalam memberikan keupayaan kepada pergerakan roda dan bukannya sebuah kereta.


Maka sebab itulah gerigi gear dibina secara teliti menggunakan keluli yang berkualiti tinggi yang mampu menahan berat kereta dan menggerakkannya walaupun ia hanya disambung pada sebahagian daripada bahagian enjin.

Didalam kotak gear ,gerigi gear bekerja mengikut pusingan yang ditentukan oleh pengiraan jarak antara gerigi -gerigi keluli tersebut.Mengikut pada pengiraan asalnya sebiji gerigi akan berpusing mengikut arah jam dan satu lagi dipusingkan secara berlawanan supaya ia dapat membentuk sebuah pusingan yang sempurna.

Olehkerana keupayaan dan kemampuan gear atau gerigi ini amat penting maka dalam sebuah gearbox kereta minyak yang digunakan adalah berbeza dan digredkan berlainan untuk membezakannya.Gred EP90 (Extreme Pressure 90) dan SAE 140 (Society of Automotive Engineers 140) adalah 2 jenis gred yang biasa digunakan untuk sebuah gearbox.manual manakala untuk sebuah gearbox auto hanya dilabelkan sebagai auto transmission fluid kerana kebanyakannya adalah pada kegunaan yang sama iaitu untuk kereta sahaja.


EP90 dan SAE140 adalah dua jenis minyak gear yang digunakan dalam kotak gear kereta .EP90 digunakan untuk kotak gear hadapan dan SAE140 pula adalah untuk kotak gear belakang..Wajib diketahui bahawa tidak semua jenis kereta menggunakan kedua-dua jenis minyak gear ini,hanya terdapat beberapa model sahaja yang menggunakan minyak gear SAE140 untuk kotak gear belakang.
Ini adalah disebabkan pembuatan kereta tersebut yang dibina tidak menggunakan pusingan gear untuk menggerakan roda belakang.Kereta model Toyota seperti Toyota harrier,Toyota Innova,Nissan Serena,Nissan Vannette,Perodua Rusa dan banyak lagi model yang biasa dikategorikan sebagai kenderaan MPV,Van dan Lori.

Manakala minyak gear gred EP90 adalah digunakan untuk semua model kereta yang menggunakan kotak gear hadapan sebagai pengendali untuk roda.Dari keseluruhan model kereta yang terdapat diseluruh Malaysia ataupun dunia kebanyakannya menggunakan minyak EP90 sebagai bahan pelincir gerigi gear dalam kotak gear.

Menggunakan minyak gear yang salah pada sebuah gearbox akan menyebabkan ketidaklinciran pada gerigi gear dan kepanasan akibat gerigi yang tidak lancar boleh menyebabkan kerosakan keseluruhan kotak gear dan juga menyebabkan ianya terus berhenti.

Begitu jugalah lazimnya berlaku bila kotak gear dimasuki air samada dari banjir atau kotak gear yang dibiarkan lama dan dimasuki air hujan .Gerigi gear dalam gearbox akan terus berhenti berpusing dan melekat sesama sendiri dan terpaksa dinyah karat dan dibersihkan sebelum ia dapat digunakan semula.













302 comments:

  1. Salam boss..
    Untuk tukar minyak gear kereta proton wira 1.5.Berapa Harga Yer.
    Dalam Kereta Wira ada minyak apa lagi yang perlu ditukar yer.
    Dan berapa kos.

    ReplyDelete
  2. tukar minyak gear wira sekitar rm 100 sahaja,tiada minyak lain yang perlu ditukar selain minyak gear setiap 40000 km ,minyak hitam setiap 5000/10000 km.Yang selainnya perlu diperiksa dan ditambah seperti minyak brek,minyak klac dan power steering

    ReplyDelete
  3. Salam...saya bekas pekerja baik pulih cylinderhead nak tumpang tanya...kereta wira outo 1.5 .bila enjin sejuk senang untuk di start...tapi bila enjin sudah panas,amat susah untuk dihidupkan .kadang sampai 5 hingga 6 kali start baru hidup.apa masalahnya ye...

    ReplyDelete
  4. saudara dhinai,

    Biasanya sebab solenoid starter yang hampir rosak dan tak mampu menahan kepanasan.

    ReplyDelete
  5. slm sord87..sy nk tny psl keta perodua viva sy yg goyang mase drive dgn kelajuan bwh 40 & mase sdg membelok..da buat alignment, balancing, tukar rim (secondhand) & ganti driveshaft,tp still goyang lg (satu keta tu goyang)..bole awk bg pndapat x?tq2

    ReplyDelete
  6. saudara kintana_baje,

    Banyak goyang disebabkan oleh spring yang dah lembut.Periksa spring pada absorber.

    ReplyDelete
  7. oo..orait2..sy akn cek yg tu dlu nnt..kire sy kene ganti spring tu la kan?..apa2 nnt sy update refer lg yek..lg 1, cume wondering, ada kaitan ke goyang2 ni dgn steering rod?

    ReplyDelete
  8. saudara kintana baje,

    kalau masalah stereng rod longgar ,masa drive stereng bergoyang kuat seperti nak tanggal je.

    ReplyDelete
  9. saudara sord, saya ada sebuah kancil l5 auto. Masaalah saya ialah, setiap kali saya tekan padel minyak semasa jalan sekitar 50-80km rpm akan naik tinggi hingga 3k hingga 4k rpm tetapi speed lambat nk sampai ke speed yg sepatutnya.klu dh laju bila saya lepaskan pedal minyak pula rpm meter akan jatuh ke 2k. Adakah itu tanda2 gearbox dh nk rosak atau clatch plate auto dh nk habis. Boleh ke klu kita beli kit clatch plate dan gasket housing. Klu ble, kt man nk dpt.

