Mekanik kereta: Aksesori kereta
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Aksesori kereta

Menggunakan perkhidmatan membeli barangan kereta dari Lazada amat mudah,anda hanya perlu klik model kereta dibawah dan anda akan dibawa ke mukasurat terdapatnya berbagai barangan automotif dari minyak enjin seperti jenama Shell.Castrol.Quartz dan Petronas serta komponen seperti spark plug dsbnya seterusnya ke alat-alat kegunaan seperti spanar dan alatan bengkel seperti floor jack dan banyak lagi.


Lazada Malaysia

Lagi Aksesori kereta!






110 comments:

  1. Salam..sy pkai wira 1.3...masaalah...gear reverse berbunyi kuat setiap kali masuk...apa puncanya???

    ReplyDelete
  2. Gear reverse atau gear hadapan akan berbunyi terhentak jika kabel klac tak diselaraskan atau dah abis bermaksud klac plate yang dah hampir haus/habis.Periksa bila akhir sekali tukar klac plate.Jika kabel klac belum diselaraskan minta mekanik adjust kan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimana dgn pump clutch..? adakah turut terlibat dgn masalah ini..

      -ingin tahu-

      Delete
  3. Salam, ibu saya menggunakan kereta Saga BML. Chip dalam master key hilang..dah tnya kat service cnter, tp macam mahal sgt RM280.00. boleh suggest tmpat yg murah sikit x? or ade cara lain yg bleh membantu

    ReplyDelete
  4. Salam, hi..Ibu saya mggunakna Saga BML. Tapi baru2 ni master key xbleh guna. Tnya service cnter dia cakap chip hilang, tp harganya agak mahal RM280. boleh suggest tempat yang murah sikit or cara lain yg dapat dibantu.

    *JB

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa kereta ke Service Centre Proton Edar terdekat.. mereka boleh mengimbas melalui ECU dan boleh duplicate sebanyak 5 unit anak kunci gantian.. kos seunit hanya RM 70++..

      Delete
  5. selain dari menukar kunci dan chip saya rasa saudara boleh resetkan suis tersebut pada manual saja di kedai aksesori kereta.Jika di mekanik mereka akan tukar kunci kepada kunci biasa.

    ReplyDelete
  6. Salam... kereja waja 2004 auto saya kerap kali mati enjin semasa memandu. Untuk menghidupkan enjin, saya terpaksa menukar fius 30A untuk ignition. saya masih tidak boleh mencari punca masalah ini.
    Saya berharap abang dapat membantu.... TQ

    ReplyDelete
  7. Saudara admore,

    kereta tersebut belebihan cas positif jadi wayar negatif ke body perlu ditambah supaya cas dapat diseimbangkan.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih abang. Boleh saya tahu dari mana perlu saya tarik wayar negatifnya untuk disambung ke body kereta? Apa yang perlu saya beritahu mekanik?

    Ribuan Terima Kasih.

    ReplyDelete
  9. saudara admore,

    asalkan satu wayar atau lebih biasanya berbentuk wayar bateri diskrukan ke body dan enjin ia adalah mengalirkan cas neutral untuk enjin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara Arsad maksudkan ini grounding cable kn..? ia bertindak sebagai stabilizer yg menyeimbangkan arus elektrik berlebihan dan seterusnya terkesan kpd ECU..

      baru2 ini saya dh pasang 7 wayar tambahan pada kenderaan saya menggunakan cable wire 300 amp bermula dr terminal negatif bateri ke enjin, throttle body, alternator, compressor dan chasis.. semua sambungan dibuat siri..

      hasilnya, lampu bertambah terang dan tiada kerlipan pada lampu apabila suis aircond dibuka..

      Delete
  10. slam saudara arsad sy pakai satria 1.3 n masalah yang sy alami apabila enjin panas akan keluar asap putih n bau minyak enjin yang kuat. dan ad titisan air berbau minyak enjin keluar dari excoz. kereta sy pernah temperature naik n air kering. sy hendak tahu wajarkah sy lakukan overhaul n apa sebab berlaku demikian dan berapa kos lakukan overhaul untuk satria 1.3. harap saudara dapat terangkan cz sy tengah runsing.

    ReplyDelete
  11. w/salam saudara Kamarull Azman

    Tanda-tanda seperti asap tebal berwarna putih dan minyak petrol yang berbau kuat adalah kerana piston ring yang haus dan kemungkinan patah,untuk itu overhaul adalah cara terbaik menangani kerosakan demikian.

