Mekanik kereta: Cara bypass kod immobilizer secara manual untuk hidupkan enjin
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke +60173023492

Mar 27, 2019

Cara bypass kod immobilizer secara manual untuk hidupkan enjin

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Penggunaan immobilizer sekarang sebagai satu sistem sekuriti bagi sebuah kereta bukanlah asing lagi bagi pengguna kereta. Immobilizer adalah sistem sekuriti kereta yang didatangkan bersama transponder dan hanya pemilik kereta saja yang akan ada kod untuk menyahaktifkan sistem keselamatan ini apabila enjin kereta tidak dapat dihidupkan atau kunci kereta rosak dan tidak dapat menggunakan remote access atau alarm.




kunci kereta ketika dimasukkan
Terdapat 2 cara bagaimana untuk menyahaktifkan sistem keselamatan kereta ini. Pertama ia boleh diresetkan dengan mudah oleh Pusat Servis kereta tersebut. Jika model Proton kita mestilah ke pusat servis Proton untuk reset semula sistem keselamatan ini dan enjin akan dapat dihidupkan semula seperti biasa dengan sistem komputer di Pusat Servis manakala yang Kedua ialah dengan menggunakan kaedah manual menggunakan kunci kereta tersebut. Kaedah Kedua inilah yang akan saya huraikan dengan lebih lanjut dengan langkah-langkahnya secara turutan yang perlu diikuti.

Immobilizer ada kod

Pemilik kereta yang ada menyimpan kod untuk reset sistem ini amatlah mudah untuk meleraikan kod yang menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan akantetapi mestilah juga mengikut turutan langkah-langkah untuk meleraikannya secara manual. Contohnya jika kod kereta ialah 1234, apa yang perlu anda lakukan ialah gunakan kod ini dengan langkah-langkah yang akan saya tunjukkan dibawah sehingga akhirnya ia telah diresetkan dan anda boleh menghidupkan enjin seperti biasa.

Immobilizer Tanpa Kod

Jika anda tiada kod pula, kaedah ini juga boleh digunakan cuma bezanya ialah kod yang akan anda cuba mungkin tidak membuahkan hasil kerana sepertimana yang saya sebutkan dalam tajuk di atas bahawa ia hanya menguji/bypass dengan tekaan kod sahaja dan tidak lebih dari itu. Kod asal masih diperlukan jika cubaan anda gagal.Anda hanya ada 3 cubaan dan jika ia gagal anda perlukan 30 minit untuk mencubanya semula. Kod yang boleh digunakan ialah kod yang senang seperti 1234 dalam contoh di bawah.

Langkah-langkahnya seperti berikut:- (kod 1234)


  1. Masukkan kunci secara manual ke pintu pemandu dan tidak ditanggalkan
  2. Buka pintu pemandu
  3. Tutup semula pintu
  4. Pusingkan kunci untuk lock kereta ke kanan seperti biasa anda lakukan sekali saja
  5. Pusingkan semula ke asal ditengah2
  6. Pusingkan pula ke kiri mengikut kod 1 sekali saja
  7. Pusingkan semula ke kanan mengikut nombor 2,2 kali sahaja
  8. Pusingkan pula ke kiri untuk nombor 3 sebanyak 3 kali sahaja
  9. Akhirnya pusingkan semula ke kanan sebanyak 4 kali sahaja
  10. Semua kod telah digunakan
  11. Unlock semula kunci
  12. Tanggalkan dan cuba hidupkan enjin
  13. Bunyi BEEP akan ada sebaik saja anda tanggalkan kunci jika ia salah kod digunakan
  14. Ulang langkah di atas dengan kod lain jika ia tidak dapat hidupkan enjin
  15. Gunakan kod jika anda ada kod sebenar

Nota:- Cara yang digunakan di atas hanyalah jika anda tidak dapat menggunakan remote access alarm untuk menghidupkan enjin akibat dari immobilizer yang gagal sahaja.



