Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Wednesday, December 05, 2012

Kereta baru atau kereta terpakai?

Salam,

Secara keseluruhannya kereta memang menjadi pilihan berbanding kenderaan lain seperti motosikal dan bas sebagai alat pengangkutan. Walaupun pada abad ini terdapat kemudahan pengangkutan awam yang lebih teratur seperti LRT,MRT,keretapi penumpang,bas dan teksi tetapi kereta masih utuh sebagai pilihan utama ramai orang ,bukan saja sebagai pengangkutan malah sekarang kereta telah dihiaskan sebagai daya tarikan yang mencerminkan gaya,keunggulan dan kekuasaan. Kereta hibrid pula jadi pilihan masa kini seperti jenama Tesla manakala Suzuki Jimny memonopoli pilihan jeep import sekarang. 




 




Bagi peniaga kereta pula,jual kereta bukan mudah lebih-lebih lagi kereta terpakai kerana kereta baru telah menjadi pilihan pengguna akibat kenaikan harga dan kos penyelenggaraan yang agak tinggi. Gaya,keunggulan dan kekuasaan adalah ciri utama dalam memberikan suntikan dalam pemilihan kereta tidak kira baru ataupun kereta terpakai.


Walaupun kereta terpakai dipilih berdasarkan kepada harganya yang agak rendah serta mudah untuk dimiliki namun begitu tak kurang juga pengguna yang memfokuskan kepada kereta baru sahaja sebagai alat pengangkutan yang kurang berisiko berbanding kereta terpakai.

 Risiko Kereta baru

 Di Malaysia ini terdapat hanya 2 pengusaha kereta nasional iaitu Proton dan Perodua,manakala jenama dan model kereta yang baik diantaranya pula adalah yang terbaharu iaitu Axia dan Suprima.Penghasilan Myvi adalah yang terbaik dari Perodua manakala Exora adalah MPV yang pertama dan berkeluasan dalaman yang luas untuk pengguna di Malaysia. Kereta Malaysia seperti Axia mempunyai pasaran laris setakat ini di Malaysia kerana mempunyai keupayaan serta model yang agak menarik berbanding kereta kompak keluaran Perodua yang lain.

 Untuk kerosakan kereta-kereta baru macam ni terpaksa lah tunggu dari pengguna-pengguna kereta tersebut,harap-harap model yang semakin canggih dn berteknologi seperti Axia dan Suprima ini akan kurang kerosakan dan juga menang dari segi harga untuk kereta tersebut. Bila sebut saja kereta baru ,ramai yang beranggapan menggunakan kereta baru kurang berisiko dari segi kerosakan komponen,kerosakan aircond dan jumlah penggunaan meter yang lebih sedikit berbanding yang terpakai.Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa kereta baru juga sama risikonya dengan kereta terpakai ,walaupun pada hakikatnya komponen2 yang digunakan pada enjin adalah masih baru dan hanya digunakan pada proses percubaan oleh kilang pembuat kereta.

 Secara umumnya kmponen kereta yang baru tidak mudah rosak melainkan jika berlaku kecuaian pengguna seperti terlibat dalam kemalangan dan seterusnya merosakan keseluruhan komponen malah kereta juga. Apa yang kita harus tahu bahawa kualiti komponen baru dan lama adalah bergantung kepada cara pembuatannya semasa dikilang,jika pekerja kilang yang memasangnya seorang yang amat berhati-hati dan teliti komponen enjin,dalaman,lampu dan sebagainya akan dihasilkan pada kualiti yang tinggi begitu juga sebaliknya.