    Kos melakukan overhaul satria adalah sekitar rm1300 kebawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut pemahaman saya.. ia hanya melibatkan head enjin shj di mana terletaknya kebuk pembakaran, plug, piston, silinder dan valve.. namanya top overhaul kn..? kos pembaikan mungkin xsemahal itu rasa2nya..

      Delete
  12. saudara Sham Rahman,

    Tak semua kereta gunakan pump clutch ,masih ada yang menggunakan kabel,masalah dan cara penyelesaiannya tetap sama.terimakasih kerana bertanya.

    ReplyDelete
  13. saudara Sham Rahman,

    menjawab berkenaan top overhaul,komponen yang terlibat hanyalah head sahaja tidak termasuk piston dan kebuk pembakaran,komponen ini adalah komponen yang terdapat dalam overhaul enjin.

    ReplyDelete
  14. saudara Sham Rahman,

    Terimakasih kerana berkongsi pengalaman mengenai grounding cable,apa yang saudara kongsikan amat baik untuk menjelaskan lagi mengenai ground cable,Grounding cable amat berfungsi untuk meneutralkan cas positif yang berlebihan pada enjin.

    Banyak terdapat kereta yang mengalami aliran cas positif yang berlebihan dan akibatnya enjin mengalami gegaran,fius cepat putus dan ada juga kereta yang bila disentuh dengan hujung jari pada pintu,bonet dsbnya terasa renjatan elektrik yang amat halus sekitar 1-5 AMP

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, kete wira SE, bunyi bhgn depan yg lebih kuat berbanding bunyi belting longgar,terutama bila nak bergerak.Da tukar bearing alternator, bearing pulley serta belting alternator tp masih bunyi yg sama.Mnta tolong advise.Trima kasih.

    ReplyDelete
  16. w/salam blackmeister,

    macamana dengan bering kompressor?

    ReplyDelete
  17. Salam saudara, saya menggunakan waja cps auto. setiap kali saya mula menekan minyak pada low speed, ia akan menghasilkan bunyik kriuk/krriutt seolah2 besi bergesel yg saya kira datang dari dalam tempat enjin. namun pada kelajuan tinggi @ sy tekan minyak dgn kuat, bunyi tu tak wujud pulak.

    saya dh hantar ke sc namun mereka menyatakan ia dtg dari dlm dashboard, bukan dari ruang enjin. dan saya juga telah tukar timing belt dgn mekanik luar, namun masalah tu tetap tidak selesai. mengikut pengalaman tuan, bagaimana saya dpt menyelesaikan misteri ni?
    terima kasih

    ReplyDelete
  18. w/salam saudara admin,

    Bunyi yang sedemikian boleh terhasil dari bahagian roda seperti dis dan brek pad disebabkan disc/brek pad yang berkarat kena air,periksa roda dan sembur anti rust pada bahagian disc roda

    ReplyDelete
  19. Maksudnya saya cuba semburkan antirust seperti WD40 pada disk brake? ok..nanti saya akan cuba.terima kasih

    ReplyDelete
  20. salam en. arsad

    saya nak tanya 2 soalan..

    1) saya menggunakan proton waja tahun 2001. sebelum ini kereta saya mengalama masalah pada ignition coil. mekanik dah tukar dgn yang baru. tapi selepas tukar enjin kerata saya mengalami sedikit 'sentap' (jerk).

    2) kereta saya juga mengalami masalaah pada suspension terbuai2. saya telah menukar set absorber. masalah selesai hanya 2 bulan. selepas itu kereta kembali terbuai2 dan sekarang terdapat bunyi pulak disebelah kiri tayar.

    terima kasih..

    ReplyDelete
  21. w/salam,

    1.Saya rasa kedudukan ignition coil tersebut tidak sempurna,periksa semula,coil yang dipasng mestilah duduk dengan elok kepada spark plug dan coil.Jerking biasa terjadi hanya jika coil pecah ,kabel plug pecah dan kedudukan kabel yang tak rapat.

