Mekanik kereta: Cara ringkas servis starter motor kereta
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke +60173023492

Oct 3, 2018

Cara ringkas servis starter motor kereta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Telah agak lama juga aku tidak berkesempatan untuk mengemaskini kandungan blog ini akibat kesibukan tugas seharian.Pada petang 2 oktober ini diselitkan sedikit info maklumat yang sepatutnya semua pengguna kereta di Malaysia dan didunia tahu akan kerosakan yang amat mudah terjadi pada starter kereta .lori atau bas.



Konsep Starter motor

Konsep starter motor yang digunakan pada semua kenderaan adalah sama cuma yang berbeza ialah saiz dan bentuk starter tersebut. Apakah itu starter motor? Alat ini adalah alat yang disambungkan terus ke bateri melalui kabel yang dibumikan untuk menggerakan flywheel dalam gearbox supaya ia berpusing dan seterusnya menghidupkan enjin kenderaan.

 Alat ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian badan yang dipanggil armature dan satu lagi ialah bahagian kecil disebelahnya dipanggil solenoid. Kedua2nya bergabung dan menghasilkan gerakan berpusing yang agak kuat yang mampu memusingkan flywheel untuk enjin hidup. Perhatikan gambar dibawah yang telah diubahsuai dari web .jcrsupplies.co.uk yang menerangkan bahagian2 dalaman starter secara terperinici.


Cara-cara ringkas servis starter kereta

Kesemua bahagian dalaman starter boleh ditanggalkan untuk dicuci mahupun ditukar hanya armature dan solenoid biasanya ditukar secara satu set kerana bahagian dalamannya jika ditanggalkan amat sukar mencari alatgantinya.

  1. Cabut skru pada bahagian badan starter ,biasanya terdapat 3 skru panjang yang terus bersambung ke bahagian carbon brush dibahagian bawah badan starter
  2. Cabut skru kecil  carbon brush
  3. Tanggalkan armature dan carbon brush
  4. Longgarkan Drive pinion,clutch gear dan clutch (jika perlu)
  5. Gunakan minyak petrol ,disel atau WD40 untuk mencuci bersih kotoran pada starter luar atau dalam.
  6. Gantikan carbon brush 
  7. Solenoid tidak perlu dicuci biasanya hanya luaran dibersihkan atau gantikan dengan solenoid lain
  8. Pasangkan semula armature dan carbon brush secara keseluruhan dengan 3 skru panjang tadi
  9. Masukan 2 skru solenoid
  10. Pasangkan semula wayar dan sambungan solenoid serta sambungan earth starter.
Kerosakan yang biasa berlaku pada starter motor ialah carbon brush menjadi tersangat nipis sehingga aliran kuasa terganggu dan sukar untuk armature berpusing. Satu lagi kebiasaan berlaku ialah apabila bahagian armature menjadi karat dan sukar bergerak akibat terlalu kotor. Solenoid pula apabila ia kurang kuasa akan menjadikan starter tiada aliran arus letrik dan tidak berfungsi langsung.

Carbon brush boleh diganti ,solenoid juga serta armature. Kerosakan yang selau dan kerap terjadi ialah kehabisan carbon brush dan ini mudah diganti dan alatgantinya juga amat mudah didapatkan di mana2 kedai alatganti kereta.

Wayar tambahan untuk kuasa negatif yang hilang

Kerapkali terjadi apabila kunci kereta dipusingkan hanya terdapat bunyi seperti 'tek,tek,tek'. Ini adalah tanda kuasa hilang dan tidak cukup untuk menghidupkan starter motor supaya ia mudah bekerja. Apa yang perlu dilakukan ialah menambah kuasa dengan mendapatkan wayar serta relay tambahan starter dan dipasang terus ke starter dan bateri kereta.

Wayar tambahan ini amat baik kerana ia membuat sambungan terus dengan kuasa nateri dan negatif dari badan kereta untuk starter motor terus bekerja.

Wayar ini boleh didapatkan dengan mudah dari kedai alatganti ,hanya beritahu pada pekedai anda perlukan 6 wayar relay starter .