 Terdapat banyak contoh barangan baru dari kilang yang hanya mencecah 1 tahun penggunaan malah terdapat juga yang lebih rendah seperti 1 atau 2 bulan dan sebagainya.Saya pernah berpengalaman menggunakan alat sensor hawadingin yang dipasang pada kereta baru yang baru saja saya gunakan kira-kira 3 bulan telah mengalami kerosakan yang memusnahkan alat sensor tersebut dari penggunaannya. Ini menunjukan kereta baru juga berisiko tinggi sama seperti kualiti kereta teraakai mala h ada terdapat kereta terpakai yang lebih baik walaupun ianyatelah dikeluarkan dari kilang melebihi 5 tahun. Myvi 1.5 model paling baru-gambar ihsan dari promosikereta.com Risiko kereta terpakai

 Walaupun pada rupa luaran kereta terpakai nampak usang tapi ada juga terdapat kereta terpakai lebih baik dan kurang berisiko,mungkin pengguna sebelumnya banyak menukar komponen dan meneliti kerosakan secara terperinici dan mementingkan kepuasan penggunaan. Terdapat juga enjin kereta terpakai lebih senyap dan stabil berbanding kereta baru.Ini menunjukan risiko kedua-duanya samada kereta baru dan kereta terpakai sebenarnya adalah diparas yang agak sama.

 13 ciri penting pemeriksaan enjin kereta terpakai secara teknikal sebelum membeli

1.Minyak hitam tidak berbau hangit bila dihidu.
2.Enjin berbunyi senyap dan mudah dihidupkan.
3.Enjin tidak bergegar bila dihidupkan
4.Aircond tidak berbunyi berdesir dan berbau hangit
5.Bau asap yang agak tidak menyengat ke hidung
6.Terdapat titik-titik air pada hujung lubang ekzos bila enjin dihidupkn
7.Klac yang mudah masuk dan gear berfungsi dengan baik
8.Terdapat free play pada gear
9.Bering klac tidak berbunyi bila klac dimasukan
10.Tiada kedengaran bunyi cincin berlaga jika enjin dihidupkan(tiada tanda rsak piston ring)
11.Asap tidak putih bila pedal minyak ditekan
12.Warna asap juga agak kebiruan atau hampir kepada tiada asap
13.Kipas berpusing secara auto untuk aircond dan radiator.

 Secara kesimpulan teknikalnya enjin kereta terpakai diperlukan berfungsi dengan baik secara senyap dengan kipas radiator dan aircond berpusing secara auto dan asap tidak berbau hangit dan berwarna putih yang berterusan bila pedal minyak ditekan.Jika keadaan enjin yang sedemikian ini membuktikan bahawa kereta tersebut sesuai untuk digunakan sekurang-kurangnya 5 tahun lagi.

10 jenis model Kereta Malaysia dan c.c kegemaran .

Proton Saga 1.5
Proton Saga 1.3
Proton Vdo
Proton Wira 1,5
Proton Wira 1,3
Proton Wira 1,8
Proton Waja 1.6
Proton Exora
Proton Persona
Proton Suprima

Model yang terdapat di Malaysia dari Perodua

Perodua Kancil
Perodua Kembara
Perodua Kenari
Perodua Kelisa
Perodua Rusa
Perodua Alza
Perodua Axia
Perodua Bezza

73 comments:

  1. sudah bekereta baru. Hee ;)

    ReplyDelete
  2. tahun baru nak dekat dah,azam pun baru,kereta pun nak kena baru gak-cik nad oi!

    ReplyDelete
  3. Anonymous6/12/12

    Slm en sord. Sya khalil nk tanya. Chevlolet nabira lampu check engine menyala. Diikuti lampu abs pun menyala. Kereta akan hilang power kadang2 seakan 3 selinder. Apa yg perlu saya lakukan. Ada pendapat mengatakan kena hantar reset. Tp reset apa? Walaupun slps tukar minyak enjin dan minyak gearbox. Harap dpt bantu. Tg

    ReplyDelete
  4. saudara khalil perlu pergi ke sc dah diagnosis gunakan alat diagnose,ada kemungkinan terdapat kode kerosakan,reset bermaksud jika ada kesilapan dari segi computer programming ianya perlu direset semula.

