Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Wednesday, October 03, 2018

Cara mudah servis starter motor kereta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Telah agak lama juga aku tidak berkesempatan untuk mengemaskini kandungan blog ini akibat kesibukan tugas seharian.Pada petang 2 oktober ini diselitkan sedikit  maklumat yang sepatutnya semua pengguna kereta di Malaysia dan didunia tahu akan kerosakan yang amat mudah terjadi pada starter kereta lori atau bas.

Konsep Starter motor

Konsep starter motor yang digunakan pada semua kenderaan adalah sama cuma yang berbeza ialah saiz dan bentuk starter tersebut. Apakah itu starter motor? Alat ini adalah alat yang disambungkan terus ke bateri melalui kabel yang dibumikan untuk menggerakan flywheel dalam gearbox supaya ia berpusing dan seterusnya menghidupkan enjin kenderaan.

 Alat ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian badan yang dipanggil armature dan satu lagi ialah bahagian kecil disebelahnya dipanggil solenoid. Kedua2nya bergabung dan menghasilkan gerakan berpusing yang agak kuat yang mampu memusingkan flywheel untuk enjin hidup. Perhatikan gambar dibawah yang telah diubahsuai dari web .jcrsupplies.co.uk yang menerangkan bahagian2 dalaman starter secara terperinici.

Cara-cara ringkas servis starter kereta

Kesemua bahagian dalaman starter boleh ditanggalkan untuk dicuci mahupun ditukar hanya armature dan solenoid biasanya ditukar secara satu set kerana bahagian dalamannya jika ditanggalkan amat sukar mencari alatgantinya.
  1. Cabut skru pada bahagian badan starter ,biasanya terdapat 3 skru panjang yang terus bersambung ke bahagian carbon brush dibahagian bawah badan starter
  2. Cabut skru kecil  carbon brush
  3. Tanggalkan armature dan carbon brush
  4. Longgarkan Drive pinion,clutch gear dan clutch (jika perlu)
  5. Gunakan minyak petrol ,disel atau WD40 untuk mencuci bersih kotoran pada starter luar atau dalam.
  6. Gantikan carbon brush 
  7. Solenoid tidak perlu dicuci biasanya hanya luaran dibersihkan atau gantikan dengan solenoid lain
  8. Pasangkan semula armature dan carbon brush secara keseluruhan dengan 3 skru panjang tadi
  9. Masukan 2 skru solenoid
  10. Pasangkan semula wayar dan sambungan solenoid serta sambungan earth starter.
Kerosakan yang biasa berlaku pada starter motor ialah carbon brush menjadi tersangat nipis sehingga aliran kuasa terganggu dan sukar untuk armature berpusing. Satu lagi kebiasaan berlaku ialah apabila bahagian armature menjadi karat dan sukar bergerak akibat terlalu kotor. Solenoid pula apabila ia kurang kuasa akan menjadikan starter tiada aliran arus letrik dan tidak berfungsi langsung.

Carbon brush boleh diganti ,solenoid juga serta armature. Kerosakan yang selau dan kerap terjadi ialah kehabisan carbon brush dan ini mudah diganti dan alatgantinya juga amat mudah didapatkan di mana2 kedai alatganti kereta.

Wayar tambahan untuk kuasa negatif yang hilang

Kerapkali terjadi apabila kunci kereta dipusingkan hanya terdapat bunyi seperti 'tek,tek,tek'. Ini adalah tanda kuasa hilang dan tidak cukup untuk menghidupkan starter motor supaya ia mudah bekerja. Apa yang perlu dilakukan ialah menambah kuasa dengan mendapatkan wayar serta relay tambahan starter dan dipasang terus ke starter dan bateri kereta.

Wayar tambahan ini amat baik kerana ia membuat sambungan terus dengan kuasa nateri dan negatif dari badan kereta untuk starter motor terus bekerja.

Wayar ini boleh didapatkan dengan mudah dari kedai alatganti ,hanya beritahu pada pekedai anda perlukan 6 wayar relay starter .

164 comments:

  1. salam bang, kereta waja cps saya, on kunci dashboard sume mnyala horn pun kuat (try jumper pun still senyap), tapi pusing je kunci senyap tak bunyi ape2, tek2 tek2 pun tak bunyi.... adakah ini juga masalah starter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,starter tidak berpusing,sebab kerosakan mungkin kotor atau tercabut sambungan kuasa

      Delete
    2. Sama la macam saya.... Tapi 3@4 kali start semula boleh plak.... Tolong contact sy.... Minta pertolongan kalau awk boleh service atau tgkkan macam mana.... Sy betul2 tak ada modal baru lepas ganti batery keta ngan breakpad...... Allahhh tertekan sgt contact sy 0102658831

      Delete
    3. boleh servis di mana2 woksyop

      Delete
    4. sama mcm kreta bini saya, asal berjemur mesti x boleh start, suspek starter lah, ni baru nak bawak pg service