79 comments:

  1. salam bang, kereta waja cps saya, on kunci dashboard sume mnyala horn pun kuat (try jumper pun still senyap), tapi pusing je kunci senyap tak bunyi ape2, tek2 tek2 pun tak bunyi.... adakah ini juga masalah starter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,starter tidak berpusing,sebab kerosakan mungkin kotor atau tercabut sambungan kuasa

      Delete
  2. Assalamualaikum..tuan kereta almera saya baru tukar kompressor...tapi lepas tukar kompressor, karpet bahagian driver dan belakang driver banjir penuh dengan air kalau on aircond..kalau tak pasang aircod ok je tak banjir...sy dah pergi kedai service dan diorang kate hose keluar air tak masuk betul...lepas daripada tu masalah banjir berlaku lagi...boleh tuan terangkan apa masalahnya...terima kasih tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tabung cooling coil kereta ini di tengah dashboard jadi air yang bertakung dalam kotak cooling coil sepatutnya terus keluar dari dalam kereta akantetapi saya rasa kedudukannya telah beralih dan tidak mengalirkan air keluar ia samada telah senget ,pencangkuknya terleka dari kedudukannya atau telah tercabut,saya nasihatkan saudara servis cooling coil jadi boleh tau kenapa punca air tidak mengalir keluar,tambahan kagi lepas tukar kompressor aircon sejuk jadi air akibat proses pemeluapan agak banyak

      Delete
  3. Salam Tuan Mekanik,

    Kereta Persona 2010 saya (guna petrol/ngv) ada masalah sentap2 apabila ekon pasang terutama masa drive bawah 40 kmh dlm gear tinggi. Masa guna ngv, lagi teruk sentap2. Kena tutup ekon masa nak mula jalan supaya tak sentap2. Klu tak, kereta lambat bergerak sebab sentap2 tu.
    Saya perasan jadi masalah ni lepas tukar plug, servis throttle body, tukar air filter, tukar sensor coolant.
    Lepas servis tu bengkel adjust timing semula tetapi beliau bgtahu rpm dia set pada 800 masa idle. Engine mmh bunyi lembut dan tak bising masa idle tp masalah sentap2 la pulak. Saya dah bawa p Proton Centre buat pdt diagnostic tp masih berlaku sentap2 tu.
    Bantu saya tuan..pening dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,buat tuning enjin,RPM idle pada 900-1000 adalah paling baik,sentapan mudah berlaku jika kuasa enjin terlalu lemah walaupun enjin berbunyi sangat senyap,tuning semula dengan komputer jika boleh

      Delete
  4. Salam tuan. Saya ingin bertanya, masalah kereta saya saga flx ada bunyi yg keluar dari tayar hadapan sebelah kanan seperti bunyi disc apabila bila kereta bergerak dan bunyi itu akan hilang bila brek ditekan sahaja.saya telah tukar rotor yg baru mulanya masalah ini selesai tetapi terjadi balik selepas beberapa minggu. Mintak pencerahan pihak tuan mengenai masalah saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu ganti skru caliper atau dipanggil 2 skru rumah brek,in sha allah ok

      Delete
  5. salam..proton saga model lama..klu masuk gear 2 n 3 semput..bila gear lain..ok je..apa masalahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gear berat pada 2 dan 3 ,clutch plate perlu diperiksa dahulu,gantikan jika habis

      Delete
  6. Assalam tuan...kete proton saga 2013..gear 1&2 slow naik,pstu gear 3&4 bru lncar jln...ape masalahnya tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah gear lembap adalah kerana shift solenoid sensor yang tidak baik dan perlu diganti

      Delete
  7. Salam tuan..nak Tanya kereta wira enjin 4g91 tiada spark plug Kat no 2 & 3..no 1 & 4 ada spark..coil dh cek msih ok.. power tr unit dh tukar masih sama juga..wayar dh cek dengan multimeter semua ok..
    Masalah ape sebenarnya Tuan boleh tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,distributor punca utama api terhasil akibat pusingan dalam enjin,jika distributor telah ditukar masih tiada api,ia adalah kerosakan ECU manakala piston ring yang patah juga menyumbang kurangnya api dari distributor ke coil dan plug

      Delete
  8. Maaf bertanya soalan luar topic..kereta myvi saya baru mileage 52K..baru 4 tahun..baru2 ni lepas top up minyak hitam selepas 1 bulan kering..tiada bocor dan ekzos tak keluarkan asap2..minyak hitam apa yang sesuai untuk engine saya supaya tahan lama ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan Gred 20W50 untuk mengurangkan leaking pada silinder

      Delete
  9. Assalamualaikum.. maaf tanya soalan luar topic.. kereta myvi saya mileage 52K dan baru 4 tahun..saya baru service minyak hitam bulan lepas.. dan kering pada akhir bulan..tapi tiada bocor dan ekzos tidak berasap.. mechanic tidak dapat kenal pasti sebab.. unless buat top overhaul.. ada tak cara atau boleh recommend minyak hitam yang boleh lambat kering ?