    ReplyDelete
  5. Hai..sy br pki kereta honda ej convert ek enjin b16a.mslh skrg kat bwh bhgn enjin sblh kiri ade minyak menitik..pg bengkel pomen tu ckp oil sump tmpt takung mnyk itam..dah repair tp minyak tu still menitik.knp ye?pomen tu ade ckp aritu skru kat takung mnyk itam tu dah loose n dye buat tread br..
    Lg satu kereta klu bw mesti ade bunyi "kreok3" n nmpk tayar depan sblh kiri mcm tenggelam skit berbanding tyr yg sblh kiri..adekah bunyi tu sbb adjustable problem atau mounting problem?
    ~mohon pencerahan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro ej convert to ek ap part perlu ditukar bahagian dpan ap blakang ap... Budak bru nk belajar klau xkeberatan blh kongsi 01156856151

      Delete
    2. tiada apa perlu tukar,enjin ini hampir sama mountingnya

      Delete
  6. Eh apesal komen xkuar..huhu..pnt type byk2

    ReplyDelete
  7. saudari adamayra,

    hah!kan dah kuar komen dah!

    1.Kereta honda ni selalu leaking dari seal kat distributor,ganti seal kevil tersebut jika masih leaking selepas buat thread baru pada tangki minyak itam.

    2.Saya pun kurang pasti kenapa hanya honda selalu jadi bunyi yang saudari katakan dan kebiasaannya penyelesaiannya adalah dengan menukar u stand,bunyi tersebut datang dari u stand,banyak honda saja ada u stand tersebut,tukar u stand tersebut jika bunyi kanan tukar kanan,jika bunyi kiri tukar kiri.

    ReplyDelete
  8. Klu u stand yg problem blh mnyebabkn kereta nmpk rendah sblh ke?sbb keta sy sblh kiri depan nmpk tenggelam skit..

    ReplyDelete
  9. saudara adamyra,

    u stand adalah pemegang ,jadi bila lembut pun kereta rendah sikit,selain tu absorber dan spring juga boleh menyebabkan ia rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous3/3/13

      Kat panel meter ada lampu berkelip2...kenapa?-honda city taun 2010

      Delete
  10. U stand dgn upper arm tu komponen yg sm ke lain?brp kos anggaran dan jenama apa yg bagus..tq

    ReplyDelete
  11. adamyra,

    komponen yang sama!

    ReplyDelete
  12. @Anonymouslampu kuning berkelipbermaksud ada masalah pada enjin atau ada kesilapan teknikal pada fuse box,ketatkan semua fuse dalam enjin

    ReplyDelete
  13. Anonymous9/7/13

    Assalamualaikum Dan Salaam Ramadan cik sord87, Saya Mie.

    Saya nak mintak tunjuk ajar dan nasihat. Saya baru beli keta tangan kedua iaitu Daihatsu Charade Aura 1.0 thn 1991. Saya beli kereta ni krn tertarik dengan iklannya yg menyatakan kondisinya yg baik pd harga yg kiranya murah.
    Satu, kereta ni baru tukar enjin halfcut sama cc thn1993. So far OK krn telah travel dr Seremban/KL. Cuma Ada sedikit kejadian yg akan sy terangkan kemudian.

    Permintaan saya..

    Sepanjang 20 thn cik Sord87 dlm permotoran, boleh tak cik Sord87 bagi nasihat, pengalaman,panduan @ apa2 sajalah khusus untuk model Daihatsu ni. Apa2 saje..semoga tulisan tuan dikira bekalan amal2 yg diberi ganjaran..Please..