    ReplyDelete
  10. saudara kancil auto,

    Auto transmission tidak menggunakan klac plate hanya ada klac disc,saya rasa throttle body saudara perlu diservis atau ditukar ,jika ia rosak rpm akan jadi tidak stabil jika RPM tinggi speed akan kurang dengan sendirinya lebih2 lagi jika stepper motor pada throttle body rosak.

    ReplyDelete
  11. sy menggunakn exora gear cvt.minyk apa yg bagus.sbb dia xleh gna minyk auto biasa kn

    ReplyDelete
  12. Saudara din

    gunakan minyak auto pennzoil,petronas atau castrol

    ReplyDelete
  13. Berapa harga minyak gear auto myvi?dan berapa liter kena pakai?jenama apa yg ok utk oil gear auto myvi?

    ReplyDelete
  14. @Rossiharga minyak ATF biasa sekitar rm90-100 untuk 4 liter dan jenama yang biasa digunakan adalah jenama Castrol dan guna hanya 2 liter sekali isi

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.. Cik Arsad. Saya mie. Minyak gear apa bagus cik sarankan untuk daihatsu aura manual saya. Ada sedikit kabasahan halus pada bawah kotak gear. Gear takde major problem cuma sedikit kasar semasa transmisi. Perlukan saya buat major service atau sebaliknya. Dan anggaran kosnya berapa Cik Arsad.

    ReplyDelete
  16. @Anonymousautolube adalah jenama yang baik tapi tidak terdapat di malaysia,gunakan castrol atau shell untuk ato transmission kosnya sekitar rm150

    ReplyDelete
  17. Salam en Arsad..sy pakai iswara saloon 1.3 manual..msalah kereta saya apabila braking tanpa tekan clutch sya dpt rasakan seolah-olah ada besi yang sedang bergesel kasar..brake disc saya baru, brake pad masih tebal dan elok..bearing pun xrosak..agak2 bhagian mana yang rosak?

    ReplyDelete
  18. @khairul zihan Wasliw/salam,mungkin pemegang disc terkeluar sedikit,perlu diadjust semula dan mungkin juga brake disc ada sedikit calar

    ReplyDelete
  19. Tq en arsad..apa2 saya akan rujuk en lagi..

    ReplyDelete
  20. Berapa harga minyak gear auto proton flx 1.3?dan berapa liter kena pakai?jenama apa yg ok utk oil gear auto proton flx 1.3

    ReplyDelete
  21. @tutisalam,harga sekitar rM70 jenama castrol adalah baik.hanya 1.5 liter saja

    ReplyDelete
  22. avanza manual 1.3 minyak gear depan dan belakang berapa liter.t.k

    ReplyDelete
  23. salam,saya pakai saga fl auto 1.3,saya ulang alik 60km, apakah minyak enjin dan minyak gear box yg bagus..

    ReplyDelete
  24. @Qayyum Hakimwslm,saya sarankan guna castrol 2050w dan juga castrol auto transmission

    ReplyDelete
  25. @Arshad mekanik. salam, penanda laras minyak gearbox saya menunjukkan atf lll/atf 3, bolih tak kalo saya pakai minyak gear box atf IV/atf 5.lagi satu saya terbaca mengenai pertukaran auto filter...dimana letaknya auto filter...


    ReplyDelete
  26. @Qayyum Hakimboleh guna cuma berbeza kelikatan dan tahap kepanasan,auto filter letaknya dalam gearbox bertutup ,perlu buka takung minyak auto baru jumpa

    ReplyDelete
  27. salam encik arsad.. mcm mna nak check paras minyak ATF untuk proton wira auto 1.5 2005 kalau mnyak enjin tau la ada dipstick.. minyak ap yang sesuai n brapa liter kna guna..terima kasih

    ReplyDelete
  28. @Aielien doraemonwslm,sama ada dipstick dia btul2 atas gearbox.

    2,minyak atf dari castrol sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam en. arsad.. untk mnyk atf castrol ada gred tak..?? so klu nk g bli sndri kat kedai sparepart nk bgtau mcm mna?? coz sya tgok bnyak jnis mnyk atf castrol kat pasaran.. ad spesifikasi yg lbh tpat x?? maaf bnyk tnya.. - wira auto 1.5 2005- trima ksh..

      Delete
  29. @Aielien doraemonwslm,minyak atf tiada gred,ia sama untuk semua kereta cuma kadangkala ada model kereta yang keluarkan jenama sendiri

    ReplyDelete
  30. Saya mengalami masalah gear semasa pertukaran gear....bagaimana hendak mengatasi masalah ini..( hairul )

    ReplyDelete
  31. @mohd hafiz nizar alwiKalau kereta auto,masalah lambat tukar gear dan kesukaran tukar gear dikaitkan dengan minyak auto dan autofilter yang kotor serta sensor yang rosak,perlu ditukar sensor dan minyak auto serta filter.