      Delete
  2. Assalamualaikum..tuan kereta almera saya baru tukar kompressor...tapi lepas tukar kompressor, karpet bahagian driver dan belakang driver banjir penuh dengan air kalau on aircond..kalau tak pasang aircod ok je tak banjir...sy dah pergi kedai service dan diorang kate hose keluar air tak masuk betul...lepas daripada tu masalah banjir berlaku lagi...boleh tuan terangkan apa masalahnya...terima kasih tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tabung cooling coil kereta ini di tengah dashboard jadi air yang bertakung dalam kotak cooling coil sepatutnya terus keluar dari dalam kereta akantetapi saya rasa kedudukannya telah beralih dan tidak mengalirkan air keluar ia samada telah senget ,pencangkuknya terleka dari kedudukannya atau telah tercabut,saya nasihatkan saudara servis cooling coil jadi boleh tau kenapa punca air tidak mengalir keluar,tambahan kagi lepas tukar kompressor aircon sejuk jadi air akibat proses pemeluapan agak banyak

      Delete
  3. Salam Tuan Mekanik,

    Kereta Persona 2010 saya (guna petrol/ngv) ada masalah sentap2 apabila ekon pasang terutama masa drive bawah 40 kmh dlm gear tinggi. Masa guna ngv, lagi teruk sentap2. Kena tutup ekon masa nak mula jalan supaya tak sentap2. Klu tak, kereta lambat bergerak sebab sentap2 tu.
    Saya perasan jadi masalah ni lepas tukar plug, servis throttle body, tukar air filter, tukar sensor coolant.
    Lepas servis tu bengkel adjust timing semula tetapi beliau bgtahu rpm dia set pada 800 masa idle. Engine mmh bunyi lembut dan tak bising masa idle tp masalah sentap2 la pulak. Saya dah bawa p Proton Centre buat pdt diagnostic tp masih berlaku sentap2 tu.
    Bantu saya tuan..pening dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,buat tuning enjin,RPM idle pada 900-1000 adalah paling baik,sentapan mudah berlaku jika kuasa enjin terlalu lemah walaupun enjin berbunyi sangat senyap,tuning semula dengan komputer jika boleh

      Delete
    2. T.kasih tuan

      Delete
    3. Kenapa kereta saya jadi xada api dri wyar suis prgi me wayar starter jadi xada api

      Delete
    4. periksa di relay starter,jika ia rosak perlu digantikan dan jika masih tiada api ia tanda kuasa negatif ke starter lemah ,tambahkan wire relay starter,ada dijual di kedai alatganti

      Delete
  4. Salam tuan. Saya ingin bertanya, masalah kereta saya saga flx ada bunyi yg keluar dari tayar hadapan sebelah kanan seperti bunyi disc apabila bila kereta bergerak dan bunyi itu akan hilang bila brek ditekan sahaja.saya telah tukar rotor yg baru mulanya masalah ini selesai tetapi terjadi balik selepas beberapa minggu. Mintak pencerahan pihak tuan mengenai masalah saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu ganti skru caliper atau dipanggil 2 skru rumah brek,in sha allah ok

      Delete
  5. salam..proton saga model lama..klu masuk gear 2 n 3 semput..bila gear lain..ok je..apa masalahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gear berat pada 2 dan 3 ,clutch plate perlu diperiksa dahulu,gantikan jika habis

      Delete
  6. Assalam tuan...kete proton saga 2013..gear 1&2 slow naik,pstu gear 3&4 bru lncar jln...ape masalahnya tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah gear lembap adalah kerana shift solenoid sensor yang tidak baik dan perlu diganti

      Delete
  7. Salam tuan..nak Tanya kereta wira enjin 4g91 tiada spark plug Kat no 2 & 3..no 1 & 4 ada spark..coil dh cek msih ok.. power tr unit dh tukar masih sama juga..wayar dh cek dengan multimeter semua ok..
    Masalah ape sebenarnya Tuan boleh tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,distributor punca utama api terhasil akibat pusingan dalam enjin,jika distributor telah ditukar masih tiada api,ia adalah kerosakan ECU manakala piston ring yang patah juga menyumbang kurangnya api dari distributor ke coil dan plug

      Delete
  8. Maaf bertanya soalan luar topic..kereta myvi saya baru mileage 52K..baru 4 tahun..baru2 ni lepas top up minyak hitam selepas 1 bulan kering..tiada bocor dan ekzos tak keluarkan asap2..minyak hitam apa yang sesuai untuk engine saya supaya tahan lama ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan Gred 20W50 untuk mengurangkan leaking pada silinder

      Delete
  9. Assalamualaikum.. maaf tanya soalan luar topic.. kereta myvi saya mileage 52K dan baru 4 tahun..saya baru service minyak hitam bulan lepas.. dan kering pada akhir bulan..tapi tiada bocor dan ekzos tidak berasap.. mechanic tidak dapat kenal pasti sebab.. unless buat top overhaul.. ada tak cara atau boleh recommend minyak hitam yang boleh lambat kering ?

