Mekanik kereta: Menyelaraskan tappet kereta dan muzik
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Oct 1, 2011

Menyelaraskan tappet kereta dan muzik



Menyelaraskan tappet adalah tidak mudah seperti mendenagar muzik dari radio atau mendengar secara percuma dari banyak web seperti 4shared dsbnya. Enjin juga mengeluarkan bunyi yang juga melambangkan bahawa kita amat peka dengan bunyi dari sekeliling mahupun yang kita ingin dengar.Begitu juga dengan kereta yang kita pandu jika kita amati dengan sepenuhnya kita boleh dengar bunyi injap yang tidak sekata datangnya dari enjin kenderaan.Bunyi yang seakan-akan lari dari tune yang sepatutnya atau lebih senang, berlainan dari note yang seharusnya.

Keadaan ini akan terjadi bila terdapat kehausan pada rocker arm dan valve seat.Namun begitu tidak perlulah kita terus menukar sebatang rocker arm(batang silinder) kepada yang baru mahupun valve seat yang baru,cukup sekadar membuat penyelarasan supaya bunyi yang sumbang tersebut tidak ketara didengar dan menambahkan bingit bunyi bising kereta anda.

Apa yang diperlukan adalah sedikit pengetahuan dan cara-cara menyelaraskannya atau lebih senang dgn perkataan biasa adjust tappet.Walaupun penyelarasannya mudah pengetahuan awal adalah amat penting seperti alat yang perlu digunakan semasa kerja ini ingin dilakukan.Alat-alat seperti spanar bersaiz 12 dan 10mm,philip screw driver,tolok pelaras adalah wajib ada dalam menyelesaikan adjust tappet anda.




Cara-cara

1.Sediakan alat lengkap-philip screw driver,blade clerance(tolok pelaras),spanar bulat bergerigi bersaiz 12,10 dan 8mm
2.Setelah buka penutup silinder legakan semua tappet pada injap ekzos dan injap inlet
3.Gunakan spanar bergerigi dan mulakan pelarasan mengikut turutan 1432.(1432 bermaksud bila kedua injap tanpa kelegaan pada injap pertama selaraskan injap keempat dan begitu seterusnya pada 4 selaraskan 1 dan pada 3 selaraskan 2 dan pada 2 selaraskan injap 3.(lihat gambar)



4.Laraskan menggunakan tolok pelaras (blade clearance) pada saiz yang sesuai.Saiz tersebut selalu terdapat pada manual kereta .Sebagai pengetahuan kereta Malaysia biasanya pada saiz 15,10mm.10mm untuk injap inlet.

5.Hidupkan enjin setelah penutup silinder dipasang dan dengarkan lagaan injap,jika terlalu bising laraskan semula pada kadar yang lebih rendah .

Amaran:-Jangan terlalu rendah saiz pelarasan kerana ini mungkin menyebabkan enjin susah dihidupkan dan jangan sekali-kali laraskan pada kedudukan kedua-dua injap yang masih ada kelegaan,jika ini dilakukan piston anda mungkin pecah jika tidak dapat menahan ketukan.

Mudah bukan,memang mudah ,akantetapi ianya hanya untuk mereka yang tahu menggunakannya dengan langkah yang betul dan menjaga amaran serta keselamatan semasa melakukannya.Lakukan berhati-hati dan dapatkan nasihat dari mereka yang lebih arif jika anda pertama kali membuatnya.


39 comments:

  1. Salam
    Saya pandu kelisa. Enjin kadang2 ada bunyi ketukan. Nak adjusr tappet. Tapi perodua cakap enjin kelisa tak ada tappet. Tapi guna 'shim' katanya. Minta suruh adjust supaya kurang bunyi tu. Tapi macam2 dia terang pasal shim tu, entah apa dia merepek tak faham, macam keberatan nak buat. Katanya kena buka enjin adjust shim tu. Betul ke macam tu?

    ReplyDelete
  2. saudara zahidi,

    shim tidak boleh diadjust,ianya adalah seekeping logam nipis yang digunakan untuk menyelaras ketukan,jika terdapat ketukan kuat shim tersebut haruslah ditukar dan carakerja tersebut seperti membuat adjust tappet.Bawa ke mekanik biasa dan minta tukar shim untuk pelarasan .

    ReplyDelete
  3. Salam.nak tya brapa saiz kelegaan inlet & exhaust utk kereta mazda 1.3 16v

    ReplyDelete
  4. saudara valve clearance,

    saiz yang biasa digunakan adalah 0.3 mm untuk kedua2 valve inlet dan exhaust,tetapi mungkin saudara boleh mulakan dgn 0.5 dahulu

    ReplyDelete
  5. bgaimana dengan kembara. Dia guna shim?

    ReplyDelete
  6. Kembara guna tappet saudara FEDO.

    ReplyDelete
  7. mcmana kalau kembara kedengaran bunyi bar.

    ReplyDelete
  8. saudara FEDO,

    bunyi bar yang bagaimana tu?

    ReplyDelete
  9. S1M..
    ukuran teppet utk kancil nya berapa? dan adakah ia di adjust mengikut urutan 4321 atau 123 atau 321 tau apa2la..