    Jika gearbox manual ia adalah masalah klac plate yang hampir habis dan kabel yang tak diselaraskan

    ReplyDelete
  32. Salam tuan arsad, minyak gear box iswara guna bapeliter ye

    ReplyDelete
  33. salam tuan, untuk kereta ford fiesta 1.6 auto minyak gear box apa yg tuan cadangkan trrbaik, brp liter diperlukan dan brp anggaran harga 1 liter. tq tuan

    ReplyDelete
  34. @hamdi mansorwslm,guna castrol ATF kosnya sekitar rm90 4 liter dan digunakan cuma 2 liter setengah sahaja,seliter kira2 rm30

    ReplyDelete
  35. proton preve cvt 1.6 auto pn pkai mnyak gear box same mcm ford fiesta gk ke tuan?

    ReplyDelete
  36. Aslkm...saya baru ambik unser 2nd...ditakdirkan axle gear berbunyi berdesing....atau mekanik katakan gigi gear dah haus. Dikatakan minyak sudah lama x ditukar oleh owner lama...macaman ya kos dan spare partnye...t.q

    ReplyDelete
  37. @nazriy ismailwslm,minyak gear auto dan autofilter perlu ditukar,kosnya sekitar rm200

    ReplyDelete
  38. salam tuan nk tanyr,myvi auto sy bila msuk gear D bunyi tik.tik.tik..masuk gear R lagi kuat bunyi..knapa ye..trima kasih

    ReplyDelete
  39. @shahwslm,bunyi tu jika datang dari panel meter mungkin ada masalah pada meter,jika bunyi datang dari panel gear mungkin ada problem wiring pada panel gear,mjngkin soket panel gear longgar atau goyang

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum tuan..sy br tukar minyak gear myvi auto..sy tuang ikut dipstick sebanyak 3 liter..sekarang enjin xnak start dan o/d blinking..ape perlu sy buat?..terima kasih

    ReplyDelete
  41. @muhammad hanifwslm,paling banyak cuma 2 liter,bila banyak sangat solenoid tak dapat berfungsi,kurangkan minyaknya dan pastikan juga autofilter ditukar

    ReplyDelete
  42. Salam..bro klu nissan almera ok x pkai ATF castrol tu...untuk minyak enjin pkai brand n jenis pe y ok...

    ReplyDelete
  43. @Muhd Zainiwslm,guna jenama Nissan lebih baik,engine oil,coolant semua Nisan ada

    ReplyDelete
  44. tuan, saya menggunakan saga flx 1.3 manual. berapa liter minyak gear yg perlu saya beli sekiranya saya ingin menukarnya nanti.

    ReplyDelete
  45. Salam tuan. Saya nak tanya, saya guna iswara auto. Kenapa kete selalu menderam dan gear lambar masuk.

    ReplyDelete
  46. @chelygelokwslm,cuba tukar dulu minyak gear dan autofilter,jika masih begitu,perlu tukar shift solenoid dalam kotak filter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bos.. Sya nak tanya kenapa kreta myvi manual 1. 3 sya bila revers berbunyi dan semasa sedang revers gear pandai berubah sendiri menajadi N. Apakah sya perlu tukar minyak or beli gear revers tu? Ada tak jual alat ganti untuk gear revers tu saja bos??

      Delete
    2. wslm,tukar reverse switch insyallah ok

      Delete
  47. @chelygeloktukar minyak gear dan auto filter dan solenoiid dlm rm300

    ReplyDelete
  48. Salam tuan mekanik. Sy pkai kia auto. Msalah sy ialah berlaku sentakkan bila tukar gear dr N ke D. Kurang pecutan..kdg2 enjin mati bila tukar gear dr N ke D semasa nk memandu

    ReplyDelete
  49. @shah zackwslm,selain dari d/shaft dalam dah longgar sentakan dan enjin mati boleh terjadi sebab solenoid untuk tukar gear yang rosak

    ReplyDelete
  50. Salam bro..nk tanya.. Saya ada baca yg saga flx tukar minyak gear complete kt proton SC sampi mencecah 500 ringgit.. N dorg kata ada guna komputer tuk setting... Nak tnye apa beza nya selain dr harga?
    Satu lagi, sy pakai myvi, bila start keta ok. Tp pas tukar gear, ada bunyi nyaring kt enjin, belting baru tukar... Tp still ada masalah yg sama.

    ReplyDelete
  51. @Fifieywslm,diluar tukar saja takde setting/tuning enjin.

    tensioner belting dah lembu dan berbunyi,belting jadi kendur

    ReplyDelete
  52. Salam tn..nak tanya psl kereta myvi auto 1.3..keye sy ada masalah O/D blinking..hari tu sy tukar minyak gear..workshop tu kata kena tukar 4 liter..tp masalah tu O/D blinking tu hilang 1minggu je..1 minggu lepas tu jadi balik..minta pandangan tn..

    ReplyDelete
  53. As salam..sy nk tnya jenama minyak gearbox manual terbaik gred 90 atau gred 80/90 utk iswara 1.3..serta perbezaan GL4 dan GL5..bolehkah guna GL5 dlm gearbox iswara

    ReplyDelete
  54. @mohd faizal yusofwslm,speed sensor adalah masalah utama O/D berkelip.perlu tukar sensor tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tn..bpa harga speed sensor tu..

      Delete
    2. Salam tn..terima kasih bg info..sy dah pg kat produa servis center..mereka kata wiring problem..nak kena buat wiring baru..harga dlm rm700..tp dia xbleh bg waranty problem setel..adoi..skrg kereta jadi mcm tertarik kuat sgt masa masuk gear nak gerak..poning pikir..speed sensor tu kat mana letak nye tn

      Delete
  55. @Unknownwslm,dua2 90 dan 80/90 adalah minyak mineral bukan sintetik atau fully sintetik,minyak 90 untuk kereta pemanduan lasak dan ada protction manakala 80/90 untuk pemanduan lebih lasak.