    ReplyDelete
  10. Salam tuan...kereta Sya Alza,masalah xbleh start...pusing kunci bunyi "Tik" laju je...xde crank PON...mohon bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,sambungan kabel bateri tidak kukuh ,periksa dan ketatkan juga bersihkan jika terdapat corrosion atau kerak kimia pada kepala bateri

      Delete
  11. Assalamualaikum.. tuan,maaf keluar tajuk. Kereta saga lmst 2004, bahgian depan bila lalu bonggol Ada bunyi besi longgar/goncang yg agak kuat. Pada pemerhatian luar tiada apa yg nampak longgar.. Mohon pandangan, terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,lower arm bush telah nipis,kereta ini perlukan kedua2 belah lower arm lain

      Delete
    2. Boleh menukar bush shj atau perlu ganti lower arm tersebut.. Terima Kasih tuan

      Delete
    3. sekarang tiada tukar bush lagi,perlu ganti satu lower arm

      Delete
  12. Salam saya nak tanya. Saya pakai kereta kembara. Kereta saya tak boleh start. Battery, starter, spark plug semua okay. Saya tanya pomen lain mereka kata suis di tempat kunci kereta tu problem. Betul ke eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika bunyi juga tiada ada kemungkinan suis pada kunci rosak,pomen boleh hidupkan enjin tanpa kunci dari ruang enjin,jika boleh bermakna kunci rosak

      Delete
  13. assalamualaikum... apabila memandu injin terasa bergegar sedimit tetapi apabila berhenti dan masuk N tidak bergegar... boleh minta percerahan masalahnya..adakah disebabkan oleh injin mounting.. untuk pengetahuan saya baru tukar driveshaft..t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,saudari perlu tukar gearbox atau enjin mounting yang pecah

      Delete
  14. Assalammualaikum tuan...perodua rusa saya tiap kali pagi nk start engine kena buka hose yg ke air filter dan pump guna tangan di bhg. karburator br bleh idup..mohon tunjuk ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ada masalah pelampung dalam karburator,sebaiknya servis dan maksimakan penggunaan repair kit carburetor

      Delete
  15. salam..apa masalah enjin daihatsu EFI 16v..petrol ..bila start enjin..xdpt nk hidup..kejap hidup.
    lepas tu mati bila kena race..

    ReplyDelete
  16. wslm,jika ditekan minyak ia mati ini bermakna minyak telah membasahkan plug dengan cepat,perlu servis throttle body dan setting semula dengan baik

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum.. iswara susah nak hidup waktu pagi. Bila tghri senang nk hidup. Wiring dh buat baru, alternator, stater, batery baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,bila susah hidup waktu enjin sejuk adalah sebab karburator,perlu servis

      Delete
  18. Salam tuan.Saya perlukan respons yg cepat. Honda crv saya model tahun 2009. Masalahya sekarang ialah motor kipas enjin hanya berpusing apabila air cond dibuka dan kipas aircond berpusing. Apabila air ditutup kipas enjin tidak berpusing. Soalannya Apa yg rosak? motor Kipas enjin atau pendawaian nya rosak? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gantikan coolant sensor atatu temperature coolant sensor terletak betul2 dibahagian sisi silinder head

      Delete
  19. Salam tuan, sy mohon penjelasan. Bulan lepas, sy diy servis radiator Wira 1.5 karburetor, sy dapati tiada termostat. Apakah ia kan beri kesan pd auto choke karburetor? Jika beri kesan, Bolehkah kita setting auto choke utk berfungsi dgn maksimal? Soalan terakhir, kabel plug dan plug tukar, valve seal dh tukar, clutch pad tukar baru , air filter dan servis karb guna spray karb pun dh. Asap hitam kurang skit setelah tuning angin karburetor. Esoknya, sy drive dgn jarak lebih 200km, sy dapati masalah asap hitam masih kuar ketika berenti di traffic light, asap bau pedih mcm petrol lebih. Tekan minyak Top speed dr gear 4th ke 5th terasa lembab betoi slps meter cecah 120kmj. Air filter standard. Dulu 160kmj boleh ja dpt dgn jarak xsmpai 2km. Mohon pencerahan dan penyelesaian utk semua masalah diatas diatas. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu srvis karburator dengan membuka keseluruhan karburator dan gantikan jet lama dengan repair kit.Choke kurang berkerja kerana enjin yang sejuk sentiasa akibat tiada thermostat

      Delete
  20. asalamualaikum tuan.sy pengguna toyota unser lgi
    masalahnya ialah apabila sudah berjalan jauh dan enjin panas , apabila sy berhenti dan off enjin, sy susah nak start balik enjin, langsung tiada bunyi.
    starter sy sudah service, adakah kemungkinan selenoid?
    pomen cakap mungkin distributor rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,jika sukar start dan tiada bunyi ia adalah masalah solenoid starter dan body starter yang menjadi amat panas,jika tukar starter dan solenoid kecil tersebut in sha allah ok