    ReplyDelete
  10. Salam tuan...kereta Sya Alza,masalah xbleh start...pusing kunci bunyi "Tik" laju je...xde crank PON...mohon bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,sambungan kabel bateri tidak kukuh ,periksa dan ketatkan juga bersihkan jika terdapat corrosion atau kerak kimia pada kepala bateri

      Delete
  11. Assalamualaikum.. tuan,maaf keluar tajuk. Kereta saga lmst 2004, bahgian depan bila lalu bonggol Ada bunyi besi longgar/goncang yg agak kuat. Pada pemerhatian luar tiada apa yg nampak longgar.. Mohon pandangan, terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,lower arm bush telah nipis,kereta ini perlukan kedua2 belah lower arm lain

      Delete
    2. Boleh menukar bush shj atau perlu ganti lower arm tersebut.. Terima Kasih tuan

      Delete
    3. sekarang tiada tukar bush lagi,perlu ganti satu lower arm

      Delete
  12. Salam saya nak tanya. Saya pakai kereta kembara. Kereta saya tak boleh start. Battery, starter, spark plug semua okay. Saya tanya pomen lain mereka kata suis di tempat kunci kereta tu problem. Betul ke eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika bunyi juga tiada ada kemungkinan suis pada kunci rosak,pomen boleh hidupkan enjin tanpa kunci dari ruang enjin,jika boleh bermakna kunci rosak

      Delete
  13. assalamualaikum... apabila memandu injin terasa bergegar sedimit tetapi apabila berhenti dan masuk N tidak bergegar... boleh minta percerahan masalahnya..adakah disebabkan oleh injin mounting.. untuk pengetahuan saya baru tukar driveshaft..t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,saudari perlu tukar gearbox atau enjin mounting yang pecah

      Delete
  14. Assalammualaikum tuan...perodua rusa saya tiap kali pagi nk start engine kena buka hose yg ke air filter dan pump guna tangan di bhg. karburator br bleh idup..mohon tunjuk ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ada masalah pelampung dalam karburator,sebaiknya servis dan maksimakan penggunaan repair kit carburetor

      Delete
  15. salam..apa masalah enjin daihatsu EFI 16v..petrol ..bila start enjin..xdpt nk hidup..kejap hidup.
    lepas tu mati bila kena race..

    ReplyDelete
  16. wslm,jika ditekan minyak ia mati ini bermakna minyak telah membasahkan plug dengan cepat,perlu servis throttle body dan setting semula dengan baik

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum.. iswara susah nak hidup waktu pagi. Bila tghri senang nk hidup. Wiring dh buat baru, alternator, stater, batery baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,bila susah hidup waktu enjin sejuk adalah sebab karburator,perlu servis

      Delete
  18. Salam tuan.Saya perlukan respons yg cepat. Honda crv saya model tahun 2009. Masalahya sekarang ialah motor kipas enjin hanya berpusing apabila air cond dibuka dan kipas aircond berpusing. Apabila air ditutup kipas enjin tidak berpusing. Soalannya Apa yg rosak? motor Kipas enjin atau pendawaian nya rosak? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gantikan coolant sensor atatu temperature coolant sensor terletak betul2 dibahagian sisi silinder head

      Delete
  19. Salam tuan, sy mohon penjelasan. Bulan lepas, sy diy servis radiator Wira 1.5 karburetor, sy dapati tiada termostat. Apakah ia kan beri kesan pd auto choke karburetor? Jika beri kesan, Bolehkah kita setting auto choke utk berfungsi dgn maksimal? Soalan terakhir, kabel plug dan plug tukar, valve seal dh tukar, clutch pad tukar baru , air filter dan servis karb guna spray karb pun dh. Asap hitam kurang skit setelah tuning angin karburetor. Esoknya, sy drive dgn jarak lebih 200km, sy dapati masalah asap hitam masih kuar ketika berenti di traffic light, asap bau pedih mcm petrol lebih. Tekan minyak Top speed dr gear 4th ke 5th terasa lembab betoi slps meter cecah 120kmj. Air filter standard. Dulu 160kmj boleh ja dpt dgn jarak xsmpai 2km. Mohon pencerahan dan penyelesaian utk semua masalah diatas diatas. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu srvis karburator dengan membuka keseluruhan karburator dan gantikan jet lama dengan repair kit.Choke kurang berkerja kerana enjin yang sejuk sentiasa akibat tiada thermostat