    GL4 dan GL5 pada asasnya sama cuma berbeza pada gerigi gear

    Gunakan manual 90 memadai untuk kereta penggunaan biasa,biasanya 80/90 untuk pikap dan 4WD

    ReplyDelete
  56. As salam bro.. nk ty
    1. Std mileage tukar minyak gear box ie alza dan suggestion brand apa yg ssuai
    2. Expired utk timing chain alza brpe mileage

    ReplyDelete
  57. @M Jshwslm ,
    1.guna minyak gear perodua

    2.Timing chain tak perlu ditukar mlainkan ia berbunyi dan rosak akantetapi pastikan minyak gear,minyak hitam,minyak klac dll minyak ditukar mengikit kilometer yang disarankan insyallah dapat menjaga timing chain dari rosak

    ReplyDelete
  58. Assalam tuan..ada beberapa kemusykilan yg ungin diutarakan:
    1)brapa jumlah millage yg disarankan utk ditukar minyk gear atf (cvt) utk toyota wish keluaran 2010?
    2)brapa rate hrga minyak gear atf toyota wish di pasaran?
    3)brapa liter minyk gear yg diperlukan ketika menukar minyk gear utk toyota wish?
    4)adakah disarankan utk kita menggantukan skali filter minyk gear atf ketika setiap kali kita menukar minyk gear?
    Terima kasih atas pencerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy br tukar minyak gear box wish pagi kelmarin. minysk 1 tong r150. mechanic kata x pyh tukar filter 100km nti br tukar. minyak cvt tc bukan atf

      Delete
  59. @sharif shuibwslm saudara,

    1.setiap 20000 km untuk kereta auto dan 40000 untuk manual
    2.sekitar rm 90
    3.2 liter sahaja
    4.wajib tukar autofilter setiap kali tukar minyak auto

    ReplyDelete
  60. salam tuan.. smlm sya tukar ficd utk keta iswara.. pkai 1 hari jln2 tba rpm naik 2.. adakah ficd tu rosak.. ficd jenama denso

    ReplyDelete
  61. @remy moshiwslm,ficd akan tinggikan sikit sahaja selepas masuk aircon,tapi kalau naik lebih kena adjust karburator minyak dan angin untuk stabilkannya.

    ReplyDelete
  62. Salam en arsad..berapakah kos untuk menukar auto filter alza?terima kasih diatas jawapan tuan..

    ReplyDelete
  63. @multyrighthandedwslm,tukar minyak gear dan autofilter sekitar rm150

    ReplyDelete
  64. salam encik...maaf brtnya.adkh auto oil n mnyk gearbox bnda yg sma?.dr mode P ke mode R,mcm bl nk tkr tu,mcm brt skit...biasanya mslh ap yea...?bg grnd livina,bp lter u mnyk gearbox...trm ksh

    ReplyDelete
  65. Minyak auto adalah untuk gearbox auto saja dan min yak gearbox manual adalah untuk gearbox manual biasanya EP90 dan ep140 manakala minyak auto ditanda sebagai auto transmission fluid atau atf,digunakan hanya 2 liter setengah saja.

    2.Kalau berat itu masalahmekanikal seperti panel tersangkut atau pin gearbox yang ketat

    ReplyDelete
  66. saya mengguna kereta perodua alza auto. masalah pada kereta, paparan gear pada meter tidak menunjukkan gear [P] dan [D] setelah gear d masukan, dan isyarat AT pada meter hidup apa bila gear [P] dan [D] d masukan. Dan apabila saya masukan gear D, ia lambat menukar ke gear D tersebut...adakah ini masalah sensor gearbox? sekiranya ia brapa ka harga sensor gearbox...? terimah kasih

    ReplyDelete
  67. bos saya tny skit... sya guna kereta ford fiesta 1.6 auto... sudah lma saya cri untuk check minyak auto... boleh cik bgtahu saya?

    ReplyDelete
  68. salam cik... saya guna kereta ford fiesta 1.6 autom.. skrg sya nak ttau tempat check minyak auto.. harap sangat cik bgtau

    ReplyDelete
  69. salam tuan,minyak gearbox cvt nissan sylphy ade tak yang tak ori??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tiada,saya belum pernah jumpa lagi

      Delete
  70. Assalamualaikum tuan...
    Sy bru membeli kereta secondhand model gen2 1.6 auto...nak tanya minyak apa ka yg sesuai utk sy gunakan ?dan brapa km wajib tukar...perlu ka buat flushing ?
    1.. Minyak gearbox
    2.. Minyak engin
    3.. Minyak brek
    4.. Minyak power steering
    Terima kasih diatas bantuan tuan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,minyak sae20w50 boleh digunakan,gunakan castrol atau jenama lain bergred sama.Tukar semula selepas 5000 km perjalanan.Minyak gear auto dan autofilter mesti ditukar dan selainnya seperti minyak brek,minyak power stereng tidak ditukar pon tak mengapa

      Delete
  71. En mekanik sy br pki alza adv 5bln problemnyer kadang2 terjadi bila tukar gear dr P ke D or R kereta akn tersentak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ,mounting gearbox mungkin tak kukuh,jika ini kereta baru sila rujuk ke perodua,ada terdapat gegaran pada gearbox