      Delete
  21. Assalam..sy mempunyai kereta innova..baru2 ini saya ada tukar radiator baru..dengan termostat..kos semi hanpi rm900.. Skrg..pula kata ada mslh dgn gasket kereta..memerlukan dalam rm1000++..sebelum tukar radiator baru..kereta dalam keadaan baik..tiada masalah..air di radiator berkurangan..sekarang..air di dalam radiator cepat habis..manakala air dia dalam botol simpanan lansung x bergerak paras air..msih full..air di radiator tidak sedut masuk air daripada botol simpanan..serang..kena kata makanik kena tukar gasket perlukan masa..seminggu lbih..mohon pencerahan..trima ksih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika tiada overheat masalah ini hanya terletak pada hose gantikan hose besi laluan pada radiator sebelah atas dan juga U hose yang terletak berdekatan enjin,kuasa air tidak dapat menyejukkan enjin kerana karat yang banyak dalam hose

      Delete
  22. Macam mana sy nak tahu sekiranya masalah gasket pada kereta innova..trima ksih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah cover gasket ada bocor kelilong cover manakala masalah gasket head pecah iakah apabila jarum suhu menunjukkan overheating terlampau dan kereta tidak dapat dihidupkan lagi

      Delete
  23. Salam tuan. Nama sy farid. Boleh sy dptkn alamat bengkel tuan kalau bengkel tuan di dalam selangor/KL

    ReplyDelete
  24. Salam Tuan.. Nama saya Akim. Baru semalam kereta Viva saya mengalami masalah Tidak dpt Start. Bila hendak Hidupkan Enjin.. Terdpt bunyi "tak.. Tak.. Tak..." seperti yg Tuan gambar kan keadaan di atas. Nak tanya.. Ada kah saya perlu beli Starter baru? Berapa kah anggaran kos bagi kereta Viva(Auto) Tuan? Harap blh bagi panduan kpd kami di sini.. InSha Allah. Terima kasih byk2 Tuan.

    011-25258283
    012-8488235, Akim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,Boleh tukar starter baru dengan kos sekitar rm250 atau boleh juga menambah wayar relay starter untuk mengemaskan lagi aliran kuasa elektrik pada starter

      Delete
    2. Encik..adakah harga starter persona juga sama dgn viva RM250?

      Delete
    3. tak sama,harga starter pesona lebih mahal

      Delete
  25. Assalam tuan, sy shahrul, nak tanya berkenaan masalah kereta persona sy, radio n lampu meter dashboard on off sendiri bila sy on aircond ketika memandu.. Apbila sy off aircond, radion n lampu dashboard ok.. Sy ada check bateri and alternator sama ad dua benda ni bermasalah, tapi dua benda ni ok.. Sy harap tuan dapat membantu mengenalpasti masalah trhadap kereta sy, terim kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm tuan,periksa soket ECU,ada kemungkinan ia longgar atau tidak kukuh lagi

      Delete
    2. Ok.. Terima kasih tuan

      Delete
  26. Terima kasih untuk mengambil masa jawap keraguan kami

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum. Saya Ct Mariam. Kereta saya kelisa automatik tahun 2005/2006. Kereta x bole start dan telah di towing ke perodua service. Mekanik dah semak dan lubricant starter kelisa. Beliau cadangkan tukar starter baru. Apa maksud lubricant/ service tu? Dan brp lama starter tersebut bole bertahan? Stk

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,kereta saudari kena minyak hitam yang banyak pada starter ,boleh diservis dan boleh tahan agak lama juga melebihi setahun

      Delete
  28. Terima kasih atas pencerahan tersebut.😊

    ReplyDelete
  29. Salam tuan. Sya pengguna kreta toyota vios. Masalah kreta sya bila tekan minyak ad bunyi ‘kerik’. Bunyi mcm kering. Setakat ni tkde masalah cuma tkut dia melarat. Mohon nasihat tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa semua hose angin ke air filter,jika terdapat bocor akan ada bunyi jika tekan minyak

      Delete
    2. Terima kasih tuan. Boleh tahu bengkel kt mna?

      Delete
    3. salam bang....dah 2hari xstart engine kereta mvvi tp bl nk start tak hdp pon kereta...lampu semua nyala.xda bunyi tak tak....tp bunyi eletronik masa nk hdpkn engine xda

      Delete
    4. wslm,bateri weak ,dapatkan bateri lain

      Delete
  30. Salam bang, sy pgguna myvi ezi 2005 x silap..kereta dh servis aircond..smua ok...cuma bile on aircond kereta tu mcm nak mati mati enjinnya...kenapa ye...RPM pun x stabil...berapa kos??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,airflow sensor pada throttle tidak elok,saudara perlu gantikan sensor throttle

      Delete
  31. camne ye bang...bile psg aircond je enjin mcm nk mati2....pastu RPM x stabil...kjp turun kjp naik...risau plk mati tgh jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu gan ti sensor throttle body atau throtle airflow sensor,in sha allah ok

      Delete
  32. Salam tuan, saya ada van c22 sudah 8 bulan x start sebab masalah betry, baru² ni saya tukar betry baru tapi x boleh start. Apa punca xboleh start tuan? Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,fuel pump perlu servis dulu,minyak tak naik sempurna

      Delete
  33. Salam tuan, minta jasa baik tuan. Saya ada ada van c22 yg xboleh start, crank pun xda cuma bunyi tik tik ja bila saya start. Adakah starter yg bermasalah? Tq tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kuasa bateri tidak cukup kuat.