    ReplyDelete
  14. Anonymous10/7/13

    Assalamualaikum Dan Selamat bersahur cik Sord87,

    Menyambung kembali ttg Daihatsu sy tu. Kereta tu so far good. Engine takde liking. Cuma part bwh gearbox nampak basah tapi takde titisan.Kereta senang hidup, wiring dan basicly OK. Cuma ada sedikit error. Sy punya 2 meter rpm dan temp 22 takde respond. Sy blum p w/shop. Nk tahu dulu sebab2 kemungkinannya. Sy perhati dlm bonet ada satu kabel nipis cam kabel brek tangan motor kluar dr body tapi takde disambung pd mana2.Kereta overall sudah servis, air filter, minyak itam, timing bell. Carb pun nampak bersih. Klu htr cuci engin, adakah ianya bagus?.
    Semoga tulisan encik dikira amalan yg diberikan ganjaran.

    ReplyDelete
  15. @Anonymoussalam ramadan saudara mie.

    Model Daihatsu memang kurang yang bermasalah agak berat terutamanya daihatsu charade,yang menjadikannya sedfikit bermaslah adalah keaddan enjin panas yang bias disebabkan oleh radiator dan sistem penyejukan yang kurang stabil

    ReplyDelete
  16. @Anonymousw/salam ramadan saudara mie,
    Jika odometer pon tak hidup kabel yang tak sambung tersebut adalah kabel odometer.Mengenai rpm pula mungkin panel meter tersebut rosak kerana temperature meter juga rosak .

    ReplyDelete
  17. Anonymous9/8/13

    Salam..kereta saya vios ada mslh bunyi krek3 apabila saya tekan minyak utk memandu laju sahaja..gear jenis auto..kenapa ye

    ReplyDelete
  18. @AnonymousMungkim ada masalah pada mounting gearbox

    ReplyDelete
  19. salam, berapa kos untuk top overhaul dan kalo pasang air cond x sejuk tp angin ade?

    ReplyDelete
  20. @muhd akramw/salam,
    kos top overhaul untuk kereta malaysia dan jepun sekitar rm1200 kebawah

    2.a/cond tak sejuk tak ada kena mengena dengan top overhaul ia adalah kerana kerosakan komponen seperti kompressor,kondenser,kipas,suis dan bocor gas

    ReplyDelete
  21. http://duniaerinqaleesya.blogspot.com/2013/11/bengkel-kereta-di-terenggan

    ReplyDelete
  22. Salam en arsad. Sy ade beli 1 kete gen2 cps mt. 2nd hand. Tahun 2009. Sy nak tny 3 soalan je. 1, knpe setiap kali sy shift gear, contohnya dr gear 1 ke 2 n 2 ke 3 ade rasa mcm jek sikit. Mcm minyak lambat masuk. Adakah spark plug puncanya? 2, knpe setiap sy switch on aircon,kete sy bergegar agak kuat jgk la. Terasa stereng dgn dashboard gegar. 3, knpe radio kete sy smakin teruk reception. Contohnya, aritu sy bkk hot.fm, payah btl nak dgr. Siaran tak clear. Then sy tukar siaran lain. Fly fm. Ok plak. Takkan sy nak dgr lgu omputeh je. Ckp mat salleh la pasnie. So conclusion,knpe jd bad reception mcm tu? Sblm ni okay je. Baru je jd ni. Adakah sy kne buat cabpe grounding? Sbb sy ada dgr org ckp cable grounding elok utk menstabil kan arus elektrik. Hrp en arsad bleh tlg..

    ReplyDelete
  23. @Zaidi Safuanw/salam

    1.Sebaiknya saudara tukar dulu minyak gear auto dan autofilter jika ia masih demikian saudara terpaksalah tukar sensor gearbox.

    2.Gegara terjadi sebab RPM rendah,engine tuning perlu dibuat,tukar spark plug dan air filter

    3.Siaran ni masalah radio tersebut tukar wayar arial yang bersambung ke radia senang cerita tukar arial lah,ground pon kekadang sama gak.

    Fly fm ok apa lainkali boleh terbang kot-hehe!