      Delete
  72. Salam,macammana nak periksa paras minyak auto pada dipstik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,biarkan enjin hidup dan dalam keadaan N atau P,keluarkan dipstick lihat paras minyak ,paras paling bawah adalah tepat ,jika kurang tambahkan minyak

      Delete
  73. salam, saya nak tanya, saya pakai proton saga blm, berapa liter yang diperlukan untuk tukar minyak gear box? filter gearbox nak kena tukar sekali ke? elok ke pakai shell spirax s3 atf md3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rujuk jawapan yang disertakan dibawah pada soalan Syahmi

      Delete
  74. salam, saya pakai proton saga blm, berapa liter yang digunakan untuk menukar minyak atf? perlu ke saya membuat flushing kat gear box? filter kena tukar sekali? adakah sesuai saya nak pakai minyak gearbox dari shell s3 atf md3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,hanya gunakan 2 liter atf,autofilter MESTI ditukar sekali ,flushing tidak perlu.Minyak atf shell boleh digunakan juga.

      Delete
  75. Salam tuan, sy perlukan pencerahan tn. Sy baru membeli perodua alza auto terpakai. Ada beberapa masalah yg timbul:
    1. lampu pada tombol gear P,R,D,N tidak menyala.
    2. kadang2 pintu yg dibuka terkunci sendiri.
    3. horn yg ditekan kali pertama berbunyi tetapi selepas itu tidak berbunyi.
    4.apakah yg perlu diselenggara? minyak enjin, minyak auto, minyak power strg, minyak brake, brake pad?
    5. Berapa km untuk setiap pertukaran minyak2 diatas serta sukatannya?
    Sekian, terimakasih atas bantuan tn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm

      1.mentol terbakar pada panel gear
      2.reset semula alarm,jika tiada button reset boleh dengan mencabut negatif kabel dan cecahkan ke kepala negatif bateri sehingga terhasil 2 kali bunyi alarm,itu tanda telah diresetkan.
      3.ada 2 kemungkinan samada hon itu tak ok atau suis pada stereng tidak berfungsi dengan baik
      4.minyak enjin tukar,minyak auto dan autofilter tukar,tambah minyak brek,power stereng dan tukar brek pad
      5.Tukar minyak enjin setiap 5000 km ,4 liter,minyak auto dan autofilter setiap 20000 km,hanya 2 liter digunakan,yang lain tidak perlu tukar

      Delete
    2. Terima kasih tn atas info. banyak membantu tu.

      Delete
  76. sy guna engin SR20 neo vvl cvt auto, boleh ke sy guna gear box minyak shell ATF spirax untuk tambah? ada yg kata kalau guna engin {CVT) nissan kene guna minyak khas utk jenama engin tersebut. minyak shell spirax ada 2 jenis hitam (s3) dan merah (s2).. mana 1 yg sesuai jika boleh di gunakan?
    Kalau guna minyak CVT nissan.. berapa milage untuk tukar minyak CVT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      Mileage tukar adalah setiap 20000 kn,minyak atf boleh ditambah berlainan minyak dalam keadaan tertentu sahaja ,jangan campurkan minyak setiap kali menukar minyak ATF kerana keadaan kepanasan dalam ATF adalah berbeza

      Delete
  77. Ape kah jenis minyak gear y sesuai utk kancil perodua manual..minyak gear jenis ape Dan jenama apa lg y wujud?mileage da lebih 400 000 km..boleh tlg bgtaw harga jenis gear oil tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jenama minyak gear adalah sesuai cuma pastikan ianya ep90 ,castrol perodua,nissan banyak jenama minyak gear manual dalam pasaran dan harganya sekitar rm100-150 bagi 4 liter

      Delete
  78. assalam tuan arsad...nak tanya minyak gear auto apa yang sesuai dengan nissan almera dan brapa liter penggunaannye serta harganya...minyak gear auto juga ade jual yang 1 liter tak?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,nissan ada auto transmission sendiri,gunakan hanya 2 liter setengah,tiada dijual seliter harga sekitar rm100

      Delete
    2. en arsad..untk nissan almera berapa milage utk tukar myk atf..apakah brand myk atf yng sesuai dgn nissan almera

      Delete
    3. minyak atf ditukar setiap 20000 km dan untuk kereta baru ada dinyatakan dalam buku panduan,minyak atf nissan ada terdapat jenama nissan!

      Delete
  79. Salam tuan arsad, adakah perlu ditukar minyak gear auto pada servis pertama 1000km bg kereta baru...dalam jadual buku panduan servis tidak dinyatakan...hanya perlu minyak enjin dan filter...mohon penjelasan dr tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tak perlu tukar pun tak apa,tukar pada 10000 km

      Delete
    2. Assalamualaikum tuan...nk tanya..kalau Proton Saga 1.5 auto 12v sesuai pakai minyak hitam gred ape?sesuai x kalau nk pakai oil treatment skali..dan yg terakhir..minyak gearbox apekah yg sesuai dan brapa liter nk guna...Terima kasih

      Delete
    3. wslm,minyak hitam gred 20w50 mineral,sebaiknya jangan guna treatment,minyak jadi cair nanti.Minyak gearbox EP90 jenama apa pun ok,guna 2 liter sahaja

      Delete
  80. Assalam tuan,
    Saya matnor nak tanya berapa liter ATF utk almera dan berapa kos utk oil filter sekali.
    Kalau guna myk gear auto yg bkn jenama nissan tolong rekomen jenama apa yg bagus.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,hanya guna 2 liter sahaja,kos autofilter sekitar rm100 ,minyak gear Castrol adalah paling sesuai selain atf lucas dan mobil

      Delete
  81. Terima kasih tuan. Sy dh tkr minyak atf almera saya tapi mekanik tu dh terisi hampir 3 liter. Camner ni tuan. Sy guna minyak nissan matic-D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 liter masih boleh digunakan,tukar secukupnya pada tukaran akan datang!