      Delete
  34. Salam
    Saya pakai avanza 1.3 n saya pasang ngv tapi tak boleh masuk gas bila jalan hanya lampu dia berkelip2
    Kenapa ya.t
    Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika tidak dapat dimasukkan ada kemungkinan ia sumbat pada nat saluran masuk gas pada tabung

      Delete
  35. Salam
    Saya pakai naza citra. Problemnya, meter tangki minyak tidak berfungsi dengan betul. Bagaimana menyelesaikan masaalah ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah meter yang tidak tepat adalah masalah meter pada panel tersebut,jika inginkan benar2 baik tukar juga float minyak dalam tangki

      Delete
  36. Salam tuan.. Kereta preve saya, lampu minyak dan lampu bateri menyala. Now x boleh start. Bateri br setahun.. Last service tukar minyak bln lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu tukarkan suis minyak hitam yang bertanda lampu minyak tersebut barulah ia boleh dihidupkan dengan baik

      Delete
  37. Salam tuan. Saya pengguna kereta persona 2009 auto. Kereta saya jadi semput macam nak mati tp xmati bila mula² berhenti dalam keadaan gear D dan kaki tekan break selepas perjalanan jauh. Apa masalah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,throttle body sangat kotor dan spark plug juga kotor ,cara selesaikan ialah servis throttle body,tukar fuel filter dan spark plug,in sha allah ok

      Delete
  38. Assalamualaikum...saya nak bertanya tentang starter kereta wira 1.5 mmc...bila kita start ade bnyi tek skli je...pastu off kunci dan buat lgi pun sama..ade bunyi skli je "tek"..apa masalah tu ye..?adakah carbon brush habis @ cable dri battry yg problem..terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,starter tersebut tidak berpusing,saudara perlu pasangkan relay tambahan starter untuk kuatkan kuasa untuk pusingkan starter dengan lebih baik

      Delete
  39. ptg bos... kereta sa proton lmst.. kadang2 kereta susah mau start.. sekejap boleh sekejap tidak boleh... tiada bunyi tek2 kalo start.. pusing beberapa kali kunci, baru dapat start. bateri baru.. apa masalah tu?.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ptg,saudara perlu tambahkan relay starter,dapatkan 6 wire relay untuk starter,kuasa bateri tidak sampai penuh ke starter untuk hidupkan enjin

      Delete
  40. salam tuan saya pengguna saga blm 2008 masalah kereta saya ni susah nak start bila pusing kunci jer bunyi tek..tek..tek setelah beberapa kali percubaan baru dapat start enjin. Lagi satu masalah kereta ni bila dah berenti enjin semua dah off suis lampu pun dah off tapi lampu still on. Kekadang kereta tengah berparking lampu tu tiba2 pulak on sendiri tapi bila chek semua sdh off.. napa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah ini masalah kuasa untuk hidupkan kereta kurang ,perlu tambahkan wire relay starter,dapatkannya dari kedai alatganti ,wire ini disertakan dengan relay direka khas untuk starter atau dapatkan pomen untuk pasangkannya.

      Masalah lampu hidup sendiri,suis pemetik pada panel kunci telah longgar dan kedudukannya tidak tepat lagi ,mudah beralih,perlu tukarkannya,ini saja yang boleh sebabkan lampu tidak mati setelah tutup kunci

      Delete
  41. Assalamualaikum tuan if kembara macam mana pula? Boleh tambah relay untuk starter? Sebb kadag2 boleh start kdg2 je tak boleh.. Ada pomen kata tukar baru je xperlu relay, ada yg kata try tambah relay dulu. Ada yg kata alternator. So tak tahu mana yg betul Wassap.my/60176921966

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,penggunaan relay dan tukar starter adalah 2 tujuan yang berbeza.Tambah relay adalah untuk tambah kuasa yang mengalir dari bateri ke starter bertujuan untuk hidupkan enjinakibat dari wiring ke starter yang kadangkala lemah aliran kuasanya,manakala tukar starter bertujuan menggantikan starter yang tidak baik biasanya akibat kerosakan mekanikal dalamannya.Oleh sebab itu walau kita tukar starter masih sukar hidupkan enjin jika aliran kuasa dari wire ke starter kadangkala lemah. Di sinilah tambahan relay starter berfungsi untuk tambah aliran kuasa dalam wire sekaligus m emudajkan enjin untuk dihidupkan.
      Tukar alternator pula adalah untuk alat ini mengecas bateri dengan baik dengan andaian semua wiring pengecasan bateri dalam keadaan baik juga