    ReplyDelete
  24. Salam, sy baru beli kereta terpakai myvi auto. Baru 2bulan. Temperature kadang2 naik kadang2 ok. Sy dh hantar kedai tukar water pump, termosrat, radiator. Tp masih naik lagi smp H. Baru2 ni pomen suggest utk top overhaul. Tapi lepas overhaul masih masalah yg sama. Sy jd stress dgn keta ni..nak jual balik serba salah. Jual kat kedai blk harga jatuh lebih separuh dr beli dulu.. sakit kepala mikir.. duit dh ribu hbs.. tolong sy bos. Apa patut buat.. adakah kena tukar 1 enjin baru masalah ni selesai?

    ReplyDelete
  25. @isa denw/salam,apa yang saudara perlu lakukan ialah semak semula top overhaul tersebut dan pastikan carakerja skim head ada dalam bil,jika tiada sila semak dengan pomen samada head telah diskim atau tidak.head yang tidak diskim akan membuat enjin masih panas begitujuga temperature yang sentiasa naik

    ReplyDelete
  26. Head gasket ke? Klu head gasket dah diskim. Pomen tu cakap suruh beli enjin kosong pulak.. aduhh.. stress. Ada cara lain tak? Sy tak tau knp suhu kereta tu jadi macam tu..

    ReplyDelete
  27. Atau adakah kena tukar 1 set head gasket yg baru? Tolong bg cadangan.. tq

    ReplyDelete
  28. @isa densalam,head gasket tetap kena tukar baru bila buka,yang sebaiknya pastikan dulu skim head dah buat ke belom.

    ReplyDelete
  29. @isa denkalau head dah skim dan top overhaul dah buat ini maknanya head tu memang dah nipis,jumpa pomen lain dan jika ada bajet tukar head dan head gasket baru.insyallah mujarab!

    ReplyDelete
  30. Terima kasih tuan.. mmg betul tukar head masalah temperature kereta sy settle dah. Leganya.. w/pun melayang rm500. Huhu. Skrg ni kenapa lampu check engine pulak keluar klip2..adakah masalah timing chain sensor? Apa fungsi timing chain sensor tu?

    ReplyDelete
  31. @isa denBila tukar head timing belt juga dibuka jadi timing sensor akan sama terlibat,jika pemasangan tak kemas check engine light akan menyala.Kalau rest pon tak juga hilang kena kemaskan semula kedudukan timing sensor dan elakan wayar tersebut dari kena minyak .(Cara reset ialah cabutkan negatif bateri dan letkan sekali sekala sehingga alarm menyala 2 kali atau biarkan seketika kira2 seminit dan pasang semula,cuba 2-3 kali ).
    Timing sensor gunanya untuk menyelaraskan api kegunaan pembakaran dan untuk pulley head menyelaras secara sendiri.

    ReplyDelete
  32. Tq. Banyak membantu

    ReplyDelete
  33. Salam tuan..sy pkai Honda eg..mslh skng pintu belakang xble buka dr dlm Dan luar..mcm mn nk Seattle? Hu2

    ReplyDelete
  34. @parkwaayw/salam,kena buka cover tingkap kemudian tolak semula plunger dari dalam,kalau anda mekanik mesti boleh buka,kalau bukan perlu mekanik buka dari dalam

    ReplyDelete
  35. Salam..
    keta nabira saya bila bukak aircond..terbau mcminyak.
    saya baru tukar compressor
    Apa masalahnya tu yr

    ReplyDelete
  36. @asmawi ab rahmanwslm,mungkin ada minyak kompressor atau petrol diguna untuk cuci,cuci enjin nanti ilang la tu

    ReplyDelete
  37. Salam ncik. Sya ada beli sbiji ezora thn 2009.. dan dh brjalan sjauh 139,000KM.
    Jdi skrg apa nasihat ncik.. brkenaan ezora trsebut ncik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,pastikan timing belt ditukar,autofilter,minyak atf dan engine oil serta oil filter dan airfilter serta plug ditukar juga