      Delete
  82. as salam tuan..sy br tukar minyak gear saga fl manual guna minyak toyota GL4 80w90..
    1.adakah minyak ini sesuai?..
    2.mekanik tuang penuh 4liter ke dlm gearbox sy, boleh tak mcm tu?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam,semua minyak gear manual sesuai untuk digunakan pada keeta manual,bezanya cuma dari ketahanan dan kelikatan.

      2.4 liter terlalu banyak untuk gearbox,biasanya hanya 2 liter saja

      Delete
  83. Saudara Arsad
    Sy ingin bertanya berapa liter minyak ATF untuk chevrolet cruze 1.8 tahun 2010?

    ReplyDelete
  84. salam...berapa liter atf untuk myvi 1.5 auto..bole tak pakai atf brand lain selain perodua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kira2 2 liter setengah ,boleh guna jenama lain

      Delete
  85. salam...berapa liter minyak gearbox utk myvi 1.5 auto...bole tak pakai brand lain selain perodua

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kira2 2 liter setengah ,boleh guna jenama lain

      Delete
  86. Assalamualaikum en arsad. Tumpang tanya. Saya pakai wira aeroback auto 1.5. Masalahnya bila kereta shift gear berlaku sentapan kuat. Dan sejak 4-5 hari lepas, gear jadi susah sangat nak masuk. Contoh dari gear N ke D mesti ada gap yg lama sebelum gear betul betul shift ke D. Dan juga seringkali jadi mcm free gear waktu amik selekoh/U Turn walhal gear dlm position D. Apa masalahnya? Harap en arsad mampu tolong saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu tukar solenoid shift,insyallah ok

      Delete
  87. Assalam en.arshad..mohon pencerahan...sy pakai kereta saga flx 1.3..nak servis utk 40 000 km..berapa rate harga?perlu tukar minyak atf cvt k?atau boleh tukar minyak atf yg biasa? Dan minyak hitam apa yg disarankan utk jenis kereta sy...nie 1st time nak tukar minyak atf...mohon pencerahan..tq en. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,guna minyak cvt sahaja,guna castrol,petronas atau mobil,harga sekitar rm200++

      Delete
  88. assalamualaikum en.arshad...saya pengguna myvi auto..sekadar bertanya mengenai perbezaan service biasa dan major service.. dan seelok2nya kalau mengguna myvi auto dan mahu travel jauh..apa yg paling penting untuk kita memeriksa kereta ni...dan satu lagi soalan...handbrake bila di tarik sikit tapi tetap keta berundur ke belakang ketika berhenti di jln berbukit...mohon penjelasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,servis biasa,tukar minyak hitam dan oil filter saja,major servis,tukar minyak gear,autofilter,tambah air bateri,minyak klac,minyak brek,minyak power steering dan gris joint.

      2.perlu rapatkan brek shoe yang terlalu banyak jarak dari disc

      Delete
  89. Syb pakai alza bru guna 11 bulan..klo pakai atv fully snttik sesuai ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih sesuai,gunakan perodua genuine oil

      Delete
  90. Aslkm en.arshad...saya pngguna proton waja auto 2001.
    1.minyak atf yg sesuai utk waja auto 2001 selain atf proton?
    Berapa liter pnggunaan?
    2.sesuaikah minyak hitam shell helix hx5 15/40 utk waja 2001?
    Sbb skrg saya guna minyak ni..
    Terima kasih en.Arshad

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      1.Atf castrol atau valvoline,2 liter sahaja
      2.sesuai

      Delete
  91. Salam saudara, minyak gear manual jenis apa yg sesuai untuk Saga FLX 1.3 manual. Terima Kasih

    ReplyDelete
  92. Salam,sy br tukar minyak enjin jtx 1000 10/40 utk myvi 1.3 auto.enjin terasa berat.apakah masalahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,minyak ini berviscosity rendah sebaiknya tukar kepada 15w40 atau 20w50

      Delete
  93. Salam bro...nk tnye sikit, knpe produa kembara klu bwk lebh 90kmj ke bunyi bising dn bergegar, mcm bunyi shaft. Lg 1 nissan sunny sush nk masuk gear revers sbb apa? Kene rentap kuat2 baru masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gegar sebab engine mounting pecah dan ada yang bersentuhan sesama sendiri

      2.Ini masalah klac plate dan bering yang sudah hampir habis

      Delete
  94. Salam bro.sy ada beli kereta second hand myvi 1.3 manual.sy rasa macam susah sikit nk masuk gear reverse.soalan sy,
    1-berapa liter untuk minyak gear myvi manual?
    2-brand apa yg ok?
    3-apa gred minyak gear manual?
    3-anggaran kos nak tukar?
    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      1.2 liter
      2.castrol
      3.ep90
      4.rm200

      tukar reverse switch untuk senang masuk reverse gear,kos sekitar rm150

      Delete
  95. Salam bang..saya mggunakan myvi 1.3 auto tahun 2007.kenapa enjin saya mengerang kuat bila saya bawak dlm 120kmj?pickup myvi saya pn dh kurang.lembab sgt..dh tukar myk hitam smua.adakah saya perlu utk servis gearbox utk dpt pickup dan bunyi yg slow pada enjin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,map sensor mungkin bermasalah,periksa ruangan air filter jika terdapat banyak kotoran gantikan air filter,jika belum tukar minyak gear mesti tukar termasuk autofilter