      Dalam kes ini sebaiknya tambahkan relay starter untuk mudah hidupkan enjin,tanda2 kuasa lemah ialah starter berbunyi tek,tek atau tidak berbunyi langsung tetapi untuk kerosakan starter ,ia berpusing tetapi sangkut dan menyukarkan untuk hidup

      Delete
  42. Slm tuan, persona saya tahun 2009, dah setahun hadapi masalah starter. Kdg2 enjin hidup dan kdg2 tak hidup. Soalan saya, starter tu bagus servis atau ganti baru. Kalau servis, berapa kos termasuk wayar relay. Kalau ganti baru berapa kos pulak tuan..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kos starter pesona sekitar rm400 siap tukar dan relay

      Delete
  43. Assalamualaikum wbt
    Baru tadi alami masalah starter..toyota.mula tu ingtkan bateri...last ketuk starter terus idup...so nk kena servis or tukar starter...pls respon.sy dr kl ke ganu pas tu.nk travel plak ni dr teganu ke penang..raya..tq slmat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam wbkt,servis boleh ,nak tukar pun boleh,jika inginkan cepat seeloknya tukar

      Delete
    2. Assalamualaikum tuan
      Sy ada masalah bila start kereta bunyi mcm loose..mcm sampai xsampai..kena pulas kunci lama ckit sampai mcm ada bbunyi melekat brulah enjin hidup..apa mslh tu sbnrnya..batri ataupun starter..tq tuan

      Delete
    3. waalaikumsalam,ini masalah starter ,boleh servis atau tukar

      Delete
  44. Assalamualaikum tuan,

    Kereta kenari saya baru ini terlupa nk tutup lampu bumbung semalaman.. sy syak bateri kong.. sy cuba jumper tpi x boleh start.. tukar guna bateri member sy pun still sama.. xboleh start.. jdi kosong.. x boleh crank.. sy check api kat wire starter dan suh member start, api ada.. bacaan voltage 12v++.. jdi sy suspek starter problem.. sy tukar starter halfcut..dh siap psg semua..boleh start.. tpi bunyi agak kasar.. boleh lah drive dari balakong ke bangi.. bila di bangi, sy off engine.. bila nk start engine balik, dh ssh nk start.. sy ingtkn masalah bateri.. sbb bateri tu dh 1 tahun.. sy beli bateri baru.. still sama x boleh start.. crank ada.. tpi x boleh start.. tuan ada x no telefon yang boleh di whatsapp.. saya boleh hantar video dan gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,saudara perlu periksa dulu fuse ECU jika ia putus perlu gantikan dulu,begitu juga fuse ignition biasanya ditanda dengan IGN juga perlu ganti jika putus

      Delete
  45. Assalamualaikum, boleh saya dapatkan no hp tuan untuk saya whatsapp

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum tuan...
    Masalah kereta sy ni..bila start ada bunyi tpi mcm sgkut xsgkut bunyi mcm benda berpusing tpi xsgkut2..kena pulas kunci lma ckit sampai mcm ada bunyi sgkut bru enjin hidup..ape msalah tu tuan..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,starter ini terlalu kotor,ammaturenya telah ketat,saudara boleh tukar starter

      Delete
  47. Salam saudara.. Kelisa saya tidak dapat hidup tetapi karan bateri smua okay.. Bila mau start tiada bunyi langsung adakah itu starter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tambahkan wire dan relay starter untuk mudahkan hidup enjin

      Delete
  48. Salam bos, masalah kereta sy proton persona 2013 selalu kena icm relay. Pg tadi baru kena, xrepair lg. Ada x solution utk mengelakkan benda ni jadi lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,apa saja relay dan fuse yang mudah terbakar adalah akibat kuasa bateri yang kurang,sebaiknya tukar bateri dan alternator supaya kuasa cukup untuk semua komponen elektrik

      Delete
  49. Salam tuan, kalau stater motor mcm berat nak start tu kena tukar yang baru ke? sy pernah service dgn tukar stater rekon still tak ok. kalau harga stater proton gen2 baru original berapa ye.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,berat sebab starter kotor,original sekitar rm250

      Delete
  50. Salam sy pakai saga blm time nak start ada bunyi tek tek tpi enjin tak crank kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bateri lemah,ini biasa berlaku pada kereta proton malaysia,tukar bateri

      Delete
    2. mcm saya punya dah tukar bateri...tp masih x hidup. bila try on...bunyi tek tek jugak

      Delete
    3. tambahkan relay starter 6 wire ada kemungkinan wiring jadi lemah

      Delete
  51. Salam..bagaimana kite nak tahu stater keta betul2r rosak..sbb sy dh tkrtkr tpi keta x hidup jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,starter tiada kena mengena dengan hidup kereta,jika enjin tak hidup ia samada masalah fuel pump atau api distributor atau ignition fuse yang putus dan api tiada,starter hanya untuk pusingkan flywheel gearbox untuk enjin hidup