    2.Berbuai adalah sebab

    a..tayar yang tak stabil rata,ada bengkak pada tayar
    b.gegelung spring yang tak sama rata atau tidak diclamp dengan elok dan absorber bering yang mati.
    c.Pada waja terdapat bush pada setiap pemegang bawah,bush tersebut perlu diperiuksa jika terdapat bush getah yang pecah ia juga menyebabkan berbuai2
    d.jika terdapat salah satu daripada tayar berpusing laju sementara yang satu lagi tidak ,kedudukan brek shoe belakang perlu diselaraskan supaya ia sama rata bila berpusing dan tidak membuaikan kereta

    ReplyDelete
  22. terima kasih byk2 en. arsad. jawapan en sgt2 membantu...

    ReplyDelete
  23. Salam
    Saya guna ford ranger 2009 auto. Bila saya nak jalan kadang-kadang macam gear tak masuk.saya kena tekan pedal minyak hingga Rpm 3 baru boleh jalan.
    Bila setiap kali saya parking enjin hidup kerap ada hentakan dari enjin "DUK"..
    Boleh encik tahu apa masalah nya???

    Harap encik dapat bantu..
    Azrin klang... 0172777504

    ReplyDelete
  24. w/salam saudara azrin

    1.Jiuka ada kesilapan masa pasang d/shaft ke gearbox gear juga akan bunyi duk dan susah nak gerak

    2.Sensor rosak juga jadi macam tu

    3.Torque converter yang rosak juga jadi demikian.

    ReplyDelete
  25. Salam, sy pakai kereta wira auto 1.6. Masalah kereta ni bila sy tgh drive gear blh plak xmasuk. Apa masalah agaknye? Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  26. w/salam saudari erin dat

    Saudari perlu tukar minyak gear dan autofilter supaya gear masuk lebih lancar

    ReplyDelete
  27. Salam..sy pakai kreta kelisa dan telah tukar body kit n tayar kpd size 15"..mslh skrng tayar blkng akan bergesel tiap kali langgar lubang dan bile pnumpang lebih 3 org..adakah sy perlu tukar absorber atau jack body kereta?

    ReplyDelete
  28. w/salam saudara faisal khalid ,

    Kadangkala meletakan pelapik sport ream pada skru tayar boleh mengelakan dari tayar bergesel juga tetapi dalam kes ini saya rasa saudara perlu tambahkan satu lagi lingkaran gelung spring belakang dengan menggunakan spring absorber yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah sy blh pki absorber biasa? Atau kne pki adjustable absorber? Anggaran tukar absorber brape n ada kedai yg bgs x area putrajaya?

      Delete
  29. Saudara faisal boleh guna absorber biasa cuma pastikan spring perlu ditambah gegelung atau gunakan sport spring,kos sekitar rm300 sebelah

    ReplyDelete
  30. Blh ke sy nk tukar spring sahaja? Adakah prob sy akan selesai?

    ReplyDelete
  31. Salam encik pomen yg budiman

    Sy pakai wira 1.6 .. sy nak tnye berkenaan handling .

    1. Ape yg biasenye terjadi jika lower arm sudah lame x ditukar atau rosak?
    2. Jika drive shaft sudah rosak, ade x effect kepada gear box jika lambat tukar ?
    3. Dan berapa kos throttle body 2nd jika beli di kedai potong? Sbb byk pomen x rekemen beli yg rekon..

    Thanks encik pomen .

    ReplyDelete
  32. Sebaiknya memang tukar spring saja!

    ReplyDelete
  33. w/salm saudara mohd farid,

    1)lower arm yang lusuh akan berbunyi disekeliling getah bush ,kurang selesa bila pandu

    2)Drive shaft dalam jika rosak ia akan menyebabkan kereta tersentak bila gear masuk manakala d/shaft luar ia akan keluarkan bunyi agak kuat bila mengambil selekoh

    3)Kos throttle body wira sekitar rm 500 2nd hand ori dikedai alatganti terpakai

    ReplyDelete
  34. saya ingin bertanya pada tuan, semasa saya memandu waja 1.6 auto saya akan mendengar macam bunyi besi bergesek pada bahagian hadapan. Mekanik tempat saya kata mungkin front bearing rosak. Sebelum ni saya dah servis brek dan buat skim disc depan dan tukar tulang anjing belakang (pendek) sebab dah rosak tapi bunyi tu masih ada. Ada idea lain?

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  35. salam saudara sohbul,

    biasa gesel sebab cover disc ,minta mekanik buka mana roda yang bunyi dan periksa

    ReplyDelete
  36. Apa yang menyebabkan tayar belakang tak sama tinggi antara kiri dan kanan. Beza hampir satu jari. Adakah absober/spring rosak atau masalah pemasangan? Absober belum sampai 6 bulan.