      Delete
  96. Assalam tuan, Vitara 4wd carburator mode wira. Bru lepas tukar top set sbb overheat. Skarang bila release minyak pd gear 3,4,5 enjin jd tersengguk2 mcm nk mati.pomen kata carburator problem.
    nissan Livina Manual-masuk gear 2 or 3 enjin jd sedut/jerking. try tukar spark plug problem still sama.
    minta pandangan tuan untuk kes di atas. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kalau ikut pengalaman saya ada bocor pada valve ketika pasang head semula,kesilapan selalu terjadi jika tidak di uji dahulu sebelum pasang head,minta mekanik test guna compression test jika enjin hilang kuasa pada spark plug

      Delete
  97. Salam bos chevrolet optra myk atf jenama ape sesuai

    ReplyDelete
  98. Salam tuan. Saya mempunyai Toyota Avanza 1.3 manual tahun 2007. Masalahnya skrg enjin kereta ini tersedu ketika idle terutama bila aircond dipasang atau ketika rpm bawah 2000 dalam gear 1 atau 2 bila dipandu.
    Tetapi masalah ini tidak berlaku ketika kereta bergerak laju walaupun aircond dipasang. Mohon pencerahan. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah sedu ada kaitan dengan kekotoran Throttle Body dan ignition coil dan plug yang kotor,perlu servis Throttle Body dan tukar ignition coil serta plug

      Delete
  99. Asslm tuan.sy guna kereta kelisa manual 1.0,mslhnya sudah nak masuk gear 1 dan reverse bunyi agak kasar2 dan sangkut2..gear kena main dulu baru ok.myk gear apa yg sesuai?brp liter?
    Berbeza ke myk gear depan dgn gear reverse?
    mslh ke2.bunyi radiator agak kuat,rpm lebih dr 1 bila mula hidup kereta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar minyak gear,gear oil hanya gunakan 2 liter sahaja,jenama terbaik untuk kelisa adalah dari perodua atau dexron atau castrol.Tiada minyak gear reverse.
      Servis karburator atau Throttle Body ,ganti air filter ,spark plug untuk stabilkan RPM.
      Radiator tiada bunyi yang bunyi hanya kipas radiator,jika terlalu kuat maknanya motor kipas sudah sangat lusuh

      Delete
  100. Assalamualaikum bang..saya baru beli myvi manual 1.3 tahun 2008..1) apa service yg saya perlu buat?
    2) kos service2 tersebut
    3)gear 1 dan reverse susah nak masuk..kene main2 dulu baru masuk..apa masalah tu?dan ape yg saya peelu baiki?kosnya berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm

      1.tukar minyak hitam,oil filter,air filter dan fuel filter
      2.kos sekitar rm200 jika guna minyak perodua
      3.tukar minyak gear,kos sekitar rm150

      Delete
  101. Assalamualaikum bang .. sy nk tukar minyak gerabox auto ... biasa brpe liter untuk minyak gearbox auto.gen2 and brpe hrge minyak gearbox proton sp3 ??? Mnyak hitam semi apew yg bagus yew bang untuk proton gen2 and brpe hrgenye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kira2 rm150,atf proton ada boleh digunakan

      Delete
  102. Salam abg...sya nk tnya..berapa liter minyak hitam perlu saya isi untuk ford ranger wildtrak 3.2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,7 liter,kalau ada manual refer manual lagi tepat

      Delete
  103. salam bang....saya guna ford fiesta s 1.6 tahun 2013 auto,minyak gearbox apa yg sesuai yer?berapa liter diperlukan dan berapa harga minyak tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,Gunakan Penzoil auto trnsmission flluid,2 liter setengah saja ,harga sekitar rm100 untuk 4 liter

      Delete
    2. oh,,,kalau minyak enjin?apa yg sesuai bang?maaf byk bertanya bang..kurang arif pasal kereta ni..huhu..

      Delete
    3. minyak enjin gunakan minyak Lucas atau Ford Castrol Magnatech

      Delete
    4. ok bang..terima kasih....

      Delete
  104. Saya pakai Mercedes E230 Enjin W210 tahun 1996. Apakah minyak gearbox yg sesuai dan berapa kos termasuk filter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan EP90 dan 140 dari Pennzoil atau castrol,filter kertas sekitar rm 50 dan kos tukar minyak serta upah sekitar rm300

      Delete
  105. Assalam. Saya masih pakai Mercedes E230 Enjin W210 model 1996. Apakah minyak gear yang sesuai dan berapa anggaran kos termasuk filternya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  106. Assalamualaikum bang.. jika sayaa mahu tukar minyak auto gearbox pada perodua alza saya , jenama apakah yang paling sesuai.harap abg atau saudara2 boleh beri pencerahan ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,Perodua ada ATF sendiri dan ia paling sesuai untuk kereta buatan Perodua

      Delete
  107. Assalamualaikum tuan..sy gunakan alza manual..masalah klac rasa berat... 1 lagi enjin mcm minta gear lagi..tq tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar dulu minyak gear ,kalau masih rasa berat pada klac pam,tukar pam bawah kaki pemandu,gear akan rasa berat jika minyak tak tukar