      Delete
  52. Assalamualaikum, maaf mengganggu.. Nak tanya, sy guna perodua bezza, dah 2thn setengah, enjin kereta akan berbunyi bila start waktu pagi dan hilang bila dah bwk kereta...blh ke nak tnya kalau kes mcmni sbb apa ye..dan agak2 berapa kos..sebelum ni selalu servis dgn perodua tp thn ni dah lama xpergi sbb kekangan..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ini asalah belting luar dan tensioner,perlu tukar belting dan tensioner,kos sekitar rm200

      Delete
  53. as,salam tuan krta bleh start tapi xidup dh tkar smua dah,,fuel pump,fuel flter,air flter,fuel injektion..tpi xidup jgak ermmm mhon pncrhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,cek fuse ignition gantikannya,jika tiada api pada plug kereta tidak mungkin hidup,distributor coil perlu tukar

      Delete
  54. Assalamualaikum bosku. saya guna saga flx..masalah yg sy alami bila start langsung xda bunyi.kosong ja. bila jadi mcm tu..sy trpaksa ulang byk kali untuk start. kadang lebih 10kali baru nak hidup.mohon pencerahan tuan.tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,jika tiada crank bermaksud ada masalah kurang kuasa pada connection elektrik kuasa ke starter,tambah starter relay wire ,in sha allah tiada masalah lagi

      Delete
  55. as salam tuan..saya pakai persona prob starter dh buka dan mg kotor dan karbon nya dh nipis...sy nk tanya mcm mana nak tukar karbon tu sama ada kena soulder ke atau ada jual satu set.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar satu satu untuk saiz yang sesuai dengan kelongsong starter,solder adalah lebih baik

      Delete
  56. Salam Tuan,

    Saya nak tanya. saya pengguna kereta persona tahun 2013. kereta saya sekarang untuk bukak dan kunci pintu adalah secara manual selepas tukar bateri baru pada tahun lepas. foremen dah cabut wayar (tak tahu wayar apa) masa nak hidupkan enjin pada mula2 nk hidupkan kereta selepas tukar bateri baru. Soalan saya sekarang, berapakah anggaran kos untuk saya membaiki wiring semula untuk membolehkan saya on atau off lock kereta seperti mula2 dapat kereta dahulu? tq tn

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,lock pintu bersambung dengan alarm remote jika ada dan ada kotak hitam dibawah dasbod pemandu sebelah tepi,jika kuasa connection untuk alarm dicabut seperti soket pada kotak hitam ,ia tidak berfungsi lagi manakala fuse jika putus boleh diganti,terdapat 2 fuse di enjin dan dasbod pemandu,wiring banyak tidak diperlukan kos kira2 rm100

      Delete
    2. Untuk pengetahuan tuan, connection tersebut telah dicabut dari kotak hitam. So, apa yang perlu saya buat sekarang sekiranya saya ingin alarm tersebut berfungsi semula?

      Delete
    3. saudara perlu sambungkan semula

      Delete
  57. slm bang kereta wira 1.5 fi tak boleh hidu..stater pn xda bunyi..lampu tak boleh on kuasa elektrik xkuat..bateri alternetor baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tambahkan wire starter ada relay kerana kuasa telah lemah ketika enjin ingin dihidupkan,hanya wire starter tambahan boleh elokkannya semula

      Delete
  58. As salam abg..sy kereta wira 1.3...msuk bateri lampu menyala kelip2...start x de bunyi ape..tek2 pn xde ape mslahnye ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,cabut positif dan sentuhkan semula 2,3 kali ke kepalanya untuk reset alarm,jika ada bunyi reset dan lampu depan nyala 2 kali itu tanda alarm telah reset dan kereta boleh dicuba untuk hidupkan enjin

      Delete
  59. salam...kereta saya proton saga flx...masalah saya kereta x bole start...lampu semua on...bila start enjin ada bunyi tak tak...simbol enjin menyala

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini tan da kuasa untuk hidupkan enjin lemah,puncanya bateri weak dan boleh juga jadi bateri ok tetapi kuasa pada connection starter lemah,biasanya wire starter relay tambahan diperlukan

      Delete
  60. Salam..keta sy wira SE 1.5 manual..bila start ada bunyi tik 2x..bru boleh start..starter dh tukar high speed mitsubishi yg sesuai utk wira 1.5 manual..pada mula beli pasang kick start 1x jer..slepas tu dtg balik kne kick 2x bru start..ada masalah brkaitan x dgn starter tu..atau kne tambah relay..tlg tuan..terima ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu tambah relay starter supaya kuasa api yang ingin sampai ke starter kuat

      Delete
  61. Askum..bang nk tanya tentang kereta waja..apabila sya start enjin creck tak kuat..??macam berat..??sya amat memerlu jawapan..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,ini akibat dari starter yang sangat kotor dalamnya,boleh servis atau tukar starter in sha allah kembali ok