      Delete
  38. Salam tuan .... Proton Suprima s 2013 saya engin tiba tiba mati apabila saya membat pusingan u tanpa menekan paddle minyak walau Bagaimana pun ianya baru pertama kali terjadi. Apa kah langkah yg tuan syorkan agar ia tidak berulang. Terima Kaseh .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,masalah cranshaft sensor,guna scanner untuk pastikan

      Delete
  39. Salam tuan...kereta saya start x nk hidup..bila di on suis lampu sensor enjin tak menyala dekat tepi meter tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,minyak tak naik,fuel pump problem

      Delete
  40. Kat mana saya nak diagnosis Nabira yg terdekat..saya tinggal do PD

    ReplyDelete
    Replies
    1. PORT DICKSON
      Thian Wah Motor Sdn Bhd
      No 54 & 55, Jln Industri 3
      Taman Perindustrian Lukut Indah
      71010 Port Dickson
      Tel: 06-6511689

      Delete
  41. lampu enjin nabira menyala...walau pun selpas diservis
    adakah INI merbahaya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak bahaya,pastikan minyak hitam cukup dan tidak bocor ,jika ada basuh enjin kereta,mungkin ada sensor yang kena air,resetkan dengan cabut negatif bateri 10 minit,pasang semula dan hidupkan enjin 10 minit

      Delete
  42. salam tuan..saya ade 3 masalah kat sini sya baru beli saga blm 2010 maslah pertama kereta saya basah bahagian seat pasenger bila hujan dan saya da dpt tanda kebocoran dr bonet blkng terus masuk bawah seat blakng terus air melimpah di bawah kapet belakang bahagian penumpang jd saya nl tahu apa tg patut sy tkr..soalan kedua clutch kereta saya ni clutch race rasanya keras yg amat nk tekan presure dia terlalu keras ade xsolution nk bg lembut sb bila jem agak moody rasa cam nak terpelanting bila sy rasa kaki agak penat nk tahan clutch..soalan 3 kenapa bila saya telan clutch kereta masuk gear ade bila sya naknlepas clutch pelahan2 ade satu bunyik yg xmeyenangkan seolah2 mcm ade benda tersangkut xpasti sama ade at gear atau kat clutch..dari gear satu sampai reverse bila time nk lps clutch je mesti ade bunyi hope dpt bantu..dan soalan last baru2 ni saya drive kereta saya bila masuk gear tiga saya rem minyak kereta mcm henjut2 nk semput xmati but terhenjut2 mmg semput boleh x encik tlg bg cadangan����kat semua soalan saya ni..saya nk fb encik boleh x tgu jawapan dlm ni lambat plishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam

      1. tukar getah sekeliling bonet belakang
      2.tukar klac pam bawah kaki pemandu
      3.tukar kabel plug dan plug sekali

      insyallah ok

      Delete
    2. klik fb saya diatas blog ini sebelah kanan

      Delete
  43. Nak tanya pendapat tentang kereta merc A170 year 2005-2007.
    Berbaloi ka beli dari segi minyak , maintenance, dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika inyak hitam dan oil filter ditukar mengikut skala kilometer ,enjin tidak akan menjadi masalah untuk kekal pada prestasi yang baik.Minyak adalah sedikit lebih untuk semua kereta import yang agak lama cuma pastikan coolant dan sistem sejuk enjin seperti kipas dan radiator diservis untuk memperbaiki penggunaan minyak

      Delete
  44. Salam nak tanya pendapat mekanik kereta berbaloi tak beli kereta myvi auto terpakai atau saga flx terpakai mana patut di beli dari segi segalanya terimakasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,dari segi maintenance myvi lebih berbaloi berbanding saga kerana komponen alatganti saga mudah rosak tetapi dari segi kebaikan minyak kedua2nya jimat minyak berbanding kereta import tambahan lagi kedua2nya juga punya kuasa aircond yang sangat sejuk dan sesuai untuk cuaca malaysia