      Delete
  108. Assalam abg
    Sy pengguna proton wira auto 1.5 tahun 2000.tahun lepas sy br tukar gearbox
    spec jepun..masalah yg sy hadapi gear cepat sgt bertukar.contoh gear 1 ke 2
    xada masalah.2ke 3 cepat dlm 40km dah bertukar gear..bila sy tekan pedal minyak
    sikit gear bertukar ke 1.dan bila sy lepas sikit dan tekan balik baru masuk gear dua. Dengan kepakaran abg apa masalah kereta sy
    ek..kena tukar gearbox lain ke..harap abg paham soalan yg sy kemukakan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu ganti shift solenoid dalam kotak autofilter

      Delete
  109. Assalam..tuan. Saya pengguna baru Toyota wish 2009..saya ada ingin menukar minyak CVT.saya ada terbaca blog yang menyatakan mesti menggunakan minyak CVT ori Toyota.tetapi bengkel tempat saya servis menyarankan menggunakan minyak CVT transguard CVT oil 88.dengan alasan minyak CVT tersebut lebih baik dari minyak Toyota.pada pandangan tuan yang manakah lebih bagus digunakan minyak CVT Toyota atau transguard CVT oil 88?

    ReplyDelete
  110. wslm,pada saya sebaiknya gunakan CVT Toyota kerana ia direka khas untuk AUTO transmission Toyota sahaja.

    ReplyDelete
  111. As slm admin... sy mempunyai kereta Haval GWM M4 AMT. Saya nk tya minyak apa yg nk guna tuk kereta ini. Mohon balas

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kereta buatan China sesuai dengan minyak kereta buatan Jepun juga,samada castrol,shell,petronas,mobil dsbnya ,jika kereta masih dibawah 5 tahun gunakan sintetik atau fully sintetik

      Delete
  112. Assalam Tn. Sy pengguna P/Persona Manual. Ingin tahu berapa liter minyak Gear perlu di isi. Terima kasih

    ReplyDelete
  113. SALAM ...SY NK TNY ...KALO SAGA BLM 1.3 AUTO RASE MACAM LEMBAB SKET DAN ADE GEGAR SKET... KNP YA... PASTU PERLUKAH LETAK ATF TREATMENT ? KALU PERLU JENAMA APE YG SAUDARA CADANGKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ada gegar enjin bermaksud ada gangguan pada enjin,cabut MAF sensor ke air filter,jika enjin stabil alat tersebut rosak,enjin yang gegar memungkinkan kelembapan ,kadangkala bukan atas kerosakan atau masalah gearbox

      Delete
    2. maksud saudara cabut maf sensor tu masa enjin tgh hidup atau cabut sblm hidupkan enjin?

      Delete
    3. masa hidup pun boleh,masa mati pun boleh,jika enjin stabil tiada gegar,semput dsbnya maf sensor tersebut rosak

      Delete
  114. Saya pengguna kereta auto transmision jarak millage dalam 56000km baru 2 kali tukar ATF Oil..bole saya tau masa bila kah sesuai utk menukar auto transmision filter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya setiap kali tukar atf oil mesti tukar sekali autofilter dan jarak mileage biasanya dalam 20000 km perlu ganti atf oil dan autofilter

      Delete
  115. Salam bang. Saya pandu caldina gt4 turbo 2002 4wd. Masalah skrg, bila saya pandu dalam 80km/j dan keatas, stering bergegar kuat. Saya dh buat balancing on wheel pn gegaran masih ada. Tayar 2 biji hadapan baru tukar, rim xde bengkok, absorber link n tie rod end pn dh tukar. Mohon pencerahan bantuan dr abg yg pakar. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,semua joint pada steering rack telah lusuh tertamanya joint pada steering rack bahagian tengah ke stereng bergegar,perlu tukar steering rack

      Delete
  116. Assalam bang, saya nak tanya. jenis auto oil apa yg sesuai untuk kereta atos ye?

    ReplyDelete
  117. salam boss nak tya keta saya myvi auto..ada bunyi "duk" bila saya tukar gear dri P ke R..yg lain smua ok..klu ikut experience n knowledge bos apa problem dia? nak tau jga sblm ke kedai 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,masalah solenoid shift sensor

      Delete
  118. Salam En. Sy nk tnya untuk minyak enjin myvi auto tahun 2013 kalau sy pakai caltex 5w40 fully synthetic bagus ke?
    Mcm mana pula dgn minyak ATF? Brand apa yg bagus
    Fuel filter, auto filter boleh di beli di kedai sparepart ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ok boleh,autofilter kit boleh beli di sparepart,guna atf caltex pun ok

      Delete
  119. selamat pagi. minta cadangan tuan untuk minyak gear box ford ranger 2.2 xl manual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi,gunakan atf pennzoil pun ok

      Delete
  120. As salam en..kereta iriz 1.6 sesuai pkai minyak gear box jnis ape ye...dn brpe liter skli tukar..lg 1 nk tny...perlu ke sy bubuh myk treatment gearbox skli mse nk tukar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gunakan atf penzzoil atau atf proton,tukar 2 liter setengah,treatment juga boleh digunakan setiap 20000 km

      Delete
  121. Assalamualaikum tuan...minyak apa sesuai utk gear auto kereta kelisa dan exora first model?
    Satu lagi nak tanya masalah exora, kipas masih berpusing walaupon enjin telah dimatikan.Ia terjadi selepas exora digunakan selapas 7thn dan sebelom ini tak pernah terjadi.

    ReplyDelete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>