    ReplyDelete
  37. w/salam,SOHBUL,

    spring yang tak sama ukuran gegelung serta clamap absorber tak sempurna ketika pemasangan adalah 2 punca utama ketinggian kereta jadi tak sama.Perlu buka semula dan bandingkan ukuran gegelung semula

    ReplyDelete
  38. Salam....nk tanya ckit...bila enjin keta start..ada bunyi ciiiiittttttt....apa yg rosak n brpa kos baiki nya...

    ReplyDelete
  39. w/salam,

    Biasanya itu masalah belting luar ,tukar belting insyallah ok,kos sekitar rm100

    ReplyDelete
  40. As salam....

    ekzos unser LGX saya retak di penyambung dengan enjin dan berlaku kebocoran.... setelah menukar ngan yg baru keta semakin hari macam hilang power. sepeeti minyak lambat naik bila kita tekan minyak... kadang kadang enjin mati...bila start pagi pagi asap hitam dan berminyak....juga berbau yg kurang menyenangkan.... bawak ke pomen cakap ekzos dah tak ikut spec asal.... tanya balik kat tempat buat ekzos dia ckp dia dah byk buat ekzos kat unser lain takde masalah.... pening... harap tuan dapat bagi pencerahan dan cadangan utk saya mengatasi masalah ini

    ReplyDelete
  41. w/salam saudara zahar zahri

    Saudara perlu tukar ekzos sensor sebab saudara dah tukar ekzos lain,isyarat tak dapat disempurnakan oleh enjin.

    ReplyDelete
  42. salam..abg arsad mekanik

    sy pakai camry 2.4v facelift 2009.. sy ada beberapa masalah nak mintak tolong selesaikan..

    1. bila langgar bonggol, ada terdengar bunyi (ek..ek..) disebelah kiri. saya dah tukar absober depan tapi masih bunyi lagi

    2. bile kereta dalam keadaan laju 130 km/j ke atas, terasa kereta bergegar dan steering tak stabil (bergoyang)..sy dah buat alighment dan balancing..mounting engine dh tukar.gegaran tu masih ada lagi dan steering akan tarik ke kiri..

    mohon abg pomen bagi sedikit pandangan

    ReplyDelete
  43. wslm saudara lelaki buntu,

    1.lower arm adalah punca kesemua masalah bunyi dansteering tarik ke kiri,tukar lower arm sebelah kiri dan ball joint insyallah semua ok

    ReplyDelete
  44. salam abg arsad mekanik

    sy pakai camry 2.4v facelift 2009..

    saye telah menukar alat ganti lower arm kiri dan ball joint kiri.. setelah ditukar.. masalah bunyi semasa melalui bonggol masih berlaku dimana akan berbunyi ( ek..ek.. ) apabila melanggar bonggol.. adakah kemungkinan masalah steering rack.. mohon pencerahan abang arsad..

    ReplyDelete
  45. saudara lelaki buntu

    sterering rack jarang bunyi camtu,spring camry tu ok ke atau dah lembut sangat

    ReplyDelete
  46. salam abg arsad mekanik

    sy pakai camry 2.4v facelift 2009..

    Untuk makluman abg, bunyi tu akan berlaku (ek..ek..) bile langgar bonggol yang tinggi.. adakah kemungkinan masalah spring lembut atau masalah steering shaft ? mcm mane kite nak tahu spring lembut atau tak ?
    mohon pencerahan abang arsad..

    ReplyDelete
  47. saudara lelaki buntu,

    Cuba tekan guna daya kekuatan tangan sebelah bunyi tersebut jika spring terlalu lembut,ia akan terus keluarkan bunyi yang sama

    ReplyDelete
  48. Salam, saya nk tnya, meter saga iswara sering berbunyi dan berayun, kadang2 hadlaju tidak tepat, brpa harga utk gnti meter tersebut.TQ

    ReplyDelete
  49. Salam ..

    Kunci kereta sy, wira tahun 2004, hilang... ada knci spare tp boleh bukak pintu je..xleh start.. dah tnya cina tukang knci tp mahal sgt.. ada cara lain x?

    ReplyDelete
  50. wslm,

    1.cara lain ialah dengan tukar satu set ignition siap dengan kunci skali,cari dikedai potong kereta.