      Delete
  20. asalamualaikum tuan.sy pengguna toyota unser lgi
    masalahnya ialah apabila sudah berjalan jauh dan enjin panas , apabila sy berhenti dan off enjin, sy susah nak start balik enjin, langsung tiada bunyi.
    starter sy sudah service, adakah kemungkinan selenoid?
    pomen cakap mungkin distributor rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,jika sukar start dan tiada bunyi ia adalah masalah solenoid starter dan body starter yang menjadi amat panas,jika tukar starter dan solenoid kecil tersebut in sha allah ok

      Delete
  21. Assalam..sy mempunyai kereta innova..baru2 ini saya ada tukar radiator baru..dengan termostat..kos semi hanpi rm900.. Skrg..pula kata ada mslh dgn gasket kereta..memerlukan dalam rm1000++..sebelum tukar radiator baru..kereta dalam keadaan baik..tiada masalah..air di radiator berkurangan..sekarang..air di dalam radiator cepat habis..manakala air dia dalam botol simpanan lansung x bergerak paras air..msih full..air di radiator tidak sedut masuk air daripada botol simpanan..serang..kena kata makanik kena tukar gasket perlukan masa..seminggu lbih..mohon pencerahan..trima ksih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika tiada overheat masalah ini hanya terletak pada hose gantikan hose besi laluan pada radiator sebelah atas dan juga U hose yang terletak berdekatan enjin,kuasa air tidak dapat menyejukkan enjin kerana karat yang banyak dalam hose

      Delete
  22. Macam mana sy nak tahu sekiranya masalah gasket pada kereta innova..trima ksih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah cover gasket ada bocor kelilong cover manakala masalah gasket head pecah iakah apabila jarum suhu menunjukkan overheating terlampau dan kereta tidak dapat dihidupkan lagi

      Delete
  23. Salam tuan. Nama sy farid. Boleh sy dptkn alamat bengkel tuan kalau bengkel tuan di dalam selangor/KL

    ReplyDelete
  24. Salam Tuan.. Nama saya Akim. Baru semalam kereta Viva saya mengalami masalah Tidak dpt Start. Bila hendak Hidupkan Enjin.. Terdpt bunyi "tak.. Tak.. Tak..." seperti yg Tuan gambar kan keadaan di atas. Nak tanya.. Ada kah saya perlu beli Starter baru? Berapa kah anggaran kos bagi kereta Viva(Auto) Tuan? Harap blh bagi panduan kpd kami di sini.. InSha Allah. Terima kasih byk2 Tuan.

    011-25258283
    012-8488235, Akim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,Boleh tukar starter baru dengan kos sekitar rm250 atau boleh juga menambah wayar relay starter untuk mengemaskan lagi aliran kuasa elektrik pada starter

      Delete
  25. Assalam tuan, sy shahrul, nak tanya berkenaan masalah kereta persona sy, radio n lampu meter dashboard on off sendiri bila sy on aircond ketika memandu.. Apbila sy off aircond, radion n lampu dashboard ok.. Sy ada check bateri and alternator sama ad dua benda ni bermasalah, tapi dua benda ni ok.. Sy harap tuan dapat membantu mengenalpasti masalah trhadap kereta sy, terim kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm tuan,periksa soket ECU,ada kemungkinan ia longgar atau tidak kukuh lagi

      Delete
  26. Terima kasih untuk mengambil masa jawap keraguan kami

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum. Saya Ct Mariam. Kereta saya kelisa automatik tahun 2005/2006. Kereta x bole start dan telah di towing ke perodua service. Mekanik dah semak dan lubricant starter kelisa. Beliau cadangkan tukar starter baru. Apa maksud lubricant/ service tu? Dan brp lama starter tersebut bole bertahan? Stk

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,kereta saudari kena minyak hitam yang banyak pada starter ,boleh diservis dan boleh tahan agak lama juga melebihi setahun

      Delete
  28. Terima kasih atas pencerahan tersebut.😊

    ReplyDelete
  29. Salam tuan. Sya pengguna kreta toyota vios. Masalah kreta sya bila tekan minyak ad bunyi ‘kerik’. Bunyi mcm kering. Setakat ni tkde masalah cuma tkut dia melarat. Mohon nasihat tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa semua hose angin ke air filter,jika terdapat bocor akan ada bunyi jika tekan minyak

      Delete
    2. Terima kasih tuan. Boleh tahu bengkel kt mna?