      Delete
  45. Sy mengunakan engine E3,kenapa kuasa kereta sy boleh hilang ketika mengunakan spark plug iridium?sblm ni sy hanya mengunakan spark plug platium shj,engine berkuasa spt biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu ada fuel regulator supaya api diseimbangkan mengikut nisbah supaya kuasa pecutan tidak terganggu

      Delete
  46. Assalamualaikum encik. Tak tahu la masih dilayan atau tidak soalan saya. Kenapa kereta baru proton iriz sy baru beli haritu dahsboard berbunyi semasa jalan tak rata??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,ini biasa bawa ke mekanik,minta ketatkan skru-skru dashboard

      Delete
  47. Salam encik pomen.saya baru ambik wish tahun 2010.baru 2 bulan.masalah overhead naik bila bwk 140@150.pg kedai pomen ckp head gasket bakar.betul k enjin wish x boleh top overhall.semua pomen ckp kena tukar enjin kosong.sekarang tgh guna produk k-seal.tolong bg pandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,benar kerana ia melekat terus jadi biasanya pomen tukar enjin

      Delete
  48. Salam Tuan, Saya baru membeli kereta secondhand Kancil 660 Auto...

    Banyak rakan sruh saya menukar segala jnis minyak, minyak enjin dan minyak gearbox...

    Saya mengalami sedikit kemuskilan tentang penukaran minyak gearbox...

    1. Minyak gearbox apa yang patut saya beli untuk menukar minyak gearbox kancil 660 auto?
    2. Semasa menukar minyak gearbox, apa lagi yang wajib saya tukar ketika itu?

    Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,untuk kancil 660 saudara boleh gunakan auto transmission dari Perodua ATF Dexron 111,tukar sekali dengan autofilter

      Delete
  49. Salam Tuan, Saya nak bertanya...

    1. minyak gearbox apa yang sesuai untuk sebuah kancil 660 Auto?
    2. Semasa menukar minyak gearbox, apa lagi yang wajib saya tukar ketika itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auto Transmission Perodua Dexron 111 dan autofilter

      Delete
  50. Salam tuan..saya nk minta pandangan..

    1. Saya baru beli kreta persona elegance auto second tahun 2011..milage dlm 120000km..apa yg wajib saya buat dan servis ye..sbb sy gunakan kreta ini untuk prjalanan jauh spt balik kmpung dr selatan ke utara dlm 500 ke 600km..
    Apa pndangan tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu servis dengan menggantikan minyak hitam,oil filter,air filter dan spark plug.Kemudian gantikan timing belt iaitu timing belt,timing bearing dan timing oil seal jika tidak diganti lagi oleh penjual kereta.Untuk Gearbox pula saudara perlu tukar minyak auto transmission dan autofilter,Itu sahaja,in sha allah kereta sesuai semula untuk perjalanan jauh.

      Delete
  51. salam...
    saya mempunyai sebuah kelisa 2nd gen 2005. masalah kereta sy skrg ni adalah temp selalu naik sbb air kering...telah rujuk pomen...pomen pertama tukar semua paip hos, dan cuci radiator...masalah berulang dan rujuk pomen kedua...pomen kedua kata, ia datang dari cap yg berhampiran dengan extractor ekzos..penutup tangki air telah ditukar...kini masalah ini masih berlarutan....kereta wife pakai ulang alik kerja meniti jambatan kedua pulau pinang.
    1. tukar kereta 2nd baru.....
    2. Tukar enjin (storia 1.3 atau YRV turbo)
    3. kene repair lg...(setakat ni dekat 2k jgk lah campur sakit pening yg lain)
    dilema sungguh...............

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bila air kering tanda enjin panas bermakna head gasket pecah perlu buat top overhaul,tukar set top dan head gasket,skim head juga perlu,in sha allah ok

      Delete
  52. Kalau pasal kereta baru or terpakai ni, memang dah banyak kali dah orang discuss. Akan ada geng yang cakap kereta terpakai ni jangan beli sebab takut tipu ke apa ke. Ada jugak cakap jangan beli kereta baru kalau gaji tak cukup lagi amount sekian sekian.

    bagi saya, saya lagi prefer beli kereta terpakai. SiaPA je yang tak suka kereta baru kan? Tapi tak salah beli kereta terpakai asalkan tau macam mana nak beli kereta terpakai ni.