    ReplyDelete
  51. Salam

    Berapa hrga ignition coil naza sutera??

    ReplyDelete
  52. Salam tuan,
    Kereta viva 660 saya bila langgar lubang kecil, bonggol n jalan tak rata, rasa macam tak sedap. Boleh ke bagi apa suggestion apa yg boleh dipasang supaya kreta viva saya tu bila bawa rasa macam bawa honda toyota gitu...hehe
    Kalo tuan ada cadangan apa2 minta sertakan anggaran kos. Tuan ada sediakan servis begini ke?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  53. wslm,suspensin viva memang keras,kalau guna spring dan absorber sport insyallah lagi baik,kos mahal la sikit 4 spring dgn absorber rm2000

    ReplyDelete
  54. salam en.sy nak tny..kalu kunci kete sy patah dlm tmpat kunci enjin mcm mna yea.kalu nk tukar the hole set dekat mna yea..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara boleh dapat dari kedai potong/kereta terpakai kereta,cari model yang sama dengan kereta tersebut

      Delete
  55. Salam.
    Saya nak tanya. Saya pakai Waja 2006. Masalahnya ialah, apabila mengambil selekoh kiri/kanan dan steering balik semula ke asal, akan ada bunyi 'dug' kedengaran. dan di steering juga ada kedengaran bunyi 'dek'. Pernah minta pomen check balljoint, bearing, tapi semuanya masih ok. Adakah kemungkinan bush/clamp di steering rig longgar akan menyebabkan bunyi tersebut?
    Masalah ini berlaku selepas saya buat alignment.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  56. Salam.
    Sy pakai Waja 2006 Auto. Masalah yg sy hadapi ialah;
    1. Apabila mengambil selekoh kiri/kanan, bunyi 'dug' di bahagian enjin akan kedengaran apabila steering kembali ke asal. Pomen sudah cek balljoint, bearing tetapi semuanya okay. Satu yg sy dapati ialah, bush di bahagian steering rig akan bergerak ke kiri/kanan apabila steering kembali ke asal selepas selekoh. adakah itu salah satu puncanya.
    2. Steering kereta akan berbunyi 'duk' apabila steering kembali ke asal selepas selekoh.

    Semua masalah ini timbul selepas sy buat alignment. Cuma tak pasti perkaitan dan penyebabnya.

    Mohon pandangan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh juga buat semula alignment diwsyop lain,adjustment yang tak cantik akan sebabkan bunyi dalam housing drive shaft juga

      Delete
  57. wslm,bila alignment,mekanik akan adjust steering rod,jadi kemungkinan besar bunyi tersebut dari tie rod end hujung steering rod,minta mekanik periksa semula,biasanya tie rod end ada sedikit longgar/leka

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum wrt wbt
    Tuan Arsad,
    Kereta oddessy rb1. Masalah saya ialah
    1. Bila tengah bawa, gear umpama free.. Saya tekan minyak tapi kereta tak jalan.. Hanya ramp sahaja. Bila gear masuk, kereta akan jerk ke depan. (Cam ada momentem kuat)
    2. Saya tukar ke N beberapa saat, kemudian ok semula.. Biasanya akan jd masalah bila bawa kereta di jalan yg jem atau byk trafik light. Jika di highway, gear 1 tukar ke gear 2 sahaja masalah, gear lain smooth.
    3. Bila bawa agak lama,simbol N akan blinking.
    4. Saya bawa ke kedai.. Semua kedai kata masalah gear box. Kos melebihi rm3000++.
    Harap tuan dapat memberi pandangan.
    Jazakallah

    ReplyDelete
  59. wslm,Tukar minyak gear auto dan autofilter serta speed sensor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.. Terima kasih atas maklum balas. Lupa saya nak beri tahu. Kereta oddessy nie juga ada leaking. Leaking minyak enjin dan minyak gear

      Delete
    2. wslm,leaking minyak hitam ganti gasket oil sump dan bila tukar autofilter,gasket autofilter akan ditukar juga dan leaking minyak gear insyallah tiada

      Delete
    3. Assalam, mcm mane lambutkan clutch persona. Tq yg sudi bantu

      Delete
    4. wslm,boleh tukar clutch pump pada pedal clutch pemandu

      Delete
  60. Assalamualaikum...sy ingin tanya...kereta sy iswara aeroback block 1.5...sy ingin tukar karberatur ke injection...injection 1.3 dan 1.5 sama x? injection apa yg boleh masuk kereta iswara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,dua2 boleh masuk tapi biasanya wira 1-5 injection lebih baik

      Delete
    2. Saya mahu tanya lagi...klau tukar karberatur ke injection...perlu ke sy buat top overhaul skali?