      Delete
    3. salam bang....dah 2hari xstart engine kereta mvvi tp bl nk start tak hdp pon kereta...lampu semua nyala.xda bunyi tak tak....tp bunyi eletronik masa nk hdpkn engine xda

      Delete
    4. wslm,bateri weak ,dapatkan bateri lain

      Delete
  30. Salam bang, sy pgguna myvi ezi 2005 x silap..kereta dh servis aircond..smua ok...cuma bile on aircond kereta tu mcm nak mati mati enjinnya...kenapa ye...RPM pun x stabil...berapa kos??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,airflow sensor pada throttle tidak elok,saudara perlu gantikan sensor throttle

      Delete
  31. camne ye bang...bile psg aircond je enjin mcm nk mati2....pastu RPM x stabil...kjp turun kjp naik...risau plk mati tgh jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu gan ti sensor throttle body atau throtle airflow sensor,in sha allah ok

      Delete
  32. Salam tuan, saya ada van c22 sudah 8 bulan x start sebab masalah betry, baru² ni saya tukar betry baru tapi x boleh start. Apa punca xboleh start tuan? Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,fuel pump perlu servis dulu,minyak tak naik sempurna

      Delete
  33. Salam tuan, minta jasa baik tuan. Saya ada ada van c22 yg xboleh start, crank pun xda cuma bunyi tik tik ja bila saya start. Adakah starter yg bermasalah? Tq tuan.

    ReplyDelete
  34. Salam
    Saya pakai avanza 1.3 n saya pasang ngv tapi tak boleh masuk gas bila jalan hanya lampu dia berkelip2
    Kenapa ya.t
    Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika tidak dapat dimasukkan ada kemungkinan ia sumbat pada nat saluran masuk gas pada tabung

      Delete
  35. Salam
    Saya pakai naza citra. Problemnya, meter tangki minyak tidak berfungsi dengan betul. Bagaimana menyelesaikan masaalah ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah meter yang tidak tepat adalah masalah meter pada panel tersebut,jika inginkan benar2 baik tukar juga float minyak dalam tangki

      Delete
  36. Salam tuan.. Kereta preve saya, lampu minyak dan lampu bateri menyala. Now x boleh start. Bateri br setahun.. Last service tukar minyak bln lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu tukarkan suis minyak hitam yang bertanda lampu minyak tersebut barulah ia boleh dihidupkan dengan baik

      Delete
  37. Salam tuan. Saya pengguna kereta persona 2009 auto. Kereta saya jadi semput macam nak mati tp xmati bila mula² berhenti dalam keadaan gear D dan kaki tekan break selepas perjalanan jauh. Apa masalah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,throttle body sangat kotor dan spark plug juga kotor ,cara selesaikan ialah servis throttle body,tukar fuel filter dan spark plug,in sha allah ok

      Delete
  38. Assalamualaikum...saya nak bertanya tentang starter kereta wira 1.5 mmc...bila kita start ade bnyi tek skli je...pastu off kunci dan buat lgi pun sama..ade bunyi skli je "tek"..apa masalah tu ye..?adakah carbon brush habis @ cable dri battry yg problem..terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,starter tersebut tidak berpusing,saudara perlu pasangkan relay tambahan starter untuk kuatkan kuasa untuk pusingkan starter dengan lebih baik

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.

Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

NOTA PENTING:KEMUKAKAN SOALAN PADA RUANG KOMEN BARU LEBIH BAIK KERANA JIKA ANDA AJUKAN SOALAN PADA REPLY DI SATU SOALAN LAIN ,GOOGLE TIDAK AKAN SIARKAN SOALAN TERSEBUT DAN PIHAK KAMI TIDAK DAPAT MENJAWABNYA.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>