    Ada beberapa sebab yang saya akan bagi untuk dijadikan sebagai benchmark untuk korang la

    1. Tetapkan budget : Kena tetapkan bajet kewangan supaya tidak tersasar atau menerawang jauh tanpa arah tujuan. Kalau bajet cuma Proton Saga, tak perlulah membuang masa melihat senarai harga Porsche 911. Katakan bajet anda RM20K. Heheh

    2. Bukak kalkulator pinjaman kereta - Guna online kalkulator.

    3. Survey online atau bukak majalah, jangan ke kedai : Buat survey dekat laman web seperti Mudah atau Carlist, atau beli majalah seperti MotorTrader. Menerusi tetapan had bajet RM20K, secara automatik akan dipaparkan pelbagai pilihan model kereta di bawah bajet tersebut. Ingat, jangan terus pergi ke premis kereta terpakai untuk mengelak 'dipukau' jurujual. Hati-hati, jurujual yang bagus mampu membuatkan anda melanggar had bajet. Sedar tidak sedar bajet RM20K sudah bertambah jadi RM30K. Layari saja Internet. Lebih selamat dan selesa.

    4. Hadkan tahun pengeluaran 5 tahun ke bawah : Memang banyak pilihan kereta dengan bajet RM20K. Korang mungkin rambang mata. Tetapi jika korang mencari kereta yang kurang ragam, mungkin korang kena kecilkan pilihan kereta mengikut tahun pengeluaran setakat 5 tahun (2013). Ini cuma option, sebenarnya ada je kereta berusia lebih 5 tahun dalam condition baik. Tapi, kita kena cuba kurangkan risiko.

    5. Semak perbatuan (mileage) : Kereta yang jauh atau kerap berjalan, secara normal akan cepat haus dan lusuh. Lagi tinggi nilai perbatuan (jauh berjalan), lagi rendah nilai jual semula kereta itu. Cari kereta pada perbatuan rendah atau sederhana.

    6. Curiga harga murah : Jangan cepat teruja kalau ada kereta dijual sangat murah. Sesiapa pun nak jual kereta diorang dengan harga yang tinggi atau harga pasaran. Kalau murah sangat, mesti ada udang disebalik batu. Banyak kes menunjukkan kereta dijual murah antaranya sebab pernah accident teruk, mileage yang terlalu tinggi, banyak kali bertukar pemilik sehingga 3-4 orang. Kereta mungkin nampak cantik, tapi ragam sebenar mula kelihatan lepas beberapa bulan drive.

    7. Cari pemilik sebenar : Ni lah untungnya kalau buat survey online. Korang dapat cari kereta yang dijual oleh pemilik terus (direct owner). Kenapa kena pemilik terus? Sebab mereka tak pandai menipu. Korang boleh cuba korek rahsia keretanya atau soal apa-apa je. Mana tahu pernah accident. Boraklah dengan mesra pasal kos senggara dan bengkel pilihannya selain bertanya pasal alat ganti yang pernah atau baru ditukar. Harga pemilik sebenar mungkin mahal sikit, tapi masih ada ruang boleh nego. Lagi-lagi kalau korang datang dengan kuasa tunai. Ingat. CASH IS KING!

    Harap semua ni dapat bantu korang untuk pilih yang mana satu bagus, yang mana satu tak bagus ye hehe

    Saya ambik sumber dari sini > https://www.soulusi.com/ms/400-ada-tak-tips-nak-beli-kereta-terpakai-ni?ref=blog

    ReplyDelete
  53. Salam Tuan/puan.
    Saya pakai kancil auto 850.. ingin tanya buat alighment berapa caj termasuk upah?. Balacing..rm?

    ReplyDelete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,