      Delete
  61. Salam tuan,sy ade naza sutera 1.1..
    Sy tukar cable plug tp salah susunan.
    Tuan tau x dia pny susunan yg betul

    ReplyDelete
  62. bro,nak tanya. selalu dlm diagram aksesori,lampu ke,meter ke mesti ada wayar acc. ape wayar acc sebenarnya? sebab saya nak pasang meter,autostart dan sebagai nya. nak custom masuk motor. tq bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. acc warna merah ialah wayar api atau bateri

      Delete
  63. Saya reverse kereta,letak gear,turun hand break kereta tak gerak.bila tekan minyak sikit Ada bunyi mcm patah Dan bahagian Kiri kereta naik sikit.kenapa ye?

    ReplyDelete
  64. drive shaft dalam kiri gearbox sudah terlalu haus

    ReplyDelete
  65. Saya guna waja thn 2001..masalahnya
    Enjin kerap jadi jok..jok jln 2 selindar..coil dgn cabble dah tukar
    Dan plug pun dah tukar still jadi gitu..apa masaalahnya...buntu sgt ni..help..

    ReplyDelete
  66. jika selalu hilang bermakna piston ring dan piston berkemungkinan haus dan karbon juga terlampau banyak atas piston

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum tuan sy nk tya sikit sy guna kereta honda accord sm4 H22A 2.2 kereta sy paking ats bukit bila sya start enjin nk masuk gear R kereta sy akn bunyi DUK.apa masalh nya.dan bila atas jln kereta sy nk tukar gear akn tersentap.kereta sy jenis auto.boleh bantu sy .0123484921

    ReplyDelete
  68. As Slm..sy guna avanza 1.3 auto..masalahnya kadang-kadang enjin mati tiba-tiba kebiasaan bila di lampu isyarat dan saya perasan bila aircond dipasang akan ada kerdipan bunyi yang terhasil...boleh saya tahu masalah dan cara penyelesaian..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu ganti kabel plug,plug ,airfilter dan servis throttle body

      Delete
  69. A.salam bos nak tnya sikit sy mngunakn kreta viva 850 bru buat foglamp dan 3 unit tamban moniter depan dan headrest 2 unit juga kipas avs tambahn perluke sy buat grounding cable...dn jika perlu berapa poin yg sesuai..minta pandangn pada sesiapa yg pkar..trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlukan cuma satu grounding cable sahaja

      Delete
  70. A.salam bos nak tnya sikit sy mngunakn kreta viva 850 bru buat foglamp dan 3 unit tamban moniter depan dan headrest 2 unit juga kipas avs tambahn perluke sy buat grounding cable...dn jika perlu berapa poin yg sesuai..minta pandangn pada sesiapa yg pkar..trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wayar jenis yang macam mana bagus tu bos..dan boleh sya tahu bengkel bos di mana

      Delete
    2. wayar grounding adalah sama besar dengan kabel bateri,boleh juga minta mekanik kedai aksesori buatkan

      Delete
  71. saya pakai kenari , apa p\masalah bila ekon x ada ..ada yg cakap compressor dan ada yg cakap motor ..beri pencerahan ..please

    ReplyDelete
  72. Bila ekon tiada,pertama sekali periksa fuse ACC,jika terbakar gantikan,jika fuse elok kompressor disyaki bermasalah,kompressor dan motor aircond adalah sama

    ReplyDelete
  73. salam bos.. kelisa sy teruk xcdent.. pintu dpn sblh knan xboleh ttp.. magat tertarik ke blakang.. rim pecah bhagian dlm...tyr bocor.. kmungkinan chasis kna tarik mkanik bgtahu..agak2 berapa kos kalo repair yer..