16 comments:

  1. Assalamualaikum, tuan. Saya bercadang nak beli Proton Wira dan saya berkenan dengan Wira 1.8 auto C99. Tapi ramai yang cakap gear box auto Wira 1.8 sering mengalami masalah sama macam gear box Wira 1.6 auto dan gear box Perdana. Jadi soalan saya bolehkah masalah tu diatasi dengan menggantikannya dengan gear box Lancer atau Mivec? Katakan lah kalau kita nak gantikan gear box auto yang asal tu kepada gear box auto Mivec, perlu ke tukar enjin Mivec sekali atau boleh kekal dengan enjin Wira yang asal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,enjin wira boleh dikekalkan tiada masalah cuma jika telah gunakan mitsubishi Mivec adalah lebih baik dengan enjinnya sekali

      Delete
  2. Assalamualaikum tuan..sy ade masalh dmax susah nak start..scv dh tukar..boleh sy tahu bengkel tuan di mn ye

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam,masalah DMax perlu servis fuel pump,in sha allah ok

    ReplyDelete
  4. Tuan/Puan/Datuk/Datin/YBerhormat/Tan Sri/Puan Seri mengucapkan terima kasih atas maklumat ini

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, maaf tumpang bertanya. Indicator pada dashboard telah menunjukkan paras minyak enjin pada paras minimum, soalan saya boleh tak jika saya masukkan minyak enjin diesel 15w-40)sebagai tambahan untuk kegunaan sementara sehingga akhir bulan ini.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, maaf tumpang bertanya. Indicator pada dashboard telah menunjukkan paras minyak enjin pada paras minimum, soalan saya boleh tak jika saya masukkan minyak enjin diesel (15w-40)sebagai tambahan untuk kegunaan sementara sehingga akhir bulan ini.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, maaf tumpang bertanya. Indicator pada dashboard telah menunjukkan paras minyak enjin pada paras minimum, soalan saya boleh tak jika saya masukkan minyak enjin diesel (15w-40)sebagai tambahan untuk kegunaan sementara sehingga akhir bulan ini.

    ReplyDelete
  8. Assalam tuan,

    Saya nak tanya...kereta saya Saga BLM Manual 1st Model..masalah saya ruang gear free byk (kosong), bila nak tuka gear dari gear 2 ke 3 kadang temasuk gear 5, nk tuka gear 3 ke 4 kadang temasuk gear reverse...nk masuk gear reverse pn susah kna tekan kuat2...start jadi cmni bila lpas tuka clutch plate baru...pstu pomen check kata bush lever gear dh pecah...dh tuka bush baru pn sama juga bila gear kt free rasa kosong byk... pada pendapat tuan itu masalah apa ye? mslh kt gear box ke ye?

    Terima Kasih bebanyak Tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah ini masalah master clutch pump,perlu tukar

      Delete
    2. Maaf tuan, saya agak kurang jelas.

      Maksud saya ruangan yang rasa kosong byk tu dekat tombol gear...mksud saya tombol gear tu bila dalam keadaan gear free saya goyangkan rs kosong...

      apakah ianya juga berkenaan dengan clutch pump yang tuan nyatakan atau ada sebab lain juga ye...

      Maaf tuan mungkin penjelasan saya buat tuan keliru...sy krg pengalaman bab masalah kereta ni...jadi mgkin penerangan masalah sy x jelas...

      Terima kasih tuan atas maklum balas.

      Delete
  9. saya juga tak jelas,sekarang dah jelas jika itu yang dimaksudkan kena pemegang dari tombol sehingga ke atas gear kerana komponen tersebut telah terlalu lusuh,ini biasa berlaku jika kereta melebihi 5 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok terima kasih atas penjelasan tuan...ianya amat membantu...

      Terima kasih tuan...

      Delete
  10. Salam encik .saya nak tanye..jika kereta saya mengalami leaking minyak hitam yg teruk..sehingga kering terus minyak hitam..then saya tk gune pun kereta tue..boleh tak kalo saya isi semula minyak hitam..start semula kereta untuk bawak pegi workshop..kereta tk jalan lebih kurang 3 minggu dah..

    ReplyDelete
  11. wslm,boleh cuma jika keluar mengalir banyak selepas dituang,yang itu tidak boleh ,kena baiki dulu,jika tiada berlaku begitu,tiada apa2 yang perlu dirisaukan

    ReplyDelete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.

Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

NOTA PENTING:KEMUKAKAN SOALAN PADA RUANG KOMEN BARU LEBIH BAIK KERANA JIKA ANDA AJUKAN SOALAN PADA REPLY DI SATU SOALAN LAIN ,GOOGLE TIDAK AKAN SIARKAN SOALAN TERSEBUT DAN PIHAK KAMI TIDAK DAPAT MENJAWABNYA.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>