    ReplyDelete
  10. saudara SIM,

    ukuran biasa adalah 15 10.turutan untuk laraskan masih sama utk semua kereta 1432.

    apa2lah?

    ReplyDelete
  11. Saudara sord87
    Nk tnya cara yg btul utk plarasan tappet.. Mcm saudara ckap 1432 tp da pmen yg ckap 1342 dan ada yg ckap psing cam puly bg btul mark dan adjus tappet intake 1 & 2 xzos 1 & 3 pas tu psing cam puly setengah psingan adjus intake 3 & 4 xzos 2 & 4.. Ag 1 adjus tpet pada klegaan intake 0.20 mm xzos 0.25 mm bg enjin prton 12v.. Yg mna btul dan tepat??

    ReplyDelete
  12. Saudara sord87
    Nk tnya cara yg btul utk plarasan tappet.. Mcm saudara ckap 1432 tp da pmen yg ckap 1342 dan ada yg ckap psing cam puly bg btul mark dan adjus tappet intake 1 & 2 xzos 1 & 3 pas tu psing cam puly setengah psingan adjus intake 3 & 4 xzos 2 & 4.. Ag 1 adjus tpet pada klegaan intake 0.20 mm xzos 0.25 mm bg enjin prton 12v.. Yg mna btul dan tepat??

    ReplyDelete
  13. dua- dua cara pun boleh,cuma kena pastikan bila keadaan 'on the rock' iatu bila dua rocker arm berada pada kedudukan pegun adjust yang tidak pegun(tidak bergerak atau mempunyai kelegaan.

    2.0.2/.25 atau 15/10mm adalah mempunyai kelegaan kecil jika lebih dari itu tappet akan berbunyi.Ramai yang bermula dari kelegaan 15/10 mm.

    ReplyDelete
  14. Salam.saya nak tahu cara nak ejas tepet dari 1432 bleh terangkan dari mula hingga siap.tlong ya.tq

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. @TAJUL ANUAR ANUAROn thge rock bermaksud valve 1 dan 4 tiada kelegaan bila pusingkan pulley silinder head,bila jadi gitu selaraskan tappet 3 dan 2 yang ada kelegaan,begitulah seterusnya bila 3 dan 2 on the rock selaraskan tappet 1 dan 4

    ReplyDelete
  17. Engin 4g93 naj edjust tappet sama jugak ke..nak buat sendiri xberani pulak kang lain jadinya....
    sy xpandai pasal kete ni..

    ReplyDelete
  18. @Roy Aris Palilahsama!minta mekanik adjustkan kalau banyak bunyi ketukan

    ReplyDelete
  19. Saya dah tukar cylinder head dari 4g92 ke 4g93. Berapa valve clearance intake and exhaust. Dalam o/h manual proton .20 / .30. Yang mana lebih sesuai. T/kasih.

    ReplyDelete
  20. mau Tanya cara adjust vall kancil 660 mcm mna...? sifu2 sekalian ajar dlu... org Susah...

    ReplyDelete
  21. As Salam en. Saya memiliki kenderaan 4x4 menggunakan enjin mitsubishi storm diesel turbo. Boleh saya tahu pelarasan utk enjin ini.sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,enjin diesel diselaraskan juga ketika enjin panas,gunakan kaedah yang sama seperti tulisan di atas,jika 6 silinder aturan firing order adalah 1,5,3,6,2,4,mulakan dengan no 1

      Delete
  22. Assalamualaikum..admin tumpang tanya,4g93 mmg enjin tepet ke?sakit telinga klau nak start,dgr dri mulut org sekeliling mmg enjin nie jenis mesin jahit.adr ape2 efect ke klau x buat tepet tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,kalau belum inigin ajust tappet lagi,boleh bertukar ke minyak yang lebih pekat seperti minyak mineral 20w50 dari bardahl gred sg untuk mengurangkan bunyi atau castrol.Untuk pengetahuan kos adjust tappet dibawah RM100,

      Delete
    2. Sebelom nie sy pkai eneos 10w40,x jd masaalah ke kalau sy bertukar ke 20w50?myk yg sifu ckp tu 'bardahl' mane2 kedai adr jual x?ke kedai yg terpilih sj..last soalan,gred 'sg' tu ape sifu..maaf sy btl2 bdk baru..

      Delete
    3. tak jadi masalah ,minyaka ada tertulis SG,SAE dll,gunakan yang tertulis 20w50 SG

      Delete
  23. Salam. Macam mana mau tau yg injap tu suda lega atau belum ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,bial tiada bunyi tappet lagi bermakna sudah ok

      Delete
  24. Salam saya baru je tukar valve seal engine 4g13 masa proses keja tu saya buka rocker arm dan bila pasang balik engine tak hiduk jadi saya adjust kesemua tappet la cuba start senag je hiduk Tapi kejap kejap mati bunyi ketukan kuat sangat apa yang harus saya lakukan sekarang minta tolong sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,perlu adjust semula tappet ikut bacaan sebenar

      Delete
  25. Aslmkm...brapa plarasan tappet untuk perodua rusa Dan firing order...tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,firing order 1342 manakala tappet masih pada 10mm inlet dan 15mm untuk exhaut,jika hydraulic perlu ganti shim saja

      Delete
  26. Terima kasi atas tunjuk ajar yg bermakna

    ReplyDelete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>