    ReplyDelete
  74. wslm,kos tarik chasis dan baiki sebab langgar kira2 rm6000

    ReplyDelete
  75. Akum,,,saya nak tanya berkenaan kereta saya jenis myvi 1.3 tahun 2006,,,masalah kereta sy ialah bila langgar bonggol atau jalan x rata hentakan jadi keras pada bahagian tayar depan dan belakang,,padahal absorber dh spring dh tukar baru,,harap sgt dpt tolong masalah ni,,,gegar kepala saya bila lalu jalan x rata ni,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ini sebab lower arm depan yang keras,gantikan bush belakang juga

      Delete
  76. Terima kasih sbb reply,,blkg pakai lower arm jugak ke?bush tu apa yer,,nnti senang sy bgtau kat mekanik nnti,,,maaf bertanya,,sy mmg xtau pasal kereta ni

    ReplyDelete
  77. Belakang ada bush getah saja tiada lower arm seperti bahagian depan

    ReplyDelete
  78. tuan mekanik kereta,
    sy ada masalah dengan kereta saya naza suria (picanto) tahun 2007.. problem dengan bunyi kuat suspect dari belt aircond konpressor.. aircond masih sejuk dan berfungsi dengan baik.. bila xpasang aircond pon bunyi desingan kat belt tu & bila on aircond lagi kuat bunyi desingan & vibration..

    Perkara ni berlaku selepas saya tambah gas aircond minggu lepas.. sebelum ni aircond sy x berapa sejuk..tp belum sampai tahap panas lah.. aircond mmg sgt sejuk skrg tapi bunyi & vibration tu je yg menganggu... sy ada check dengan beberapa bengkel.. mereka bagitau problem dengan clutch compressor.. diaorg suruh tukar complete set dengan kompressor.. bagi sy sgt mahal kos tu.. + saya rasa kompressor tu masih berkeadaan baik sebab sejuk.. cuma berbunyi je kat belting @ bearing.. boleh x tukar part by part? kalau boleh berapa anggaran cas yea?

    tq tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Mohd Haniff,

      Bering pulley luar untuk kompressor memang boleh ditukar tetapi gas terpaksa diisi semula,boleh juga cuba dulu tukar belting dan tensioner,ada juga kemungkinan belting yang kendur menyebabkan bunyi bertambah kuat,kos tukar bering saja kira2 rm400

      Delete
  79. Salam sejahtera tuan,rasanye perlu update lagi yg terkini blog ni..tq

    ReplyDelete
  80. Salam , saya pakai kereta proton persona. Saya nak tanya kalau masalah kereta saya tersengguk tu macam mana?
    masa nak bawak tu semua okay tapi masa kereta berhenti dekat traffic light dia macam menggigil lepastu bila lampu dah hijau dia nak bergerak lambat gila.

    ReplyDelete
  81. wsalam,masalah sengguk akibat dari fuel filter.plug kabel dan plug yang kotor,ganti plug ,fuel filter dan kabel insyallah ok

    ReplyDelete
  82. Salam tuan...saya pakai waja tahun 2000 baru2 ni kipas radiator saya tidak berfungsi auto apabila enjin dh panas bila buka aircond baru kipas pusing dan baru2 ni jugak bila bukak aircond temperature naik mendadak seperti overheat walhal aircond ttp sejuk..temperature switch dh ditukar baru..kesudahan nya bengkel ckp earthing saya x ckup jd saya tukarkan grounding kepada kabel yg tebal sdikit masalah sudah tiada adakah itu punca trjadi nya smua masalah yg saya nyatakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,masalah switch yang rosak biasa berlaku dan jika ia rosak meter tidak menentu dan naik sehingga melebihi setengah.Masalah cas negatif berlebihan akan menjadikan enjin lebih panas tetapi tidak sehingga overheat melainkan enjin memang telah terbakar gasket dan wayar negtif perlu ditambah untuk mengurangkan kesan panas pada enjin.Kipas radiator juga bergantung kepada thermostat untuk memindahkan kesan ke water coolant temperature sensor untuk kipas berpusing,tukar thermostat dan tambah coolant.Masalah bukan berpunca dari earthing yang kurang

      Delete
  83. salam tuan..
    sy nk tnye...aircond kejap sejuk kejap panas..sy patot tukar magnet coil or servis cooling coil dlu???kipas..compressor sumer ok..dah buat flushing servis semua n check..xde bocor..ada kawan kte bocor kt t-joint.... tq

    ReplyDelete
  84. wslm,servis cooling coil ,tuka kondenser

    ReplyDelete
  85. Assalamu'alaikum

    Boleh ke nak hilangkan karat pada break disc kereta dgn menggunnakan WD-40? TQ

    ReplyDelete
>