      Delete
  62. Sy nk tny kereta sy saga baru x blh nak start. Bateri da tukar lepas bpe hari still xle start. Da jumper utk hidupkn enjin tp bila nk start esok nya pun x blh nk start. Ada masalah apa ye klu mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x boleh start walau sedikit pun hanya cranking saja ,saudara perlu periksa fuse fuel pump dan ignition(IGN) ,di kotak fuse dalam enjin dan bawah kaki pemandu,pastikan kedua2 ini tidak terbakar. Setelah iu jika keadaan masih crank saja seperti minyak yang tiada ini bermakna fuel pump yang rosak

      Delete
  63. Salam tuan saya punya kereta kia picanto saya baru tukar starter..tapi selepas be berapa hari terus x boleh start..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah starter tersebut,tukar semula di kedai dimana beli starter tu

      Delete
  64. Assalamualaikum. Boleh share tips tak untuk membeli/memilih starter yang elok? Oktober 2019 dah hantar kereta ke bengkel tukar starter. Pomen suggest yang recon rm120 masa tu tapi 2 bulan sahaja tahan. Bila pulas kunci sekadar bunyi tikttik. Jadi cadangnya nak cuba ganti sendiri. Cuma risau kena kencing dengan kedai sparepart/potong sebab saya tak tahu cara nak kenalpasti ciri2 Dan harga market starter baru/second/recon. Harap boleh berkongsi ilmu. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,masalah macam ini sebaiknya tambahkan wire relay starter lebih baik supaya kuasa untuk hidupkan starter lebih baik

      Delete
    2. Ok nanti saya cuba dulu. Terima kasih.

      Delete
  65. assalam..nk tanya starter waja campro masuk dekat waja mmc bleh ke? dn alternator waja campro masuk dkat waja mmc bleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,maaf tak sesuai,lain spesifikasi

      Delete
  66. Assalamualaikum. Nak Tanya masalah starter keta saya susah nak hidup. Bila ketuk kat starter baru boleh. Nak Tanya sama ada boleh baiki lagi atau kena tukar baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh servis,dalamnya sangat kotor sehingga sukar hendak berpusing

      Delete
  67. Bengkel kat mana

    ReplyDelete
  68. assalammualaikum....saya nak bertanya berkenaan starter keta gen 2.adakah starter kereta manual dan auto sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,sama dan boleh digunakan

      Delete
  69. Assalamualaikum. Maaf nak tanya, kereta saya bateri dh tukar 7 bulan lepas. Arini lepas parking skjap saya hidupkan kete tnpa on enjin & hidupkan aircond. Tak lama lepas tu tiba2 kete off sendiri. Nak start enjin semula xboleh. Bunyi dia mcm nk start enjin tu xsmpai. Bila jumper baru ok. Adakah ini masalah starter? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,jika jump enjin boleh hidup bermakna bateri tidak mengecas semula,alternator tidak bekerja

      Delete
    2. Bermaksud starter xde masalah la ye? Xperlu tukar ke? Lepas dari jump tu, saya biarkan enjin hidup 30 minit++. Esoknye saya on kete ok xde masalah. Tapi agk risau nak bawak berjalan

      Delete
    3. tiada masalah starter tetapi perlu periksa alternator ,caranya hidupkan enjin,buka bonet enjin,cabut negatif bateri,jika lepas cabut enjin hidup macam biasa maknanya tiada masalah alternator,tetapi jika enjin mati atau macam nak mati,maknanya ada masalah pada alternator,perlu tukarkan alternator

      Delete
    4. Baik.terima kasih atas penerangan.

      Delete
  70. Salam tuan. Tanya sikit . kereta wira 1.5A VDO saya ada masaalah susah hidupkan engine selepas lama berhenti matikan engine. Engine boleh hidup jika tekan sedikit pedal minyak . Starter dh service tapi masih sama dan trotalbody banyak kali service . Boleh beri apa cadangan pada masaalah kereta saya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa bukaan butterfly throttle body,kerosakan mekanikal amat sukar dikesan dan juga sukar dibaiki,jika butterfly throttle tidak buka penuh akibatnya angin kurang untuk pembakaran dalam enjin,perlu periksa

      Delete
  71. Tksih dgn pencerahan tuan. Saya ada pertanyaan kedua bila begerak dijalan yang tidak rata ada bunyi seperti patah atau longgar pada bahagian depan kereta. Absober dh tukar bersama absober mounting dgn bearing . Boleh tuan beri pencerahan sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunyi demikian biasa jadi sebab bush arm iaitu lower arm telah lusuh dan senget,perlu ganti

      Delete
  72. Kreta saya kancil 660..masalah dia bila start tak boleh hidup senyap je..kdg bila on kunci kipas pun tak berpusing..kena main²kunci baru kipas akan berpusing.lepas kipas berpusing baru kali tolak tu kreta untuk hidupkan engine..soalan saya..apa masalah kreta saya ni?saya tak faham..😇😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah tolak tu sebab starter dah rosak atau connection tak kuat biasanya untuk kancil kena tambah wire relay starter manakala kipas tak pusing tu pula motor kipas yang rosak,sebaiknya gantikan body kunci juga

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,